Monday, December 21, 2009

Message Filem 2012-2

Assalamualaikum....

Aku nak sambung pasal filem 2012 nie. Sambung apa ? Sambung ulasan je.. Hehehe..
Nah..Inilah yg ditunjukkan oleh umat Yahudi iaitu penyebab berlakunya Keakhiran Bumi (The End of Day) di mana semua planet berada dlm satu barisan yg lurus. Nak kata garisan yg lurus tak nampak pulak garisannya. Yahudi memang suka mengkaji, mengkaji apa ? Mengkaji ciptaan Allah tetapi tidak mahu mengaku kewujudan Allah malah apatah lagi menyebut Allah, hanya menyebut 'God - Good of Designer - Tuhan'. Dari mana sumbernya ? AlQuran jugak. Ok.. Ini apa yang aku fikirkan. Jap sebelum itu, cuba kalian amik AlQuran dan cari hatinya, jumpa tak ? Apa ke hal pulak aku nie minta tolong kalian cari hati AlQuran ? Tak ada apa, cuma nak bagi kalian nampak apa yang aku cuba sampaikan kat sini je. Maka, tak jumpalah bagi yg tak tahu tapi bg yg tahu akan jumpalah iaitu Surah Yaassiin. Semua umat Islam tahu (sangkaanku), yang Surah Yassin itu adalah hati AlQuran. Kalian ? Kalian pun ada Hati. Sekeping hati ke ? Sebuah hati ke ? Seketul hati ke ? Mana-manalah. Mesti kalian boleh tunjukkan kat mana hati kalian berada kan ? Kalau begitu, setiap makhluk ciptaan Allah yg bernyawa ada hatilah, gitu ? Aku yakin ada. Cuma aku tak tahulah akan semuanya dan bagi Alam Semesta, ianya juga adalah ciptaan Allah dan ber'nyawa', hatinya adalah Bumi. Macamana nak kaitkan ? Kenapa Yahudi guna perkataan EARTH ? Tidakkah EARTH itu di dalamnya ada HEART ? Apakah HEART ? Hati kan ? Ye.. Itulah, maka apabila Matinya bumi (Hati Alam Semesta), maka matilah apa yg ada sekelilingnya. Bayangkan Alam Semesta sebagai Badan Manusia dan Bumi itu adalah Hati Alam Semesta (Aku ada taip pasal Manusia Adalah Alam Kecil tapi belum publish jugak). Ok.. Kalian cuba eksploitasikan maklumat ini ye. EARTH (BUMI) = HEART ( HATI). Ada lagi aku nak tambahkan, tapi cukuplah yg ini. Nanti kalian pening lak. JADI MESSAGE 5 : BUMI ADALAH HATI ALAM SEMESTA YANG MENGAWAL SEMUANYA. ADAKAH @ APAKAH KITA SEDANG DITIPU OLEH UMAT YAHUDI YG MENGATAKAN PLANET MENGELILINGI MATAHARI ? Sedangkan dalam Surah Yassin ada mengatakan "dan matahari berjalan di tempat peredarannya - Yaasiin, ayat 38". Ternyata jelas yg matahari itu berjalan !!!. Dalam mereka cuba menipu umat Islam mereka juga bimbang dan takut-takut mereka lupa apa yang originalnya. Sebab itu mereka selitkan dalam perkataan-perkataan ciptaan tertentu mereka atau dengan bahasa yg tinggi sikit sesuai aku nak gunakan adalah KUNCI ALAM. Wollohu a'lam.
     Dan lagi, dalam filem ini, ketika tanah bumi sedang merekah, masih ada umat manusia yg sedang membeli makanan di sebuah pasaraya. Kalaulah kalian berada dalam situasi tersebut, apakah tindakan yg terpantas yg akan kalian lakukan ? Aku rase LARILAH tindakan yg terpantas yg akan berlaku secara spontan.
Mesti sama jugak ngan aksi dalam filem tu kan ? BERLARI UTK MENYELAMATKAN DIRI !!!. Lihat salah satu gambar kotak makanan yg trdapat dlm pasaraya tersebut. Apa yg tercetak kat kotak tu ? ALL-BRAN. 'Semua jenama' ke maksudnya ? Tidak kalian. Aku alihkan, fokus ye. ALL-B-RAN. Nampak ? Aku cuba menampakkan lagi. ALL BE RUN. Yee.. itulah sebenarnya. 'Run' = Lari , ejaan mggunakan 'U' tapi sebutan masih lagi wujud 'A'. Jadi, petunjuk.. cewaah.. petunjuk konon umat Yahudi nie, Kotak tu memberitahu pada pembeli 'ALL-BRAN' = "JADI !!! SEMUA LARI".Tengok orang kat kotak tu, seperti seorang yang sedang menang dalam lariannya. Kalau dalam loghat Terengganu, 'JADI' boleh membawa maksud kepada BERHENTILAH. Huh...JADI MESSAGE 6 : UMAT YAHUDI MENYURUH UMAT MANUSIA BERLARI.. HeHeHe.
      Sebut pasal petunjuk nie, kadang-kadang aku berdoa mintak petunjuk, tapi aku tak sedar bila petunjuk itu ditunjukkan olehNya. Jadi, banyak gak, makhluk-makhluk yg berada disekelilingku, yg berlegar, telah mendatangkan persoalan pada aku, ADAKAH ITU PETUNJUK ? Apapun, inilah saatnya HATI bertindak menjadi AKAL untuk berfikir apakah yg dilihat, dirasa, didengar, dialami dan semacam dengannya itu, adakah sebagai PETUNJUK ? Teringat ketika aku masih kecil, tika aku menghadiri kelas bacaan AlQuran, Guruku selalu bertanya mana penunjuk ? Penunjuk masa tu dikenali sebagai satu alat untuk menunjukkan tempat bacaan pada surah AlQuran yakni di mana ayat yg sedang kita bacakan. Masa tu aku guna lidi kelapa je sebagai penunjuk. Jadi, apakah beza PETUNJUK dan PENUNJUK ? Wollohu a'lam. 
Gambar alat komunikasi telefon nie adalah salah satu cara umat Yahudi berhubung dalam filem nilah untuk hal yg penting. Umat Yahudi terpilihlah tu antara mereka. Aku sampai sekarang, aku tak yakin dengan produk-produk umat Yahudi nie. Aku tak yakin dgn keikhlasan umat Yahudi dalam elektronik. Tidak semua orang Barat tu umat Yahudi ye. Sebab tu Timur lebih suka mencipta alat-alat elektronik sendiri misalnya Jepun dan China. Semasa aku bekerja sebagai Debug Engineer dulu, 'debug' ni lebih kurang macam bedah siasat papan litar elektroniklah, banyak jugak aku jumpa kod-kod rahsia yg tidak ditunjukkan pd butang-butang fungsi tu. Semuanya disembunyikan untuk tujuan 'pasaran'. Kalau pembeli pun tahu, maka tak adalah wujudnya Specialist (Pakar) yg boleh membaiki alat elektronik tersebut. Bisnes biasalah. Contoh keypad hensetlah. Ada data-data yg boleh dicapai dengan menggunakan komputer khas untuk peranti tersebut. Ada juga komputer yg boleh menyalin semua data-data dalam peranti tu dengan hanya menekan satu butang sahaja. Hebat teknologi mereka. Aku hanya berkata melalui pengalaman yg aku alami sahaja. Mungkin ada yg lebih hebat dari itu sekarang ini, aku pun tak tahu. Hehehe.. Tapi itu semua asas. Tapi produk yg aku buat tu bukan utk market dlm negara, utk luar negara. Untuk mengetahui kod-kod ini, gabungan pengetahuan dalam bidang perkakasan elektronik dan perisian elektronik serta kemahiran membaca litar skematik mestilah ada. Ok.. Aku tak nak ulas panjang bab elektronik nie. JADI MESSAGE 7 : ELEKTRONIK BANYAK MEMBANTU PENYIASATAN YAHUDI PADA UMAT MANUSIA. (Aku pernah bermimpi bagaimana bumi ini di'copy' dan 'paste' dan makhluk yg 'copy paste' itu berkata " Kita maju dari mereka 10 tahun selepas ini. Hahaha..!!!". Aku akan cuba huraikan mimpi ini sampai tikanya nanti tapi itupun kalau aku masih bernafaslah dan jari-jariku mampu bergerak seperti biasa selagi kekuatan jari-jari ini masih tidak ditarik kebolehfungsiannya oleh Allah ke dariku.)
     Inilah yg cuba ditunjukkan oleh kotak 'ALL-BRAN' tadi. Manusia lari, kueh donat pun lari jugak. Hahaha..!!! Aku nak ketawa pada donat tu je. Donat mana boleh lari, dia cuma bergolek je. Huh.. Memang larian jadi sukan yg amat popular dlm filem ini. Lagipun sekarang byk sangat produk-produk melangsingkan badan dari Barat. Mungkin sebab larian yg bakal berlaku nie ke? Wollohu a'lam. Jadi apa yg cuba ditunjukkan oleh Mat Donat nie sebenarnya ? Cuba lihat 'RANDYS' yg hurufnya sgtlah besar tu. Apa kaitannya ? Maka, RAN (sebutan) !!! Do YourSelf !!! Apa tujuan sebesar-besar donat itu ? Jangan tengok pada Donat tu, tengok pada huruf yg tertampal pada Donat tu. Hhhmmm.... Lari nak perlu kena ajar ke ? Aku rasa tak perlu. Itulah. JADI MESSAGE 8 : BERLATIHLAH BERLARI. HAHAHA..   Dalam AlQuran pun ada catatkan "CUBALAH LARI DARI-KU, MASA KAN KAMU DAPAT MELEPASINYA"...

Ok..Fuh. Gambar ni pulak, menunjukkan burung-burung sedang menjauhi sesuatu. Kalian imbas kembali apa yg telah berlaku semasa ombak Tsunami terbesar dulu. Ikan-ikan lari menjauhi sesuatu hingga ke tepi pantai. Kalau tak silap aku kat Kedahlah. Ikan pun tidak dapat lari jugak. Inikan pula manusia. Itulah petunjuk agaknya bahawasanya yg kita tak dapat lari bila berlakunya Hari Kiamat. JADI MESSAGE 9 : BINATANG² JUGA MERUPAKAN SALAH SATU ALAT PENUNJUK KEPADA UMAT MANUSIA UNTUK MENUNJUKKAN APA YG BAKAL TERJADI KAT ALAM INI. Aku pernah dikejar sekumpulan babi ketika aku menggembara di dlm hutan (dan artikelku pasal anjing juga memberitahu pasal petunjuk ni). Hahaha... Memang kelakar waktu aku lari tu, cari pokok je nak panjat, nak selamatkan diri. Tapi kenapa tiba-tiba babi tu lari ? Nantilah aku ceritakan dlm blog yg lain ye. Dan umat Omputih sekarang nie sedang sibuk membuat kajian tentang kelakuan binatang. Dari segi bahasa binatanglah, dan macam-macamlah, takpe biarkan mereka kaji. Memang Allah dah tugaskan umat Yahudi ni untuk mengkaji 24 jam sehari dan hasil kajian adalah untuk Umat Islam berfikir tentang Kehebatan Allah dan akallah yg menentukannya samada ianya palsu atau tidak tentang sesuatu kebenaran yg ditunjukkan oleh umat Yahudi nie.
Bagai aur dengan tebing itulah pepatah Melayu kita tetapi aku suka dengan ayat nie, bagai api dengan asap tak dapat dipisahkan. Hehehe... Begitulah dengan tanda kiamat, akan keluar asap sebelum berlakunya kiamat. Mungkin api-api sedang dipanaskan kot untuk menyerang bumi. Siapa tahu kan ? Cuba kalian bakar longgokan daun² kering dan timbus daun² kering tu banyak² atas api yg sedang menyala. Nampak asap tebal je, api tak nampak lagi tapi asap dah berkepul dah. Sebenarnya Allah dah tunjuk dah, tapi mungkin kita tidak menyedari kot. Macamana nak sedar ? Kena pikir ke ? Wollohu a'lam. Tapi gambar api dan asap kat gunung nie, memang nampak macam barisan tentera api dan asap je kan ???
     Orang yg dalam gambar nie mungkin
orang yang benar-benar gembira kerana apa ? Kerana Janji Allah yg Hari Kiamat tu pasti terjadi dan ditunaikan. Kenapa perlu melarikan diri sedangkan ketahuan bahawa ada kehidupan selepas kematian. Begitulah agaknya, fikirannya. Umat Yahudi cuba menunjukkan bahawa Umat Islam akan mati dan Umat Yahudi akan hidup selepas berlakunya Kiamat yakni tidak mengalami kematian. Ewah.. Ewah... JADI MESSAGE 10 : UMAT YAHUDI CUBA MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA ADALAH UMAT YANG TERBAIK KAT ATAS DUNIA INI DAN TIDAK AKAN DIMATIKAN. MEREKA INGINKAN MEREKA DIJADIKAN IDOLA OLEH UMAT MANUSIA, IAITU DENGAN MENGIKUT CARA KEHIDUPAN MEREKA. INILAH FITNAH!!!. Dan di dalam kotak bintang tu ada tertulis 'Mt Big Horn'. Aku rase inilah tiupan trompet tu. Mulut yg bertrompet. Nah.. Kalian mereka tahu ini semua, tapi mereka tidak mahu mengaku bahawa Allah itu wujud kerana bagi mereka Tuhan mereka adalah Dajjal. Dajjal ?? Tak ada masa yg diizinkan olehNya untuk aku taip pasal Dajjal nie lagi.

Aku memang kagum dengan pemikiran Umat Yahudi nie. Begitu halus. Apakah sehalus Titian Sirrotulmustaqim ? Wollohu a'lam. Aku kena lawan mereka selagi aku terdaya. Masa aku kecil dulu, arwah abahku selalu berkata, "api neraka ni kalau jatuh setitik je atas bumi nie hancurlah bumi. Mu dok takut ke ? ". Sambil arwah abahku menitiskan plastik yg dibakar ke atas tanah. Bila tgk gambar nie, makin kuatlah keyakinan aku. Cuba kalian tgk kulit pada tubuh kalian, cuba titikkan dengan bebola api. Pasti melecur kulit kalian. Tubuh kitakan dari tanah. Samalah dalam gambar nie, setitik api yg jatuh ke tanah bumi mampu meleburkan@mencairkan tanah tersebut. Tapi persoalan yg bermain difikiranku, SEBESAR MANAKAH SETITIK API NERAKA YG JATUH KE BUMI TU ?  
Lagi, aku perhatikan gambar ini, apa yg cuba ditunjukkan oleh umat Yahudi nie adalah perkataan UNDERGROUND. Bagi aku, kerja-kerja UNDERGROUND mereka disembunyikan dari pengetahuan umat manusia. Yee.. Apakah kewujudan lubang-lubang besar dunia adalah hasil kajian mereka ? Lihat dalam perkataan 'Underground' itu. Cuba kaitkan dengan 'roundabout'. Bukankah 'roundabout' yg kalian duk pusing hari-hari tu berbentuk bulatan (round) ? Jadi, logikkah kalau bulatan-bulatan besar yg wujud kat dunia sekarang ini adalah hasil kerja 'underground' mereka yg umat Manusia puji-puji tu. Isk..isk.. Itulah bentuk fitnah mereka. Licik licik... Umat Yahudi memang bijak tapi mereka lupa bahawa mereka dalam kesombongan @ kesesatan yang nyata kerana mereka tidak mahu mengaku wujudnya Allah kerana ALLAH TELAH KUNCI HATI MEREKA UNTUK MENGENALI-NYA. Mereka tidak dapat cari Allah. Itulah kunci yg aku maksudkan.
Mereka sedang mencari kunci untuk cari ALLAH tetapi dalam masa yg sama mereka tidak sedar yang mereka sedang memberikan KUNCI (Kunci Untuk Nampakkan Cahaya/Ciptaan Ilahi) itu kepada kita untuk MENCARI ALLAH. Untuk membuka 'sesuatu' itu perlukan kunci. Kalian fikirlah tentang ini yee... Wollohu a'lam. Mungkin dari perkataan Melayu 'Syurga di bawah telapak kaki Ibu bagi Lelaki dan Syurga di bawah telapak kaki Suami bagi Isteri'. Apakah dari penyataan ini mereka cuba mencari Syurga di bawah tanah ??? Kerana Syurga itu indah jadi mereka ingin memilikinya terlebih dahulu ? Wollohua'lam. Aku yakin ada kehidupan di bawah tanah tapi bukan Syurgalah. Aku yakin memang ada. Dan aku selalu terfikirkan tentang pepatah Melayu 'ulat di dalam batu pun boleh hidup'. Apakah ulat itu adalah Yakjud dan Makjud? Apakah tubuh badan Yakjud dan Makjud itu berulat seperti mayat ??? Wollohua'lam.  
Banyak pemikiran umat Yahudi diluahkan dalam filem ini. Seperti gambar asap hitam ini. Tetapi adakah asap itu awan ? Atau awan itu asap ? Aku tak tahu mana satu. Tapi asap akan hilang dan awan kekal. Lagipun ASAP - As Soon As Possible - Lipas kudung ke lesap ? Hahahaha... Ok.. ketawa pulak aku nie. Rupa awan@asap itu seolah-olah syaitan bertanduk. Umat Yahudi kan suka lukis gambar syaitan kerana itulah Tuhan mereka. Biarkan saja mereka. (Aku pernah bermimpi rupa seperti ini di mana awan berkumpul dan membentuk satu wajah yg amat besar lalu meniup dengan tiupan angin yang dahsyat dan dengan pekikan yg teramat kuat. Semua umat manusia mati bergelimpangan). Pandaikan umat Yahudi melukis ? Hehehe... Hhmm... Aku terpaksa berhenti di sini kerana masa tidak mengizinkan untuk aku meneruskan ulasan ini dan terpaksa aku sambung dalam ulasan Message 2012 - 3 pada bulan Januari 2010 nanti. 
     Walau apapun, jangan hanya melihat filem ini. Aku jadikan filem ini sebagai peringatan untuk diriku sendiri dan mungkin kalau kalian juga mempunyai rasa yg sama. Sebab itu Nabi berpesan saling ingat mengingati antara kita, mengingatkan tentang apa ? Tentang janji-janji Allah, hukuman-hukuman Allah dan apa yang ada pada AlQuran dan AlSunnah. Nak lakukan semua memang tidak terdaya kerana sememangnya kita umat manusia yg LEMAH atau ada juga yg menyebut 'malas' tu 'maleh', apakah manusia yg lemah itu adalah manusia yg maleh ? Logik jugak kan ? LEMAH dalamnya ada MALEH. Hahaha... Masihkah kalian ingat tajuk matematik SET dan SUBSET ? Inilah guna MATEMATIK, bukan hanya untuk geng-geng ANGKA sahaja, HURUF pun terlibat tetapi pernahkah diajar dalam mana-mana silibus ? Tak ada kan ? Memang tak adalah pasal umat Yahudi dah sembunyikan silibus ini dari pengetahuan umat Manusia !!!!!!!. Gggrrrrrr....!!!
     Aku juga mempunyai ingatan yg lemah, tak dapat aku nak ingat semuanya. Jadi inilah cara aku untuk mengingat. Mungkin dari taipan aku ini, ada pula yg mengingatkan aku, Alhamdullillah kalau macam tu.. :), 
     Apa yang aku taip nie, aku baca semula untuk diriku sendiri. Kalian nak baca, bacalah, tak ada sape rugi tak ada sape yg untung. Untung rugi yg sebenarnya adalah di akhirat kelak. Perubahan diri memerlukan perjalanan dan masa atau dengan kata lain TRANSFORM atau HIJRAH. Memang 'sesuatu' itu sukar untuk difahami dan diterima serta dipraktikkan. Apakah sesuatu itu ???? 
     Ilmu pengetahuan yg ada pada usia aku hari ini belum tentu dapat menyelesaikan persoalan untuk hari esok kerana masih ada ilmu pada usia aku esok hari dan yg mendatang, yg belum dipelajari dapat menyelesaikan persoalan untuk hari semalam dan yg telah berlalu. Tidak semestinya ilmu yg diperolehi pada hari ini adalah penyelesaian muktamad. Kita hanya merancang, menyelidik dan membangun. Yang Menentukan Adalah Allah, dan bukan kita yang menentukan 'SESUATU' itu. Walaupun kita menentukan ianya masih dalam lingkaran 'MERANCANG, MENYELIDIK DAN MEMBANGUN'. Wollohua'lam.
     Aku akan sambung ulasan filem 2012 ini nanti untuk yg terakhir iaitu dalam Message Filem 2012 - 3. Tidak pada kalian, pada aku sendiri. Mana tahu aku dah tua nanti, aku baca semula dan dapat aku ceritakan pada umat manusia yg masih belum wujud lagi kat dunia nie dan rohnya yg sedang bersedia untuk dicampakkan ke dunia ini bagi menghadapi ujian dan dugaan Allah S.W.T dan membawa kemenangan di akhirat kelak. Aku pun tak tahu samada aku menang atau kalah pabila mengadap Allah nanti. Aku redha atas ketentuanNya. Mungkin Umat Manusia yg akan datang, akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang kehebatan Allah. 
    Aku tidak pandai dalam penyampaian, andai kata ada salah dan silap, maafkan aku terutamanya jari jemariku yg menari-nari (tap..tap..tik tik tap tap...taptaptaptaptap.. hehehe) di atas papan keyboard komputer nie. Semoga Allah mengampuni kesalahanku dan juga kesalahan kalian kerana membaca artikelku ini.



Nukilan : Kun Musafir Maya  

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar