Monday, December 21, 2009

Message Filem 2012-2

Assalamualaikum....

Aku nak sambung pasal filem 2012 nie. Sambung apa ? Sambung ulasan je.. Hehehe..
Nah..Inilah yg ditunjukkan oleh umat Yahudi iaitu penyebab berlakunya Keakhiran Bumi (The End of Day) di mana semua planet berada dlm satu barisan yg lurus. Nak kata garisan yg lurus tak nampak pulak garisannya. Yahudi memang suka mengkaji, mengkaji apa ? Mengkaji ciptaan Allah tetapi tidak mahu mengaku kewujudan Allah malah apatah lagi menyebut Allah, hanya menyebut 'God - Good of Designer - Tuhan'. Dari mana sumbernya ? AlQuran jugak. Ok.. Ini apa yang aku fikirkan. Jap sebelum itu, cuba kalian amik AlQuran dan cari hatinya, jumpa tak ? Apa ke hal pulak aku nie minta tolong kalian cari hati AlQuran ? Tak ada apa, cuma nak bagi kalian nampak apa yang aku cuba sampaikan kat sini je. Maka, tak jumpalah bagi yg tak tahu tapi bg yg tahu akan jumpalah iaitu Surah Yaassiin. Semua umat Islam tahu (sangkaanku), yang Surah Yassin itu adalah hati AlQuran. Kalian ? Kalian pun ada Hati. Sekeping hati ke ? Sebuah hati ke ? Seketul hati ke ? Mana-manalah. Mesti kalian boleh tunjukkan kat mana hati kalian berada kan ? Kalau begitu, setiap makhluk ciptaan Allah yg bernyawa ada hatilah, gitu ? Aku yakin ada. Cuma aku tak tahulah akan semuanya dan bagi Alam Semesta, ianya juga adalah ciptaan Allah dan ber'nyawa', hatinya adalah Bumi. Macamana nak kaitkan ? Kenapa Yahudi guna perkataan EARTH ? Tidakkah EARTH itu di dalamnya ada HEART ? Apakah HEART ? Hati kan ? Ye.. Itulah, maka apabila Matinya bumi (Hati Alam Semesta), maka matilah apa yg ada sekelilingnya. Bayangkan Alam Semesta sebagai Badan Manusia dan Bumi itu adalah Hati Alam Semesta (Aku ada taip pasal Manusia Adalah Alam Kecil tapi belum publish jugak). Ok.. Kalian cuba eksploitasikan maklumat ini ye. EARTH (BUMI) = HEART ( HATI). Ada lagi aku nak tambahkan, tapi cukuplah yg ini. Nanti kalian pening lak. JADI MESSAGE 5 : BUMI ADALAH HATI ALAM SEMESTA YANG MENGAWAL SEMUANYA. ADAKAH @ APAKAH KITA SEDANG DITIPU OLEH UMAT YAHUDI YG MENGATAKAN PLANET MENGELILINGI MATAHARI ? Sedangkan dalam Surah Yassin ada mengatakan "dan matahari berjalan di tempat peredarannya - Yaasiin, ayat 38". Ternyata jelas yg matahari itu berjalan !!!. Dalam mereka cuba menipu umat Islam mereka juga bimbang dan takut-takut mereka lupa apa yang originalnya. Sebab itu mereka selitkan dalam perkataan-perkataan ciptaan tertentu mereka atau dengan bahasa yg tinggi sikit sesuai aku nak gunakan adalah KUNCI ALAM. Wollohu a'lam.
     Dan lagi, dalam filem ini, ketika tanah bumi sedang merekah, masih ada umat manusia yg sedang membeli makanan di sebuah pasaraya. Kalaulah kalian berada dalam situasi tersebut, apakah tindakan yg terpantas yg akan kalian lakukan ? Aku rase LARILAH tindakan yg terpantas yg akan berlaku secara spontan.
Mesti sama jugak ngan aksi dalam filem tu kan ? BERLARI UTK MENYELAMATKAN DIRI !!!. Lihat salah satu gambar kotak makanan yg trdapat dlm pasaraya tersebut. Apa yg tercetak kat kotak tu ? ALL-BRAN. 'Semua jenama' ke maksudnya ? Tidak kalian. Aku alihkan, fokus ye. ALL-B-RAN. Nampak ? Aku cuba menampakkan lagi. ALL BE RUN. Yee.. itulah sebenarnya. 'Run' = Lari , ejaan mggunakan 'U' tapi sebutan masih lagi wujud 'A'. Jadi, petunjuk.. cewaah.. petunjuk konon umat Yahudi nie, Kotak tu memberitahu pada pembeli 'ALL-BRAN' = "JADI !!! SEMUA LARI".Tengok orang kat kotak tu, seperti seorang yang sedang menang dalam lariannya. Kalau dalam loghat Terengganu, 'JADI' boleh membawa maksud kepada BERHENTILAH. Huh...JADI MESSAGE 6 : UMAT YAHUDI MENYURUH UMAT MANUSIA BERLARI.. HeHeHe.
      Sebut pasal petunjuk nie, kadang-kadang aku berdoa mintak petunjuk, tapi aku tak sedar bila petunjuk itu ditunjukkan olehNya. Jadi, banyak gak, makhluk-makhluk yg berada disekelilingku, yg berlegar, telah mendatangkan persoalan pada aku, ADAKAH ITU PETUNJUK ? Apapun, inilah saatnya HATI bertindak menjadi AKAL untuk berfikir apakah yg dilihat, dirasa, didengar, dialami dan semacam dengannya itu, adakah sebagai PETUNJUK ? Teringat ketika aku masih kecil, tika aku menghadiri kelas bacaan AlQuran, Guruku selalu bertanya mana penunjuk ? Penunjuk masa tu dikenali sebagai satu alat untuk menunjukkan tempat bacaan pada surah AlQuran yakni di mana ayat yg sedang kita bacakan. Masa tu aku guna lidi kelapa je sebagai penunjuk. Jadi, apakah beza PETUNJUK dan PENUNJUK ? Wollohu a'lam. 
Gambar alat komunikasi telefon nie adalah salah satu cara umat Yahudi berhubung dalam filem nilah untuk hal yg penting. Umat Yahudi terpilihlah tu antara mereka. Aku sampai sekarang, aku tak yakin dengan produk-produk umat Yahudi nie. Aku tak yakin dgn keikhlasan umat Yahudi dalam elektronik. Tidak semua orang Barat tu umat Yahudi ye. Sebab tu Timur lebih suka mencipta alat-alat elektronik sendiri misalnya Jepun dan China. Semasa aku bekerja sebagai Debug Engineer dulu, 'debug' ni lebih kurang macam bedah siasat papan litar elektroniklah, banyak jugak aku jumpa kod-kod rahsia yg tidak ditunjukkan pd butang-butang fungsi tu. Semuanya disembunyikan untuk tujuan 'pasaran'. Kalau pembeli pun tahu, maka tak adalah wujudnya Specialist (Pakar) yg boleh membaiki alat elektronik tersebut. Bisnes biasalah. Contoh keypad hensetlah. Ada data-data yg boleh dicapai dengan menggunakan komputer khas untuk peranti tersebut. Ada juga komputer yg boleh menyalin semua data-data dalam peranti tu dengan hanya menekan satu butang sahaja. Hebat teknologi mereka. Aku hanya berkata melalui pengalaman yg aku alami sahaja. Mungkin ada yg lebih hebat dari itu sekarang ini, aku pun tak tahu. Hehehe.. Tapi itu semua asas. Tapi produk yg aku buat tu bukan utk market dlm negara, utk luar negara. Untuk mengetahui kod-kod ini, gabungan pengetahuan dalam bidang perkakasan elektronik dan perisian elektronik serta kemahiran membaca litar skematik mestilah ada. Ok.. Aku tak nak ulas panjang bab elektronik nie. JADI MESSAGE 7 : ELEKTRONIK BANYAK MEMBANTU PENYIASATAN YAHUDI PADA UMAT MANUSIA. (Aku pernah bermimpi bagaimana bumi ini di'copy' dan 'paste' dan makhluk yg 'copy paste' itu berkata " Kita maju dari mereka 10 tahun selepas ini. Hahaha..!!!". Aku akan cuba huraikan mimpi ini sampai tikanya nanti tapi itupun kalau aku masih bernafaslah dan jari-jariku mampu bergerak seperti biasa selagi kekuatan jari-jari ini masih tidak ditarik kebolehfungsiannya oleh Allah ke dariku.)
     Inilah yg cuba ditunjukkan oleh kotak 'ALL-BRAN' tadi. Manusia lari, kueh donat pun lari jugak. Hahaha..!!! Aku nak ketawa pada donat tu je. Donat mana boleh lari, dia cuma bergolek je. Huh.. Memang larian jadi sukan yg amat popular dlm filem ini. Lagipun sekarang byk sangat produk-produk melangsingkan badan dari Barat. Mungkin sebab larian yg bakal berlaku nie ke? Wollohu a'lam. Jadi apa yg cuba ditunjukkan oleh Mat Donat nie sebenarnya ? Cuba lihat 'RANDYS' yg hurufnya sgtlah besar tu. Apa kaitannya ? Maka, RAN (sebutan) !!! Do YourSelf !!! Apa tujuan sebesar-besar donat itu ? Jangan tengok pada Donat tu, tengok pada huruf yg tertampal pada Donat tu. Hhhmmm.... Lari nak perlu kena ajar ke ? Aku rasa tak perlu. Itulah. JADI MESSAGE 8 : BERLATIHLAH BERLARI. HAHAHA..   Dalam AlQuran pun ada catatkan "CUBALAH LARI DARI-KU, MASA KAN KAMU DAPAT MELEPASINYA"...

Ok..Fuh. Gambar ni pulak, menunjukkan burung-burung sedang menjauhi sesuatu. Kalian imbas kembali apa yg telah berlaku semasa ombak Tsunami terbesar dulu. Ikan-ikan lari menjauhi sesuatu hingga ke tepi pantai. Kalau tak silap aku kat Kedahlah. Ikan pun tidak dapat lari jugak. Inikan pula manusia. Itulah petunjuk agaknya bahawasanya yg kita tak dapat lari bila berlakunya Hari Kiamat. JADI MESSAGE 9 : BINATANG² JUGA MERUPAKAN SALAH SATU ALAT PENUNJUK KEPADA UMAT MANUSIA UNTUK MENUNJUKKAN APA YG BAKAL TERJADI KAT ALAM INI. Aku pernah dikejar sekumpulan babi ketika aku menggembara di dlm hutan (dan artikelku pasal anjing juga memberitahu pasal petunjuk ni). Hahaha... Memang kelakar waktu aku lari tu, cari pokok je nak panjat, nak selamatkan diri. Tapi kenapa tiba-tiba babi tu lari ? Nantilah aku ceritakan dlm blog yg lain ye. Dan umat Omputih sekarang nie sedang sibuk membuat kajian tentang kelakuan binatang. Dari segi bahasa binatanglah, dan macam-macamlah, takpe biarkan mereka kaji. Memang Allah dah tugaskan umat Yahudi ni untuk mengkaji 24 jam sehari dan hasil kajian adalah untuk Umat Islam berfikir tentang Kehebatan Allah dan akallah yg menentukannya samada ianya palsu atau tidak tentang sesuatu kebenaran yg ditunjukkan oleh umat Yahudi nie.
Bagai aur dengan tebing itulah pepatah Melayu kita tetapi aku suka dengan ayat nie, bagai api dengan asap tak dapat dipisahkan. Hehehe... Begitulah dengan tanda kiamat, akan keluar asap sebelum berlakunya kiamat. Mungkin api-api sedang dipanaskan kot untuk menyerang bumi. Siapa tahu kan ? Cuba kalian bakar longgokan daun² kering dan timbus daun² kering tu banyak² atas api yg sedang menyala. Nampak asap tebal je, api tak nampak lagi tapi asap dah berkepul dah. Sebenarnya Allah dah tunjuk dah, tapi mungkin kita tidak menyedari kot. Macamana nak sedar ? Kena pikir ke ? Wollohu a'lam. Tapi gambar api dan asap kat gunung nie, memang nampak macam barisan tentera api dan asap je kan ???
     Orang yg dalam gambar nie mungkin
orang yang benar-benar gembira kerana apa ? Kerana Janji Allah yg Hari Kiamat tu pasti terjadi dan ditunaikan. Kenapa perlu melarikan diri sedangkan ketahuan bahawa ada kehidupan selepas kematian. Begitulah agaknya, fikirannya. Umat Yahudi cuba menunjukkan bahawa Umat Islam akan mati dan Umat Yahudi akan hidup selepas berlakunya Kiamat yakni tidak mengalami kematian. Ewah.. Ewah... JADI MESSAGE 10 : UMAT YAHUDI CUBA MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA ADALAH UMAT YANG TERBAIK KAT ATAS DUNIA INI DAN TIDAK AKAN DIMATIKAN. MEREKA INGINKAN MEREKA DIJADIKAN IDOLA OLEH UMAT MANUSIA, IAITU DENGAN MENGIKUT CARA KEHIDUPAN MEREKA. INILAH FITNAH!!!. Dan di dalam kotak bintang tu ada tertulis 'Mt Big Horn'. Aku rase inilah tiupan trompet tu. Mulut yg bertrompet. Nah.. Kalian mereka tahu ini semua, tapi mereka tidak mahu mengaku bahawa Allah itu wujud kerana bagi mereka Tuhan mereka adalah Dajjal. Dajjal ?? Tak ada masa yg diizinkan olehNya untuk aku taip pasal Dajjal nie lagi.

Aku memang kagum dengan pemikiran Umat Yahudi nie. Begitu halus. Apakah sehalus Titian Sirrotulmustaqim ? Wollohu a'lam. Aku kena lawan mereka selagi aku terdaya. Masa aku kecil dulu, arwah abahku selalu berkata, "api neraka ni kalau jatuh setitik je atas bumi nie hancurlah bumi. Mu dok takut ke ? ". Sambil arwah abahku menitiskan plastik yg dibakar ke atas tanah. Bila tgk gambar nie, makin kuatlah keyakinan aku. Cuba kalian tgk kulit pada tubuh kalian, cuba titikkan dengan bebola api. Pasti melecur kulit kalian. Tubuh kitakan dari tanah. Samalah dalam gambar nie, setitik api yg jatuh ke tanah bumi mampu meleburkan@mencairkan tanah tersebut. Tapi persoalan yg bermain difikiranku, SEBESAR MANAKAH SETITIK API NERAKA YG JATUH KE BUMI TU ?  
Lagi, aku perhatikan gambar ini, apa yg cuba ditunjukkan oleh umat Yahudi nie adalah perkataan UNDERGROUND. Bagi aku, kerja-kerja UNDERGROUND mereka disembunyikan dari pengetahuan umat manusia. Yee.. Apakah kewujudan lubang-lubang besar dunia adalah hasil kajian mereka ? Lihat dalam perkataan 'Underground' itu. Cuba kaitkan dengan 'roundabout'. Bukankah 'roundabout' yg kalian duk pusing hari-hari tu berbentuk bulatan (round) ? Jadi, logikkah kalau bulatan-bulatan besar yg wujud kat dunia sekarang ini adalah hasil kerja 'underground' mereka yg umat Manusia puji-puji tu. Isk..isk.. Itulah bentuk fitnah mereka. Licik licik... Umat Yahudi memang bijak tapi mereka lupa bahawa mereka dalam kesombongan @ kesesatan yang nyata kerana mereka tidak mahu mengaku wujudnya Allah kerana ALLAH TELAH KUNCI HATI MEREKA UNTUK MENGENALI-NYA. Mereka tidak dapat cari Allah. Itulah kunci yg aku maksudkan.
Mereka sedang mencari kunci untuk cari ALLAH tetapi dalam masa yg sama mereka tidak sedar yang mereka sedang memberikan KUNCI (Kunci Untuk Nampakkan Cahaya/Ciptaan Ilahi) itu kepada kita untuk MENCARI ALLAH. Untuk membuka 'sesuatu' itu perlukan kunci. Kalian fikirlah tentang ini yee... Wollohu a'lam. Mungkin dari perkataan Melayu 'Syurga di bawah telapak kaki Ibu bagi Lelaki dan Syurga di bawah telapak kaki Suami bagi Isteri'. Apakah dari penyataan ini mereka cuba mencari Syurga di bawah tanah ??? Kerana Syurga itu indah jadi mereka ingin memilikinya terlebih dahulu ? Wollohua'lam. Aku yakin ada kehidupan di bawah tanah tapi bukan Syurgalah. Aku yakin memang ada. Dan aku selalu terfikirkan tentang pepatah Melayu 'ulat di dalam batu pun boleh hidup'. Apakah ulat itu adalah Yakjud dan Makjud? Apakah tubuh badan Yakjud dan Makjud itu berulat seperti mayat ??? Wollohua'lam.  
Banyak pemikiran umat Yahudi diluahkan dalam filem ini. Seperti gambar asap hitam ini. Tetapi adakah asap itu awan ? Atau awan itu asap ? Aku tak tahu mana satu. Tapi asap akan hilang dan awan kekal. Lagipun ASAP - As Soon As Possible - Lipas kudung ke lesap ? Hahahaha... Ok.. ketawa pulak aku nie. Rupa awan@asap itu seolah-olah syaitan bertanduk. Umat Yahudi kan suka lukis gambar syaitan kerana itulah Tuhan mereka. Biarkan saja mereka. (Aku pernah bermimpi rupa seperti ini di mana awan berkumpul dan membentuk satu wajah yg amat besar lalu meniup dengan tiupan angin yang dahsyat dan dengan pekikan yg teramat kuat. Semua umat manusia mati bergelimpangan). Pandaikan umat Yahudi melukis ? Hehehe... Hhmm... Aku terpaksa berhenti di sini kerana masa tidak mengizinkan untuk aku meneruskan ulasan ini dan terpaksa aku sambung dalam ulasan Message 2012 - 3 pada bulan Januari 2010 nanti. 
     Walau apapun, jangan hanya melihat filem ini. Aku jadikan filem ini sebagai peringatan untuk diriku sendiri dan mungkin kalau kalian juga mempunyai rasa yg sama. Sebab itu Nabi berpesan saling ingat mengingati antara kita, mengingatkan tentang apa ? Tentang janji-janji Allah, hukuman-hukuman Allah dan apa yang ada pada AlQuran dan AlSunnah. Nak lakukan semua memang tidak terdaya kerana sememangnya kita umat manusia yg LEMAH atau ada juga yg menyebut 'malas' tu 'maleh', apakah manusia yg lemah itu adalah manusia yg maleh ? Logik jugak kan ? LEMAH dalamnya ada MALEH. Hahaha... Masihkah kalian ingat tajuk matematik SET dan SUBSET ? Inilah guna MATEMATIK, bukan hanya untuk geng-geng ANGKA sahaja, HURUF pun terlibat tetapi pernahkah diajar dalam mana-mana silibus ? Tak ada kan ? Memang tak adalah pasal umat Yahudi dah sembunyikan silibus ini dari pengetahuan umat Manusia !!!!!!!. Gggrrrrrr....!!!
     Aku juga mempunyai ingatan yg lemah, tak dapat aku nak ingat semuanya. Jadi inilah cara aku untuk mengingat. Mungkin dari taipan aku ini, ada pula yg mengingatkan aku, Alhamdullillah kalau macam tu.. :), 
     Apa yang aku taip nie, aku baca semula untuk diriku sendiri. Kalian nak baca, bacalah, tak ada sape rugi tak ada sape yg untung. Untung rugi yg sebenarnya adalah di akhirat kelak. Perubahan diri memerlukan perjalanan dan masa atau dengan kata lain TRANSFORM atau HIJRAH. Memang 'sesuatu' itu sukar untuk difahami dan diterima serta dipraktikkan. Apakah sesuatu itu ???? 
     Ilmu pengetahuan yg ada pada usia aku hari ini belum tentu dapat menyelesaikan persoalan untuk hari esok kerana masih ada ilmu pada usia aku esok hari dan yg mendatang, yg belum dipelajari dapat menyelesaikan persoalan untuk hari semalam dan yg telah berlalu. Tidak semestinya ilmu yg diperolehi pada hari ini adalah penyelesaian muktamad. Kita hanya merancang, menyelidik dan membangun. Yang Menentukan Adalah Allah, dan bukan kita yang menentukan 'SESUATU' itu. Walaupun kita menentukan ianya masih dalam lingkaran 'MERANCANG, MENYELIDIK DAN MEMBANGUN'. Wollohua'lam.
     Aku akan sambung ulasan filem 2012 ini nanti untuk yg terakhir iaitu dalam Message Filem 2012 - 3. Tidak pada kalian, pada aku sendiri. Mana tahu aku dah tua nanti, aku baca semula dan dapat aku ceritakan pada umat manusia yg masih belum wujud lagi kat dunia nie dan rohnya yg sedang bersedia untuk dicampakkan ke dunia ini bagi menghadapi ujian dan dugaan Allah S.W.T dan membawa kemenangan di akhirat kelak. Aku pun tak tahu samada aku menang atau kalah pabila mengadap Allah nanti. Aku redha atas ketentuanNya. Mungkin Umat Manusia yg akan datang, akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang kehebatan Allah. 
    Aku tidak pandai dalam penyampaian, andai kata ada salah dan silap, maafkan aku terutamanya jari jemariku yg menari-nari (tap..tap..tik tik tap tap...taptaptaptaptap.. hehehe) di atas papan keyboard komputer nie. Semoga Allah mengampuni kesalahanku dan juga kesalahan kalian kerana membaca artikelku ini.



Nukilan : Kun Musafir Maya  

Thursday, December 17, 2009

Message Filem 2012-1

Assalamualaikum.... 

  Ni.. Bagi aku peluang nak jadi pengulas filem jap. Hahaha... Tajuk filem yang takde huruf iaitu 2012. Aku nak sebut pun tak tahu yang mana satu betul. Adakah 'dua kosong satu dua' @ 'dua ribu dua belas' @ 'duapuluh duabelas' ? Mana satu ? Kalian pilihlah mengikut citarasa kalian sendiri yee.. Sebutan menentukan sesuatu @ menggambarkan sesuatu kan ? Persoalannya MENGAPA ORANG YAHUDI memilih nombor ini sebagai tajuk filem mereka ? Apakah kerana ramalan yang telah diketahui dari kitab² @ manuskrip² lama yang telah mereka kaji ? Jawapannya mungkin. Tapi bagi aku yang sememangnya anti yang teramat anti dengan Yahudi nie, 2012 memberikan maksud yang tersendiri bagi aku. Lihat gambar di bawah...
   Yaa.. Begitulah. Liciknya pemikiran orang-orang Yahudi. 2012, angka 2 kalau ditulis dgn tulisan yg org panggil tulisan cakar ayam boleh membentuk huruf Z. Aku pun tak pasti, pernah aku diberitahu (tak sahih) bahawa jumlah huruf yg diberikan kepada Nabi Adam cumalah 8 huruf, dipanggil Huruf Alam Sejagat, berkembang menjadi 16 pada Zaman Nabi² sebelum Nabi MHMD S.A.W dan seterusnya berkembang kepada huruf yg ada sekarang nie.(Oooppss... Itu aku punya pandangan dari apa yg aku tahu. Mana-mana yg tak setuju tu, abaikan ye. Dan sejarah juga ada menceritakan bagaimana org² Yahudi telah merekacipta sesuatu alat komunikasi bertulis yg penuh dgn makna tersirat yg kita tidak tahu).
  Cuba pusingkan huruf Z sebanyak 90 darjah ke kanan, terus membentuk huruf N. N dgn Z, New Zealand ke ? Bukan, itulah NaZi yg berada dibawah pengaruh syaitan tika dulu kala yg tlh membunuh berjuta umat manusia setelah mendapat perintah syaitan yg mengatakan 'jika NaZi nak menguasai dunia perlu membunuh banyak umat manusia".
Terciptanya, huruf yg kita gunakan sekarang adalah hasil drpd usaha mereka (Yahudi) utk mencipta satu arah pembacaan yg baru iaitu dari kiri ke kanan seperti mana yg kalian baca kat dinding blog aku ni sekarang dan mengalihkan pemikiran umat Islam dari terus menguasai Bahasa Arab (Bahasa Islam Sejagat). Dalam tulisan Arab, bacaan adalah dari kanan ke kiri. Cuba kalian baca 'NOIZ' dari kanan ke kiri . ZION !! Yg sekarang dunia mengenali dgn ZIONIS. Cuba alihkan sikit IS, maka akan menghasilkan ZION IS? Aku pun tak tahu nak sambung ayat apa lagi.. ZION IS WHAT? Kalian fikirlah ye. Lagipun dalam bidang kemahiran aku elektronik, pembacaan kod-kod digital adalah dari kanan ke kiri. Pelikkan ?
Ok.. Fuuhh.. Gambar api ni, aku capture dgn mggunakan teknologi perisian DVD Professional Versi 4.1. Api ini muncul di awal babak filem 2012 nie. Ye lah memang api tapi tahukah apa yg cuba diberitahukan oleh mereka nie ? Ketika aku menonton 2012 ini, aku ternampak api ini membentuk seperti ORANG BERAMBUT PANJANG dan SEEKOR ULAR yang amat amat garang untuk mencari mangsanya. Cuba kalian tenung dan kecilkan mata kalian, nampak kan? Hahaha.... Jangan sampai orang tanya pulak, apesal mata kau macam tu. Hehehe... Tapi kenapa api yg ditunjukkan dalam 2012? Yaa kalian, sehingga hari inilah, TANAH sudah menyerang bumi dengan RUNTUHANNYA, ANGIN juga sudah menyerang bumi dengan TAUFANNYA dan AIR juga telah menyerang bumi dengan OMBAKNYA. (Aku ada taip pasal api, angin, air dan tanah dalam solat tapi belum publish jugak)
  Tapi API ? Adakah kalian pernah menyaksikan serangan besar-besaran api selain dari LETUPAN Gunung Berapi terhadap bumi ? Sepanjang aku bernafas, belum lagi aku tengok. Maksud aku api yang menyerang dengan gerakan² yang hebat. Yg terbaru berlakunya letupan gunung berapi pada 16 Disember 2009 adalah di Filipina. Bagi yang menyedari, api masih belum melaksanakan tugasnya. Bila ? Tak lain tak bukan bila tibanya tanda Kiamat Besar. Api rokok je hari² menyala, tapi bahangnya juga terasa kat tapak tangan. Memanaskan dan elok untuk peredaran darah. Hehehe.. Biasalah alasan seorang perokok. Maaf kalian, manalah tahu ada yg sensitif dgn perkataan rokok nie. JADI MESSAGE 1 : API BELUM MENYERANG BUMI.
Citer ini melibatkan 4 buah negara iaitu US (kalau dlm Melayu bermaksud KAMI, perkataan yg diambil dari Al-Quran, siapakah KAMI dalam Al-Quran ?), INDIA (kalau diperhalusi lagi, IN DIA membawa maksud DALAM DIA, siapakah DIA ?), RUSSIA (dalam sebutan ianya membawa maksud RAHSIA-ada kisah menarik pasal kajian Russia terhadap Malaysia (Batu Megalit) secara diam-diam dalam Mastika baru-baru ni) dan CHINA (yg ini Nabi pernah bersabda mengenai tuntutlah Ilmu hingga ke Negeri China). Tambahan pula, selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan persahabatan dengan Negara China, US pun ikut. Pelik pelik... Apakah ada kaitan dengan Hadis itu ? Ramai yang menyangkal mengenai hadis tuntulah ilmu ke China tu. Tapi tak hairanlah, akhir zaman ni salah satu tandanya kiamat adalah wujudnya golongan anti-hadis. Wollohu a'lam. Aku pun ada tulis pasal pilihan Dato' Sri Najib Razak mengenai persahabatan dgn Negara China tapi masih memikirkan samada nak publish ataupun tidak. Hehehe...
  Apa yg aku cuba tonjolkan di sini adalah mengenai MATEMATIK PERKATAAN. Pernahkah kalian tahu ? Alah takkan tak tahu kot, ni masa sekolah menengah dah di ajar dah tapi topik nie tak glamer sangat pasal sememangnya tak melibatkan angka sangat. 4 buah negara itu mempunyai kelebihan masing². Sepanjang pengalaman aku sebagai Test Engineer, programmer dari Indialah yg mempunyai serta memiliki daya serta gaya programming yg hebat dan cara penyelesaian sesuatu masalah yg unik. Lagipun dlm citer ini, byk ditunjukkan perisian² yg hebat di bawah tanah. Bawah tanah ? Tapi ada ke kehidupan di bawah tanah ? Yaa.. ada kalian (nanti aku ceritakan pd blog yg lain). Terlebih sudah... Ok..
  Berbalik kita kepada gambar di atas. Dalam seramai umat manusia kat situ, telah ditanya oleh General, Siapakah yg tahu menulis ? Siapakah yg tahu membaca ? Ramai yg angkat tangan tetapi soalan terakhirnya Siapakah yg tahu welding ? Hanya seorang sahaja yang tahu dan hanya seorang itu sahaja yang dipilih untuk bekerja. Jadi, perjalanan dunia ke akhir zaman ini tidak lagi mementingkan mereka yg tahu menulis dan membaca tetapi mengutamakan kepada mereka yg tahu melakukan sesuatu kemahiran. Cuba tingkatkan lagi, memori kalian. Nabi MHMD S.A.W adalah Ummi (buta huruf). Apa kaitannya ? Hehehe.. Fikir sejenak ye.. JADI MESSAGE 2 : KEMAHIRAN AKAN MENJADI KEUTAMAAN DALAM PILIHAN. Tahu menulis ke, tahu membaca ke tak penting dah. Tapi masa ditanya tu dalam citer ni, mamat tu tengah sibuk dgn maknya mungkin dia tak sedar kot masa soalan menulis dan membaca tu ditanya, yg dia dengar 'weld' je. Tapi aku rasa, dia mesti kenal peralatan utk welding pasal itu dah memang kemahiran dia(aku ada tulis pasal KEMAHIRAN tapi belum publish lagi.. sabar ye). 
  Gambar gunung ini adalah tempat untuk Yahudi membina 'kapal-kapal besar' mereka dlm citer ini.  Teringat aku kisah Nabi Nuh yang menerima perintah Allah untuk membina sebuah kapal besar di atas gunung. Lagipun dalam cerite ini, anak lelaki kecil itu dinamakan 'Noah'. Nah.. Kalian, secara tidak langsung, balik² pun Yahudi nie ikut jugak cerite dalam Al-Quran cuma pemikiran mereka begitu halus dalam penyampaian cerita² mereka. Mereka tahu umat manusia zaman sekarang, mana ada nak baca kitab² lagi, jadi mereka transform atau jelmakan dalam bentuk penyampaian yg lain, yg lebih pantas dan lebih mudah diingat oleh umat manusia. JADI MESSAGE 3 : BACA KISAH NABI NUH DAN PEMBUATAN KAPAL AKAN MENJADI SATU BIDANG PEMBUATAN YG UTAMA NANTI. TAK KIRALAH KAPAL APA PUN. ASALKAN DI DEPAN ADA 'KAPAL'. Kapal terbang ke, kapal laut ke, kapal selam ke.. Janji kapal tapi kapal selam yang menjadi keutamaan. Sebab apa ? Fikirlah ye.. Hehehe....
Lihat buku² yang ditunjukkan dalam citer '2012' nie.. Salah satunya adalah ditunjukkan dalam gambar buku ini. Mereka masih lagi merujuk kepada kapal² kayu buatan kaum yang terdahulu. Buku ini hanya muncul beberapa saat je dalam citer ni tapi messagenya amatlah tersirat. Memanglah bagi yang berfikir dan ingat, berlakunya Hari Kiamat adalah dalam Pengetahuan Allah S.W.T. Tapi apa yang aku nak sampaikan adalah mengenai agenda Yahudi. Apakah ini satu fitnah mereka ? Wollohu a'lam. Allah dah bagi akal pada kalian, mari kita sama² fikir. Kenapa bila ekonomi mereka jatuh, aku yang terjejas eh aku pulak, ekonomi kita yang terjejas ? Ekonomi aku memang sentiasa terjejas. Hahaha.... Tapi kapal² kayu lama nie, kalau kalian bagi perhatian lebih sikit, mesti akan terbayangkan sesuatu. Terbayangkan apa ? Tak perlulah aku bagitau ye.... Aku pernah baca satu buku yg ditulis oleh penggembara Inggeris yg ditulis dalam tahun 1900 mengenai Keajaiban Melayu. Tapi banyak helaian² yg telah hilang. Buku itu banyak cerite pasal perebutan perkataan yg mahu dipastikan samada milik Inggeris atau Melayu. Wah.. Wah.. Hebat dulu² kan ? Sampai begitu sekali...
  Sekali lagi citer 2012 ini cuba menunjukkan bahawa api akan melaksanakan tugasnya. Hehehe.. bukan Epi ye.. Epi tu macam kegembiraan je.. Tukar E jadi A. Api.. Lihat gambar kat tepi nie.  'FIREWORKS'. Aku cuba terjemahkan ye, maklum aku nie bahasa Inggeris tahap kelas Z. Hahaha... Kerja Api ke ? Biarlah. Tapi bila sebut kerja api tu, ramai dah faham, nak guna perkataan² tinggi sangat, takut 2 kali terjemah pulak. Hahaha... Jadi, dah aku kata tadi, Hari Kiamat berada dlm Pengetahuan Allah, tapi biasalah manusia tak sabar nak tahu jugak hari apa yang berlakunya Hari Kiamat nie. Salah satu spekulasi mereka adalah hari Jumaat (pengetahuan Hari Kiamat hanyalah di sisi Allah). Cuba perhatikan iklan dalam gambar di atas, Hari apa kat sebelah tepi 'FIREWORKS' tu ? Friday kan ? Kenapa mereka namakan Friday ? Bagi aku, aku pisahkan Fri - Day. Sebutan belum tentu menggambarkan ejaannya bagaimana tapi memberikan 'gambaran bagaimana' bagi yg mendengar. Pernah aku baiki satu alat elektronik, pastu yg jual komponen-komponen elektronik tu tanya aku macamana nak eja alat yg aku beli tu ? Dia memang pakarlah agaknya dalam bidang tu tapi tak tahu nak eja nama barang tu. Tahu sebut je dan kenal. Tapi aku respect, yg aku nie siap belajar lama² pun nama barang pun tak dapat ingat semua.
  Alamak masuk channel lain pulak.. Sori. Jadi, aku terjemahkan dari nama Friday yg dinamakah oleh Yahudi ini adalah sebagai Hari Penggorengan. Dalam sebutan bahasa Jawi, 'i' hanyalah ditentukan oleh kedudukan baris-baris vokal. Dalam tulisan Jawi pula, baris hilang tapi yg muncul huruf ' Ya'. So aku gantikan 'i' dgn 'ya'. Fri ~ Fry - Goreng. Sebab tu aku kata, Yahudi nie licik. Kehalusan kutukan mereka terhadap Islam amat-amat halus. Ok.. Nak goreng apa ? Nak menggoreng mesti memerlukan api kan ? Itulah secara kaitannya, apa yang aku fikirkan.... Ke blog aku nie, aku 'goreng' gak ? Hahaha.... Kalian fikirlah ye...
*****Kadang² rahsia sesuatu maksud perkataan dpt dirungkaikan dgn menggunakan bantuan huruf tulisan bahasa lain. Maksud aku mungkin tulisan Hebrew ke, Jawa Kuno ke, Jawi ke? Jadi apa maksud nama kalian ? Hehehe...   
  Fuuuhh.. Lega bila apa yg ada dalam fikiran aku nie, aku lepaskan kat blog nie. Terima Kasih Yahudi kerana memberi peluang pada aku untuk membongkarkan agenda Yahudi. JADI MESSAGE 4 : HARI JUMAAT ADALAH PENGHULU HARI, HARI YANG BAIK TAPI YAHUDI CUBA MENYAMPAIKAN BAHAWA SERANGAN DARI API AKAN BERLAKU PADA HARI JUMAAT. SEDANGKAN API NERAKA DICIPTA PADA HARI AHAD. SUNDAY, SUN-DAY, HARI MATAHARI. MATAHARI ADALAH API. JADI HARI AHAD ADALAH SALAH SATU HARI API. MEREKA DAH BAGI NAMA TAPI MASIH TAK NAK MENGAKU.
  Huuhhh... Kalian aku nak berhenti kat sini dulu, nanti aku sambung dalam ulasan aku seterusnya. Sesungguhnya buku cerita yang terbaik adalah Al-Quran. Banyak cerita² kat dalam Al-Quran telah dieksploitasikan oleh Yahudi. Mengapa mereka memilih China sebagai tempat pembinaan kapal² mereka ? Adakah kerana hadis Nabi MHMD S.A.W tadi ? Mungkin tapi bagi aku adalah kerana tanda kiamat besar adalah MATAHARI TERBIT DARI BARAT. Mereka tahu itu adalah hari penghampiran kepada akhiran dunia dan mereka yg paling awal akan mati. Hahaha !!!! Jadi mereka tak akan berdiam diri dan akan lari (lihatlah sendiri dalam citer 2012 nie, banyak aksi berlari je).
  Mereka telah sedar, mereka perlu berbaik-baik dengan org Islam agar mereka dapat tinggal bersama-sama orang Islam. Mereka tak akan tinggal kat sana (US). Aku cakap pasal Yahudi. Jadi tempat pertama pilihan mereka sekarang adalah di Israel. Lihat apa dah jadi kat sekitar kawasan sana ?
Berita terbaru, Dr. Mahathir, Bekas Perdana Menteri Malaysia, telah berusaha untuk merapatkan saudara Islam dari seluruh dunia demi mengembalikan kegemilangan zaman Islam yang menguasai dunia. Semoga Allah bersamamu Dr. Mahathir. Aku bukan ahli politik, aku hanyalah hamba Allah.  
  Walau apapun, kehidupan perlu diteruskan. Kerja tetap kerja. Cari rezeki tetap cari rezeki. Dalam mencari rezeki itu, marilah kita tingkatkan peringatan antara kita. Saling nasihat menasihati, saling ingat mengingati. Sebelum aku menceritakan kepada kalian, aku telah memohon ampun dari Allah, kerana niatku adalah untuk menyampaikan kepada masyarakat Islam Sejagat yang tahu berbahasa Melayu khususnya.
  Ikuti ulasan aku yang seterusnya dalam Message 2012 - 2 nanti. Banyak lagi kisah menarik yang akan aku cuba huraikan dari pengalaman hidup sebagai seorang musafir yang hanya singgah dan berlalu. Teringat restoran kat Danga Bay (Pantai Lido) - Restoran Singgah Selalu. Hehehe.. Kalau dalam loghat Terengganu, Singgah Sokmo tapi kalau dalam bahasa standard, Singgah Sekarang. Mana-manalah, janji singgah ada makanan dan ada minuman. Dah suruh orang singgah mestilah ada makanan kan ? Hehehe...
  Ok.. Kalian. Penat jari-jari aku nie tapi takpe, takpe ringan sikit otak aku nie.
Maaf kalian, andai dalam artikel ini, aku ada menyentuh dan mengguris hati kalian semua. Sesungguhnya aku adalah insan yg hina, yg penuh dengan kekurangan, andai ada salah kata, salah taip, maafkanlah.

Nukilan: Kun Musafir Maya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar