Wednesday, December 17, 2014

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 8: Mendapat Mesej Dari Perkataan KUASA

AWAL PERJALANAN, MENGENALI ALLAH MAHA BESAR
AWAL AZAN, ALLAH HU AKBAR, ALLAH MAHA BESAR
------------------------------
Seterusnya....

- Bagaimana Azan membawaku kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 7... 

DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...
        Aku bersandar di dinding. Jika kurenung masaku yg telah berlalu, aku rasa sungguh jauh aku berjalan di dalam kehidupanku ini untuk aku sampai ke hari ini. Jika kuingat masa yg telah berlalu, aku rasa sungguh cepat perjalanan hidupku ini untuk aku sampai ke hari ini seperti baru semalam aku datang ke dunia ini. Masa yg diberikan kepadaku adalah modal untuk aku terus mencari tahu dan kenal Allah. Banyak masa yang telah aku persiakan dalam kehidupanku (perniagaan) ini. Aku masih dihidupkan dan masa masih diberikan kepadaku, untuk aku terus mencari tahu tentang Allah dan menjalankan perniagaan ini. Perniagaan? Ya.. Aku mendapati kehidupan ini adalah perniagaan kerana dalam masa yg diberikan kepadaku ini, ada keuntungan dan ada kerugian. Bila berseorangan, aku bercakap dengan diriku, hatiku, jiwaku, rohku sendiri... Yg mana satu aku pun tak tahu...

26. Tahu Hidup Ini Untuk Allah 
       Bertahun-tahun lamanya, kamu berjalan mencari tahu tentang 'Allah Maha Besar' yg disebutkan oleh Azan. Banyak tanda²/bukti² Kebesaran² Allah telah diperlihatkan kepada kamu di atas 'Jalan Kebesaran' yg telah kamu lalui. Apa yg kamu lihat, yg kamu dengar, kamu tahu bahawa kata² Allah di dalam Kitab Al Qur'an adalah benar. Kamu perlu berterusan membina keyakinan kamu kepada Allah. Kenapa? Agar hati kamu terus mantap dengan keimanan.

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati”. Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu?”. Ibrahim menjawab: “Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)”. Allah berfirman: “(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu”. (Allah berfirman): “Lalu letakkan di atas tiap² satu bukit satu bahagian dari bahagian² itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [S2:A260], 267/6236

https://dayakboy.wordpress.com/2010/07/20/547/
      Begitulah kisah yg diceritakan di dalam Al Qur'an mengenai Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mohon kepada Allah agar Allah tunjukkan kepada dia bagaimana Allah menghidupkan orang mati. Tujuannya adalah untuk memantapkan keimanannya kpd AllahBagaimana pula cara kamu bina keyakinan kamu kepada Allah?
     Setiap apa yg ditunjukkan di dalam Al Qur'an, ada bukti²nya di dunia ini. Kamu perlulah berusaha untuk mencari, melihat dan meyaksi kebenaran itu sendiri sama ada melalui pendengaran kamu, penglihatan kamu atau hati kamu. Ianya adalah untuk kebaikan diri kamu sendiri. Kenapa kamu perlu cari bukti² itu? Ianya adalah agar kamu mengetahui, untuk apa kamu dihidupkan dan untuk siapa kamu dihidupkan.
     Kamu sememangnya tahu akan perkataan TAHU dan kamu tahu apa yg kamu telah diberitahu. Apapun yg kamu tahu, kamu mesti ingat bahawa perkataan TAHU sentiasa memperingatkan kamu dan kamu perlu tahu mesej yg ada pada perkataan TAHU bahawa;

TAHU - Tahulah Aku, Hidupku(hanyalah) UntukNya

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, HIDUPku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam, [S6:A162], 951/6236

Allah yg suruh kamu katakan bahawa "hidup aku hanyalah untuk Allah". Sudahkah kamu TAHU, kamu dihidupkan untuk apa dan untuk siapa? Selagi kamu dihidupkan, teruskanlah perjalanan kamu di atas muka bumi ini. Semoga kamu menemui sesuatu yg berharga untuk di bawa pulang kepada Allah nanti. Kenalilah DIA (Dia Itulah Allah), sebelum kamu dimatikan.

27. Mengetahui Allah Maha Kuasa
      Ketika kamu melalui 'Jalan Kebesaran' dahulu, banyak perkara yg telah kamu ketahui. Kamu telah lihat bahawa Allah buat apa yg manusia tidak akan boleh buat seperti matahari, bulan, langit dan sebagainya. Dari dulu hingga sekarang ini, hanya ada satu matahari, hanya ada satu bulan. Tersangat jelas bahawa Allah-lah Maha KUASA. Hanya Allah Yang Maha KUASA dapat berbuat seperti itu. Makhluk TIADA KUASA apapun. Sekiranya Allah tidak perlihatkan kepada kamu (yakni yg kamu tahu) akan kekuasaan DIA dan sekiranya Allah tidak memberi pengetahuan kepada kamu (Rahmat DIA) tentu sekali kamu tidak akan mengetahuinya.
      Banyak lagi tanda² / bukti² tentang Allah Maha Besar yg telah kamu lihat, dengar dan saksikan (setakat yg diizinkan oleh DIA). Setelah kamu melihat, mendengar dan meyaksi, barulah kamu sedikit mengerti kenapa setiap hari, Azan berkata 'Allah Maha Besar'. 'ALLAH MAHA BESAR'. Itulah peringatan yg sering kamu dengar dari Azan yg memperingatkannya. Itulah peringatan bagi kamu. Ya.. Allah Maha Besar. Siapa yg telah memperlihatkan tanda² Kebesaran Allah kepada kamu?

"dan katakanlah: 'Segala puji bagi Allah, DIA (Dia-Itulah-Allah) akan memperlihatkan kepadamu tanda² KEBESARAN-NYA, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan". [S27:A93], 3252/6236

      Maka, bersyukurlah kpd Allah (katakanlah: "Segala puji bagi Allah"), kerana Allah telah memperlihatkan kepada kamu tanda² Kebesaran DIA. Sekarang, kamu telah melihat tanda² / bukti² Kebesaran Allah. Dan ingatlah lagi, bahawa Allah tiada lalai dari apa yg kamu kerjakan di dunia ini. Setelah kamu mengetahui, bahawa Allah tiada lalai dari apa yg kamu kerjakan di dunia ini, maka selagi kamu dihidupkan di dunia ini, kamu lihatlah, dengarlah dan saksikanlah dengan hati kamu akan tanda² Kebesaran Allah setiap masa. Banyak lagi tentang KEKUASAAN Allah yg diberitahu melalui Al Qur'an untuk kamu pelajari dan ambil pelajaran.
     Apabila kamu melihat manusia, ketahuilah kamu bahawa Allah berkuasa ke atas mereka. Allah juga berkuasa ke atas diri kamu.

"Dan DIA-lah yang berKUASA atas sekalian hamba²-Nya. Dan DIA-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui". [S6:A18], 807/6236

     Allah-lah yg akan mematikan kamu dan kepada DIA jugalah kamu akan dikembalikan. Apabila kamu melihat manusia yg meninggalkan dunia ini (mati), kamu ingatlah bahawa Allah Yang Maha KUASA-lah yg mematikannya; dan semua yg mati akan kembali kepada Allah;

DIA-lah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. [S10:56], 1420/6236

      Bagaimana dengan nasib kamu apabila kamu kembali kepada DIA nanti? Ketahuilah kamu bahawa seluruh apa yg ada di dalam dunia ini, keseluruhannya tidak akan terlepas dari KUASA Allah. Allah Maha KUASA atas segala sesuatu.

"Kepada Allah-lah kembalimu dan DIA Maha KUASA atas segala sesuatu". [S11:A4], 1477/6236 

Jelaskan? Allah Maha KUASA. Kamu telah mengetahui bahawa Allah itu Maha KUASA.

28. Kisah Allah Menunjukkan Kuasa DIA Kepada Manusia
      Dalam Al Qur'an banyak ditunjukkan tentang KUASA Allah. Antaranya;

"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); KAMI akan menjadikan kamu tanda KEKUASAAN KAMI bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian KAMI menyusunnya kembali, kemudian KAMI membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha KUASA atas segala sesuatu” ". [S2:A259], 266/6236

      Dalam ayat di atas diceritakan, seorang manusia telah dimatikan selama 100 tahun dan selepas 100 tahun dimatikan, dia dihidupkan kembali. Selepas manusia itu dihidupkan kembali dan setelah dia melihat dengan nyata tanda² kekuasaan Allah yakni makanannya masih elok selepas 100 tahun manakala keldainya telah mati selepas 100 tahun, barulah dia berkata “Saya yakin bahawa Allah Maha KUASA atas segala sesuatu”. Begitulah pengalaman seorang manusia yg telah mengalami dan merasai. Diabadikan kisahnya di dalam Al Qur'an. Hebatnya Allah. BerKUASAnya Allah.
      Kamu telah melihat tanda² / bukti² Kebesaran Allah / Kekuasaan Allah di dunia ini. Banyak perkara yg ditunjukkan di dalam Al Qur'an dan kamu telah mencari tanda² / bukti²nya di dunia ini. Ketika kamu melihat sertakanlah fikir terhadap Allah, dapatlah kamu mengetahuinya dgn izin DIA. Aku yakin, kamu akan mengetahui lagi tentang Allah sedikit demi sedikit dgn izin DIA kerana Allah Maha Kaya dengan ilmu DIA. Aku tahu kamu juga ingin berkata, “Aku yakin bahawa Allah Maha KUASA atas segala sesuatu” walaupun apa yg kamu lihat tidaklah sehebat apa yg diceritakan di dalam ayat Al Qur'an di atas. Namun, Alhamdullillah... Kitab Al Qur'an adalah kitab yg memberi petunjuk bg yg mencari.
      Setiap sesuatu yg dijadikan itu tidaklah sia-sia walaupun sebutir pasir yg ada di muka bumi ini kerana padanya pasti ada pelajaran. Pasti ada pelajaran di dalam setiap apa yg terjadi / dijadikan termasuklah perkataan² yg ada di dunia ini.  Kamu renunglah dan lihatlah perkataan KUASA. Apakah pengetahuan yg tersembunyi di sebalik perkataan KUASA?

29. Mesej Dari Perkataan KUASA
      Bukti² nyata kekuasaan Allah (seperti bencana alam) telah diperlihatkan kepada kamu di dunia ini. Kamu sudah lihat kan? Setelah kamu melihat bukti² yg nyata itu, di situlah kamu perlu jelaskan dan ingatkan diri kamu bahawa hanya Allah-lah Yang Maha Kuasa di dunia ini. Allah Maha KUASA, boleh buat apa saja mengikut kehendak DIA. Pernah atau tidak, kamu berasa takut apabila kamu melihat Allah sedang memperlihatkan KUASANYA kepada kamu? Pernah atau tidak, kamu juga berharap agar rasa takut yg kamu rasai ketika kamu melihat KUASA Allah itu dihilangkan dari diri kamu? Pernah atau tidak kamu merasai seperti itu?
https://www.facebook.com/pages/Himpunan-Menarik-Keajaiban-Kuasa-Allah/160996710679458
Bukti Kuasa Allah
      Memang benar, sekiranya kamu sedang menghadapi bencana alam ( dan sebagainya KUASA Allah) pasti kamu akan berasa takut dan pasti juga akan timbul harapan di dalam diri kamu. Itulah antara kesan² KUASA Allah yg menimbulkan ketakutan dan harapan pada diri kamu. Ya.. KUASA Allah. Mesej yg dibawa oleh bencana² alam adalah untuk memberitahu kepada kamu bahawa Allah itu Maha Kuasa. Apakah pula mesej yg dibawa oleh perkataan KUASA?
     Selain dari mengetahui KUASA Allah, perkataan KUASA pula membawa mesej 'KU ASA' kepada kamu. Siapakah yg berkata 'KU ASA' ini? Aku memandang, ketika KUASA Allah sedang berlangsung, ianya se-olah² Allah sedang berkata 'KU ASA! KU ASA! KU ASA!' yg memberitahu kepada kamu bahawa DIA-lah ASA, Allah-lah ASA. Apakah ASA? ASA juga bererti HARAPAN.  Hubungan ASA dengan KUASA amat kuat kerana ASA ada pada KUASA. KUASA dan ASA (HARAPAN) tiada terpisah.

Allah Yang Maha KUASA, sebenarnya  DIA-lah juga ASA (HARAPAN), DIA-lah HARAPAN (ASA).

1. Perkataan KUASA membawa mesej se-olah² Allah berkata 'KU ASA.. KU ASA.. KU ASA... KU ASA (HARAPAN), KU HARAPAN (ASA)'.
2. Aku mengetahui bahawa Allah-lah ASA, Allah-lah HARAPAN.
3. Aku berkata 'Wahai Allah, ENGKAU-lah ASAku, ENGKAU-lah HARAPANku'.
4. Aku memberitahu kepada kamu bahawa 'DIA-lah ASA, DIA-lah HARAPAN'.

Allah Yang Maha KUASA...
Memperlihatkan Kuasa DIA di dunia ini...
Ditulis perkataan KUASA....
Terlihat mesej 'KU ASA' tersembunyi...
Rupa-rupanya DIA-lah Harapan, DIA-lah ASA...
Agar DIA dikenali...

Apabila kamu memandang KUASA Allah sedang diperlihatkan kepada kamu (apa yg kamu pandang dan apa yg kamu ingat), peringatkanlah diri kamu bahawa se-olah² Allah sedang memberitahu kepada kamu bahawa;

KU ASA YANG MAHA KUASA!
AKU-lah ASA YANG MAHA KUASA!
AKU-lah HARAPAN YANG MAHA KUASA!

Bagaimana kamu boleh lupa akan KUASA Allah sedangkan...

Maka, Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan[S36:A83], 3788/6236

Janganlah terasa hati...
Kata² ini untuk hati yg mencari...
Aku menasihati hati sendiri...
Untuk membina sebuah hati yg mengerti...
 
Begitulah mesej yg dibawa oleh perkataan KUASA yg memberitahu bahawa Allah itu Maha ASA (HARAPAN). Apakah ini benar? Di manakah petunjuk yg mengatakan Allah juga adalah ASA (HARAPAN) seperti mana mesej yg ditunjukkan oleh perkataan KUASA yakni 'KU ASA (HARAPAN)?
------------------------------
Seterusnya....
- Apakah cerita seterusnya di sebalik ALLAH-lah HARAPAN?
- Mencari pengertian harapan dan bukti Allah Maha Asa...
- Bagaimana Azan membawaku kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :

Saturday, September 27, 2014

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 7: Awal Perjalanan Mengetahui Allah Maha Besar

"Bermula-lah perjalananku mencari pengetahuan tentang Allah dengan lebih dekat lagi. Aku ingin tahu (kenal) Allah"

Azan telah memberi peringatan kepadaku.. Selama ini, kenapa aku rasa tidak takut sedikitpun apabila Azan memberi peringatan? Sedangkan syaitan lari lintang pukang apabila mendengar suara Azan. Apa yg syaitan takutkan? Apa yg syaitan takutkan? Ketakutan mula menyelubungi diriku.... Aku perlu mencari apa yg syaitan takutkan...
------------------------------
Seterusnya....

- Perjalanan mencari KEBESARAN² Allah Maha Besar....
Azan berkata: "Allah Maha Besar" 
(Arab: Allahu Akbar)

... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 6...            

BISMILLAH...
     Ketika Diri Ini berstatus bayi, Diri Ini tidak tahu apa². Apabila pengetahuan sampai kepada Diri Ini, Diri Ini mendapat berita bahawa Diri Ini akan kembali pulang kepada Allah bila tiba masanya. Maka, Diri Ini mula berjalan untuk mencari tahu tentang Allah Maha Besar. Perjalanan ini didorong oleh satu RASA yg menggerakkan Diri Ini  berjalan mencari tahu tentang Allah yg disebut oleh Azan: "Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)".
     Satu RASA terterbit dari Diri Ini  lalu berkata, "Kenapa Azan kata Allah Hu Akbar? Allah Maha Besar. Apa yg Maha Besar?" Diri Ini sangat ingin tahu tentang Allah. Diri Ini mula perhatikan apa yg ada di dalam dunia ini seluas mata memandang. Diri Ini berharapan, agar dibukakan (ditunjukkan) jalan untuk Diri Ini  mencari pengertian tentang apa yg Azan katakan. Diri Ini menyebut "Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)" tetapi Diri Ini berasa sedih kerana Diri Ini  tidak dapat mengerti / tidak dapat merasai / tidak dapat menikmati apa yg disebut.
    Diri Ini  perlu mencari tahu disebalik kata² Azan "Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)" sebelum Diri Ini  mati kerana Diri Ini inginkan pengertian agar Diri Ini memahami kenapa Diri Ini  berada di dunia ini. Diri Ini baru hendak mengenal Allah.

DIRI...
Diri Ini Roh Ini...
Diri Ini pasti mati...
Roh Ini pasti kembali...

Diri Ini memulakan perjalanan yg panjang ini...

23. Diri Ini Berjalan Mencari Tahu Tentang Allah Maha Besar  

Azan berkata: "Allah Maha Besar" 
(Arab: Allahu Akbar)

     Itulah kata pertama Azan. Aku ingin cari apakah pengetahuan yg ada di sebaliknya. Setiap kali aku dengar Azan, aku fikir. Aku ingin mengetahui tentang apa yg Azan suarakan iaitu "Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)". Bermulalah awal perjalananku, mencari tahu tentang "Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)". Aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan langkah ini. Aku teringat, Kitab Al Qur'an adalah sebuah kitab yg hebat. Aku buka Kitab Al Qur'an yg ditafsirkan ke Bahasa Melayu kerana itulah satu² Bahasa yang aku mengerti. Di situ pasti ada sumber pengetahuan dan petunjuk yg benar mengenai "Allah Maha BESAR". Satu demi satu ayat aku baca (lalui) dan aku mencari perkataan 'KEBESARAN' di dalam Kitab Al Qur'an. Aku menyusuri JALAN KEBESARAN yg ada di dalam Kitab Al-Qur'an itu.

"Azan bermula dgn Allahu Akbar...
Awal perjalananku bermula dengan cari pengetahuan tentang ALLAH MAHA BESAR..

ALLAHU AKBAR !!!
-*--*- 

24. Awal Perjalanan Di Atas Jalan Kebesaran
     Apakah yg akan aku jumpa di sepanjang 'Jalan Kebesaran' ini nanti? Aku tidak tahu tetapi inilah jalan yg perlu aku lalui untuk aku dapatkan apa yg aku cari. Pengetahuan. Sedang aku bersedia untuk memulakan perjalanan ini, satu suara berpesan, "Kamu berjalanlah di bumi dan di langit ini, carilah Tanda² Kebesaran Allah di sepanjang 'JALAN KEBESARAN' ini, kelak kamu akan melihat tanda²nya  dan akan tahu sesuatu yg kamu tidak tahu".

Aku menyebut "Allah Hu Akbar (Allah, DIA-lah Maha Besar)" dan aku mulakan perjalananku di atas 'JALAN KEBESARAN' ini.

Lama aku berjalan (mencari), aku tiba di hentian 171/6236 [S2:A164] dan aku lihat ada tanda² Kebesaran Allah di sini;

"Se-SUNGGUHnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu DIA (Dia-Itulah-Allah) hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan DIA (Dia-Itulah-Allah) sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda² (KEESAAN dan KEBESARAN Allah) bagi kaum yang memikirkan".
    Aku baca tulisan di hentian ini. Aku perhatikan di sekelilingku. Sedang aku perhatikan, aku mendengar suara di hentian ini berbunyi, " Wahai manusia yg sedang dalam perjalanan mencari tanda² Kebesaran Allah. Kamu telah perhatikan disekeliling kamu, disepanjang perjalanan kamu. Apa yg kamu perhatikan? Langit dan bumi, malam dan siang, kapal² di laut, air hujan yg turun dari langit, tanah yg dahulunya mati (kering), kini sudah ada tanaman, ber-macam² haiwan kamu telah lihat serta telah kamu rasai tiupan angin yg menyentuh dirimu, telah juga kamu melihat pergerakkan dan bentuk awan di langit. Ketahuilah, Allah-lah yg menjadikan itu semua. Itulah tanda² KEBESARAN Allah. Tiada siapa yg dapat membuat ciptaan yg sedemikian rupa selain Allah. Kamu masih dihidupkan, fikirlah tentang ciptaan² DIA. Ucaplah 'Allah Hu Akbar'."
    Aku lihat ciptaan Allah dan aku lihat ciptaan manusia. Benar, sepanjang penglihatanku, tiada pernah aku lihat manusia yg dapat membuat ciptaan seperti apa yg Allah ciptakan. Sedarlah aku dari 'tidur yg panjang (kelalaian)' bahawa BESARnya ciptaan Allah. Benarlah apa yg sering Azan katakan selama ini bahawa "Allah Hu Akbar (Allah, DIA-lah Maha Besar)". Apa yg ditunjukkan di dalam Al Qur'an, di atas Jalan Kebesaran yg sedang aku lalui ini, telah aku lihat buktinya di dalam dunia ini juga. Besarnya ciptaan² Allah. Sebelum ini, aku tiada fikir pun tentang ini semua. Aku rasa gembira dengan pengetahuan ini.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah Allah cipta apa yg manusia tidak boleh buat (cipta).

Setelah aku tahu, aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Aku meneruskan perjalananku. Aku perhatikan lagi tanda² Kebesaran Allah yg telah aku ketahui. Tidak puas aku memandang Ciptaan² Allah yg besar ini. Pasti ada lagi, tanda² Kebesaran Allah yg lain di hadapan sana. Aku tiba di hentian 835/6236 [S6:A46] dan aku berhenti di sini. Aku lihat ada tanda² Kebesaran Allah lagi di sini;

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang KUASA mengembalikannya kepadamu?" Perhatikanlah, bagaimana KAMI ber-kali² memperlihatkan tanda² KEBESARAN (KAMI), kemudian mereka tetap berpaling (juga)".

    Sampai di sini, aku mendengar bacaan ayat ini. Aku berasa takut dengan pertanyaan itu. Bagaimana aku hendak menerangkan? Aku diam. Hentian bersuara lagi, " Wahai manusia... Kenapa selama ini, kamu tidak melihat Kebesaran Allah yg terbentang luas dan besar di hadapanmu?' Apakah selama ini, pendengaran-mu, penglihatan-mu telah dicabut? Dan hatimu telah ditutup dari memerhatikan tanda² Kebesaran Allah? Baru sekarang kamu hendak perhatikan? Alhamdullillah.... Ketahuilah, hanya Allah yg boleh mengembalikan segala apa yg dicabut (hilang) darimu. Itulah tanda² KEBESARAN Allah. Janganlah kamu sia² kan hidup kamu lagi. Perhatikanlah tanda² Kebesaran Allah berulang kali agar kamu diberi pengertian, agar kamu sentiasa rasa gerun kepada Kebesaran Allah. Ucaplah 'Allah Hu Akbar' ".
    Kini, aku sedari dan tahu bahawa hanya DIA (Dia-Itulah-Allah) yg boleh mengembalikan semula apa yg dicabut dari manusia. Aku akui setelah mengetahui, Allah boleh buat apa sahaja terhadap diriku dan terhadap manusia yg lain serta terhadap apa saja. DIA-lah yg berKUASA, sedangkan aku tiada kuasa apapun. DIA-lah yg Menghidupkan aku. Sungguh, DIA-lah Yang Maha KUASA.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah DIA berKUASA mencabut apa sahaja dari manusia dan DIA jugalah yg berKUASA mengembalikan semula apa yg dicabut dari manusia.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . 'Terima kasih Allah' kerana mengembalikan semula apa yg hilang dariku selama ini. Aku meneruskan perjalananku. Terus mencari tanda² Kebesaran Allah. Dalam perjalananku, aku sering teringat apa yg telah terjadi kepadaku sebelum aku melalui Jalan Kebesaran ini. Aku bertanya, 'Kenapa itu semua terjadi padaku? Begitu juga manusia yg lain, yg merasakan sesuatu kesusahan yg menimpa mereka itu  adalah 'azab' untuk mereka. Begitu juga perasaanku tetapi siapakah yg berbuat begitu?'. Sedang banyak persoalan bermain di fikiranku, aku tiba di hentian 854/6236 [S6:A65]. Aku lihat ada lagi tanda² Kebesaran Allah di sini;

"DIA (Dia-Itulah-Allah)-lah yang berKUASA untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu atau DIA (Dia-Itulah-Allah) mencampurkan kamu dalam golongan² (yang saling bertentangan) dan meRASAkan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa KAMI mendatangkan tanda² KEBESARAN KAMI silih berganti agar mereka memahami(nya)".

    Hentian bersuara lagi, 'Azab (kesusahan, kesakitan, keperitan) yg pernah kamu rasai dulu adalah kerana DIA (Dia-Itulah-Allah) yg mengirimkannya ke atas diri kamu. DIA-lah juga yg merasakan keganasan kepada kamu. DIA-lah yg mendatangkan tanda² Kebesaran DIA kepada kamu silih berganti. Untuk apa? Agar kamu memahami dan mengerti bahawa DIA-lah yg sebenarnya berkuasa di dunia ini. Namun, kamu masih tidak sedar walaupun silih berganti azab itu datang kepadamu. Alhamdullillah.. kamu telah sampai dihentian ini dan kamu telah mengetahui akan tanda² Kebesaran DIA. Sedarkanlah dirimu dari kehidupan yg sedang kamu jalani sekarang, agar kamu tahu maksud kamu dihidupkan di dunia ini. Perhatikanlah juga tanda² Kebesaran DIA yg lain agar kamu dapat ambil pengajaran dan lebih mengerti. Mudah-mudahan kamu diberi faham oleh DIA. Itulah tanda² Kebesaran Allah. Ucaplah Allah Hu Akbar' '. 
    Aku bersandar di hentian ini. RASA takut mula menyelubungi diriku. Apakah masih ada azab yg akan datang menimpaku lagi? Aku tidak tahu. DIA Maha KUASA yg boleh buat apa saja. Aku baca ayat itu lagi. Aku renung kisah hidupku selama ini. Memang benar, aku pernah meRASAi keganasan dari manusia lain terhadap diriku. Memang ternyatalah sekarang, setelah direnungi kembali, ianya adalah kesalahan aku sendiri kerana aku terlalu bebas berada di dunia ini. Melanggar Peraturan DIA, sudah pasti aku dihukum. Di hentian ini, terjawablah persoalanku, 'Kenapa itu semua terjadi padaku?'' Kini aku sedar dan mengerti, apa yg telah terjadi, ada hikmahnyaDIA (Dia-Itulah-Allah) Yang Maha KUASA untuk memberi manfaat dan mudharat kepada diriku.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah DIA berKUASA untuk mengirimkan azab kepada manusia silih berganti / berulang kali. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk manusia.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Satu demi satu pengetahuan datang kepadaku. Aku meneruskan lagi perjalananku, mencari tanda² Kebesaran Allah. Keinginanku untuk tahu lagi akan tanda² Kebesaran Allah semakin kuat. Aku fikir, pasti ada manusia lain yg lebih mengetahui tentang tanda² Kebesaran Allah dan dapat menceritakannya kepadaku agar dapat aku jadikannya sebagai petunjuk dalam perjalananku di belakang sana (masa hadapan). Aku tiba di hentian 886-887/6236 [S6:A97-98], aku lihat ada lagi tanda² Kebesaran di sini;

"dan DIA (Dia-Itulah-Allah)-lah yang menjadikan bintang² bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Se-SUNGGUHnya KAMI telah menjelaskan tanda² KEBESARAN (KAMI) kepada orang² yang mengetahui dan DIA (Dia-Itulah-Allah) yang menciptakan kamu dari seorang diri, maka (bagimu) ada tempat tetap dan tempat simpanan. Sesungguhnya telah KAMI jelaskan tanda² KEBESARAN KAMI kepada orang² yang mengetahui.
    Dalam kegelapan malam, aku berhenti di hentian ini. Hentian bersuara lagi, 'Kamu lihatlah bintang² di langit. Allah-lah yg menjadikannya. Kamu dapat jadikan bintang itu sebagai petunjuk ketika kamu berada dalam kegelapan malam. Wahai manusia yg sedang dalam perjalanan, Allah jugalah yg mencipta diri kamu. Itulah tanda² Kebesaran Allah. Tanda² Kebesaran Allah telah dijelaskan kepada orang² yg mengetahui. Kamu carilah orang² yg mengetahui tentang tanda² Kebesaran Allah, selagi kamu dihidupkan. Ucaplah Allah Hu Akbar'.
    Aku perhatikan langit di waktu malam, ada bintang² menghiasi langit. Allah-lah yang menjadikan bintang² di langit itu sebagai petunjuk. Aku teringat ketika aku berada di dalam hutan, di waktu malam. Tika itu bintang di langit dijadikan petunjuk arah perjalanan. Inilah tanda² Kebesaran Allah. Allah Hu Akbar. Di hentian ini, aku diberitakan bahawa ada manusia yg mengetahui tentang tanda² KEBESARAN Allah dengan lebih jelas. Ada tanda² Kebesaran Allah yg telah dijelaskan kepada mereka. Di hentian ini, aku berharap, agar Allah mempertemukan aku dengan mereka. Mudah-mudahan aku dapat mengetahui lagi tanda² Kebesaran Allah yg lain.

**Tanda² KEBESARAN Allah adalah Allah-lah yg menjadikan bintang² di langit, menciptakan diri manusia dan Allah jugalah yg telah menjelaskan (memberi faham) akan tanda² Kebesaran-Nya kepada orang² yg mengetahui.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Aku meneruskan lagi perjalananku mencari tanda² Kebesaran Allah. Dalam perjalananku, aku perhatikan tanaman² yg tumbuh di atas tanah. Ada yg tumbuh subur, ada yg tumbuh merana. Aku bertanya pada diriku, 'Kenapa tanaman itu tumbuhnya tak sama? Ada yg subur, ada yg tidak subur?' Tiba di hentian 1012/6236 [S7:A58], aku lihat ada tanda² Kebesaran di sini;

"dan tanah yang baik, tanaman²-nya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman²-nya hanya tumbuh merana. Demikianlah KAMI mengulangi tanda² KEBESARAN (KAMI) bagi orang² yang bersyukur".
    Aku berhenti di tepi hentian ini, melihat tanaman² dihadapanku. Hentian bersuara lagi, 'Kamu lihatlah tanaman² itu. Ada yg tumbuh subur dan ada yg tumbuh merana. Siapa yg berkuasa berbuat demikian? Ianya tidak akan jadi begitu tanpa seizin Allah. Ia tumbuh adalah dgn seizin Allah. Itulah tanda² Kebesaran Allah yg diulangi kepada orang² yg bersyukur. Kamu akan melihatnya berulang kali nanti. Ucaplah Allah Hu Akbar'.
    Aku mencari dan mendekati orang² yg bersyukur. Ingin aku mendengar cerita² tentang tanaman² mereka. Pasti ada sesuatu pengajaran yg dapat aku ambil dari mereka. Aku bukanlah petani, sememangnya rasa kesyukuran yg dirasai oleh mereka, tidaklah dapat aku mengalaminya kecuali aku sendiri yg menanam tanaman². Sekurang²nya dapatlah aku menghayati bagaimana rasa kesyukuran mereka terhadap DIA. Aku mendengar cerita² mereka tentang Kebesaran DIA yg menumbuhkan tanaman² yg ditanam oleh mereka. Aku mengerti, manusia tiada kuasa untuk menumbuhkannya tetapi Allah-lah yg menumbuhkan tanaman² itu.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah Allah-lah yg mengizinkan sesuatu tanaman itu untuk tumbuh subur atau merana.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Telah banyak aku lihat bukti² / tanda² Kebesaran Allah. Aku meneruskan perjalananku. Terasa sinaran matahari memanaskan kulitku. Terasa terangnya cahaya bulan mengindahkan pemandangan malam. Aku tertanya, 'Siapa pula yg buat matahari dan bulan ini?' Aku tiba di hentian 1369/6236 [S10:A5] dan aku lihat ada tanda² Kebesaran di sini;

http://ekonomiorangwarasdaninvestasi.blogspot.com/2011_10_01_archive.html
Pergerakkan Bulan
"DIA (Dia-Itulah-Allah) yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah² (tempat²) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. DIA (Dia-Itulah-Allah) menjelaskan tanda² (KEBESARAN-NYA) kepada orang² yang mengetahui".
    Di sini aku mengetahui bahawa Allah-lah yg menjadikan matahari dan bulan. Hentian bersuara lagi, 'Wahai manusia... Ketahuilah, apa yg kamu lihat itu, Allah-lah yg menjadikan matahari itu bersinar dan bulan itu bercahaya. Bukan manusia yg menjadikannya. DIA tetapkan pula kedudukan² bulan itu, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu. DIA telah jelaskan tanda² KEBESARAN-NYA kepada orang² yg mengetahui. Kamu telah melihatnya dan kamu telah mengetahui. Itulah tanda² Kebesaran Allah. Ucaplah Allah Hu Akbar'.
    Hampir setiap hari, aku beri perhatian kepada matahari dan bulan. Aku perhatikan ciptaan Allah. Indahnya matahari, indahnya bulan. 'Wahai Allah, Besar-Nya Ciptaan Engkau'. Aku melihat matahari dan bulan lagi dan lagi hingga aku puas memandang tetapi aku tidak puas memandangnya. Manusia tidak dapat membuat matahari dan bulan seperti yg Allah buat. Jelaslah pada aku, Allah telah tunjukkan tanda² Kebesaran DIA.

Matahari dan Bulan

**Tanda KEBESARAN Allah adalah Allah-lah yg menjadikan matahari dan bulan. Manusia tidak dapat membuatnya. Manusia hanya boleh melihat sahaja.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Aku meneruskan perjalananku. Banyak tanda² Kebesaran Allah yg telah aku jumpa di sepanjang perjalanan ini. Tidak dapat aku nak ceritakan kesemuanya. Namun, semuanya ada di dalam Kitab Al Qur'an dan juga pada orang² yg telah dijelaskan akan Kebesaran Allah padanya (orang yg benar² merasai nikmat-Nya). Dahulu aku tidak tahu, kini aku sudah tahu. Dahulu aku hanya melihat tanpa memikirkannya. Kini, aku sudah melihat tanda² Kebesaran DIA. Aku mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana DIA telah memperlihatkan kepada aku akan tanda² Kebesaran DIA. Aku tiba di hentian 3252/6236 [S27:A93], aku lihat ada tanda² Kebesaran lagi di sini;

"dan katakanlah: 'Segala puji bagi Allah, DIA (Dia-Itulah-Allah) akan memperlihatkan kepadamu tanda² KEBESARAN-NYA, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan".

     Aku berhenti di hentian ini. Hentian bersuara, 'Alhamdullillah... Sepanjang perjalanan kamu, Allah telah memperlihatkan kepada kamu tanda² Kebesaran-Nya. Kelak, kamu akan ketahui lagi akan tanda² Kebesaran-Nya dan ingatlah, Allah tiada lalai dari apa yg kamu kerjakan. Kamu ingatlah kata²ku ini dan ucaplah Allah Hu Akbar (Allah, DIA-lah Maha Besar)'.
    Aku berkata, 'Alhamdullillah... Segala puji bagi Engkau, Ya Allah. Engkau telah memperlihatkan kepada aku tanda² Kebesaran-Mu, dan aku telah melihat bukti² / tanda² Kebesaran-Mu. Aku tahu, Engkau tahu apa yg aku kerjakan'.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah DIA-lah yg memperlihatkan kepada manusia akan tanda² Kebesaran DIA dan manusia yg diperlihatkan itu akan mengetahuinya.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Aku meneruskan lagi perjalananku. Dalam perjalananku, aku mendengar berita², ada negeri² disekitarku ditimpa kebinasaan. Aku bertanya lagi, 'Siapa yg berbuat begitu?' Aku tiba di hentian 4527/6236 [S46:A27], aku lihat ada tanda² Kebesaran lagi di sini;

Tsunami melanda Aceh
"dan sesungguhnya KAMI telah membinasakan negeri²-mu di sekitarmu dan KAMI telah mendatangkan tanda² KEBESARAN KAMI ber-ulang² supaya mereka kembali (bertaubat)"

    Hentian bersuara, 'Wahai kamu.. manusia yg sedang dalam pencarian. Ketahuilah, semenjak dari zaman Nabi lagi, Allah telah mendatangkan tanda² Kebesaran-Nya berulang kali di dunia ini, di mana saja, agar manusia yg tidak beriman kepada DIA, melihat tanda² Kebesaran-Nya dan kembali beriman kepada Allah. Kamu lihatlah tanda² Kebesaran Allah yg telah membinasakan sesetengah kawasan² (negeri²) di dunia ini. Apakah kamu masih tidak takut kepada Kebesaran Allah? Ucaplah Allah Hu Akbar (Allah, DIA-lah Maha Besar) dan teruskanlah perjalanan kamu. Kelak kamu akan ketahui sesuatu".
    Aku mengerti apa yg hentian sampaikan. Aku telah melihat kebinasaan² yg telah melanda kawasan² di dunia ini. Sungguh dahsyat. Memang, setelah aku ketahui, setelah aku melihat, itulah tanda² Kebesaran Allah yg dinyatakan. Tiada siapa yg boleh berbuat seperti itu tanpa izin Allah. Namun, semua itu adalah tanda² Kebesaran Allah yg telah didatangkan oleh DIA untuk diperlihatkan kepada manusia yg lalai agar kembali bertaubat kepada Allah.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah Allah boleh binasakan apa sahaja.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Aku meneruskan perjalananku. Sambil aku mengingati akan kedahsyatan kebinasaan yg Allah datangkan ke dunia ini, aku tiba di hentian 4927-4928/6236 [S55:A26-27], aku lihat ada tanda² Kebesaran lagi di sini;

"Semua yang ada di bumi itu akan BINASA dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai KEBESARAN dan kemuliaan".

    Hentian bersuara, "Wahai kamu yg sedang dalam perjalanan pulang, ketahuilah kamu bahawa semua yg ada di bumi ini akan binasa dan yg tetap kekal hanyalah 'Wajah Allah'. Allah-lah yg mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Kamupun akan meninggalkan dunia ini (mati) nanti. Ucaplah Allah Hu Akbar dan teruskanlah perjalanan kamu. Kelak kamu akan ketahui sesuatu".
    Aku sedar, kebinasaan yg diperlihatkan di bumi ini adalah peringatan kepada aku dan yang lain bahawa Allah-lah Yang Maha Besar dan agar manusia sedar. Kelak, semua yg ada di bumi ini akan binasa.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah 'Wajah Allah' tetap kekal.

Aku ucap 'Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Kini aku tahu bahawa semua yg ada di bumi ini, akan binasa (hilang) nanti. Aku meneruskan perjalananku dan setibanya aku di hentian 4979/6236 [S55:A78], aku lihat ada tanda² Kebesaran lagi di sini;

"Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai KEBESARAN dan Kurnia".


Benar. Banyak tanda² / bukti² Kebesaran Allah yg telah aku lihat. Hanya Allah-lah Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia yg amat banyak (besar). Dalam perjalananku, aku sebut 'Allah Hu Akbar' berulang kali.

Setibanya aku di hentian 5076/6236 [S57:A1], aku lihat ada tanda² Kebesaran lagi di sini;

"Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan KEBESARAN Allah) dan DIA (Dia-Itulah-Allah)-lah Yang Maha PERKASA lagi Maha Bijaksana".

     Hentian bersuara, 'Wahai manusia, ketahuilah kamu bahawa semua makhluk yg berada di langit dan di bumi menyatakan Kebesaran Allah, kamu tidak dapat mendengar / mengerti tasbih² mereka. Ada manusia yg dapat mendengar tasbih² mereka dengan izin Allah. Lihatlah binatang, lihatlah tumbuh²an, lihat batu²an, lihatlah gunung², lihat awan dan lihatlah semahumu, semuanya itu bertasbih menyatakan Kebesaran Allah. Jika diizinkan Allah, dapatlah kamu mengerti tasbih mereka. Kamu ucaplah Allah Hu Akbar'.
    Tidaklah aku mengerti tasbih² makhluk yg lain. Apapun, aku mengetahui bahawa ada makhluk² selain manusia yg bertasbih kepada Allah. Makhluk² yg lain selain manusia juga tahu bahawa Allah Maha Besar.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah semua yg berada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah.

Aku ucap 'Allah, Engkau-lah Maha Besar' . Aku teruskan lagi perjalananku. Setelah aku lihat banyak bukti² / tanda² Kebesaran Allah, aku sampai di hentian 5432/6236 [S71:A13] dan aku ditanya;

"Mengapa kamu tidak percaya akan KEBESARAN Allah?"

    Hentian bersuara, 'Apakah kamu tidak percaya lagi akan KEBESARAN Allah? Setelah banyak bukti² / tanda² Kebesaran DIA telah kamu lihat dan tahu?' Aku berkata "Aku percaya akan KEBESARAN Allah dan telah aku lihat bukti² Kebesaran-Nya. Sesungguhnya, Allah itu Maha BESAR, Allah Hu Akbar". Aku meneruskan lagi perjalananku dan aku perlu usaha atas keyakinanku bahawa Allah-lah Yang Maha Besar agar menjadi lebih kuat.

Sedang aku menguatkan keyakinanku kepada Allah Maha Besar, keRASAanku dikuatkan lagi ketika aku tiba di hentian 5450/6236 [S72:A3]. Aku lihat ada tanda² Kebesaran lagi di sini;

"dan bahawasanya Maha Tinggi KEBESARAN Tuhan KAMI, DIA (Dia-Itulah-Allah) TIDAK beristeri dan TIDAK (pula) beranak".

    Hentian bersuara lagi, "Maha Tinggi KEBESARAN Tuhan kami, DIA (Dia-Itulah-Allah) tidak beristeri dan tidak (pula) beranak. Allah tidak beristeri dan tidak beranak. Tidak sekali seperti kamu wahai manusia, ada yg beristeri dan ada yg beranak. Walalupun manusia itu ramai, tetapi manusia tidak boleh berbuat sebagaimana Allah perbuat. Ucaplah Allah Hu Akbar". Aku ucap "Ya Allah, Engkau-lah Maha Besar" dan aku merasakan, Allah benar² Maha Besar dan benar² Maha Kuasa. Ku teruskan perjalananku.

**Tanda KEBESARAN Allah adalah Allah tidak beristeri dan tidak beranak.

Akhirnya aku tiba di hentian terakhir di atas 'Jalan Kebesaran' ini iaitu di hentian 5752-5753/6236 [S79:A40-A41]. Aku lihat ada tanda² Kebesaran lagi di sini;
"dan adapun orang² yang takut kepada KEBESARAN Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).

     Hentian bersuara lagi, 'Lihatlah pada tulisan itu. Janji Allah kepada orang² yg takut kepada Kebesaran DIA (Dia-Itulah-Allah) dan orang² yg menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, mereka akan diberi tempat tinggal di Syurga. Ingatlah baik² wahai kamu yg sedang dalam perjalanan'.

     Aku lihat tulisan (ayat) yg terakhir di atas JALAN KEBESARAN. Aku mengambil tahu bahawa orang² yg takut kpd Kebesaran Allah dan org² yg menahan dirinya dari mengikut keinginan hawa nafsunya, tempat tinggalnya di akhirat nanti adalah di syurga. Sepanjang perjalanan ini, telah banyak aku melihat dan mengetahui bukti²/tanda² Kebesaran Allah. 'Allah Hu Akbar, Sungguh Allah Maha Besar'.

25. Merenungi Perjalanan
     Aku berkata kepada diriku, 'Bagaimana dengan kita?' Kita perlu ada rasa takut kepada Allah mulai hari ini. Kita sudah tahu akan Kebesaran DIA'. Aku tarik nafas dan aku lepaskannya. Allah Menghidupkan manusia dan Mematikan manusia. Tanda² KEBESARAN Allah, tanda² KEKUASAAN Allah.
    Perjalanan mencari bukti² / tanda² Kebesaran Allah, banyak memperlihatkan kepada aku tentang Kekuasaan Allah. Alhamdullillah.... Aku telah tahu akan KEBESARAN DIA (Dia-Itulah-Allah). Sikit, banyak, itulah yg aku tahu. Aku berkata, "Ya Allah... Besarnya Engkau Ya Allah.... Besarnya Engkau Ya Allah.... Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada aku untuk melihat dan mengetahui serta meRASAi akan KEBESARAN-MU sebelum aku BINASA". Telah ditunjukkan kepada-ku bukti² / tanda² Kebesaran-Nya. Banyak perkara yg perlu aku perbaiki terhadap diriku sendiri.

"Hai orang² yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan²-mu dan mengampuni bagimu dosa²-mu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar". [S33:A70-71]

     Sepanjang aku melalui Jalan Kebesaran ini, aku menghayati tanda² Kebesaran² Allah dan akhirnya aku tahu bahawa Allah ada KUASA yg tiada sesiapapun yg setanding / setara dengan KUASA DIA kerana Allah boleh buat apa sahaja mengikut kehendak DIA. Aku juga mengerti bahawa Allah boleh buat apa sahaja terhadap diri aku kerana Allah-lah yg MAHA KUASA dan Allah-lah yg MAHA BESAR. Rasa takut apabila ingat akan KEBESARAN DIA (Dia-Itulah-Allah).
     Bertahun lamanya aku berjalan di atas JALAN KEBESARAN... mencari tanda² Kebesaran "Allah Maha Besar (Allah Hu Akbar)" yg sering di-sebut² oleh Azan. Benarlah ayat Al-Qur'an, [S27:A93];

"dan katakanlah: 'Segala puji bagi Allah, DIA (Dia-Itulah-Allah) akan memperlihatkan kepadamu tanda² KEBESARAN-NYA, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan".

    Kini, aku telah mengetahui tentang Kebesaran Allah. Fikirku, mungkin inilah antara sebabnya Syaitan lari ketakutan apabila mendengar suara Azan menyebut "Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)"  kerana bagiku, Syaitan tahu dan amat mengenali akan Kebesaran Allah kerana Allah juga lah yg mencipta Syaitan.

"Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendengarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut. (Hadis Sahih Muslim)"
 
    Suara Azan sering menyebut "Allah Maha Besar", mengingatkan kepada tanda² Kebesaran² Allah dan bersentiasalah berpesan pada diri sendiri,


"Takutlah kepada KEBESARAN DIA (Dia-Itulah-Allah)"
"Takutlah kepada KEBESARAN Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)"

Namun, terlalu banyak perkara yg perlu diperangi untuk mendapatkan kemenangan. Kadang kalah, kadang menang. Apapun, Alhamdullillah.. Setelah melalui jalan ini, aku tahu tentang Allah Maha Besar yg disebutkan oleh Azan. Aku masih dalam perjalalanan menuju Jalan Mim...

Ilmu mengenal diri...
Jarang sekali diajari...
Untuk di isi ke dalam hati....
Akibatnya banyak yg lupa diri...
Terlalu sibuk dengan duniawi....
Tidak sempat untuk dipelajari...
Masa diberi tidak dapat diganti...
Janganlah tiba masa mati...
Masih tidak dapat mengerti...
Akan kenapa hadirnya diri...

Di dunia ini...
Di hadapan DIA nanti...
Tidak tahu nasib diri...
Apa yg akan terjadi...
Terserah pada Ilahi...
Harapan agar rahmat diberi...
Selamatlah diri...


AWAL PERJALANAN, MENGENALI ALLAH MAHA BESAR
AWAL AZAN, ALLAH HU AKBAR, ALLAH MAHA BESAR

------------------------------
Seterusnya....

- Apakah cerita² yg ada di dalam sebutan Azan yg seterusnya...?
- Bagaimana Azan membawaku kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar