Sunday, May 28, 2017

Perintah Sholath

Dengan Nama Allah...
Yang Maha Pemurah...
Yang Maha Penyayang...

Tiada daya dan upaya untukku menulis melainkan dengan izinMu....
(bersambung dari Sesembahan Manusia)

       Di dalam kehidupan yg sementara ini, setiap manusia sama ada secara sedar atau tidak sedar telah menyembah kpd sesuatu kerana pada hakikatnya manusia adalah hamba kepada sesuatu. Manusia yg terbaik adalah manusia yg dapat menjadikan dirinya sebagai seorang hamba Allah yg sebenar-benarnya. Benar² menjadi hamba Allah. Allah telah beritahu;

dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku
[Al-Qur-An, Surath 51, Ayat 56]

      Namun jika kamu lihat di Duniya ini, ada manusia yg diciptakan Allah tidak menyembah Allah. Apapun, maklumat utama yg manusia perlu ketahui adalah tujuan manusia diciptakan Allah adalah agar manusia menyembah Nya. Allah tidaklah menciptakan manusia utk menyembah kpd yg lain selain Diri Nya tetapi begitulah manusia seperti mana yg kamu lihat pada hari ini kerana di dalam diri manusia itu ada sifat menentang / membantah. Allah telahpun beritahu di dalam Al-Qur-An;

Dia (Allah) telah menciptakan manusia dari mani (air mani), tiba² dia (manusia) menjadi pembantah yg nyata.
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 4]
   
      Allah telah cipta manusia agar manusia itu menyembah Nya, tiba² manusia itu menjadi pembantah yg nyata. Untuk memberitahu kpd manusia yg diciptakan Allah, Allah telah mengutuskan Rasul² Nya ke Duniya ini untuk menyampaikan peringatan² Nya kpd manusia agar manusia menyembah kpd Nya, agar manusia menjadi hamba Nya, agar manusia kembali kpd Nya, agar manusia mengikut peraturan² yg telah disediakan oleh Nya. Benarkah apa yg disampaikan itu? Di sinilah hati manusia memainkan peranannya sama ada yakin atau tidak yakin kpd apa yg disampaikan.
      Banyak cerita² di dalam Al-Qur-An tentang peringatan utama yg disampaikan oleh Rasul² Allah kpd manusia adalah 'sembahlah Allahtiada sesembahan yg lain selain Allah'. Itulah peringatan yg telah disampaikan oleh Rasul² Allah sejak dahulu dan peringatan itu diteruskan hinggalah ke saat iniAllah ciptakan Bumi ini utk manusia tinggal dan menguruskannya. Selain daripada tinggal dan menguruskan Bumi ini, Allah perintahkan manusia utk beribadat kpd Nya yakni sembahlah Dia ketika berada di Bumi ini.

dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku
[Al-Qur-An, Surath 51, Ayat 56]

Kenapa peringatan ini disampaikan? Kerana Allah telah beritahu di dalam Al-Qur-An;

Dia (Allah)  menurunkan para malaikat dgn (membawa) wahyu dgn perintah Nya kpd siapa yg Dia kehendaki di antara hamba² Nya, iaitu: 'Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Tuhan (yang haq) melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kpd Ku'
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 2]

      Allah menyuruh peringatkan kpd manusia bahawa tidak ada tuhan yg benar melainkan Allah, maka hendaklah manusia bertakwa kpd Allah. Peringatan itu amat bermanfaat kpd orang² yg beriman.

dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang² yg beriman.
[Al-Qur-An, Surath 51, Ayat 55]

👉Fikirlah dan pilihlah jalan hidupmu 
      Setelah kamu fikir tentang apa yg disampaikan (ayat² Al-Qur-An), terserahlah kpd kamu utk membuat pilihan. Kebenaran telah datang kpd kamu. Tiada paksaan untuk menyembah Allah kerana di dalam kehidupan Duniya ini kamu perlu membuat pilihan. Kamulah yg kena pilih kpd siapa yg kamu hendak sembah tetapi Allah Pencipta manusia telah beritahu 'tiada sesembahan yg lain selain Allah'. Sekiranya kamu benar² kenal Allah yg menciptakan kamu, kamu akan menyembah Dia dengan izin Nya. Sekiranya kamu berkata 'Jangan paksa aku untuk masuk agama Allah (Islam!', maka Allah telahpun beritahu;

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yg benar daripada jalan yg sesat kerana itu barangsiapa yg ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah pegang kepada buhul (ikatan simpulan) tali yg amat kuat yg tidak akan putus dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[Al-Qur-An, Surath 2, Ayat 256]

      Ya. Benar. Sungguh, telah jelas jalan yg benar daripada jalan yg sesat. Kamulah yg kena buat pilihan, jalan yg benar atau jalan yg sesat? Tidak ada paksaan.


      Sesungguhnya Rasul² Allah hanyalah selaku pembawa berita gembira dan pemberi peringatan kpd manusia agar manusia tidak ada alasan lagi utk membantah Allah di Akhirat kelak sebabnya peringatan telah disampaikan ke Duniya ini.

(Mereka Kami utus) selaku Rasul² (Pesuruh²) pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah di utusnya Rasul² itu, dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[Al-Qur-An, Surath 4, Ayat 165]

      Peringatan telah sampai ke Duniya ini, maka di Akhirat nanti, tidak ada alasan lagi utk membantah Allah. Perhatikanlah kerajaan (pemerintahan) di langit dan di bumi dan segala yg diciptakan Allah dan sambil kamu memerhati apa yg diciptakan oleh Allah itu, kemungkinan telah dekat datangnya kebinasaan (kematian) kepada kamu dan mereka. Allah bertanyakan kepada kamu yg beriman kpd Allah, berita manakah lagi yg mereka akan beriman (yakin) selain kepada berita di dalam Al-Qur-An? Siapakan mereka itu? Perhatikanlah...

dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah? dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan merekaMaka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman selain kepada Al-Qur-An itu?
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 185]

      Namun begitu, walaupun telah banyak peringatan yg telah disampaikan, Allah beritahu lagi ada manusia yg berpaling daripada kebenaran (Al-Qur-An) yg telah disampaikan oleh Rasul² Allah sebelum ini. Kenapa ada manusia yg berpaling? Allah beritahu, kerana dia telah menjadi seorang pembantah yg nyata.

Dia (Allah) telah menciptakan manusia (kamu) dari (air) mani, tiba² dia menjadi pembantah yg nyata.
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 4]

      Sebab itulah peringatan² demi peringatan disampaikan kpd manusia agar manusia kembali kpd Allah, sembah Allah. Apakah kamu sendiri yg sedang berpaling daripada kebenaran Al-Qur-An yg sedang disampaikan? Apakah kemu tidak mengetahui akibatnya berpaling daripada Al-Qur-An?

Barangsiapa berpaling daripada Al-Qur-An maka sesungguhnya dia akan memikul dosa yg besar di Hari Qiyamat.
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 100]

      Berpaling daripada Al-Qur-An yakni tidak menyakini kebenaran kata² Allah di dalam Al-Qur-An, tidak buat apa yg Allah suruh, menentang kebenaran yg disampaikan oleh Rasul² Allah. Allah beri amaran jika kamu berpaling daripada Al-Qur-An, maka kamu akan memikul dosa yg besar di Hari Qiyamat. Tanyalah keyakinan yg ada di dalam hati kamu...

"Wahai Allah Yang Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Pengasih ampunilah dosa² kami. Janganlah Engkau palingkan kami daripada Mu. Rahmatilah kami, kasihanilah kami"

Fikirlah dan pilihlah jalan hidupmu...

Jiwa kamu... Hati kamu... Tanya-tanyakanlah... Mungkin telah ada ilham yg dtg kpd jiwa kamu cuma kamu yg tidak sedar...

Maka Allah mengilhamkan kpd jiwa itu (jalan) keFasikan dan keTakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
[Al-Qur-An, Surath 91, Ayat 8-10]

Beruntunglah org yg mensucikan jiwanya dan merugilah org yg mengotorikan jiwanya...

👉Sembahlah Allah sama ada kamu suka ataupun terpaksa
      Kamu telah dibekalkan dgn akal fikiran. Setelah kamu berfikir dan setelah kamu mengakui bahawa Allah lah yg menciptakan diri kamu, setelah kamu tahu bahawa hanya Allah lah sesembahan (Tuhan) yg berhak disembah di Bumi ini, setelah kamu tahu bahawa Allah lah Raja Manusia, setelah kamu tahu bahawa Allah telah perintahkan manusia untuk menyembah Diri Nya, maka setelah kamu akui keRajaanNya (kedudukanNya sebagai Raja Manusia) maka hendaklah kamu menyembah Allah (Raja) sahaja di Bumi ini.
      Maka, apabila Raja telah perintahkan kamu untuk datang menyembah dirinya, maka hendaklah kamu datang berserah diri kepada Nya dan hendaklah kamu menyembah Nya dalam keadaan yg terpaksa ataupun suka. Tidakkah kamu takut kpd Raja Manusia (Allah) Yang Amat Berkuasa? Apa yg akan terjadi kpdmu jika kamu ingkar (kafir) kpd perintah Nya? Bagaimana dgn keyakinan (iman) yg ada di dalam hati kamu sekarang? Hati kamu....
      Allah beritahu, segala makhluk ciptaan Nya di langit dan di bumi adalah dalam keadaan berserah diri kepada Nya baik dgn suka mahupun terpaksa. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa semua yg diciptakan Allah akan kembali kpd Nya termasuklah diri kamu juga akan kembali kpd Allah. Allah akan mematikan kamu apabila tiba masanya. Selepas kamu mati (meninggalkan Duniya ini)  kamu tetap akan dikembalikan kpd Allah, sama ada kamu suka ataupun kamu terpaksaAllah berfirman;

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah? Padahal kepada Nya lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan.
[Al-Qur-An, Surath 3, Ayat 83]

Kemudian Dia (Allah) menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: 'Datanglah kamu keduanya menurut perintah Ku dengan suka hati atau terpaksa' Keduanya menjawab: 'kami datang dengan suka hati'
[Al-Qur-An, Surath 41, Ayat 11]

     Maka, sekiranya kamu memahami dan mengerti firman di atas, maka hendaklah kamu menyembah Allah dengan suka hati ataupun terpaksa sebabnya memang kamu diciptakan utuk menyembah Allah. Sebaiknya, kamu datanglah menyembah Allah dgn membawa hati yg gembira dan bukannya dgn hati yg terpaksa. Janganlah ada di dalam diri kamu, perasaan rasa terpaksa utk menyembah Allah.
      Bagaimana nak menyembah Allah? Jawapannya: Dirikanlah Sholath. Utk menyembah Allah, kamu kena kerjakan Sholath. Apakah pula tujuan sholath didirikan?

👉Tujuan Sholath Didirikan, Dikerjakan.
      Apabila kamu baca Al-Qur-An, cuba kamu tujukan kata² Allah yg kamu baca kpd diri kamu sendiri. Sekiranya ia kena, maka kenalah ke atas diri kamu (utk kamu ambil pengajaran). Di dalam Al-Qur-An, Allah telah ceritakan kisah Nabi Musa.

Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? Ketika dia (iaitu Musa) melihat api, lalu berkatalah dia kepada keluarganya: 'Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit daripadanya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu' Maka ketika dia datang ke tempat api itu, dia dipanggil: 'Hai Musa! Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa, dan Aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu). Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tidak ada Tuhan (yang haq) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah sholath untuk mengingat Aku. Sesungguhnya Hari Qiyamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap² diri itu dibalas dengan apa yang dia usahakan. Maka se-kali² janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa'
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 9-16]

      Allah bertanya kpd kamu, apakah kisah Nabi Musa telah sampai kepadamu? Setelah kamu membaca kata² Allah di atas, itu bermakna sedikit kisah Musa telah sampai kepadamu. Apa yg Allah beritahu kpd Musa? Allah beritahu kpd Musa bahawa sesungguhnya Dia lah Allah. Tidak ada tuhan (yang haq) yg lain selain Dia. Maka Allah perintahkan Musa utk sembah Dia dan dirikan sholath untuk ingat kepada Dia. Maka drpd kisah Musa ini, itulah tujuan utama sholath dikerjakan iaitu untuk ingat kepada Allah sebab ada manusia yg lupa kpd Allah ketika dia hidup. Apakah kamu sudah ingat kpd Allah pada hari ini?

Adakah ketika kamu sedang membaca tulisan ini kamu sedang ingat kpd Allah? Ingat atau tidak? Lalu apa yg kamu sedang ingat?

      Maka itulah sebab mengapa Allah perintahkan kamu utk mengerjakan sholath. Utk ingat kpd Dia sebab memang manusia itu mudah lupa kpd Allah. Dgn mengerjakan sholath, kamu hendaklah ingat kpd Allah kerana waktu bersholath adalah waktu khas utk kamu ingat kpd Nya. Sekiranya Allah tidak perintahkan manusia utk mengerjakan sholath utk ingat kpd Nya, berapa banyak masa yg telah kamu gunakan utk ingat kpd Allah pd hari ini? Pasti kamu sibuk dgn urusan Duniya.
      Dalam firman di atas, Allah beritahu lagi, sesungguhnya Hari Qiyamat itu akan terjadi. Allah merahsiakan (waktunya) agar supaya kamu dibalas dengan apa yg kamu usahakan. Maka se-kali² janganlah kamu dipalingkan daripadanya (drpd Hari Qiyamat) oleh orang yg tidak beriman kepada Hari Qiyamat dan oleh orang yg mengikuti hawa nafsunya, yg menyebabkan kamu akan jadi binasa disebabkan keingkaran kamu kpd Allah.
Kematian
      Di sini, Hari Qiyamat itu bolehlah juga diambil pendekatannya sebagai Hari Kematian kamu kerana semua manusia akan mati pada hari berlakunya Qiyamat iaitu pengakhiran kehidupan di Dunia dan semua manusia akan dihidupkan sekali lagi untuk menghadapi Hari Pembalasan terhadap apa yg telah manusia kerjakan sepanjang keberadaannya di Duniya iniLalu bagaimana pandanganmu terhadap apa yg Allah beritahu kpd kamu?
      Sebelum Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan utk mendirikan sholath sebagai satu KEWAJIBAN ke atas manusia, Allah juga telah perintahkan Nabi² dan manusia² di zaman Nabi itu utk menyembah Nya dengan mendirikan sholath agar mereka ingat kpd NyaSholath adalah satu pekerjaan yg dilakukan utk menyembah Allah. Lalu bagaimana pandanganmu tentang sholath?

👉Allah memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai Utusan Nya
      Ahmad bin Abdullah (nama sebenar Nabi Muhammad s.a.w) telah dipilih Allah sebagai Rasul Nya, sebagai Nabi Nya, sebagai Utusan Nya, sebagai Pesuruh Nya untuk menyampaikan risalah² Nya kpd manusia dan mengajarkan kpd manusia seperti mana yg dikehendaki oleh Allah. Baginda merupakan Nabi terakhir yg diutuskan di atas muka Bumi ini. Terserahlah kpd Allah untuk memilih siapa yg dikehendaki Nya kerana Dia Maha Mengetahui apa yg Dia perbuat dan Dia telah memilih Ahmad bin Abdullah (Muhammad) sebagai Rasul Nya.

dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kpdmu, membenarkan kitab (yg turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dgn (datangnya) seorang Rasul yg akan datang sesudahku, yg namanya Ahmad (Muhammad)' Maka tatkala Rasul itu datang kpd mereka dgn membawa bukti² yang nyata, mereka berkata: 'Ini adalah sihir yang nyata'
[Al-Qur-An, Surath 61, Ayat 6]

      Byk peringatan² dan tunjuk ajar yg telah disampaikan oleh baginda kpd manusia agar manusia kembali kpd Allah, agar manusia hanya menyembah Allah sahaja di Bumi ini, agar manusia membaiki akhlaknya seperti mana yg dikehendaki Allah, namun ramai yg tidak percaya kpd baginda pada tika itu. Berselawatlah kpd Nabi Muhammad s.a.w. Pemilihan Muhammad s.a.w sebagai Utusan Allah telah menimbulkan perasaan yg tidak senang dikalangan manusia pada zaman baginda itu tetapi itulah, pilihan Allah. Baginda perlu meneruskan utk menyebarkan risalah² Allah, mesti dilaksanakan kerana inilah perintah Allah kpd baginda. Usah ditanya kenapa Allah memilih Nabi Muhammad s.a.w kerana Allah telah beritahu dgn berfirman:

Orang² kafir dari Ahli Kitab dan orang² Musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu (yakni Muhammad) dari Tuhanmu dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki Nya (untuk diberi) rahmat Nya (kenabian) dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
[Al-Qur-An, Surath 2, Ayat 105]

      Allah tentukan siapa yg dikehendaki Nya untuk diberi rahmat Nya iaitu darjat kenabian. Melalui Muhammad s.a.w, byk kisah², perintah², larangan², peringatan², pengajaran² yg telah Allah beritahu kpd Muhammad s.a.w seperti mana yg tertulis di dalam Kitab Al-Qur-An dapat diketahui. Allah perintahkan Nabi Muhammad s.a.w untuk sampaikan pula kpd manusia yg lain. Baginda juga berpesan agar sampaikan juga peringatan² kpd manusia yg tidak mengetahui agar mereka ketahui bahawa mereka hendaklah beriman kpd Allah, mereka kena kembali kpd Allah.

(Mereka Kami utus) selaku Rasul² pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah di utusnya Rasul² itu, dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[Al-Qur-An, Surath 4, Ayat 165]

       Diutuskan Rasul² sebagai pembawa berita gembira kpd orang² yg beriman kpd Allah dan juga pemberi peringatan kpd manusia yg tidak beriman kpd Allah agar manusia tidak ada alasan lagi utk membantah Allah setelah mendengar berita² yg telah disampaikan oleh Utusan² Allah. Namun begitu, ramai manusia yg tidak mengetahui akan perutusan Nabi Muhammad s.a.w itu.

dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakkan manusia tiada mengetahui.
[Al-Qur-An, Surath 34, Ayat 28]

      Melalui Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Akhir Zaman, Nabi yg terakhir yg diutuskan di atas bumi ini, Allah telah perintahkan manusia utk dirikan SholathKenapa perintah Sholath itu diturunkan dan diwajibkan kpd manusia di zaman Nabi Muhammad s.a.w?

👉Sejarah Sholath di Zaman Nabi Muhammad s.a.w
      Nabi Muhammad s.a.w telah sampaikan peringatan Allah kpd manusia bahawa 'tiada sesembahan (tuhan) yg lain selain Allah'. Sekiranya semua manusia percaya dan yakin kpd apa yg telah disampaikan oleh Nabi s.a.w, maka sudah pasti semua manusia akan menyembah Allah sahaja dan tidak akan menyembah kpd yg lain selain Allah. Namun ianya tidaklah begitu kerana manusia ada akal dan hati. Itulah makhluk ciptaan Allah yg dinamakan manusia. Akal utk fikir manakala hati pula utk rasa (yakin). Sebab itu setelah manusia berfikir akan sesuatu, kadang² mereka akan berkata, 'aku rasa...'. Di dalam diri manusia itu ada sifat menentang / sifat membantah. Barangkali sifat membantah itu ada di dalam diri kamu sekarang, sama ada kamu sedang membantah kebenaran ataupun kepalsuan. Allah bertanya kepadamu;

Apakah kamu tidak melihat kepada orang² yang membantah ayat² Allah? Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (iaitu) orang² yg mendustakan Al-Kitab (Al-Qur-An) dan wahyu yg dibawa oleh Rasul² Kami yg telah Kami utus? Kelak mereka akan mengetahui,
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 69-70]

      Sudahkah kamu melihat kpd orang² yg membantah ayat² Allah? Tidakkah kamu berfikir bagaimanakah mereka dapat dipalingkan drpd kata² Allah? Namun, Allah beritahu lagi melalui firman Nya;

Dia (Allah) telah menciptakan manusia (kamu) dari (air) mani, tiba² dia menjadi pembantah yg nyata.
[Al-Qur-An, Surath 16, Ayat 4]

      Jika kamu membantah ayat² Allah, maka benarlah kata² Allah di atas. Kembali kpd sejarah perintah sholath diturunkan. Telah diceritakan kpd penulis bahawasanya ketika di zaman Nabi s.a.w, kebanyakkan manusia di ketika itu, tidak tahu bagaimana caranya hendak mentauhidkan Allah, hendak mengEsakan Allah. Lalu, Allah s.w.t telah perintahkan Nabi s.a.w untuk mengadap Nya (peristiwa Isra' Mikraj). Baginda telah diiringi oleh Malaikat Jibril di sepanjang perjalanan baginda itu. Di satu tempat di sana lah, Allah telah perintahkan Nabi s.a.w dan manusia wajib untuk menyembah Diri Nya dgn cara mengerjakan Sholath sebanyak 5 kali sehari. Maka, apabila telah diperintahkan oleh Allah, mulai dari itulah, manusia yg beriman kpd Allah wajib mengerjakan Sholath 5 kali sehari pada waktu yg telah ditentukan oleh Allah s.w.t. ke atas orang² yg beriman.

Sesungguhnya sholath itu adalah kewajiban yg ditentukan waktunya atas orang² yg beriman.
[Al-Qur-An, Surath 4, Ayat 103]

      Lihat. Sholath itu adalah kewajiban yg mesti dikerjakan oleh orang² yg beriman kpd Allah sebanyak 5 kali sehari. Manusia yg beriman kpd Allah wajib menyembah Allah s.w.t dgn cara mengerjakan Sholath dan Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan kpd manusia cara² utk mengerjakan Sholath. Di sini, apa yg perlu diketahui adalah Nabi s.a.w telah tunjukkan kpd manusia satu pekerjaan yg wajib dilakukan utk mengtauhidkan Allah, utk mengEsakan Allah dan utk menyembah Allah iaitu Sholath.

Sholath Wajib 5 kali Sehari (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak)
      Sekiranya kamu membaca Al-Qur-An, kamu akan jumpa banyak perintah² Allah yg menyuruh manusia mengerjakan Sholath kerana itulah pekerjaan yg wajib dilaksanakan oleh orang² yg beriman kpd Allah iaitu menyembah Allah.

Andainya, sholath itu tidak wajib dikerjakan oleh orang² yg beriman kpd Allah, apakah kamu akan ingat kpd Allah

👉Dirikan Sholath / Kerjakan Sholath.
      Jika ada yg bertanya, bagaimana nak sembah Allah? Maka jawapan ringkasnya adalah 'kerjakanlah Sholath'. Jika ditanya lagi, macamana nak buat Sholath? Tunjuklah kpdnya cara² nak mengerjakan Sholath. Sholath itu ada gerakan²nya, tertib²nya serta bacaan²nya yg tertentu seperti mana kamu melakukan pekerjaan seharian kamu. Jika kamu bekerja sebagai seorang kerani, maka di dalam pekerjaan itu adalah perkara² yg perlu kamu lakukan dan patuhi sebagai seorang kerani. Kamu tekun melakukan pekerjaan kamu sebagai seorang kerani sehingga kerja kamu siap dgn sempurna. Begitu juga sholath, maka perlulah kamu pelajari bagaimana hendak mengerjakan sholath. Bagaimana pula dgn ketekunan kamu ketika mengerjakan sholath?


Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kpd Nya dgn penuh ketekunan.
[Al-Qur-An, Surath 73, Ayat 8]

      Allah menyuruh kamu menyebut nama Nya dan beribadatlah kpd Nya dgn penuh ketekunan. Maka, Sholath itu adalah satu pekerjaan menyembah Allah dan semasa membuat pekerjaan itu sebolehnya hendaklah kamu ingat kpd Allah. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa setiap makhluk ciptaan Allah telah mengetahui cara sholathnya masing²?

Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada Nya bertasbih apa yg di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing² telah mengetahui (cara) sholath dan tasbihnya dan Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan.
[Al-Qur-An, Surath 24, Ayat 41]

      Allah beritahu, setiap makhluk ciptaan Nya, telah mengetahui cara sholathnya, telah mengetahui cara menyembah Allah tetapi bagi manusia caranya adalah seperti mana ajaran yg telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w .

SHOLATH = SEMBAH ALLAH
Gerakan Normal Ketika Mengerjakan Sholath
Setelah kamu mengetahui tentang Sholath, maka....

Maka hadapkanlah wajahmu dgn lurus kpd agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yg telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yg lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dengan kembali bertaubat kpd Nya dan bertakwalah kpd Nya serta dirikanlah sholath dan janganlah kamu termasuk orang² yg mempersekutukan Allah iaitu orang² yg memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap² golongan merasa bangga dengan apa yg ada pada golongan mereka.
[Al-Qur-An, Surath 30, Ayat 30-32]

      Maka, bertaubatlah kpd Allah, bertakwalah (ada rasa takut) kpd Allah serta dirikanlah sholath dan janganlah kamu memasukkan dirimu ke dalam golongan orang² yg mempersekutukan Allah iaitu orang² yg memecah belah agama dan menjadi terpecah kpd beberapa golongan. Apakah kamu merasa bangga dengan apa yg ada pada golongan kamu? Jika kamu merasa bangga, maka benarlah kata² Allah di dalam Al-Qur-An. Selepas kamu mengerjakan sholath dgn sebenar-benarnya, menyembah Allah dgn sebenar-benarnya, mudah-mudahan kamu akan mendapat sesuatu yg berharga utk diri kamu.

Maka Maha Tinggi Allah Raja yg sebenar²nya, dan janganlah kamu ter-gesa² membaca Al-Qur-An sebelum disempurnakan mewahyukannya kpdmu (Muhammad), dan katakanlah: 'Ya Tuhanku, tambahkanlah kpdku ilmu pengetahuan'
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 114]

Berdoalah, 'Ya Tuhanku, tambahkanlah kpdku ilmu pengetahuan'. Kerjakanlah sholath, sembahlah Allah.

Apakah maklumat yg ada disebalik gerakan sholath?
Dan apakah maksud Sembahyang?

Bersambung....

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar