Showing posts with label sembahyang. Show all posts
Showing posts with label sembahyang. Show all posts

Sunday, May 28, 2017

Perintah Sholath

Dengan Nama Allah...
Yang Maha Pemurah...
Yang Maha Penyayang...

Tiada daya dan upaya untukku menulis melainkan dengan izinMu....
(bersambung dari Sesembahan Manusia)

       Di dalam kehidupan yg sementara ini, setiap manusia sama ada secara sedar atau tidak sedar telah menyembah kpd sesuatu kerana pada hakikatnya manusia adalah hamba kepada sesuatu. Manusia yg terbaik adalah manusia yg dapat menjadikan dirinya sebagai seorang hamba Allah yg sebenar-benarnya. Benar² menjadi hamba Allah. Allah telah beritahu;

dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku
[Al-Qur-An, Surath 51, Ayat 56]

      Namun jika kamu lihat di Duniya ini, ada manusia yg diciptakan Allah tidak menyembah Allah. Apapun, maklumat utama yg manusia perlu ketahui adalah tujuan manusia diciptakan Allah adalah agar manusia menyembah Nya. Allah tidaklah menciptakan manusia utk menyembah kpd yg lain selain Diri Nya tetapi begitulah manusia seperti mana yg kamu lihat pada hari ini kerana di dalam diri manusia itu ada sifat menentang / membantah. Allah telahpun beritahu di dalam Al-Qur-An;

Dia (Allah) telah menciptakan manusia dari mani (air mani), tiba² dia (manusia) menjadi pembantah yg nyata.
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 4]
   
      Allah telah cipta manusia agar manusia itu menyembah Nya, tiba² manusia itu menjadi pembantah yg nyata. Untuk memberitahu kpd manusia yg diciptakan Allah, Allah telah mengutuskan Rasul² Nya ke Duniya ini untuk menyampaikan peringatan² Nya kpd manusia agar manusia menyembah kpd Nya, agar manusia menjadi hamba Nya, agar manusia kembali kpd Nya, agar manusia mengikut peraturan² yg telah disediakan oleh Nya. Benarkah apa yg disampaikan itu? Di sinilah hati manusia memainkan peranannya sama ada yakin atau tidak yakin kpd apa yg disampaikan.
      Banyak cerita² di dalam Al-Qur-An tentang peringatan utama yg disampaikan oleh Rasul² Allah kpd manusia adalah 'sembahlah Allahtiada sesembahan yg lain selain Allah'. Itulah peringatan yg telah disampaikan oleh Rasul² Allah sejak dahulu dan peringatan itu diteruskan hinggalah ke saat iniAllah ciptakan Bumi ini utk manusia tinggal dan menguruskannya. Selain daripada tinggal dan menguruskan Bumi ini, Allah perintahkan manusia utk beribadat kpd Nya yakni sembahlah Dia ketika berada di Bumi ini.

dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku
[Al-Qur-An, Surath 51, Ayat 56]

Kenapa peringatan ini disampaikan? Kerana Allah telah beritahu di dalam Al-Qur-An;

Dia (Allah)  menurunkan para malaikat dgn (membawa) wahyu dgn perintah Nya kpd siapa yg Dia kehendaki di antara hamba² Nya, iaitu: 'Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Tuhan (yang haq) melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kpd Ku'
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 2]

      Allah menyuruh peringatkan kpd manusia bahawa tidak ada tuhan yg benar melainkan Allah, maka hendaklah manusia bertakwa kpd Allah. Peringatan itu amat bermanfaat kpd orang² yg beriman.

dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang² yg beriman.
[Al-Qur-An, Surath 51, Ayat 55]

πŸ‘‰Fikirlah dan pilihlah jalan hidupmu 
      Setelah kamu fikir tentang apa yg disampaikan (ayat² Al-Qur-An), terserahlah kpd kamu utk membuat pilihan. Kebenaran telah datang kpd kamu. Tiada paksaan untuk menyembah Allah kerana di dalam kehidupan Duniya ini kamu perlu membuat pilihan. Kamulah yg kena pilih kpd siapa yg kamu hendak sembah tetapi Allah Pencipta manusia telah beritahu 'tiada sesembahan yg lain selain Allah'. Sekiranya kamu benar² kenal Allah yg menciptakan kamu, kamu akan menyembah Dia dengan izin Nya. Sekiranya kamu berkata 'Jangan paksa aku untuk masuk agama Allah (Islam!', maka Allah telahpun beritahu;

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yg benar daripada jalan yg sesat kerana itu barangsiapa yg ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah pegang kepada buhul (ikatan simpulan) tali yg amat kuat yg tidak akan putus dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[Al-Qur-An, Surath 2, Ayat 256]

      Ya. Benar. Sungguh, telah jelas jalan yg benar daripada jalan yg sesat. Kamulah yg kena buat pilihan, jalan yg benar atau jalan yg sesat? Tidak ada paksaan.


      Sesungguhnya Rasul² Allah hanyalah selaku pembawa berita gembira dan pemberi peringatan kpd manusia agar manusia tidak ada alasan lagi utk membantah Allah di Akhirat kelak sebabnya peringatan telah disampaikan ke Duniya ini.

(Mereka Kami utus) selaku Rasul² (Pesuruh²) pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah di utusnya Rasul² itu, dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[Al-Qur-An, Surath 4, Ayat 165]

      Peringatan telah sampai ke Duniya ini, maka di Akhirat nanti, tidak ada alasan lagi utk membantah Allah. Perhatikanlah kerajaan (pemerintahan) di langit dan di bumi dan segala yg diciptakan Allah dan sambil kamu memerhati apa yg diciptakan oleh Allah itu, kemungkinan telah dekat datangnya kebinasaan (kematian) kepada kamu dan mereka. Allah bertanyakan kepada kamu yg beriman kpd Allah, berita manakah lagi yg mereka akan beriman (yakin) selain kepada berita di dalam Al-Qur-An? Siapakan mereka itu? Perhatikanlah...

dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah? dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan merekaMaka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman selain kepada Al-Qur-An itu?
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 185]

      Namun begitu, walaupun telah banyak peringatan yg telah disampaikan, Allah beritahu lagi ada manusia yg berpaling daripada kebenaran (Al-Qur-An) yg telah disampaikan oleh Rasul² Allah sebelum ini. Kenapa ada manusia yg berpaling? Allah beritahu, kerana dia telah menjadi seorang pembantah yg nyata.

Dia (Allah) telah menciptakan manusia (kamu) dari (air) mani, tiba² dia menjadi pembantah yg nyata.
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 4]

      Sebab itulah peringatan² demi peringatan disampaikan kpd manusia agar manusia kembali kpd Allah, sembah Allah. Apakah kamu sendiri yg sedang berpaling daripada kebenaran Al-Qur-An yg sedang disampaikan? Apakah kemu tidak mengetahui akibatnya berpaling daripada Al-Qur-An?

Barangsiapa berpaling daripada Al-Qur-An maka sesungguhnya dia akan memikul dosa yg besar di Hari Qiyamat.
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 100]

      Berpaling daripada Al-Qur-An yakni tidak menyakini kebenaran kata² Allah di dalam Al-Qur-An, tidak buat apa yg Allah suruh, menentang kebenaran yg disampaikan oleh Rasul² Allah. Allah beri amaran jika kamu berpaling daripada Al-Qur-An, maka kamu akan memikul dosa yg besar di Hari Qiyamat. Tanyalah keyakinan yg ada di dalam hati kamu...

"Wahai Allah Yang Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Pengasih ampunilah dosa² kami. Janganlah Engkau palingkan kami daripada Mu. Rahmatilah kami, kasihanilah kami"

Fikirlah dan pilihlah jalan hidupmu...

Jiwa kamu... Hati kamu... Tanya-tanyakanlah... Mungkin telah ada ilham yg dtg kpd jiwa kamu cuma kamu yg tidak sedar...

Maka Allah mengilhamkan kpd jiwa itu (jalan) keFasikan dan keTakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
[Al-Qur-An, Surath 91, Ayat 8-10]

Beruntunglah org yg mensucikan jiwanya dan merugilah org yg mengotorikan jiwanya...

πŸ‘‰Sembahlah Allah sama ada kamu suka ataupun terpaksa
      Kamu telah dibekalkan dgn akal fikiran. Setelah kamu berfikir dan setelah kamu mengakui bahawa Allah lah yg menciptakan diri kamu, setelah kamu tahu bahawa hanya Allah lah sesembahan (Tuhan) yg berhak disembah di Bumi ini, setelah kamu tahu bahawa Allah lah Raja Manusia, setelah kamu tahu bahawa Allah telah perintahkan manusia untuk menyembah Diri Nya, maka setelah kamu akui keRajaanNya (kedudukanNya sebagai Raja Manusia) maka hendaklah kamu menyembah Allah (Raja) sahaja di Bumi ini.
      Maka, apabila Raja telah perintahkan kamu untuk datang menyembah dirinya, maka hendaklah kamu datang berserah diri kepada Nya dan hendaklah kamu menyembah Nya dalam keadaan yg terpaksa ataupun suka. Tidakkah kamu takut kpd Raja Manusia (Allah) Yang Amat Berkuasa? Apa yg akan terjadi kpdmu jika kamu ingkar (kafir) kpd perintah Nya? Bagaimana dgn keyakinan (iman) yg ada di dalam hati kamu sekarang? Hati kamu....
      Allah beritahu, segala makhluk ciptaan Nya di langit dan di bumi adalah dalam keadaan berserah diri kepada Nya baik dgn suka mahupun terpaksa. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa semua yg diciptakan Allah akan kembali kpd Nya termasuklah diri kamu juga akan kembali kpd Allah. Allah akan mematikan kamu apabila tiba masanya. Selepas kamu mati (meninggalkan Duniya ini)  kamu tetap akan dikembalikan kpd Allah, sama ada kamu suka ataupun kamu terpaksaAllah berfirman;

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah? Padahal kepada Nya lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan.
[Al-Qur-An, Surath 3, Ayat 83]

Kemudian Dia (Allah) menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: 'Datanglah kamu keduanya menurut perintah Ku dengan suka hati atau terpaksa' Keduanya menjawab: 'kami datang dengan suka hati'
[Al-Qur-An, Surath 41, Ayat 11]

     Maka, sekiranya kamu memahami dan mengerti firman di atas, maka hendaklah kamu menyembah Allah dengan suka hati ataupun terpaksa sebabnya memang kamu diciptakan utuk menyembah Allah. Sebaiknya, kamu datanglah menyembah Allah dgn membawa hati yg gembira dan bukannya dgn hati yg terpaksa. Janganlah ada di dalam diri kamu, perasaan rasa terpaksa utk menyembah Allah.
      Bagaimana nak menyembah Allah? Jawapannya: Dirikanlah Sholath. Utk menyembah Allah, kamu kena kerjakan Sholath. Apakah pula tujuan sholath didirikan?

πŸ‘‰Tujuan Sholath Didirikan, Dikerjakan.
      Apabila kamu baca Al-Qur-An, cuba kamu tujukan kata² Allah yg kamu baca kpd diri kamu sendiri. Sekiranya ia kena, maka kenalah ke atas diri kamu (utk kamu ambil pengajaran). Di dalam Al-Qur-An, Allah telah ceritakan kisah Nabi Musa.

Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? Ketika dia (iaitu Musa) melihat api, lalu berkatalah dia kepada keluarganya: 'Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit daripadanya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu' Maka ketika dia datang ke tempat api itu, dia dipanggil: 'Hai Musa! Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa, dan Aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu). Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tidak ada Tuhan (yang haq) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah sholath untuk mengingat Aku. Sesungguhnya Hari Qiyamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap² diri itu dibalas dengan apa yang dia usahakan. Maka se-kali² janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa'
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 9-16]

      Allah bertanya kpd kamu, apakah kisah Nabi Musa telah sampai kepadamu? Setelah kamu membaca kata² Allah di atas, itu bermakna sedikit kisah Musa telah sampai kepadamu. Apa yg Allah beritahu kpd Musa? Allah beritahu kpd Musa bahawa sesungguhnya Dia lah Allah. Tidak ada tuhan (yang haq) yg lain selain Dia. Maka Allah perintahkan Musa utk sembah Dia dan dirikan sholath untuk ingat kepada Dia. Maka drpd kisah Musa ini, itulah tujuan utama sholath dikerjakan iaitu untuk ingat kepada Allah sebab ada manusia yg lupa kpd Allah ketika dia hidup. Apakah kamu sudah ingat kpd Allah pada hari ini?

Adakah ketika kamu sedang membaca tulisan ini kamu sedang ingat kpd Allah? Ingat atau tidak? Lalu apa yg kamu sedang ingat?

      Maka itulah sebab mengapa Allah perintahkan kamu utk mengerjakan sholath. Utk ingat kpd Dia sebab memang manusia itu mudah lupa kpd Allah. Dgn mengerjakan sholath, kamu hendaklah ingat kpd Allah kerana waktu bersholath adalah waktu khas utk kamu ingat kpd Nya. Sekiranya Allah tidak perintahkan manusia utk mengerjakan sholath utk ingat kpd Nya, berapa banyak masa yg telah kamu gunakan utk ingat kpd Allah pd hari ini? Pasti kamu sibuk dgn urusan Duniya.
      Dalam firman di atas, Allah beritahu lagi, sesungguhnya Hari Qiyamat itu akan terjadi. Allah merahsiakan (waktunya) agar supaya kamu dibalas dengan apa yg kamu usahakan. Maka se-kali² janganlah kamu dipalingkan daripadanya (drpd Hari Qiyamat) oleh orang yg tidak beriman kepada Hari Qiyamat dan oleh orang yg mengikuti hawa nafsunya, yg menyebabkan kamu akan jadi binasa disebabkan keingkaran kamu kpd Allah.
Kematian
      Di sini, Hari Qiyamat itu bolehlah juga diambil pendekatannya sebagai Hari Kematian kamu kerana semua manusia akan mati pada hari berlakunya Qiyamat iaitu pengakhiran kehidupan di Dunia dan semua manusia akan dihidupkan sekali lagi untuk menghadapi Hari Pembalasan terhadap apa yg telah manusia kerjakan sepanjang keberadaannya di Duniya iniLalu bagaimana pandanganmu terhadap apa yg Allah beritahu kpd kamu?
      Sebelum Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan utk mendirikan sholath sebagai satu KEWAJIBAN ke atas manusia, Allah juga telah perintahkan Nabi² dan manusia² di zaman Nabi itu utk menyembah Nya dengan mendirikan sholath agar mereka ingat kpd NyaSholath adalah satu pekerjaan yg dilakukan utk menyembah Allah. Lalu bagaimana pandanganmu tentang sholath?

πŸ‘‰Allah memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai Utusan Nya
      Ahmad bin Abdullah (nama sebenar Nabi Muhammad s.a.w) telah dipilih Allah sebagai Rasul Nya, sebagai Nabi Nya, sebagai Utusan Nya, sebagai Pesuruh Nya untuk menyampaikan risalah² Nya kpd manusia dan mengajarkan kpd manusia seperti mana yg dikehendaki oleh Allah. Baginda merupakan Nabi terakhir yg diutuskan di atas muka Bumi ini. Terserahlah kpd Allah untuk memilih siapa yg dikehendaki Nya kerana Dia Maha Mengetahui apa yg Dia perbuat dan Dia telah memilih Ahmad bin Abdullah (Muhammad) sebagai Rasul Nya.

dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kpdmu, membenarkan kitab (yg turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dgn (datangnya) seorang Rasul yg akan datang sesudahku, yg namanya Ahmad (Muhammad)' Maka tatkala Rasul itu datang kpd mereka dgn membawa bukti² yang nyata, mereka berkata: 'Ini adalah sihir yang nyata'
[Al-Qur-An, Surath 61, Ayat 6]

      Byk peringatan² dan tunjuk ajar yg telah disampaikan oleh baginda kpd manusia agar manusia kembali kpd Allah, agar manusia hanya menyembah Allah sahaja di Bumi ini, agar manusia membaiki akhlaknya seperti mana yg dikehendaki Allah, namun ramai yg tidak percaya kpd baginda pada tika itu. Berselawatlah kpd Nabi Muhammad s.a.w. Pemilihan Muhammad s.a.w sebagai Utusan Allah telah menimbulkan perasaan yg tidak senang dikalangan manusia pada zaman baginda itu tetapi itulah, pilihan Allah. Baginda perlu meneruskan utk menyebarkan risalah² Allah, mesti dilaksanakan kerana inilah perintah Allah kpd baginda. Usah ditanya kenapa Allah memilih Nabi Muhammad s.a.w kerana Allah telah beritahu dgn berfirman:

Orang² kafir dari Ahli Kitab dan orang² Musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu (yakni Muhammad) dari Tuhanmu dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki Nya (untuk diberi) rahmat Nya (kenabian) dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
[Al-Qur-An, Surath 2, Ayat 105]

      Allah tentukan siapa yg dikehendaki Nya untuk diberi rahmat Nya iaitu darjat kenabian. Melalui Muhammad s.a.w, byk kisah², perintah², larangan², peringatan², pengajaran² yg telah Allah beritahu kpd Muhammad s.a.w seperti mana yg tertulis di dalam Kitab Al-Qur-An dapat diketahui. Allah perintahkan Nabi Muhammad s.a.w untuk sampaikan pula kpd manusia yg lain. Baginda juga berpesan agar sampaikan juga peringatan² kpd manusia yg tidak mengetahui agar mereka ketahui bahawa mereka hendaklah beriman kpd Allah, mereka kena kembali kpd Allah.

(Mereka Kami utus) selaku Rasul² pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah di utusnya Rasul² itu, dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[Al-Qur-An, Surath 4, Ayat 165]

       Diutuskan Rasul² sebagai pembawa berita gembira kpd orang² yg beriman kpd Allah dan juga pemberi peringatan kpd manusia yg tidak beriman kpd Allah agar manusia tidak ada alasan lagi utk membantah Allah setelah mendengar berita² yg telah disampaikan oleh Utusan² Allah. Namun begitu, ramai manusia yg tidak mengetahui akan perutusan Nabi Muhammad s.a.w itu.

dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakkan manusia tiada mengetahui.
[Al-Qur-An, Surath 34, Ayat 28]

      Melalui Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Akhir Zaman, Nabi yg terakhir yg diutuskan di atas bumi ini, Allah telah perintahkan manusia utk dirikan SholathKenapa perintah Sholath itu diturunkan dan diwajibkan kpd manusia di zaman Nabi Muhammad s.a.w?

πŸ‘‰Sejarah Sholath di Zaman Nabi Muhammad s.a.w
      Nabi Muhammad s.a.w telah sampaikan peringatan Allah kpd manusia bahawa 'tiada sesembahan (tuhan) yg lain selain Allah'. Sekiranya semua manusia percaya dan yakin kpd apa yg telah disampaikan oleh Nabi s.a.w, maka sudah pasti semua manusia akan menyembah Allah sahaja dan tidak akan menyembah kpd yg lain selain Allah. Namun ianya tidaklah begitu kerana manusia ada akal dan hati. Itulah makhluk ciptaan Allah yg dinamakan manusia. Akal utk fikir manakala hati pula utk rasa (yakin). Sebab itu setelah manusia berfikir akan sesuatu, kadang² mereka akan berkata, 'aku rasa...'. Di dalam diri manusia itu ada sifat menentang / sifat membantah. Barangkali sifat membantah itu ada di dalam diri kamu sekarang, sama ada kamu sedang membantah kebenaran ataupun kepalsuan. Allah bertanya kepadamu;

Apakah kamu tidak melihat kepada orang² yang membantah ayat² Allah? Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (iaitu) orang² yg mendustakan Al-Kitab (Al-Qur-An) dan wahyu yg dibawa oleh Rasul² Kami yg telah Kami utus? Kelak mereka akan mengetahui,
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 69-70]

      Sudahkah kamu melihat kpd orang² yg membantah ayat² Allah? Tidakkah kamu berfikir bagaimanakah mereka dapat dipalingkan drpd kata² Allah? Namun, Allah beritahu lagi melalui firman Nya;

Dia (Allah) telah menciptakan manusia (kamu) dari (air) mani, tiba² dia menjadi pembantah yg nyata.
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 4]

      Jika kamu membantah ayat² Allah, maka benarlah kata² Allah di atas. Kembali kpd sejarah perintah sholath diturunkan. Telah diceritakan kpd penulis bahawasanya ketika di zaman Nabi s.a.w, kebanyakkan manusia di ketika itu, tidak tahu bagaimana caranya hendak mentauhidkan Allah, hendak mengEsakan Allah. Lalu, Allah s.w.t telah perintahkan Nabi s.a.w untuk mengadap Nya (peristiwa Isra' Mikraj). Baginda telah diiringi oleh Malaikat Jibril di sepanjang perjalanan baginda itu. Di satu tempat di sana lah, Allah telah perintahkan Nabi s.a.w dan manusia wajib untuk menyembah Diri Nya dgn cara mengerjakan Sholath sebanyak 5 kali sehari. Maka, apabila telah diperintahkan oleh Allah, mulai dari itulah, manusia yg beriman kpd Allah wajib mengerjakan Sholath 5 kali sehari pada waktu yg telah ditentukan oleh Allah s.w.t. ke atas orang² yg beriman.

Sesungguhnya sholath itu adalah kewajiban yg ditentukan waktunya atas orang² yg beriman.
[Al-Qur-An, Surath 4, Ayat 103]

      Lihat. Sholath itu adalah kewajiban yg mesti dikerjakan oleh orang² yg beriman kpd Allah sebanyak 5 kali sehari. Manusia yg beriman kpd Allah wajib menyembah Allah s.w.t dgn cara mengerjakan Sholath dan Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan kpd manusia cara² utk mengerjakan Sholath. Di sini, apa yg perlu diketahui adalah Nabi s.a.w telah tunjukkan kpd manusia satu pekerjaan yg wajib dilakukan utk mengtauhidkan Allah, utk mengEsakan Allah dan utk menyembah Allah iaitu Sholath.

Sholath Wajib 5 kali Sehari (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak)
      Sekiranya kamu membaca Al-Qur-An, kamu akan jumpa banyak perintah² Allah yg menyuruh manusia mengerjakan Sholath kerana itulah pekerjaan yg wajib dilaksanakan oleh orang² yg beriman kpd Allah iaitu menyembah Allah.

Andainya, sholath itu tidak wajib dikerjakan oleh orang² yg beriman kpd Allah, apakah kamu akan ingat kpd Allah

πŸ‘‰Dirikan Sholath / Kerjakan Sholath.
      Jika ada yg bertanya, bagaimana nak sembah Allah? Maka jawapan ringkasnya adalah 'kerjakanlah Sholath'. Jika ditanya lagi, macamana nak buat Sholath? Tunjuklah kpdnya cara² nak mengerjakan Sholath. Sholath itu ada gerakan²nya, tertib²nya serta bacaan²nya yg tertentu seperti mana kamu melakukan pekerjaan seharian kamu. Jika kamu bekerja sebagai seorang kerani, maka di dalam pekerjaan itu adalah perkara² yg perlu kamu lakukan dan patuhi sebagai seorang kerani. Kamu tekun melakukan pekerjaan kamu sebagai seorang kerani sehingga kerja kamu siap dgn sempurna. Begitu juga sholath, maka perlulah kamu pelajari bagaimana hendak mengerjakan sholath. Bagaimana pula dgn ketekunan kamu ketika mengerjakan sholath?


Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kpd Nya dgn penuh ketekunan.
[Al-Qur-An, Surath 73, Ayat 8]

      Allah menyuruh kamu menyebut nama Nya dan beribadatlah kpd Nya dgn penuh ketekunan. Maka, Sholath itu adalah satu pekerjaan menyembah Allah dan semasa membuat pekerjaan itu sebolehnya hendaklah kamu ingat kpd Allah. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa setiap makhluk ciptaan Allah telah mengetahui cara sholathnya masing²?

Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada Nya bertasbih apa yg di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing² telah mengetahui (cara) sholath dan tasbihnya dan Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan.
[Al-Qur-An, Surath 24, Ayat 41]

      Allah beritahu, setiap makhluk ciptaan Nya, telah mengetahui cara sholathnya, telah mengetahui cara menyembah Allah tetapi bagi manusia caranya adalah seperti mana ajaran yg telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w .

SHOLATH = SEMBAH ALLAH
Gerakan Normal Ketika Mengerjakan Sholath
Setelah kamu mengetahui tentang Sholath, maka....

Maka hadapkanlah wajahmu dgn lurus kpd agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yg telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yg lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dengan kembali bertaubat kpd Nya dan bertakwalah kpd Nya serta dirikanlah sholath dan janganlah kamu termasuk orang² yg mempersekutukan Allah iaitu orang² yg memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap² golongan merasa bangga dengan apa yg ada pada golongan mereka.
[Al-Qur-An, Surath 30, Ayat 30-32]

      Maka, bertaubatlah kpd Allah, bertakwalah (ada rasa takut) kpd Allah serta dirikanlah sholath dan janganlah kamu memasukkan dirimu ke dalam golongan orang² yg mempersekutukan Allah iaitu orang² yg memecah belah agama dan menjadi terpecah kpd beberapa golongan. Apakah kamu merasa bangga dengan apa yg ada pada golongan kamu? Jika kamu merasa bangga, maka benarlah kata² Allah di dalam Al-Qur-An. Selepas kamu mengerjakan sholath dgn sebenar-benarnya, menyembah Allah dgn sebenar-benarnya, mudah-mudahan kamu akan mendapat sesuatu yg berharga utk diri kamu.

Maka Maha Tinggi Allah Raja yg sebenar²nya, dan janganlah kamu ter-gesa² membaca Al-Qur-An sebelum disempurnakan mewahyukannya kpdmu (Muhammad), dan katakanlah: 'Ya Tuhanku, tambahkanlah kpdku ilmu pengetahuan'
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 114]

Berdoalah, 'Ya Tuhanku, tambahkanlah kpdku ilmu pengetahuan'. Kerjakanlah sholath, sembahlah Allah.

Apakah maklumat yg ada disebalik gerakan sholath?
Dan apakah maksud Sembahyang?

Bersambung....

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Sunday, February 12, 2017

Jika Benar Menyembah Allah

Dengan Nama Mu, Allah...
Tiada daya dan upaya untukku menulis melainkan dengan izinMu....
(bersambung dari Perintah Sembahlah Allah)

     Kitab Al-Qur-An adalah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh manusia sebagai bacaan dan petunjuk untuk kembali kpd Allah. Di dalamnya, banyak ayat² / kata² untuk manusia jadikan pengajaran, pelajaran dan petunjuk ketika menjalani kehidupan di muka bumi ini. Siapa yang mengikutinya, maka dirinyalah yg beruntung (dengan izinNya). Allah memilih dan melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNya untuk menyampaikan ayat²Nya kepada manusia agar manusia menyembah Allah sebelum manusia meninggalkan dunia ini.
     Semoga kita, terus tetap diberi petunjuk olehNya selagi masih dihidupkan di bumi ini. Sekejap lagi, mungkin kamu akan meninggalkan dunia ini. Yang pasti seperti yg dijanjikan, seperti yg ditulis di dalam Kitab Al-Qur-An, kamu pasti akan dimatikan oleh Allah s.w.t, Raja Manusia.

Marilah kita mengamati ayat² yg berkaitan 'menyembah Allah'.

1πŸ‘‰ Sebelum Nabi Ya'qub meninggalkan dunia ini, dia berkata kepada anak²nya tentang apa yg anak²nya akan sembah setelah beliau tiada;

Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda²) maut, ketika dia berkata kepada anak²nya: 'Apa yang kamu sembah sepeninggalku?' Mereka menjawab: 'kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya'
[Al-Qur-An, Surath 2, ayat 133]

      Jika ayat Al-Qur-An di atas dibacakan dan ditanyakan kpd dirimu, tentu sekali jawapannya adalah TIDAK HADIR. Namun cerita itu diberitahukan kpd Nabi Muhammad dan akhirnya sampai kpd pengetahuan kamu. Anak² Nabi Ya'qub memberitahu kpd ayahnya bahawa mereka akan menyembah Allah dan hanya tunduk patuh kpd Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Kini kamu mengetahui bahawa sejak dahulu lagi, Allah telah disembah oleh manusia.
      Allah lah yg menciptakan manusia, Allah lah yg menguasai manusia, Allah lah yg mematikan manusia. Dia lah Raja Manusia. Raja Manusia telah memerintahkan manusia agar manusia menyembah Dia. Kamu adalah manusia, maka sembahlah Raja Manusia (Allah). Sembahlah Raja kamu yg sebenar iaitu Allah sebelum kamu dimatikan (meninggal dunia). Lihatlah, sudah banyak manusia yg meninggalkan dunia ini (mati). Bila tibanya masa kamu, Raja kamu (Allah) akan mematikan kamu. Maka, sebelum kamu dimatikan, tunduklah, patuhlah, taatlah kepada Raja kamu (perintah dan larangan Dia ketika kamu di bumi ini).

     Di bumi ini, ada pelbagai corak kehidupan yg manusia amalkan, namun Allah, Pencipta Manusia telah menyediakan corak / gaya kehidupan yg paling terbaik utk kamu ikuti / amalkan. Dia (Allah) Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kamu kerana Dia lah yg menciptakan kamu (manusia). Antara corak / gaya kehidupan yg terbaik, yg disediakan oleh Allah utk kamu ikuti ialah SEMBAHLAH ALLAH.

2πŸ‘‰ Allah telah menyediakan corak kehidupan (shibghath) untuk kamu ikuti dan ianya dinamakan sebagai 'Shibghath Allah'. 'Celup'kanlah / 'warna'kanlah dirimu dgn Shibghath Allah.

Shibghath Allah, dan siapakah yang lebih baik shibghathnya daripada Allah? dan hanya kepadaNya lah kami menyembah.
[Al-Qur-An, Surath 2, ayat 138]

      Sejarah menceritakan, dahulunya ada manusia yg mencelupkan anak mereka ke dalam air yg dipercayai dapat menjadikan anak mereka orang² yg suci daripada dosa kerana kepercayaan mereka mengatakan bahawa anak² yg baru dilahirkan membawa dosa. Sebab itu mereka mencelupkan anak mereka ke dalam air yg berwarna.
      Allah yg menciptakan manusia telah menyediakan agama yg diredhaiNya (Islam) untuk manusia amalkan / ikuti dan ianya dipanggil sebagai Shibghath Allah. Jika ayat di atas dibacakan dan ditanyakan kpd diri kamu, siapakah yg lebih baik shibghathnya daripada Allah? Apakah kamu masih ada jawapan yg lain setelah kamu mengetahui bahawa Allah adalah Raja kamu (Raja Manusia)?
      Kerna Dia lah Raja Manusia, maka tiada lagi shibghath yg lebih baik selain daripada Shibghath Allah yg disediakan (diaturkan) olehNya untuk manusia, untuk kamu amalkan / ikuti / patuhi. HIDUP ADA PERATURAN (DISIPLIN). Apabila kamu mengetahui dan YAKIN bahawa Allah lah Raja kamu, maka, 'celup'kanlah dirimu ke dalam Shibghath Allah (ikut perintah² Allah). 'Warnai'lah dirimu dgn Shibghath Allah. Dgn erti kata lain, apabila kamu sedar bahawa Shibghath Allah lah yg lebih baik, maka sembahlah Allah, taatlah, patuhlah, sujudlah kepada Dia

     Kamu sembah Allah tetapi kenapa kamu masih makan rezeki yg tidak baik (haram)?
Bacalah peringatan ini... 

3πŸ‘‰ Kamu perlu makan kerana itu adalah hak jasad/tubuh/badan. Sekiranya manusia tidak makan, hak jasad tidak ditunaikan. Jasad perlukan makanan tetapi Allah beri peringatan kpd orang² yg beriman yakni orang² yg yakin bahawa Allah lah Rajanya, Tuhannya, 'makanlah rezeki yang baik² (halal)';

'Hai orang² yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik² (thoyibat) yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika benar² hanya kepadaNya kamu menyembah.'
[Al-Qur-An, Surath 2, ayat 172]

      Ada manusia yg yakin bahawa Allah lah Tuhan dia (orang² yg beriman), dia menyembah Allah tetapi masih makan rezeki yg tidak baik (haram). Hai orang² yg beriman, jika benar kamu hanya menyembah Allah, makanlah rezeki yg baik² (halal) yg Allah berikan dan bersyukurlah kpd Dia, berterima kasihlah kpd Dia. Dia telah berikan rezeki yg baik² kpd kamu tetapi kenapa kamu masih makan rezeki yg tidak baik (haram)? Jika benar kamu hanya menyembah Allah, makanlah rezeki yg baik².
      Di bumi ini ada manusia yg enggan menyembah Allah, Raja Manusia. Mungkin mereka tidak tahu bahawa Allah lah Raja Manusia, Allah lah Tuhan manusia. Mungkin pengetahuan (kebenaran) belum sampai kpd mereka atau mungkin mereka memang enggan menyembah Allah atau mungkin mereka tidak tahu bahawa Allah menyuruh manusia menyembah Dia atau mungkin mereka tidak kenal Allah. Tetapi kenapa kamu yg sudah tahu bahawa Allah itu Raja kamu, Tuhan kamu, kamu masih enggan menyembah Dia? Kenapa? Sedarlah, diri kamu itu diciptakan oleh Allah. Dia lah Raja kamu, Dia lah Tuhan kamu. Allah beri rezeki kpd kamu tetapi kenapa kamu masih enggan menyembah Allah? Sembahlah Allah.

Bacalah berita tentang Malaikat...
(Ini semua adalah berkaitan KEYAKINAN kpd ayat² Al-Qur-AN)

4πŸ‘‰ Allah beritahu, malaikat² ciptaanNya tidak merasa enggan menyembah Dia;

Sesungguhnya malaikat² yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkanNya dan hanya kepadaNya lah mereka bersujud.
[Al-Qur-An, Surath 7, ayat 206]

      Malaikat tidak ada rasa enggan menyembah Allah tetapi kamu enggan menyembah Allah. Kenapa kamu enggan menyembah Allah? Allah beri rezeki kpd kamu mengikut kehendak Dia sedikit atau banyak. Usahalah sehebat manapun, jika Allah tetapkan rezeki kamu hanya sebanyak itu, maka sebanyak itulah yg kamu dapat. Soalnya, Kenapa kamu enggan menyembah Allah, kenapa kamu enggan bersujud kpd Allah? Kenapa? Apakah kamu masih ragu² tentang agama Allah (Islam)? Allah perintahkan kamu (manusia) untuk sembah Dia.

5πŸ‘‰ Utusan Allah telah beritahu kpd manusia. Siapa manusia? Kamulah manusia. Lihatlah kpd dirimu.

Katakanlah : "Hai manusia, jika kamu masih dalam keragu-raguan tentang agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah yang kamu sembah selain Allah, tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang² yang beriman"
[Al-Qur-An, Surath 10, ayat 104]

      Bacakanlah ayat di atas kpd diri kamu. Janganlah kamu ragu² tentang agama Allah. Sembahlah Allah. Ingatlah, Raja kamu (Allah) yg menciptakan (menghidupkan) kamu dan Allah lah, Dia lah yg akan mematikan kamu. Dia lah yg berkuasa ke atas diri kamu.
Allah (Raja Manusia) mematikan manusia
      Mengapa kamu menyembah yg lain selain Allah? Tidak ada sembahan yg lain selain Allah sebabnya Allah tidak menurunkan keterangan apapun tentang sembahan yg lain selain Dia. Marilah... Marilah masuk ke dalam golongan orang² yg beriman (orang² yg yakin, yg menyembah Allah) sebelum kamu dimatikan oleh Allah (Raja Manusia). Jadilah orang² yg beriman kpd Allah bukannya beriman kpd yg selain Allah.

6πŸ‘‰ Allah beritahu ada manusia yg menyembah nama² yg manusia ciptakan sedangkan Allah tidak menurunkan suatu keterangan apapun tentang nama² itu;

Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama² yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama² itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. DIA telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain DIA. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[Al-Qur-An, Surath 12, ayat 40]

      Apakah kamu mengetahui tentang perintah ini? Allah perintahkan kamu agar kamu tidak menyembah yg lain selain Dia. Menyembah Allah adalah agama yg lurus (perbuatan/amalan yg benar) tetapi ramai manusia tidak mengetahui. Allah, Raja Manusia beritahu bahawa ramai manusia yg tidak mengetahui tentang agama (perbuatan) yg lurus (yg benar). Apakah kamu termasuk di dalam golongan manusia yang tidak mengetahui? Carilah... carilah pengetahuan (kebenaran) sebelum kamu dimatikan oleh Allah, Raja Manusia, Raja kamu.

7πŸ‘‰ Allah beritahu ada manusia yg tahu tentang kebenaran tetapi dia ingkar sebahagian daripada ayat² peringatan yang ada di dalam kitab Al-Qur-An. Apakah kamu juga begitu?

Orang² yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan² yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan DIA. Hanya kepadaNya aku seru (manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali"
[Al-Qur-An, Surath 13, ayat 36]

      Ingatlah, Raja kamu (Allah) telah perintahkan kamu untuk menyembah Allah dan juga perintah jangan persekutukan Dia dgn sesuatu apapun. Setelah kamu sembah Dia, janganlah pula kamu rasa ada kuasa yg lain lagi selain Dia (jgn yakin kpd yg lain selain Allah). Ini adalah berkaitan KEYAKINAN.
     Tanyailah dirimu, apakah benar kamu telah mematuhi peraturan² yg ada di dalam Al-Qur-An dgn sepenuhnya? Atau apakah kamu sedang mengingkari sebahagian daripada peraturan² yg ada di dalam Al-Qur-An? Jangan makan rezeki haram. Sebut makan, rasa lapar lagi? Makanlah. Carilah rezeki, nanti Allah beri. Perut yg lapar, kamu yg makan. Kamu yg cari rezeki, Allah yg beri rezeki.

8πŸ‘‰ Allah beritahu, makanlah yang halal lagi baik;

Maka, makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya saja.
[Al-Qur-An, Surath 16, ayat 114]

      Di dunia ini, Allah ciptakan rezeki Halal dan Haram untuk menguji amal kamu. Jika benar kamu hanya menyembah kepada Allah, makanlah rezeki yang halal, ambillah rezeki yg halal. Janganlah makan (ambil) rezeki yang haram. Apakah kamu kenal rezeki yg haram? Apakah kamu merasa angkuh dan letih untuk mentaati perintah mencari rezeki yg halal lalu kamu cari rezeki secara yg haram? Apakah kamu angkuh dan letih untuk sembah Allah?

9πŸ‘‰ Allah beritahu, malaikat tidak ada rasa angkuh dan tidak rasa letih untuk menyembah Allah;

dan kepunyaanNya lah segala yang di langit dan di bumi, dan malaikat² yang di sisiNya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembahNya dan tiada (pula) merasa letih.
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 19]

      Tidakkah kamu merasa malu kepada Malaikat yang berada di kanan dan di kiri kamu? Malaikat yg mencatatkan apa yg kamu kerjakan. Malaikat yg mana? Sebagai manusia di muka bumi ini, carilah pengetahuan (Al-Qur-An) yg telah disediakan oleh Allah (Raja Manusia). Janganlah ada rasa angkuh di dalam diri kamu sehinggakan kamu tidak menyembah Allah dan janganlah pula merasa letih apabila menyembah Allah.

Siapa yg telah memberi petunjuk (panduan) kepada kamu?

10πŸ‘‰ Allah beritahu, ada manusia yg Allah telah jadikan mereka sebagai pemimpin² yg memberi petunjuk kpd manusia dengan perintah DIA;

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin² yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan sholath, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami lah mereka selalu menyembah,
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 73]

      Ketahuilah bahawa ada di antara manusia di muka bumi ini, Allah telah jadikan mereka yg hanya kpd Allah lah mereka selalu menyembah sebagai pemimpin² yg memberi petunjuk kpd manusia. Petunjuk² yg Utusan Allah (Rasulullah) dan org² yg beriman terdahulu berikan / tinggalkan masih ada hingga ke hari ini. Banyak peringatan² (petunjuk²) yg ada di dalam Kitab Al-Qur-An. Bacalah Kitab Al-Qur-An untuk dapatkan pengetahuan / petunjuk. Seperti di atas, kerjakanlah kebaikan, dirikanlah sholath, tunaikanlah zakat. Apakah kamu mengikuti petunjuk² itu?

11πŸ‘‰ Allah beritahu tentang kisah Nabi Ayub untuk dijadikan peringatan bagi semua yg menyembah DIA;

dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 83-84]

      Lihatlah. Petunjuk yg diberikan oleh Nabi Ayub. Allah boleh lenyapkan (sembuhkan) penyakit dengan begitu sahaja. Lihatlah kuasa Allah. Allah boleh sembuhkan penyakit. Allah Maha Kuasa. Allah jadikan kisah ini sebagai peringatan bagi semua yang menyembah Allah. Setelah mengetahui, setelah diperingatkan, lalu bagaimana dengan kamu? Bacalah Kitab Al-Qur-An, di dalamnya ada peringatan bagi diri kamu.
      Setelah diperingatkan, bagaimana tindakbalas kamu terhadap peringatan itu? Masih mempercayai bahawa ada kuasa yg lain yg dapat menyembuhkan penyakit kamu? TIDAK ADA kuasa lain yg dapat menyembuhkan penyakit kamu selain Allah. Allah ceritakan kisah ini sebagai peringatan bagi semua yang menyembah Allah.

12πŸ‘‰ Allah beritahu, sesungguhnya apa yg disebutkan di dalam Kitab Al-Qur-An, benar² menjadi peringatan bagi kaum yg menyembah DIA;

Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini, benar² menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah.
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 106]

      Sudah tentu, bagi manusia yg benar² menyembah Allah, manusia yg tidak mempersekutukan apapun dgn Allah, Al-Qur-An benar² menjadi peringatan kepada diri mereka. Namun begitu, ada manusia yg tidak menjadikan Al-Qur-An itu sebagai peringatan kepada dirinya sebab itu dia lupa / tidak tahu tentang peringatan yg ada di dalam Al-Qur-An.

13πŸ‘‰ Allah beritahu lagi, tidaklah semua manusia yg menyembah Allah itu benar² yakin (100% yakin) kepadaNya kerana ada yg menyembah Allah hanya ketika dirinya mendapat kebajikan (kebaikan) sahaja;

dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi (tidak dengan penuh keyakinan); maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia ke belakang (kembali kafir lagi). Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.
[Al-Qur-An, Surath 22, ayat 11]

      Allah beritahu ada manusia yang menyembahNya tetapi dia tidak yakin sepenuhnya kpdNya. Apakah kamu juga tidak mempunyai keyakinan 100% terhadap Allah? Apabila kamu mendapat kebaikan, kamu tetap menyembah Allah, apabila kamu mendapat keburukan, kamu tidak menyembah Allah. Kamu hanya menyembah Allah apabila kamu mendapat kebaikan sahaja. Apakah kamu begitu?

14πŸ‘‰ Tidak mengapalah kamu tidak mempunyai keyakinan yg penuh kpd Allah. Allah tidak rugi apa-apapun. Allah beritahu lagi, ada manusia yg tetap menyembah DIA dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganNya;

dan ALLAH telah berjanji kepada orang² yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal² yang soleh, bahawa DIA sungguh² akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang² yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh DIA akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan DIA benar² akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah KU dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan AKU, dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang² yang fasik.
[Al-Qur-An, Surath 24, ayat 55]

      Lihatlah. Allah beritahu bahawa Dia telah berjanji kpd orang² yg beriman dan mengerjakan amal² yg soleh bahawa Dia sungguh² akan menjadikan mereka berkuasa di bumi. Bukannya kpd orang² yg beriman tetapi tidak mengerjakan amal² yg soleh. Janganlah kamu memasukkan dirimu ke dalam golongan orang² yg fasik (org² yg tidak yakin kpd janji² Allah). Tetaplah menyembah Allah, yakinlah kpd janji² Allah dan kerjakanlah amal² yg soleh.

15πŸ‘‰ Rasulullah beritahu kepada manusia bahawa baginda hanya diperintahkan untuk menyembah Allah dan baginda juga telah diperintahkan supaya baginda termasuk orang² yg berserah diri;

Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang telah menjadikannya suci dan kepunyaanNya lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang² yang berserah diri.
[Al-Qur-An, Surath 27, ayat 91]

      Rasulullah hanya diperintahkan oleh Allah untuk sembah Dia dan tidak diperintahkan untuk sembah yg lain selain Allah. Bagaimana dengan dirimu? Apakah kamu telah benar² menyembah Allah? Apakah kamu telah benar² berserah diri kpd Allah?
Serah Diri
16πŸ‘‰ Atau kamu telah berserah diri kpd syaitan² (ikut perintah syaitan)? Kenalkah kamu kpd syaitan² musuh kamu yg nyata? Jangan... sebab Allah telah memperingatkan kamu bahawa jangan menyembah syaitan kerana dia adalah musuh yg nyata bagi kamu;

Bukankah AKU telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu dan hendaklah kamu menyembah KU. Inilah jalan yang lurus.
[Al-Qur-An, Surath 36, ayat 60-61]

      Ingatlah perintah Allah, Raja Manusia. Dia perintahkan kamu agar kamu sembah Dia. Maka, hendaklah kamu sembah Dia kerana itulah peraturan yg disediakan oleh Allah untuk diikuti / dipatuhi di bumi ini. Allah beritahu, sembah DIA, inilah jalan yg lurus. Janganlah kamu sembah syaitan (ikut perintah syaitan).

17πŸ‘‰ Ikutlah Rasulullah (Utusan/Pesuruh Allah). Allah perintahkan Baginda supaya menyembah DIA;

Katakanlah : 'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama, dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama² berserah diri'
[Al-Qur-An, Surath 39, ayat 11-12]

      Allah (Raja Manusia) telah perintahkan Utusan Dia untuk menyembahNya dgn memurnikan ketaatan kepadaNya dalam berkelakuan (beragama) dan diperintahkan supaya menjadi orang yg pertama menyerahkan diri kepadaNya (mengikut perintah²Nya). Ada manusia yg menyembah Allah tetapi tidak memurnikan ketaatannya kpd Allah, tidak benar² menjaga ketaatannya kpd Allah dlm menjalankan agama. Campur aduk. Sekejap taat kpd Allah, sekejap tidak taat kpd Allah. Bila lagi kamu hendak berserah diri kpd Allah? Sekejap lagi kamu mungkin dimatikan oleh Allah. Selagi kamu dihidupkan, berusahalah untuk berserah diri kpd Allah dgn sepenuhnya (ikut peraturan² yg Allah telah sediakan di bumi ini). 

18πŸ‘‰ Allah beritahu jangan sembah kepada makhluk, jangan berserah diri kpd makhluk;

Dan sebahagian dari tanda² kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada ALLAH yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah.
[Al-Qur-An, Surath 41, ayat 37]

      Jika kamu hanya menyembah Allah, janganlah lagi menyembah yg selain Allah, janganlah lagi berserah diri kpd yg lain selainNya. Janganlah kamu 'sujud' kpd makhluk (manusia dan lain²). Bersujudlah kpd Allah yg menciptakan manusia. Jika hanya kepada Allah saja kamu menyembah, janganlah kamu 'bersujud' kpd makhluk yg perintahkan kamu utk melakukan perbuatan keji, mungkar dan janganlah melanggar peraturan² yg Allah sediakan.

19πŸ‘‰ Sebabnya Allah sudah beritahu bahawa tidaklah DIA menciptakan jin dan manusia melainkan supaya jin dan manusia itu menyembah DIA. 

dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah KU.
[Al-Qur-An, Surath 51, ayat 56]

      Itulah tujuan kamu (manusia) diciptakan dan ditempatkan di atas muka bumi ini. Untuk apa? Menyembah Allah. Ya.. untuk menyembah Allah.

20πŸ‘‰ Kamu semua diciptakan oleh Allah. Allah lah Raja Manusia. Allah suruh kamu sembah DIA tetapi kenapa kamu tidak mahu sembah DIA? Allah cerita bahawa DIA memelihara manusia yang menyembah DIA daripada azab api Neraka...

Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah² keluarga kami merasa takut (akan diazab). Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab Neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembahNya. Sesungguhnya DIA lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.
[Al-Qur-An, Surath 52, ayat 26-28]

      Apakah kamu tidak takut diazab oleh Allah? Apakah kamu tidak mahu dipelihara (diselamatkan) dari azab Neraka?
Sembahlah Allah...

21πŸ‘‰ Allah beritahu, ketika hambaNya berdiri menyembahNya...

dan bahawasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembahNya (mengerjakan ibadat), hampir saja jin² itu desak mendesak mengerumuninya.
[Al-Qur-An, Surath 72, ayat 19]

      Allah beritahu, ada jin² yang mengerumuni hamba Allah (Nabi Muhammad) yg sedang menyembah Dia. Apakah jin² itu ingin mendengar bacaan (Al-Qur-An) yg dibacakan? Apakah kamu pernah dikerumuni oleh jin² ketika kamu berdiri menyembah Allah? Apa yg akan kamu katakan?

22πŸ‘‰ Katakanlah bahawa kamu hanya menyembah Allah dan kamu tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya;

Katakanlah: "Sesungguhnya, aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya.
[Al-Qur-An, Surath 72, ayat 20]

      Janganlah kamu mempersekutukan Allah... Janganlah kamu sembah yang lain selain Allah. Janganlah kamu yakin kpd yang lain selain Allah. Jangan persekutukan Dia. Kenapa kamu perlu yakin kpd yg lain selain Dia? Jangan. Luruskan (betulkan) ketaatanmu, keyakinanmu hanya kepada Dia.

23πŸ‘‰ Allah beritahu tentang agama (perbuatan amalan) yg lurus;

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta'atan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan sholath dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus.
[Al-Qur-An, Surath 98, ayat 5]

      Allah menceritakan, ada manusia yg tidak mahu meninggalkan agama nenek moyangnya sebelum datang kpd mereka bukti² yg nyata tentang agama Allah. Apabila datang bukti² yg nyata, yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, mereka berpecah pelah. Padahal mereka hanya disuruh supaya menyembah Allah sahaja. Inilah agama (perbuatan) yg lurus (benar). Allah suruh sembah Dia sahaja tetapi kenapa sampai berpecah belah? Sembahlah Allah... 

Hampir setiap hari, manusia makan.
Siapa yg memberi rezeki kpd manusia?
Siapa yg menghilangkan lapar?

24πŸ‘‰ Allah beritahu bahawa DIA lah yang memberi makanan kepada manusia untuk menghilangkan lapar dan DIA juga beritahu bahawa DIA lah yang mengamankan manusia dari ketakutan...

Kerana kebiasaan orang² Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim dingin dan musim panas. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini [Ka'bah], yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.
[Al-Qur-An, Surath 106, ayat 1-4]

      Sebelum kamu dimatikan Allah (RM), ketahuilah olehmu bahawa yg telah memberi makanan kpd kamu selama ini, yg telah menghilangkan lapar kamu selama ini, yg telah mengamankan kamu dari ketakutan selama kamu hidup ini ialah Allah (RM). Apabila kamu melihat Ka’bah, ingatlah bahawa pemiliknya ialah Allah. Maka, sembahlah Allah sebelum kamu dimatikan Allah (RM-Raja Manusia).


SETELAH KAMU MEMBACA AYAT-AYAT DI ATAS, MAKA, SEMBAHLAH TUHAN PEMILIK KAABAH, ALLAH SUBHANAHU WA TA 'ALA.

TUNDUK. PATUH. TAAT.

ALLAH
RAJA MANUSIA (RM)

Katakanlah:
"Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia, Raja Manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (jenis) jin dan manusia"
[Al-Qur-An, Surath An Nas (manusia), 114:1-6]

Jika benar kamu menyembah Allah, janganlah kamu jadikan duit (RM) sebagai Raja Manusia sehingga kamu lupa Raja Manusia yg sebenarnya.

Bagaimana cara menyembah Allah?
Apa yang hendak dipersembahkan kepada Allah?

Bersambung....


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar