*Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*
Assalamualaikum...
Mimpi. Mimpi datang dalam tidur. Perjalanan hidup ada akhirnya. Hidup itu 'bergerak' walaupun nampak si pelakunya tidak 'bergerak'. Tidur pun ada akhirnya, akhirnya ketika terjaga dari tidur atau meninggal dunia ketika tidur. Selepas tidur pun ada rasanya. Selepas mimpi pun ada rasanya. Ketika tidur, bermimpi, itu tandanya ada yg 'hidup', yakni ada sesuatu yg ber'gerak', ada yg ber'jalan'. Siapa yg ber'jalan'? Jasad ada. Sifat manusia itu ingin tahu, tanyalah sesiapa pun. Nama siapa? Dia ingin tahu namanya. Pernah dengar 'semalam aku bermimpi.. bla.. bla...'? Ada juga yg bertanya 'Kenapa aku mimpi begini?', 'Kenapa aku mimpi macam tu?'.. Dalam Al Quran, dalam hadis, banyak soalan² dari manusia yg ingin tahu akan sesuatu perkara. Sifat manusia itu ingin tahu dan sifat wajib Allah adalah ILMU iaitu Maha Mengetahui akan segalanya.
TETAPI SABARlah sebelum menceritakan sesuatu mimpi itu... Kadang² mimpi itu boleh diceritakan dan kadang² juga tidak elok utk diceritakan kerana risau akan tafsirannya yg akan 'lahir' dari jiwa yg mendengar. Ada jiwa yg boleh tafsir mimpi. Jiwa yg boleh tafsir mimpi itu mungkin mengetahui bagaimana keadaan si pemimpi itu. Sekiranya, mimpi itu tidak elok, mungkin jiwa yg pandai tafsir itu akan berkata 'tak ada apalah' untuk menyenangkan kita ataupun mungkin dia akan memberi 'peringatan' kpd kita. Berkenaan jangan cerita mimpi ini ada di dalam Al Quran :
"Bapanya berkata: " Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."
■ Yusuf, 5 ■
"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya)."
■ Al-Fath, 27 ■
MIMPI - Mimpi Itu Mungkin Peringatan Ilahi
Ada hadis mengenai perihal mimpi.
Nabi s.a.w bersabda : "Jika di antara kalian ada yg bermimpi yg ia senangi, maka mimpi itu dari Allah Azza wa Jalla. Oleh sebab itu berterima kasihlah kepada Allah dan beritakanlah mimpi itu kepada orang lain. Sekiranya di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan maka mimpi itu dari syaitan. Maka mohon perlindunganlah kepada Allah dari keburukan mimpi itu dan jangan ditunjukkan kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak membahagiakannya."
Maka, apabila kita bermimpi perkara yg menyenangkan, berterima kasihlah kpd Allah dan sebaliknya, mohon perlindunganlah kpd Allah. Nah.. lihat. Secara tidak langsung, mimpi itu boleh membuatkan kita mengucapkan 'terima kasih' kpd Allah dan 'memohon perlindungan' dari Allah tapi itu 'kalau kita ingat kpd Allah'. Itulah maksud sy, perkara mimpi itu bukan sia-sia. Dgn mimpi juga kita boleh 'ingat' pada Allah. Dgn mimpi juga kita boleh memohon perlindungan dari Allah. Betapa kasihnya Allah kpd makhluk ciptaan-Nya. Dari hadis ini, sy ingin kongsikan mimpi sy kpd semua kerana ianya merupakan satu peringatan.
Mimpi sy.
Mimpi ini berlaku dalam tahun 2011 dan sy beritakan kerana di dalamnya terdapat peringatan. Mungkin ada jiwa yg lebih memahami tentang mimpi ini dan mungkin ada jiwa yg dapat mengambil pengajaran di dalamnya. Semuanya Allah Maha Kuasa, dan kerana Allah sy sampaikan peringatan di dalam mimpi ini. Bukan kerana 'lain-lain'.
Sy bermimpi, sy berada di satu kawasan yg amat luas dan lapang. Yang ada hanyalah bumi (tanah) dan langit. Sy tidak tahu mana arah yg perlu sy tuju untuk memulakan perjalanan kerana kawasannya amat² luas dan lapang dan tidak ada satu tempat pun yg hendak dituju kerana keadaan sekelilingnya semuanya sama. Berdirilah sy di situ memerhatikan sekeliling. Tiada siapa. Risau ke manakah arah yg perlu dituju? Sy mohon kpd Allah, agar tunjukkan arah mana yg perlu dituju. Sy mendongak ke langit, sy terpandang nama 'Allah' di langit. Melalui nama itu, tiba-tiba turunnya bantuan iaitu satu tali yg amat panjang dari langit menuju kpd sy. Terdengarlah satu suara 'Berpeganglah kamu pada tali Allah nescaya kamu akan selamat'..... Terjaga.. Wollohua'lam. Begitulah secara ringkas mimpi sy..
Pegangan
Apa yg hendak dikongsikan di sini adalah mengenai pesanan 'Berpeganglah kamu pada tali Allah, nescaya kamu akan selamat'. 'Pegang' itu seperti mana yg kita zahirkan adalah suatu perlakuan tentang memegang sesuatu dengan tangan. Cuba kita bayangkan, kita memegang sebatang besi, dan apabila besi itu dipanaskan, bagi Umat Manusia Biasa, sy pasti pegangan kita terhadap besi itu akan terlepas juga. Begitulah yg dapat digambarkan dengan pegangan zahir. Bagaimana pula dengan pegangan yang tidak zahir? Pernah juga kita mendengar 'aku berpegang pada prinsip hidup aku' walhal kita tidak nampak pun 'prinsip hidup'nya. Pegang jawatan dan sebagainya. Begitulah tentang pegangan. Terdapat beberapa ayat² Al Quran yg ada kaitan dengan 'tali' di dalam mimpi ini.
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
■ Al Baqarah, 256 ■
■ Al Baqarah, 256 ■
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
■ Ali 'Imran, 103 ■
"Dan sesiapa yang berserah diri bulat² kepada Allah (dgn ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
■ Luqman, 22 ■
Bg sy 'pegang' di sini adalah keyakinan kita kepada Allah. Semoga, kefahaman tentang ayat² peringatan ini diberikan oleh Allah kpd kita kerana yg bagi faham itu adalah Allah walaupun kita berusaha macamana sekalipun. Jangan tidak ada usaha langsung untuk bawa agama Allah dalam kehidupan kita. Allah yg mencipta segala-Nya. Pencipta lebih mengetahui akan apa yang diciptanya. Mohonlah pertolongan dari Allah utk memahami sesuatu itu kerana keupayaan akal itu terbatas dan pengetahuan tentang ilmu itu juga terbatas tetapi Allah telah menyatakan 'jalan-jalan' di dalam ayat di atas. Semuanya dengan izin Allah walaupun kita dapat melakukan sesuatu yang baik atau melakukan sesuatu yang buruk. Tinggal samada Allah redha atau murka sahaja atas perbuatan itu.
Awal dan Akhir
Setiap perjalanan Umat Manusia itu ada AWALnya dan ada AKHIRnya. Apa yg diharapkan adalah di AKHIR kehidupan, kita 'berada' dalam keadaan yg 'terbaik' yakni ada bekalan utk dibawa ke akhirat. Bekalan tu kita kena kumpul. Kita bawa bekalan itu ke akhirat tetapi di akhirat belum tentu bekalan itu milik kita. Lihat firman Allah ini:
"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)"
■ Al-Faatihah, 4 ■
■ Al-Faatihah, 4 ■
Mohon maaf, andai ada salah silap kata dalam artikel ini. Ini hanyalah sekadar perkongsian. Yakinlah kepada Allah...
PERINGATAN
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang² yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang² yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
■ Al Baqarah, 214 ■
"Ya Allah, berilah kepada kami kekuatan dan ketahanan untuk terus berpegang kpd peringatan-Mu, Ya Allah, berilah kami faham tentang agama-Mu, berilah kami kekuatan untuk mengikuti dan mengamalkannya dan Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menyampaikannya pula kepada yg lain. Sesungguhnya, Ya Allah, semuanya berlaku dengan izin-Mu Ya Allah. Kami tidak pandai ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, berilah kepada kami petunjuk dan taufik hidayah-Mu dan juga kepada seluruh umat di muka bumi ini."
- Nukilan : Kun Musafir Maya -
No comments:
Post a Comment