Wednesday, April 9, 2014

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 4: Satu Pesanan Penting

Wahai diriku, belum tentu aku dapat mengikuti apa yang difahami, apa yang dimengerti, apa yang dihayati.... Berikanlah semangat kepadaku, wahai diriku. Ouh.. Aku telah tahu bahawa......

Untuk pulang/kembali kepada Dia (Allah), mesti ada jalan yg perlu dilalui.
Wahai diriku, jom kita pulang ke rumah. Kita solat Maghrib dulu...

  • Apa yg aku perlu buat tika berada di dunia ini?
  • Aku fikir, kenapa Dia (Allah) tempatkan aku di sini?
  • Takkanlah aku ditempatkan di dunia ini hanya untuk duduk² sahaja?
  • Mesti ada tujuannya.

Apakah Jalan KEBENARAN itu? Bagaimanakah Jalan KEBENARAN itu? Di manakah Jalan KEBENARAN itu?

Ouh Tuhanku....
 

[S1:A6]/Ayat6daripada6236
Tunjukilah kami Jalan yang lurus.

... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 3...

BISMILLAH...

11. Aku Sampai Di Rumah
     Alhamdullillah... Sampai juga aku di hadapan rumah. Belum mati lagi, sempat lagi aku sambung kisah rekayasa ini. Aku buka pintu rumah. "Assalamualaikum" salam diberi. Aik? Tak ada orang jawab pun? Memanglah, takde orang jawab salam aku sebab tak ada orang di dalam rumah ni. Aku tinggal sorang je. Tapi kenapa nak bagi salam juga dah tahu tak ada orang di dalam rumah? Aku ada baca Kalam Dia;

[S24:A61], Ayat ke 2852/6236
"..... Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah² (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat²(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya.

     Kadang aku rasa, apabila aku beri salam apabila hendak memasuki ke dalam rumahku, se-olah² aku beri salam kepada diri aku sendiri. Aku yg beri salam, maka diri akulah yg jawab (hati).... Semoga mendapat keberkatan. Semoga aku dapat fahami tentang salam satu masa nanti.

12. Membaca Kipas Siling
      Fuuh.... sedapnya baring di atas lantai, melepaskan penat. Ouh damainya belakangku. Aku pandang kipas siling di atas kepalaku. Sambil² memandang kipas, aku baca ada sesuatu pada kipas. Aku pandang pada bilah kipas itu sebagai fahaman² yg ada di dunia ini. Bilah² kipas itu pula dipegang oleh satu batang besi yg dilekatkan pada siling. Aku bangun membuka suis penggerak bilah kipas. Bilah² kipas mula bergerak dan berpusing. Aku kembali ke tempat pembaringan. Aku perhatikan bilah² kipas itu berpusing dalam satu arah dan akhirnya angin terhasil. Angin, tidak dapat dilihat tetapi dapat diRASA.
     Aku membaca lagi pada bilah² kipas itu bahawa di dunia ini terlalu banyak fahaman tetapi arahnya tetap menuju kepada Tuhan yakni semua fahaman akan kembali kepada Tuhan. Terlalu banyak fahaman dan cara yg dijumpai dalam perjalananku "Menuju Jalan Mim" ini. Aku melepaskan keluhan. Ya Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui.

Bayangan Simbol Radioaktif muncul ketika kipas berpusing
     Sedang aku melihat siling, aku ambil gambar kipas yg sedang berpusing dan aku nampak ada satu simbol di dalam pusingan tersebut. Simbol yg pernah aku lihat iaitu simbol radioaktif. Bila simbol itu datang begitu, mengertilah aku, bahawa fahaman² yg ada di dunia ini adalah ibarat "Kesan Radioaktif". Fahaman ada di dalam kepala sebab bila manusia faham akan sesuatu kepala dianggukkan dan sebab fahamanlah, ada manusia yg berselisih pendapat.
     Namun begitu, ada fahaman² yg boleh membahayakan diri tanpa disedari seperti "Kesan Radioaktif". Fahaman itu pula boleh menghasilkan 'angin' pada diri yakni perasaan sombong dengan bawaan masing². Dan bahayanya perasaan sombong itu adalah ibarat seperti mana bahayanya 'radioaktif' apabila terkena pada diri. Terima kasih Tuhanku kerana memberikan aku pengertian, pemahaman. Maka, janganlah sombong dengan bawaan masing². Teringat aku pada Kalam Dia,

[S30:A30-A32], Ayat ke 3439-3441/6236
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang² yang mempersekutukan Allah, yaitu orang² yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

    Benar.. memang ada golongan² manusia yg merasa BANGGA dengan apa yg ada pada golongan mereka. "Inilah yg terbaik" kata mereka. Aku merenung dunia di luar sana.... Aku berkata pada diri "Kamu silalah ber-hati², peringatkan aku juga sebab Allah ada kata 'janganlah kamu termasuk orang² yang mempersekutukan Allah, yaitu orang² yang memecah belah agama mereka' ". Bayangkan, orang² yg memecah belah agama mereka termasuk orang² yg mempersekutukan Allah. Fuuhh....

Bila sudah TAHU tak semestinya FAHAM....
Bila sudah FAHAM tak semestinya MENGERTI....
Bila sudah MENGERTI tak semestinya DIHAYATI....
Bila sudah DIHAYATI tak semestinya DIIKUTI....

Hhmm.... Jadi tanyalah pada diri sendiri...


AKU TANYA PADA DIRIKU, APA YANG KAMU IKUTI SEBENARNYA?

    Aku melihat lagi pada bilah² kipas yg sedang berpusing, ianya tidak tetap pada kedudukannya kerana berpusing. Aku perhatikan pada kipas hanya satu yg tetap pada kedudukannya di situ iaitu besi yg memegang bilah² kipas itu. Aku fikir lagi, agaknya itulah apa yg Nabi s.a.w pesankan tentang "PEGANGAN". Aku bawa pada diri. Pegangan adalah sesuatu yg dipegang dan ianya berada di dalam dada dan tetap di situ seperti besi yg memegang bilah² kipas itu. SIAPAPUN TIDAK BOLEH USIK PEGANGAN DI DALAM DADA KECUALI TUHAN YANG MAHA KUASA. Apa yg perlu dipegang? Nabi s.a.w berpesan "Berpegang teguhlah kepada Al Quran dan Sunnahku, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya". Itulah yg perlu dipegang dgn sekuat-kuatnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah berpesan begitu. Dan Tuhanku juga ada berpesan;

[S3:A103], Ayat ke 396/6236
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang² yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat²-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Saudaraku.... Semoga kita semua mendapat petunjuk yg benar.... 

13. Umat Yang Satu
     Dunia. Apakah manusia akan bersatu lagi? Hiduplah dalam keamanan? Kedamaian? Aku fikir lagi, bilakah semua manusia nak dapat satu fahaman yg benar, satu pegangan yg sama, satu pegangan yg benar? Aku menanti, menunggu saat itu. Aku fikir lagi, mungkin tidak akan dapat satu fahaman yg benar sehingga hari kiamat tiba kecuali bagi orang² yg diberi rahmat oleh Dia kepada mereka² yg diberi. Siapa mereka? Aku baca Kalam Dia;

[S11:A118-A119]Ayat ke 1591-1592 / 6236
Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, KECUALI orang² yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.

    Begitulah yg diberitahu di dalam Al Quran. Ada orang² yg diciptakan oleh Tuhan untuk tidak berselisih pendapat yakni orang² yg memegang Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w sebagai pegangan yg benar dan fahaman yg benar. Yakni SAMA apa yg mereka pegang. Apabila sama pegangan mereka, sudah pasti mereka tidak akan berselisih pendapat lagi. Apakah orang² yg diberi rahmat itu adalah orang² yg tidak suka berselisih pendapat kerana mereka tetap berpegang seperti mana yg Nabi s.a.w pesankan? Fikirku terhenti di sini.

[S10:A19]Ayat ke 1383 / 6236
Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

Tasbih Bersujud
    Maka, seringlah juga aku melihat manusia sentiasa berselisih pendapat dan sukar untuk kembali menjadi 'umat yang satu' kecuali orang² yg diberi rahmat oleh Tuhanku, pasti mereka akan kembali menjadi 'umat yang satu'. Aku fikir lagi, "Satu apa"? Maka, itulah SATU PESANAN. Umat yg memegang SATU PESANAN iaitu kembalilah kepada pesan Nabi Muhammad s.a.w "Berpegang teguhlah kepada Al Quran dan Sunnahku, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya". 

ITULAH PESANAN YANG PALING PENTING BAGI MEREKA YANG MENYEDARI, PESANAN YANG TIDAK AKAN MEMBUAT MANUSIA ITU SESAT SELAMA-LAMANYA.


Nanti aku kena cari, apa yg ada di dalam Al Quran dan apakah Sunnah yg sebenarnya. Hhhmm.. Solat Maghrib dululah...


Aku nak berwudhuk sekejap. Nanti sambung lagi kisah ini... Di manakah Jalan Mim???

BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM".


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar