Sunday, February 24, 2013

Liang Lahad...


      Selagi kita hidup, takdir akan terus berjalan ke atas diri kita. Kita dapat berjalan dgn kaki, bersyukurlah kerana masih dapat berjalan dgn kaki. Kita dapat mendengar, bersyukurlah kerana dapat mendengar, kita dapat melihat, bersyukurlah kerana dapat melihat. Tapi kita sedikit sekali bersyukur terhadap perkara² itu. Tak percaya?

Kemudian Dia (Allah) menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.
As Sajdah, 32:9

Apakah kita, apakah kita setiap hari bersyukur terhadap pendengaran, penglihatan dan hati kita? Eemm.... Kena check semula. Biasanya orang bersyukur bila dapat sesuatu yg menggembirakan hati mereka. Dapat duit, bersyukur, dapat suami yg baik, bersyukur, dapat isteri yg baik bersyukur, dapat kawan² yg baik, bersyukur, dapat hadiah pun bersyukur, dapat emas pun bersyukur, masalah selesai pun bersyukur. Takpe. Bersyukur juga. Nak juga aku kongsi cerita tentang seorang sahabatku, dia kata kepada aku "Apa yg aku nak, Allah dah bagi dan dia ter-tanya² bagaimanakah aku nak bersyukur kepada Allah? Dalam dia termenung, terdengar olehnya satu suara yg berbunyi "SYUKUR ITU ADALAH SOLAT". Dia pun tak tahu dari mana datangnya suara itu. Mulai hari itu, dia tak tinggal solat. Alhamdullillah.. Sahabatku sudah berubah. Dahsyatkan? Macam itu sahaja dapat kekuatan. Masing² punya kelebihan (anugerah). Lepas ni kita praktik, bila dapat melihat bersyukurlah, dapat mendengar bersyukurlah... Tidak larat rasanya.. Lemah lisan...
     Pada setiap nafas kita, yg keluar (hembus) dan yg masuk (sedut), ada takdirnya. Apapun, pasti tiba satu detik takdir terakhir kita iaitu MATI.

Tiap-tiap diri akan merasai MATI, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Al-Anbiyaa' 21: 35

Ya.. Benar. Tiap² diri AKAN MERASAI MATI. Kita akan MATI. NYAWA dicabut dari jasad. Ke manakah jasad kita? Jasad aku, aku tak tahu lagi. Yang aku lihat dalam amalan agamaku (Islam), jasad yg tidak bernyawa dikebumikan (ditanam di dalam tanah) oleh jasad yg masih BERNYAWA. Digalikan ruang tanah dan di dalamnya, diletakkan jasad manusia yg tiada nyawa. Tempat manusia di tanam itu, ada disebut pusara, liang lahad @ kubur. Banyaknya nama tanah yg digali itu kan? Liang Lahad, Kubur, Pusara.. apa lagi ek? Apa² sahajalah, namun ianya adalah satu tempat untuk ke-bumi-kan manusia (ikut syariat agama masing²). Tapi bagi aku :

Pusara :
Satu kawasan yg kita akan tinggal di situ nanti kerana kita telah bersara (mati) dari dunia ini (tak tahu lagi di mana) atau dgn kata lain PESARA. Semua akan BERSARA dari dunia ini..

"...dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.." - Luqman, ayat 34.

Liang Lahad :
Ruang tanah yg digali untuk letak (tanam) jasad yg tidak bernyawa.

Kubur :
Selepas Liang Lahad dikambus / ditimbus / ditutup, maka tiada lagi Liang Lahad, timbullah kubur bersama batu nesan untuk orang yg masih hidup melihat akan adanya sebagai peringatan bahawa adanya Hari Akhirat ataupun bahawa kita akan kembali kepada Allah juga.

Itu bagi aku ye. Itu je yg aku tahu. Jangan terpengaruh dgn apa yg aku taip. Idea / lham untuk aku menaip artikel ini datang ketika aku berbual sembang tentang 'kubur' di kedai kopi. Jangan disangka, orang² yg duduk di kedai kopi hingga lewat malam itu berbual kosong ajer, ada juga pengisiannya cuma perwatakkan mereka tidaklah seperti orang² warak, orang² alim. Jangan dipandang hina. Maklumat tidak tertulis ada di mana² sahaja. Ada manusia yg tidak tahu menulis, tetapi mereka ada 'cerita' , ada 'ilmu', ada 'otak yg berakal'.... ALLAH MAHA ADIL.
     Aku nak mati ke cerita pasal ini? Mana aku tahu tapi sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, hamba Allah s.w.t, kita WAJIB mengingati mati. Semua orang tahu tentang mati tapi selepas mati tu apa yg ada pada kita? Secara ringkasnya, aku lahirkan dari perkataan MATI.

MATI - Matinya Aku, Tinggallah Iman

Ya.. Benar. Benar, apabila kita mati, hanya Iman yang tinggal. Iman akan di bawa ke akhirat. Nak bawa apa lagi? Kereta? Rumah? Lembu? Kerbau? Suami? Isteri? Anak? Takde, takde, takde. Ringkasnya, IMAN yg akan di bawa. Apa yg ada dalam Iman? Takpe, di dalam kubur nanti akan ditanya dan di akhirat nanti akan dibongkarkan dan diperlihatkan. Lihatlah sendiri nanti, samada kita ada iman atau tidak. Jap jap kepada yg bukan Islam, kalau nak tahu apakah iman tu secara ringkasnya ada disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

Ketika malaikat Jibril a.s. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w tentang iman maka Rasulullah s.a.w menerangkannya yang bermaksud: " Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat²-Nya, Kitab²-Nya, Rasul²-Nya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) - Baiknya dan buruknya..." (Riwayat Muslim).

Tetapi bahagian yg beriman kepada takdir tu susah sikit. Macam² emosi, keluhan, rungutan keluar. Aduhai.. Aku pun pening kepala juga nak faham. Takpe. Belajar dan terus belajar.. Maka, di dunia inilah tempatnya untuk kita usahakan untuk dapatkan IMAN. Bagaimana tu? Sama²lah kita usahakan atas iman kita agar ianya menjadi kuat. Bukan utk sesiapapun, utk diri sendiri juga. Ye.. Untuk diri sendiri. Namun, seperti biasa sekadar perkongsian apa yg ada. Aku nak kongsi pasal liang lahad. Mungkin maklumat di sini tidak mencukupi dan tidak memuaskan hati sebabnya yg menaip pun tidak cukup maklumat tapi nak menaip juga. Bersabarlah..

Liang Lahad
Liang Lahad

     Gambar di sebelah itu adalah rupa bentuk Liang Lahad. Kenapa dipanggil Liang Lahad? Nama banyak, bentuknya pun banyak. Ada juga rupa bentuk Liang Lahad yg tidak seperti di dalam gambar tu. Arwah abah aku lain pula rupa dalamannya, atuk aku pula lain pula rupa dalamannya. Apapun, tujuannya hanya satu iaitu untuk KEBUMIKAN manusia yg tidak bernyawa. Aku pun akan ke situ juga nanti. Duduk sorang² kat dalam tu. Tak tahu lah nasib bagaimana... Bersedialah... 
Liang Lahad ~ Huruf L
     PENANTIAN ITU SUATU PENYEKSAAN. Nanti apa tu? Hehe.. Citer lain kali. Kembali kepada Liang Lahad tadi. Jika diperhatikan ejaan Liang Lahad, ianya bermula dengan huruf L. Laluan utk mayat diturunkan itu dipanggil Liang dan tempat mayat diletakkan itu dipanggil Lahad. Maka, dinamakan Liang Lahad. Cuba tgk gambar yg aku lukis kat sebelah. Sebenarnya takde apa pun yang menarik. Cuma aku nak kaitkan bentuk huruf L tu dgn rupa bentuk Liang Lahad je.. Maafkan aku buang masa kamu semua.

Cerita disebalik Liang Lahad
     Kisah terdahulu, telah diceritakan kepada aku. Kisah yg tidak tertulis tetapi diingati oleh warga² tua yg masih hidup. Ceritanya, dahulunya banyak kawasan² perkuburan telah dipindahkan ke satu tempat yg lain dengan tujuan untuk membangunkan penempatan baru seperti bangunan², jalan raya dan sebagainya di kawasan perkuburan itu. Semasa pemindahan itu, digali kubur yg sedia ada dan ada yg tidak dijumpai mayatnya walhal tulang²pun. Rupa²nya mayat itu berada di Lahad. Maka tertinggallah mayat di situ. Mungkin si penggali semula hanya menggali Liang, maka tertinggallah Lahad. Bayangkan.... Bayangkan.... Bayangkanlah.... Mungkinkah ada tulang belulang yg tertinggal di bawah tempat yg kita diami? Siapa tahu kan?
     Aku sendiri pernah mengalami perkara aneh beberapa tahun yg sudah tetapi tiada bukti nak aku tunjukkan. Hanya cerita sahaja. Dikatakan oleh seorang pengamal perubatan bahawa aku telah tidur di atas 2 kuburan. 2 kuburan itu betul² di bawah bilik yg aku diami. Rumah yg aku sewa dulu (tak perlu aku bagitau kat area mana, risau jadi fitnah pulak). Tak nak percaya apa yg dikatakan, masalahnya bermacam bagai perkara aneh berlaku di dalam rumah yg aku sewa tu dan juga dialami oleh rakan sewa. Mana aku tahu kawasan tempat aku diami itu adalah bekas tapak kuburan. Maklumlah, musafir baru datang tempat orang. Tapi takpelah, pengalaman. Tak dirasakan begitu, tidaklah tahu, tiadalah pengalaman, tidaklah dapat aku nak ceritakan. Tidaklah dapat aku nak kongsi. Masing² ada pengalaman masing²...

Kaitan Liang Lahad dengan huruf nama Allah
     Haa... Sekarang tibalah masanya, untuk aku kaitkan Liang Lahad ini dengan huruf nama Allah yakni Alif Lam Lam Ha. Huruf ye. Ini semua akal lah. Logik. Apabila manusia Islam itu pergi meninggalkan dunia ini, maka gelaran ALLAHYARHAM (erti : mudah-mudahan Allah merahmati) diberikan kepadanya. Allah Maha Berkuasa ke atas diri kita. Allah boleh buat apa sahaja terhadap diri kita. Lihat gambar di sebelah.
     Dari point A hingga point B, itulah gambaran tempoh kita menjalani kehidupan ini. Di point B, kita akan kembali kepada Allah (MATI) ke suatu tempat. Di situlah gambaran liang lahad. Ruang bulatan itu menggambarkan di situlah tempat kita akan 'duduk / tinggal' selepas kita mati. Semua umat manusia Islam akan melalui Alam Barzakh nanti. Tidak boleh lari dari kekuasaan Allah. Nak lari ke mana? Kita nak lari dari kematian? Fuuhh... Tak boleh. Tak boleh. Buatlah apa sahajapun untuk tak nak mati, tiba masanya, mati juga. Allah akan matikan kita. Lagipun, setiap hari ada berita kematian dan berita kelahiran. Baca firman Allah ini:

Dia lah (Allah) yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan.
Yunus, 10:56

Nampak kan? Setiap hari ada berita kelahiran dan berita kematian yang baru. Itu lah Allah Yang Maha Kuasa menghidupkan dan mematikan. Takkan kita tidak nampak kekuasaan-Nya? Aku suka dengan bentuk nama Allah ini.. Kadang² terbayang bentuk nama Allah di mana sahaja. Di gril besi rumah orang pun boleh terbayangkan bentuk nama ni.......
Bayangan Bentuk Nama Allah
     Tika kita gembira, tiba-tiba kita jadi sedih, tika kita sihat, tiba-tiba kita sakit, tika kita sedih, tiba-tiba kita gembira, tika kita apa saja, tiba-tiba kita mati!!! Maka, kita akan kembali kpd Allah dan balasan akan diberikan. Kita boleh buat apa? Tak boleh buat apapun. Merayu? TIADA RAYUAN LAGI. Nak merayu, merayulah atas dunia ini. Sebab itu ada perintah "BERTAUBATLAH". Mungkin satu hari nanti aku pun bertaubat atas apa yg aku tulis selama ini.. Mungkin telah banyak dosa yg aku buat melalui taipan² aku ditambah lagi dgn dosa² yg lain. Hhhmm..... Aku pun tak tahu bagaimana kesudahan hidupku.
     Agama Islam itu sudah sempurna, yg tak sempurnanya adalah diri aku yg belum dapat mengamalkan sepenuhnya agama pada diri aku sebab itu sesetengah manusia selalu sangat berkata "tiada manusia yang sempurna". Benarlah... Hhmm.... Aku masih teringat kata² ini.. Kata orang arif "Di akhir kehidupan, biarlah kita dapat mengenal Allah"... Aku tidak pandai dan aku masih belajar dan terlalu banyak pelajaran dan pengajaran di dunia ini yg aku nak ambil dan belajar. Allah beri kita masa (nyawa)... Kita guna untuk apa? Macam²kan? Sama² difikirkan...

Jika maut datang, maka habislah waktu untuk mengingati Allah dan sia-sialah mengingat Allah pada saat itu (pada saat maut datang)..

Nak mati baru nak ingat Allah.... Hhhmm.... Terserah pada Allah bagaimana. Mayat Firaun ada lagi untuk dijadikan pengajaran. Orait. Cukup sampai sini sahaja. Maaf kupohon dari kamu semua... Aku bermusafir lagi, ada cerita aku kongsi di sini. Jangan percaya kepada apa yg aku tulis di sini, sebaliknya merujuklah kepada orang yg lebih mengetahui dan lebih mengenal. Ada salah dan silap, sila tegur. Aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.. Renungkanlah firman Allah di bawah..

PERINGATAN : Ayat 395 dari 6236 [QS3:102]
Hai orang² yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu MATI melainkan dalam keadaan beragama Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar