Berhenti menasihati diri sendiri...
Aku sedang Menuju Jalan Mim...
Hhmm... Aku berwhuduk dulu..."
------------------------------
Seterusnya....
- Cerita apakah yg ada di dalam AZAN?
... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 5...
Sudah selesai aku mengerjakan solat(sembahyang) dalam waktu yang telah ditentukan iaitu Waktu Isyak. DIA (Dia-Itulah-Allah), yg telah memberitahu kepada aku melalui kata² DIA yang telah ditulis di dalam Kitab Al Qur'an. Kata-Nya, selepas sembahyang (solat) ingatlah DIA di waktu aku berdiri, di waktu aku berduduk dan di waktu aku berbaring.
596/6236. Maka, apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu, adalah KEWAJIBAN yang ditentukan waktunya atas orang² yang beriman. [S4:A103]
Sehingga hari aku berkongsikan artikel ini, telah 13,411 hari (29/8/14) berumur 36 tahun, 8 bulan) aku berada di dunia ini. Telah banyak perkara² yg berlaku dalam kehidupanku ini. Apapun, masa yang berlalu hanya boleh dikenang sahaja. Masa sebanyak 13,411 hari yg telah berlalu ini, tidak dapat digantikan lagi. Makin aku menuju daerah ketuaan, makin aku sedari, bahawa setiap masa yang diberikan kepadaku ianya adalah peluang dan kesempatan untuk aku perbetul dan perbaiki diriku serta berkongsi apa yg ada.
Tidaklah aku tahu, berapa banyak lagi masa (hari) yang akan diberikan kepada aku, untuk aku terus hidup di sini (atas bumi ini). Aku tidaklah selamanya akan menaip begini, tiba masa yang tiba² nanti (KEMATIAN), akan aku pergi jua meninggalkan dunia ini, meninggalkan semua yg ada disekelilingku. Sedang aku duduk berehat ni, aku teringat perjalanan hidupku yg lalu. Bagaimana aku bermula mencari pengetahuan tentang Allah.
Kisah rekayasaku bermula.... ... .. .
21. Mencari Erti Kata² Azan
Kata² Azan |
"Allahu Akbar, Allahu Akbar", Azan bersuara. Aku se-olah² merasakan, Azan sedang bercakap² denganku. Kali ini, aku rasa, suara Azan seperti sedang memperingatkan aku kepada sesuatu. Sedang aku berfikir tentang sesuatu yg aku tak tahu, tanganku seperti digerakkan oleh satu kuasa. Aku tulis kata² Azan (dalam Bahasa Arab) di atas kertas. Aku perhatikan apa yg kutulis dan aku baca. 'Inilah yg Azan sebut..' kataku. Aku tulis sebutan kata² Azan dengan menggunakan tulisan Rumi.
ALLAHU AKBAR... 2 X
ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH... 2 X
ASHHADU ANNA MUHAMADAR RASULULLAH... 2 X
HAYYA ALAS SOLAH... 2 X
HAYYA ALAL FALAH... 2 X
ALLAHU AKBAR... 2 X
LAA ILAHA ILLALLAH... 2 X
Aku sebut (baca) apa yg aku tulis. Aku boleh sebut apa yg aku tulis, namun aku tidak dapat mengerti apa yg aku sebut (kata² Azan dalam Bahasa Arab). Aku cari pengertian tentang apa yg Azan sebutkan. Akhirnya, aku mengerti apa yang Azan sering sebutkan setiap hari, setiap waktu.
Azan sebut: ALLAHU AKBAR
Ertinya dalam bahasa Melayu: Allah Maha Besar.
Azan sebut: ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH
Ertinya dalam bahasa Melayu: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Azan sebut: ASHHADU ANNA MUHAMADAR RASULULLAH
Ertinya dalam bahasa Melayu: Aku bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah.
Azan sebut: HAYYA ALAS SOLAH
Ertinya dalam bahasa Melayu: Marilah mengerjakan solat.
Azan sebut: HAYYA ALAL FALAH
Ertinya dalam bahasa Melayu: Marilah menuju kejayaan.
Ertinya dalam bahasa Melayu: Allah Maha Besar.
Azan sebut: LAA ILAHA ILLALLAH
Ertinya dalam bahasa Melayu: Tiada tuhan lain selain Allah.
22. Berjalan Mencari Tahu Apa Yang Azan Sebut
Hampir setiap hari aku dengar kata² Azan, tapi aku tidak pernah ambil perhatian terhadap apa yg Azan katakan selama ini. Yg aku tahu, bila Azan bersuara ianya menandakan telah masuk waktu untuk mengerjakan solat (sembahyang) dan bila Azan bersuara, syaitan² pun lari lintang pukang. Dia syaitan takut kepada siapa? Azan sebut "Allahu Akbar", ertinya dalam Bahasa Melayu adalah "Allah Maha Besar". Aku fikir, 'Kenapa Azan hanya sebut 'Allah Maha Besar'? Azan tidak sebut "Allah Maha Penyayang", "Allah Maha Pengasih" tetapi Azan sebut "Allah Maha Besar". Hanya itu yg disebutkan oleh Azan, "Allah Maha Besar". Kenapa begitu? Terdetik dihatiku, siapa Allah? Aku tahu pasal "Allah" sebab aku dengar ramai orang sebut. Begitu juga dgn manusia yg hendak memeluk Islam, pasti mereka akan bertanya "Siapa Allah?".
Satu rasa telah timbul ke permukaan hatiku iaitu rasa ingin tahu. Dari mana datangnya rasa itu, aku pun tak tahu. Kekuatan rasa itu, membuatkan aku ingin mencari "Allah" yang disebut oleh Azan setiap hari. Aku ingin mengetahui dan mengenali Allah. Apa yang Maha Besar seperti yg disebut oleh Azan? Bermulalah perjalanan awalku untuk mencari "Allah". Aku ingin mencari "Allah" yang aku sendiri tidak tahu bagaimana akannya lagi. Hanya orang yg kenal Allah akan kenal Allah. (Peringkat tinggi lagi: Hanya Allah yg kenal Allah)
'Barangkali, manusia yg sering menyebut "Allah" mesti kenal dgn Allah', fikirku. Aku bertanya pada manusia disekelilingku tentang "Allah" yg disebut oleh Azan, mereka memberitahu kepadaku tentang "Allah" begini... begini... Aku tidak puas mendengarnya. Aku bertanya kpd mereka, "Kamu pernah berjumpa dengan Allah?", Arrghh... orang sudah kata kepadaku "Kau GILA !!!" Senyuman membalas herdikan. Barangkali, senyuman yg kuberikan menakutkan mereka, "Memang sah GILA!!!" kata mereka kepadaku lagi. Aku pergi tanpa bersuara dan tinggalkan mereka... Duniaku... Inilah perjalananku...
Sedang aku berada dalam ruang kebingungan, ku perhati alam yg luas, melihat burung², lembu², kucing², pokok², angin dan aku tanya kepada mereka tentang "Allah". Tiada jawapan, yg ada hanyalah suara² yg aku tidak mengerti apa yg dibunyikan. Aku berjalan, mencari jawapan untuk soalan yg kuciptakan sendiri. Ketika aku kecil, aku diajar baca Kitab Al Qur'an dalam Bahasa Arab. Itupun aku ikut guru yg mengajar aku baca. Guru sebut, aku ikut apa yg guru sebut. Aku dah tahu macamana nak baca huruf² dan ayat² di dalam Al Qur'an. Tapi terjemahannya tidak pernah aku baca. Aku tidak mengerti apa yg aku baca. Kini, aku sedari yg aku tidak pernah ambil tahu pasal apa yg tertulis di dalam Kitab Al Qur'an yg pernah aku baca dahulu. Aku merasakan, telah lama aku berada dalam kerugian.
Datang lagi rasa, kali ini ia meminta aku untuk membuka Kitab Al Qur'an. Baru aku teringat yg Kitab Al Qur'an adalah Kitab yg memberi Petunjuk. Aku ingin tahu siapa Allah. Siapa Allah? Aku sebut "Allah... Allah... Allah.." Aku cari pengetahuan di dalam Kitab Al Qur'an tentang Allah yg di-sebut² oleh Azan. Sedikit demi sedikit, aku baca terjemahan Al Qur'an yg ditulis dalam Bahasa Melayu (Tidaklah aku pandai membaca Kitab Al Qur'an dalam Bahasa Arab dan sememangnya aku tak faham Bahasa Arab). Tertulis di dalam Al Qur'an;
Katakanlah : "DIA (Dia-Itulah-Allah), Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. DIA (Dia-Itulah-Allah) tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan DIA (Dia-Itulah-Allah)." [S112:A1-A4]
Aku baca lagi;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA (Dia-Itulah-Allah) Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa² yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa² dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Qursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [S2:A225]
'Ouh.. di dalam sini ada jawapannya', kataku. Itulah antara jawapan² yg aku temui di dalam Al Qur'an. Banyak maklumat² yg ada di dalam Al Qur'an tentang Allah. Awal perjalananku, aku dah dapat jawapan kepada soalanku sendiri. "Siapa Allah?" Telah tertulis di dalam Al Qur'an. Antara jawapannya; ALLAH adalah TUHAN, yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Lama aku fikir dan kini aku 'tahu' bahawa Allah yg disebut oleh Azan adalah nama Tuhan. Sejak aku dapat kekuatan dari satu rasa, semangat dan keinginanku untuk mengetahui tentang Allah dan mengenali Allah dengan lebih dekat semakin bertambah. Lalu aku berjalan di dunia ini.... Bermusafiran ke sana ke sini...
"Bermula-lah perjalananku mencari pengetahuan tentang Allah dengan lebih dekat lagi. Aku ingin tahu (kenal) Allah"
Azan telah memberi peringatan kepadaku.. Selama ini, kenapa aku rasa tidak takut sedikitpun apabila Azan memberi peringatan? Sedangkan syaitan lari lintang pukang apabila mendengar suara Azan. Apa yg syaitan takutkan? Apa yg syaitan takutkan? Ketakutan mula menyelubungi diriku.... Aku perlu mencari apa yg syaitan takutkan...
No comments:
Post a Comment