Wednesday, August 2, 2017

4 Mesej Gerakan Sholath

Dengan Nama Allah...
Yang Maha Pemurah...
Yang Maha Penyayang...


Tiada daya dan upaya untukku menulis melainkan dengan izin Mu wahai Allah, Tuhanku....
(bersambung dari Perintah Sholath)

      Manusia yg beriman kpd Allah, wajib menyembah Allah dalam waktu yg telah ditetapkan iaitu 5 kali sehari. Waktu² itu dinamakan Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak. Cara manusia yg beriman kpd Allah menyembah Rajanya (Allah) adalah dgn cara mengerjakan Sholath.
      Apabila kamu mengerjakan Sholath itulah tandanya kamu sedang mengTauhidkan Allah, kamu sedang mengEsakan Allah, kamu sedang mengAgungkan Allah, kamu sedang menyembah Allah dan itulah masa untuk kamu ingat kpd Allah.
      Apabila Sholath itu dikerjakan, ianya seolah-olah seperti kamu sedang menulis nama Allah. Lihat gambar. Allah telah berfirman kpd Nabi Musa, kerjakanlah Sholath untuk ingat kpd Dia. Gambar tersebut seolah-olah memberitahu kpd kamu, Sholath itu adalah satu pekerjaan untuk menyembah Allah dan untuk mengingati Allah. Kenapa kena ingat Allah? Sebabnya Allah tidak dapat dilihat dgn penglihatan mata. Bagaimanakah sekiranya kamu dapat melihat Allah dgn nyata seperti kamu melihat manusia apakah kamu masih ingat kpd Allah di waktu kamu melihat itu? 
      Dan cukuplah kamu mengetahui bahawa hanya Allah tuhan yg berhak disembah dan sebab itulah kamu kena menyembah Allah. Kenapa kamu sembah Allah? Jawablah: Dia lah Allah Tuhan yg berhak disembah sebab itulah aku sembah Dia.

Katakanlah: ‘Hai orang² yg ingkar (kafir). Aku tidak akan menyembah apa yg kamu sembah dan kamu bukan penyembah Tuhan yg aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yg kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yg aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku
[109:1-6]

Untukmulah agamamu...
dan Untukkulah agamaku...

👉 4 Gerakan Sholath.
        Seperti mana yg telah diketahui sebelum ini, Sholath adalah satu kerja yg wajib dilakukan oleh orang yg beriman kpd Allah (Islam). Kewajiban itu ianya adalah seperti Allah telah memberikan kerja kpd kamu untuk dilaksanakan. Maknanya di sini, nak tak nak kamu kena buat sholath itu sebab ianya WAJIB. Namun begitu, setelah sekian lama kamu hidup, ianya bukanlah sekadar kamu hanya membuat pekerjaan itu sahaja kerana kamu juga perlu tahu apa sebenarnya yg sedang kamu kerjakan. Gerakan Sholath ada terkandung mesej²nya yg tersendiri bg yg memerhati dan berfikir tentang ciptaan Allah. Sekiranya difikirkan, Sholath juga adalah ciptaan Allah.
      Di dalam perkataan 'menyembah' yg diperkatakan sebelum ini, di dalamnya ada 4 perkara utama yg perlu ada pada orang yg melakukan penyembahan kpd Allah iaitu

1. Serah diri kpd Allah,
2. Tunduk kpd Allah,
3. Patuh kpd Allah dan
4. Taat kpd Allah

yg sentiasa perlu diperhatikan pada diri kamu dalam usaha kamu utk mencapai tahap kehambaan yg sebenar. Apakah 4 perkara ini benar² ada di dalam diri kamu yg menyembah Allah?

Apakah benar kamu telah serah diri kpd Allah?
Apakah benar kamu telah tunduk kpd Allah?
Apakah benar kamu telah patuh kpd Allah?
Apakah benar kamu telah taat kpd Allah?

Carilah dan renungkanlah....


Apakah maklumat yg ada disebalik gerakan sholath berdiri, rukuk, sujud dan duduk?
Dan apakah maksud Sembahyang?
Bersambung....

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar