Sunday, April 2, 2017

Sesembahan Manusia

Dengan Nama Mu, Allah...
Tiada daya dan upaya untukku menulis melainkan dengan izinMu....
(bersambung dari Jika Benar Menyembah Allah)

      Kitab Al-Qur-An adalah kitab yg membawa kebenaran. Kitab yg di dalamnya ada pengetahuan (maklumat) tentang apa yg telah berlaku di Dunia ini sebelum ini, apa yg sedang berlaku sekarang ini dan apa yg akan berlaku pada masa yg akan mendatang (di Dunia dan di Akhirat). Manusia yg membaca Kitab Al-Qur-An hendaklah percaya dan yakin tentang apa yg Allah katakan di dalamnya. Itulah yg dikatakan 'Beriman kpd Kitab Al-Qur-An'. Apakah kamu yg sedang bernyawa ini (dihidupkan) hanya untuk berseronok di Dunia ini tanpa memikirkan tujuan sebenar keberadaan kamu di Dunia ini? Andainya Allah tidak beritahu kpd manusia, manusia tiada pengetahuanpun tentang perkara² yg ghaib.

Itu adalah di antara berita² penting tentang yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Mhmd). Tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak (pula) kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah. Sesungguhnya, kesudahan yang baik adalah bagi orang² yang bertaqwa.
[Al-Qur-An, Surath 11, Ayat 49]

      Kerana itulah, Allah menurunkan Kitab Al-Qur-An kpd manusia, agar manusia dapat pengetahuan (ilmu/maklumat). Bacalah Kitab Al-Qur-An. Di dalamnya ada perintah² Allah, ada larangan² Allah yg mesti kamu patuhi seperti mana kamu patuhi undang² di Dunia ini. Itulah tanda penghargaan kamu kpd Allah Yang Menciptakan kamu. Apakah kamu tidak mahu berterima kasih kpd Allah di atas pemberianNya (Al-Qur-An) itu? Kelak kamu akan kembali kpd Allah (Raja Manusia). Bacalah Kitab Al-Qur-An.

Kitab ini (yakni Al-Qur-An) tidak ada keraguan padanya. Petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sholath dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (yakni Al-Qur-An) yang telah diturunkan kepadamu (Mhmd) dan kitab² yang telah diturunkan sebelummu (Taurat, Zabur, Injil), serta mereka yakin akan adanya Akhirat (adanya kehidupan di akhirat). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang² yang beruntung.
[Al-Qur-An, Surath 2, Ayat 2-5]

      Penuhilah syarat² di atas (pada ayat 2-5), insya Allah kamu akan tetap mendapat petunjuk dari AllahApakah kamu telah jadikan Al-Qur-An sebagai buku panduan di dalam kehidupan kamu? Tidak ada keraguan pada Kitab Al-Qur-An. Sememangnya, Manusia adalah Hamba (Rakyat) kpd Raja Manusia (Allah), hendaklah beriman (meyakini) kpd Kitab Al-Qur-An. Bukti² kebenaran tentang apa yg Allah ceritakan di dalam Al-Qur-An ada di Dunia ini. Petunjuk² untuk manusia cari kebenaran, ada di dalam Al-Qur-An. Carilah bukti² kebenaran itu kerana diri kamu perlu menyaksikannya agar kamu yakin bahawa hanya Allah lah sembahan (tuhan) yg berhak disembah.
      Kepada yg bukan Islam, janganlah kamu takut untuk membaca Kitab Al-Qur-an. Ayat² Al-Qur-An bukanlah ayat² sihir tetapi ianya adalah ayat² / kata² yg menunjukkan kebenaran kpd kamu. Juga menunjukkan cara kpd kamu untuk kamu menjalani kehidupan di Dunia ini seperti mana yg dikehendaki oleh Allah (Raja Manusia). Allah telah sediakan Kitab panduan (Al-Qur-An) untuk kamu. Kamu sendirilah yg akan memandu diri kamu. Bagaimana kamu hendak memandu diri kamu jika kamu tidak membaca / tidak mempelajari Kitab Al-Qur-An? Bacalah Kitab Al-Qur-An. Semua manusia akan dikembalikan kpd Allah (Raja Manusia) untuk dinilai tentang apa yg manusia telah kerjakan (buat) di Dunia ini. SETIAP MANUSIA AKAN DIBERIKAN BALASAN TERHADAP APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN. 

SEGALA APA YANG DICERITAKAN DI DALAM AL-QUR-AN ADALAH BENAR. BERIMANLAH KPD KITAB AL-QUR-AN

      Allah telah menurunkan Kitab Al-Qur-An agar manusia baca. Agar manusia jadikannya sebagai panduan, petunjuk, pelajaran dan pengajaran, khususnya dalam penulisan ini adalah tentang hal menyembah Allah. Marilah kita mengamati sebahagian ayat² / kata² di dalam Kitab Al-Qur-An yg berkenaan 'Sesembahan Manusia'. Apabila kamu membaca Al-Qur-An, ianya seolah-olah Allah sedang membacakan Al-Qur-An kepada kamu.

dan apabila dibacakan Al-Qur-An, maka dengarkanlah baik², dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 204]

Perhatikanlah dgn tenang apa yg Allah beritakan kpd manusia, agar kamu mendapat rahmat dariNya.

1👉Manusia mencipta sesembahannya.
     
dan (Ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa, (yakni janji untuk memberikan Kitab Taurat sesudah) empat puluh malam. Kemudian setelah ia pergi, lalu kamu (Bani Israel, kaum Nabi Musa) menyembah anak sapi (yakni menjadikan patung anak sapi sebagai sesembahan mereka) dan kamu adalah orang² yang zalim.
[Al-Qur-An, Surath 2, Ayat 51]

      Allah (Maha Mengetahui) menceritakan, Kaum Nabi Musa telah membuat sesembahannya sendiri iaitu sebuah patung yg berbentuk seperti anak sapi dan mereka menyembah kpd sesembahan yg mereka ciptakan itu. Mereka melakukan perbuatan itu ketika Nabi Musa pergi meninggalkan mereka untuk menerima Kitab Taurat yg telah dijanjikan Allah kepadanya. Allah kata, mereka (kaum Nabi Musa) yg menyembah sesembahan yg mereka ciptakan itu adalah orang² yg zalim. Sebabnya, Allah hanya suruh manusia menyembah DiriNya sahaja. Inilah yg telah diberitakan di dalam Al-Qur-An untuk pengetahun kamu.

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

2👉Sesembahan ciptaan manusia tidak dapat berbicara.

dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke Gunung Thur, mereka (kaum Musa) membuat patung anak sapi yang bertubuh dan bersuara dari perhiasan² (emas). Apakah mereka tidak mengetahui bahawa patung anak sapi itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai) sembahan dan mereka adalah orang² yang zalim.
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 148]

Hiasan: Orang² menyembah Tuhan Duit
       Allah bertanya, apakah mereka (kaum Nabi Musa) tidak mengetahui bahawa patung anak sapi yg mereka sembah itu tidak dapat berbicara dgn mereka dan tidak dapat menunjukkan jalan kpd mereka? Benar. Patung anak sapi yg kaum Nabi Musa jadikan sebagai sesembahan mereka itu tidaklah dapat ber-kata² (berbicara) dgn mereka, apatah lagi hendak menunjukkan jalan kebenaran kpd mereka.
      Sifat patung adalah tidak dapat ber-kata² (berbicara) manakala sifat Allah adalah Maha Ber-kata². Buktinya, Allah telah menurunkan Kitab Al-Qur-An kpd manusia untuk manusia baca. Al-Qur-An adalah kata² Allah. Apabila kamu membaca Al-Qur-An, sebenarnya kamu sedang membaca kata² Allah. Sekali lagi Allah beritahu kpd kamu bahawa orang² yg menyembah sesembahan selain DiriNya adalah orang² yg zalim. Orang² yg zalim adalah orang² yg menganiayai dirinya sendiri.
  
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

3👉Manusia menganiayai dirinya sendiri.
      
dan (Ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: 'Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu telah menjadikan anak sapi (sebagai) sesembahanmu, maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu. Maka ALLAH akan menerima taubatmu. Sesungguhnya DIA lah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang'.
[Al-Qur-An, Surath 2, Ayat 54]

Gambar Hiasan
      Allah ceritakan lagi. Apabila Nabi Musa kembali kpd kaumnya dan melihat apa yg telah kaumnya perbuat, dia berkata kpd kaumnya bahawa mereka telah menganiayai diri mereka sendiri kerana mereka telah menjadikan patung anak sapi yg mereka buat itu sebagai sesembahan mereka. Nabi Musa meminta kaumnya untuk bertaubat kpd Tuhan yg menjadikan mereka sebab mereka telah melakukan perkara yg tidak benar di sisi Allah (iaitu menyembah kpd patung anak sapi). Nabi Musa kata lagi, dengan taubat itu, Allah akan menerima taubat mereka kerana Allah lah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Taubat = kembali kpd Allah. Sembahlah Allah dan tinggalkanlah sesembahan yg disembah selain Allah. Begitulah yg Nabi Musa maksudkan kpd kaumnya.
      Allah beritahu, manusia yg menyembah sesembahan selain DiriNya adalah manusia yg menganiayai dirinya sendiri kerana Allah telah beritahu 'tiada sesembahan lain yg berhak disembah selain DiriNya'. Golongan manusia yg menyembah sesembahan selain Allah akan ditanya di Akhirat kelak dan di antaranya adalah orang² musyrik.

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

4👉Orang² musyrik ditanya di Akhirat.
      
dan (ingatlah), hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya kemudian Kami berkata kepada orang² musyrik: 'Di manakah sembahan² kamu yang dahulu kamu katakan (sekutu² Kami)?'
[Al-Qur-An, Surath 6, Ayat 22]

       Siapakah orang² musyrik? Secara ringkasnya, orang musyrik adalah orang yang mempersekutukan Allah, mengaku akan adanya sesembahan (tuhan) yg lain selain Allah atau menyamakan sesuatu dengan Allah atau mempercayai sesuatu yg lain selain Allah dapat memberikan manfaat kepadanya atau manusia yg lebih takut kpd manusia daripada takut kpd Allah sehingga sanggup melanggar perintah² dan larangan² Allah untuk melaksanakan perintah manusia yg ditakuti itu (Bacaan selanjutnya di sini). Kamu lihatlah di Dunia ini, orang² musyrik masih bebas untuk menyembah sesembahan selain Allah. Kenapa mereka masih bebas di Dunia ini?
      Sebabnya Allah telah beritahu, di Akhirat kelak, orang² musyrik akan ditanya ‘Di manakah sembahan² kamu yg dahulu kamu katakan?Allah (Maha Mengetahui) beritahu, pada hari itu fitnah orang² musyrik tiada lagi. Fitnah orang² musyrik iaitu perkara² yg tidak benar yg telah mereka lakukan selama mereka hidup di Dunia ini tiada lagi. Tiada lagi sesembahan yg mereka sembah selama ini. Lalu, orang² musyrik menjawab dgn dusta 'Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah'.

Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan: 'Demi ALLAH, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan ALLAH'. Lihatlah, bagaimana mereka (orang² musyrik) telah berdusta terhadap diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan² yang dahulu mereka ada-adakan.
[Al-Qur-An, Surath 6, Ayat 23-24]

       Lihat. Orang² musyrik jawab kpd Allahmereka tidak mempersekutukan Allah tetapi ketika mereka berada di Dunia, mereka mempersekutukan Allah. Mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri. Inilah yg akan berlaku di Akhirat. Wahai orang² musyrik, Allah (Maha Mengetahui) tahu apa yg kamu kerjakan dan Allah telah beritahu apa yg akan terjadi di Akhirat nanti.

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

5👉Kaum Nabi Ibrahim mempersekutukan Allah.
      
dan dia (Ibrahim) dibantah oleh kaumnya, dia (Ibrahim) berkata: 'Apakah kamu hendak membantahku tentang ALLAH? Padahal sesungguhnya ALLAH telah memberi petunjuk kepadaku, dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahan² yang kamu persekutukan dengan ALLAH, kecuali di kala Tuhanku menghendaki sesuatu (dari malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhan meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya)? Bagaimana aku takut kepada sembahan² yang kamu persekutukan (dengan Allah)? Padahal kamu tidak takut mempersekutukan ALLAH dengan sembahan² yang ALLAH sendiri tidak menurunkan hujah kepadamu untuk mempersekutukanNya' Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka), jika kamu mengetahui?'
[Al-Qur-An, Surath 6, Ayat 80-81]

      Di zaman Nabi Ibrahim, kaumnya menyembah sesembahan selain Allah. Allah beritahu kpd kamu, Nabi Ibrahim telah beritahu kpd kaumnya tentang DiriNya tetapi kaumnya membantahnya. Mereka mempersekutukan Allah dgn sesembahan yg Allah tidak pernah turunkan perintah untuk berbuat begitu. Tiada sesembahan yg berhak disembah selain Allah tetapi mereka menyamakan Allah dgn sesuatu yg lain lalu mereka menyembah kpd sesembahan itu. Mereka mempersekutukan Allah.
      Allah beritahu, Nabi Ibrahim tidak takut kpd malapetaka daripada sesembahan yg mereka sembahkan itu kerana malapetaka hanya akan terjadi mengikut kehendak Allah. Begitulah cerita yg ada di dalam Al-Qur-An tetapi ramai manusia yg tidak beriman (yakin) kepada Al-Qur-An. Coba, kamu perhatikan di Dunia luar sana. Apakah kamu masih melihat manusia² yg menyembah sesembahan yg lain selain Allah seperti mana kaum Nabi Ibrahim pada hari ini? 
      Jika kamu melihat, maka Allah bertanya kpd kamu,  'Jika kamu mengetahui, manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka)?Allah hanya menyuruh manusia menyembah DiriNya sahaja. Maka, golongan manakah yg berhak mendapat keamanan? Apakah golongan yg menyembah Allah atau golongan yg tidak menyembah Allah? Walau bagaimanapun, setelah kamu tahu tentang sesembahan yg mereka sembah selain Allah, tentang sekutu² Allah yg mereka ada-adakan, janganlah kamu memaki sesembahan yg mereka sembah itu. Kenapa?
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

6👉Larangan memaki sembahan² yg manusia sembah selain Allah.
      
dan janganlah kamu memaki sembahan² yang mereka sembah selain ALLAH, kerana mereka nanti akan memaki ALLAH dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu DIA memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
[Al-Qur-An, Surath 6, Ayat 108]

      Allah melarang orang² yg beriman kpdNya memaki sesembahan yg manusia sembah selain DiriNya. Kenapa? Allah (Maha Mengetahui) beritahu, jika kamu memaki sesembahan yg mereka cintai kpdnya, nanti mereka juga akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan yg benar. Janganlah kamu memaki sesembahan yg mereka cintai kerana sudah tentu mereka akan marah dan begitu juga dgn kamu, andainya mereka memaki Allah yg kamu cintai, tentu kamu juga akan marah. Sebab itulah, Allah melarang orang² yg beriman kpdNya memaki sesembahan yg mereka sembah. Tunjukkanlah akhlak yg baik kpd mereka. 
      Allah beritahu 'Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka'. Lihatlah kpd setiap umat (manusia²). Lihatlah kpd orang² yg menyembah sesembahan selain Allah, mereka mengganggap pekerjaan yg mereka lakukan adalah pekerjaan (aktiviti penyembahan) yg baik. Jika kamu (orang² yg beriman kpd Allah) memaki sesembahannya, pasti mereka akan marah kerana pekerjaan yg mereka lakukan adalah pekerjaan yg baik bagi mereka. Sudah pasti kamu yg menyembah Allah juga yakin bahawa pekerjaan yg kamu lakukan itu adalah satu pekerjaan yg baik. Maka, jika begitu jawapanmu, maka benarlah kata² Allah di dalam Al-Qur-An: 'Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka'.
      Namun begitu, setelah manusia melakukan pekerjaan² mereka di Dunia ini, Allah beritahu lagi, semua manusia akan kembali kpdNya (mati) dan Allah akan memberitakan (membacakan) kpd manusia tentang pekerjaan yg telah manusia lakukan di Dunia ini. Di Akhirat (HariPembalasan), Allah akan menilai segala apa yg telah kamu perbuat di Dunia ini. Apakah balasan yg akan menimpa kpd orang² yg membuat-buat kebohongan di Dunia ini (menyembah sembahan selain Allah) ?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

7👉Balasan kpd manusia yg membuat-buat kebohongan.
      
Sesungguhnya orang² yang menjadikan patung anak sapi (sebagai sesembahannya), kelak akan menimpa mereka, kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan di dunia. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang² yang membuat-buat kebohongan.
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 152]

      Allah beritahu, orang² yg menjadikan patung (anak sapi) sebagai sesembahan (satu sembahan) mereka, merekalah orang² yg mem-buat² kebohongan di Dunia ini. Allah beritahu, tiada sesembahan lain yg berhak disembah selain DiriNya. Di Dunia ini, ada manusia yg tidak menyembah Allah tetapi menyembah kpd sesembahan yg lain. Allah (Raja Manusia) telah beri peringatan kpd orang² yg mem-buat² kebohongan di Dunia ini, bahawa kemurkaan dariNya dan kehinaan dalam kehidupan di Dunia akan menimpa ke atas mereka. Demikianlah Allah beritahu, bahawa Allah akan memberi balasan kpd orang² yg mem-buat² kebohongan. Dalam hal ini, orang² yg mem-buat² kebohongan adalah kaum Nabi Musa yg menjadikan patung (anak sapi) sebagai sesembahan (tuhan) mereka. 
      Manusia hanya boleh membuat kebohongan hanya di Dunia ini sahaja tetapi tidak lagi di Akhirat. Jauhilah perbuatan mem-buat² kebohongan di Dunia ini. Lihatlah balasan yg telah Allah timpakan kpd orang² terdahulu yg telah mem-buat² kebohongan di Dunia ini (yg mana yg diperlihatkan olehNya). Maka pengajarannya, JANGANLAH KAMU MEM-BUAT² KEBOHONGAN DI DUNIA INI.
Azab yg menimpa kaum Nabi Luth
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

8👉Manusia yg percaya kpd kebatilan.
     
Kaum ‘Ad berkata: 'Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan² kami kerana perkataanmu dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu'
[Al-Qur-An, Surath 11, Ayat 53-54]

      Allah ceritakan kpd kamu tentang Kaum 'Ad. Mereka tidak menyembah Allah. Nabi Hud telah mendatangi mereka dan memberitahu kpd mereka bahawa tiada sesembahan lain selain Allah. Hanya Allah yg berhak disembah. Disebabkan Nabi Hud tidak mendatangkan kpd mereka suatu bukti yg nyata tentang Allah, mereka tidak percaya kpd kata² Nabi Hud dan mereka tidak akan meninggalkan sesembahan yg mereka sembah. Oleh kerana Nabi Hud telah memberitahu tentang Allah kpd mereka, suatu perkara yg tidak dapat diterima oleh akal mereka, lalu mereka mengatakan bahawa sesembahan mereka telah menimpakan penyakit gila ke atas Nabi Hud. Mereka percaya dan yakin kpd sesembahan mereka. Mereka percaya kpd kebatilan (perkara yg tidak benar). Begitulah kepercayaan Kaum 'Ad terhadap sesembahannya.
      Sebenarnya, sesembahan Kaum 'Ad itu tidak menimpakan penyakit gilapun ke atas Nabi Hud kerana sesembahan mereka tidak ada kuasa apapun. Hanya kepercayaan mereka sahajalah yg mengatakan sedemikian. Mereka percaya, apa yg mereka sembah selain Allah itu ada kuasa. Andainya mereka tahu dan yakin bahawa hanya Allah yg berkuasa, tentu mereka tidak akan menyembah sesembahan mereka. Namun, Kaum 'Ad percaya kpd sesembahan mereka, sebab itu mereka kata sesembahan merekalah yg menimpakan penyakit gila ke atas Nabi Hud tetapi sebenarnya tidaklah begitu kerana yg berkuasa hanyalah Allah. Siapakah sebenarnya yg telah menganiayai Kaum 'Ad sehingga mereka tidak mahu menyembah Allah walaupun Nabi Hud telah menyampaikan kebenaran mengenai Allah kpd mereka? Jawapannya: DIRI MEREKA SENDIRI.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

9👉Allah tidak pernah menganiayai manusia.
      
dan Kami tidaklah menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri, kerana itu tiadalah bermanfaat sedikitpun kepada mereka, sembahan² yang mereka seru selain ALLAH, di waktu azab Tuhanmu datang dan sembahan² itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka.
[Al-Qur-An, Surath 11, Ayat 101]

      Allah beritahu bahawa DIA tidak menganiayai manusia yg tidak menyembah DiriNya tetapi mereka sendirilah yg menganiayai diri mereka. Sebabnya Allah telah beritahu kpd manusia, sekiranya manusia tidak menyembah Dia, manusia akan diazab. 'Tiada sesembahan (tuhan) yg lain selain DiriNya', itulah yg Allah beritahu kpd manusia melalui Utusan²Nya. Tetapi ada manusia yg tidak mahu menyembahNyaSalah siapa? Salah mereka sendiri kerana mereka tidak tunduk kpd perintah Allah, mereka tidak mahu menyembah Allah, mereka tidak percaya dan yakin kpd Allah.
      Allah beritahu lagi, apabila azabNya datang (Hari Qiyamat / Hari Kematian) kpd orang² yg tidak menyembahNyasesembahan yg mereka sembah selain Allah di Dunia ini, tidak dapat memberi manfaat sedikitpun kpd mereka. Malahan, sesembahan yg mereka sembah itu semakin menambah kebinasaan kpd mereka di Akhirat kelak. Maka, manusialah yg menganiayai diri mereka sendiri sebab manusia tidak mahu tunduk kpd perintah Allah, manusia tidak mahu beriman kpd Allah.

Ramaikah manusia yg tidak beriman kpd Allah?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

10👉Sebahagian besar manusia tidak beriman kpd Allah.
      
dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada ALLAH, melainkan dalam keadaan mempersekutukan ALLAH (dengan sembahan² yg lain).
[Al-Qur-An, Surath 12, Ayat 106]

      Allah Yang Maha Mengetahui beritahu lagi, sebahagian besar manusia di Dunia ini tidak beriman kpd Nya, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Nya dgn sesembahan yg lain. Benarkah apa yg Allah beritahu? Mestilah benar sebab Allah Maha Mengetahui akan segala apa yg manusia kerjakan. Mereka beriman kpd sesembahan yg lain selain Allah. Mereka mempersekutukan Allah dgn sesembahan yg lain.
      Siapakah manusia² itu? Merekalah yg Allah panggil sebagai orang² kafir. Orang² kafir adalah orang² yg ingkar kpd perintah² Allah. Benar atau tidak apa yg Allah beritahu dalam ayat di atas? Sebahagian besar dari mereka tidak beriman kpd Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah. Cobalah, kamu lihat di Dunia luar sana. Allah Maha Mengetahui telah beritahu kepada kamu melalui surat² (surath) yg ada di dalam Al-Qur-An.

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

11👉Orang² kafir jadikan sesembahan selain Allah sebagai pelindung mereka.
      
dan Mereka (orang² kafir) telah mengambil sembahan² selain ALLAH, agar sembahan² itu menjadi pelindung bagi mereka.
[Al-Qur-An, Surath 19, Ayat 81]

Ilustrasi: Apakah Wang akan melindungi mereka?
      Secara ringkasnya, orang² kafir adalah manusia² yg ingkar kpd perintah dan larangan Allah. Allah beritahu, mereka telah mengambil sesembahan selain Allah agar sesembahan itu menjadi pelindung bagi mereka di Dunia ini. Cobalah kamu lihat di luar sana. Benar atau tidak apa yg Allah beritahu? Orang² kafir percaya dan yakin bahawa sesembahan yg mereka sembah itu benar² akan melindungi mereka. Apakah benar sesembahan itu akan melindungi mereka?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

12👉Sesembahan selain Allah akan menjadi musuh kpd penyembahnya di Akhirat.

Sekali-kali tidak! Kelak mereka (sembahan²) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut²nya) terhadapnya, dan mereka (sembahan²) itu akan menjadi musuh bagi mereka.
[Al-Qur-An, Surath 19, Ayat 82]

      Tidak! Allah (Maha Mengetahui) beritahu, di Akhirat nanti sesembahan itu akan mengingkari penyembahan para penyembahnya dan menjadi musuh kpd para penyembahnya. Inilah yg akan berlaku di Akhirat. Seperti itulah yg Allah beritahu di dalam Al-Qur-An. Sesembahan yg mereka anggap pelindung mereka selama di Dunia ini akan menjadi musuh bagi mereka di Akhirat kelak. Akhirat? Ya Akhirat. Satu tempat yg ada kehidupan selepas manusia mati di Dunia ini.
      Sebab itulah Allah perintahkan manusia untuk beriman kpd AkhiratSebabnya, memang Akhirat itu ada. Bagaimanakah keadaan Akhirat itu? Ianya seperti Dunia ini juga iaitu ADA KEHIDUPAN. Manusia akan dihidupkan lagi di Akhirat selepas meninggalkan Dunia ini (mati). Perkara inilah yg manusia perlu yakin yg benar. Berita² seperti ini telah disampaikan oleh Utusan² Allah pada waktu dahulu. Maka terserahlah kpd orang² kafir (orang² ingkar) sama ada hendak yakin atau tidak terhadap apa yg telah disampaikan.

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

13👉Utusan Allah diejek oleh orang² kafir.
      
dan apabila mereka melihat kamu (Mhmd), mereka hanyalah menjadikan kamu sebagai ejekan (dengan mengatakan): 'Inikah orangnya, yang diutus ALLAH sebagai Rasul? Sesungguhnya hampirlah dia menyesatkan kita dari sembahan² kita, seandainya kita tidak sabar (menyembahnya)' dan mereka kelak akan mengetahui di saat mereka melihat azab, siapa yang paling sesat jalannya.
[Al-Qur-An, Surath 25, Ayat 41-42]

      Allah menceritakan, orang² kafir telah mengejek-ejek Utusan² Nya yg menyampaikan kebenaran tentang DiriNya kpd mereka. Utusan² Allah itu telah mendatangi mereka adalah kerana hendak membawa mereka kembali kpd kebenaran iaitu kembali kpd Allah. Mereka hendak membawa orang² kafir menyembah kpd Allah sahaja tetapi begitulah, mereka diejek-ejek pula. Orang² kafir yg terdahulu telah berkata seandainya mereka tidak sabar menyembah sesembahannya tentu mereka telah disesatkan oleh Utusan Allah. Itulah kata mereka.
      Tidak mengapalah mereka tidak mahu menyembah Allah. Allah beritahu lagi, setelah mereka melihat azab yg Allah sediakan untuk orang² yg ingkar menyembah Nya di Akhirat nanti, ketika itulah mereka tahu siapa yg paling sesat jalannya ketika berada di Dunia ini. Macamana mereka tahu mereka yg paling sesat jalannya? Sebabnya mereka telah melihat azab yg memang disediakan untuk mereka di Akhirat nanti. Ke manakah orang² kafir yg sesat itu akan pergi di Akhirat nanti?


'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

14👉Sesembahan selain Allah di dalam Neraka.
      
Maka mereka (sembahan² itu) dijungkirkan ke dalam Neraka bersama-sama orang² yang sesat, dan bala tentera iblis semuanya.
[Al-Qur-An, Surath 26, Ayat 94-95]

      Allah beritahu, sesembahan selain DiriNya akan dijungkirkan ke dalam Neraka ber-sama² orang² yg menyembahnya dan juga semua bala tentera iblis. Allah beritahu dengan jelas (di dalam Al-Qur-An) bahawa siapa yg tidak menyembah Nya ketika berada di Dunia ini akan dimasukkan ke dalam Neraka. Allah beritahu, kitab Al-Qur-An yg diturunkan oleh Nya tidak ada keraguan padanya, maka janganlah kamu ragu² terhadap apa yg ada di dalam Al-Qur-An dan Allah telahpun memberi penjelasan tentang DiriNya (di dalam Al-Qur-An) bahawa Dia lah Pencipta Manusia.
      Hanya Allah lah yg berhak disembah. Tidak ada sesembahan yg lain selain Nya tetapi ada manusia yg tidak dapat menerima kebenaran tentang kenyataan tersebut. Utusan² Allah telah beritahu bahawa Allah lah yg menciptakan Alam ini. Banyak yg telah Allah beritahu di dalam Al-Qur-An. Bacalah Al-Qur-An.
Ilustrasi: Neraka
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

15👉Sesembahan selain Allah bukanlah Pencipta.
    
'DIA (Allah) menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan DIA meletakkan gunung² (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu dan memperkembangbiakkan padanya segala macam jenis binatang, dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuhan² yang baik. Inilah ciptaan ALLAH. Maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan²(mu) selain ALLAH' Sebenarnya, orang² yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata,
[Al-Qur-An, Surath 31, Ayat10-11]

     Nabi Muhammad s.a.w (Utusan Allah) telah menyampaikan kpd orang² yg zalim iaitu orang² yg menyembah sesembahan selain Allah tentang penciptaan Allah di Dunia ini. Bukti² tentang apa yg Nabi beritahu ada di Dunia ini dan manusia boleh melihat dan merasainya sendiri. Kamu perhatikanlah apa yg Allah ciptakan. Allah meminta kpd orang² yg zalim untuk memperlihatkan kpd Nya apa yg telah diciptakan oleh sesembahan mereka.
      Apakah sesembahan yg orang² zalim itu sembah boleh memperlihatkan ciptaan²nya? Tidak sekali kerana mereka bukanlah pencipta. Lantas Allah beritahu, sebenarnya orang² yg zalim itu berada di dalam kesesatan yg nyata. Kenapa orang² zalim itu menyembah sesembahan (selain Allah)?
Ciptaan Allah
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

16👉Orang² zalim mengharapkan pertolongan sesembahan selain Allah.
      
Mereka mengambil sembahan² selain ALLAH agar mereka mendapat pertolongan.
[Al-Qur-An, Surath 36, Ayat 74]

Ilustrasi: 'Wahai duit, tolonglah aku'
      Allah (Maha Mengetahui) beritahu, mereka (orang² zalim) mengambil sesembahan selain Nya dan menyembah kpdnya, adalah kerana mereka mengharapkan pertolongan daripada sesembahan itu. Coba kamu perhatikan di Dunia ini, benar atau tidak apa yg Allah beritahu? Jika benar apa yg kamu lihat, maka benarlah ayat² Al-Qur-An, benarlah kata² Allah. Allah kata, orang² yg menyembah sesembahan selain Nya adalah orang² yg zalim. Apakah benar sesembahan (selain Allah) itu akan menolong mereka?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

17👉Pertanyaan 'kenapa kamu tidak tolong menolong?'

(kepada malaikat diperintahkan): 'Kumpulkanlah orang² yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan² yang selalu mereka sembah selain ALLAH. Maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke Neraka dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan ditanya; 'Kenapa kamu tidak tolong menolong?'
[Al-Qur-An, Surath 37, Ayat 25]

       Allah beritahu lagi, selepas kamu meninggalkan Dunia ini (mati), kamu akan dihidupkan (dibangkitkan) sekali lagi di Akhirat. Sebab itulah, Allah menyuruh kamu untuk beriman kpd Hari Akhirat agar kamu yakin bahawa kamu akan dihidupkan sekali lagi di Akhirat dan yakin tentang apa yg akan berlaku di sana kelak. Di sana, Allah akan membuat perhitungan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan di Dunia ini. Di sanalah nanti, kamu akan menemui Raja Manusia, Pencipta Manusia, Sesembahan Manusia yg sebenar iaitu Allah. Apa yg kamu lakukan selama ini di Dunia akan dibicarakan di Akhirat. Apakah kamu yakin bahawa kamu akan terselamat dari azab Allah?
      Di Akhirat nanti, hanya Allah yg berkuasa dan menguasai segalanya kerana Dia lah RAJA MANUSIA, Dia lah yg memiliki Kerajaan (pemerintahan). Allah perintahkan kpd malaikat utk kumpulkan orang² yg zalim beserta teman sejawat mereka dan juga sesembahan (selain Allah) yg selalu mereka sembah ketika mereka berada di Dunia ini. Selepas mereka dikumpulkan, mereka akan dibawa menuju ke Neraka dan akan dibawa juga bersama mereka sesembahan (selain Allah) yg mereka harapkan pertolongan darinya selama ini.
      Di dalam perjalanan menuju ke Neraka, mereka akan di tahan di tempat perhentian dan mereka akan ditanya 'kenapa kamu tidak tolong menolong?’ Dahulunya di Dunia, mereka menyembah sesembahan (selain Allah) itu agar mereka mendapat pertolongan. Tetapi di Akhirat, sesembahan (selain Allah) yg mereka sembah selama di Dunia ini serta teman² sejawat mereka tidak dapat menolong mereka. Itu yg malaikat bertanya, 'kenapa kamu tidak tolong menolong?' dan begitulah apa yg diberitahukan di dalam Al-Qur-An.

Kenapa orang² yg zalim itu di bawa ke Neraka?
Itulah orang² yg sombong. Orang² yg tidak mahu menyembah Allah setelah diberitahu kpd mereka bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg berhak disembah selain Allah ketika mereka berada di Dunia ini.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

18👉Orang yg sombong adalah termasuk orang yg tidak mahu menyembah Allah.

Sesungguhnya, mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: 'La-ilaha-illaALLAH(Tiada sembahan yg lain selain Allah) mereka menyombongkan diri dan mereka berkata: 'Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan² kami kerana seorang penyair gila?'
[Al-Qur-An, Surath 37, Ayat 35-36]

      Orang² yg sombong di bawa ke Neraka kerananya mereka telah menyombongkan diri mereka apabila diberitahu kpd mereka bahawa tiada sesembahan yg berhak disembah selain Allah. Apabila diberitahu kpd mereka, hanya Allah yg berhak disembah di Dunia ini, mereka menyombongkan diri, mereka tidak mahu menyembah Allah, mereka tidak mahu meninggalkan sesembahan yg mereka sembah. Mereka kata 'Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan² kami kerana seorang penyair gila?' Lihatlah sikap mereka.
      Lihatlah. Setelah diberitahu kpd mereka tentang kebenaran, mereka bersikap sombong. Mereka sayang nak meninggalkan sesembahan mereka. Akhirnya selepas mereka mati, mereka dikumpulkan dan dibawa ke Neraka. Kerana apa? Kerana mereka tidak menjadikan Allah sebagai sesembahan (tuhan) mereka setelah kebenaran sampai kpd mereka. Allah yg menciptakan manusia telah beritahu bahawa tiada sesembahan yg lain selain Nya tetapi mereka tidak mahu menyembah Allah. Allah beri peringatan kpd manusia² yg tidak mahu menyembah DiriNya. Allah kata;

Sesungguhnya, kamu pasti akan merasakan azab yang pedih.
[Al-Qur-An, Surath 37, Ayat 38]

      Begitulah juga dgn manusia di zaman ini, apabila diberitahukan tentang sesuatu kebenaran, agak berat untuk mereka tinggalkan apa yg telah mereka amalkan selama ini. Mereka sombong dan sayang hendak meninggalkan sesembahan mereka termasuklah HAWA NAFSU mereka yg mereka telah jadikan sebagai tuhan mereka.

Terangkan kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?
[Al-Qur-An, Surath 25, Ayat 43]
Ada manusia di Dunia ini yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka. Mereka mengikuti hawa nafsunya. Bacalah Al-Qur-An tentang hawa nafsu.

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

19👉Mengapa mereka mengambil sesembahan yg lain selain Allah?
      
Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba²Nya? dan mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan²) yang selain Allah? dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya.
[Al-Qur-An, Surath 39, Ayat 36]

      Mereka mengambil sesembahan (selain Allah) adalah kerana mereka yakin bahawa sesembahan itu akan melindungi mereka. Memang ada manusia di Dunia ini yg mengambil sesembahan (selain Allah) untuk melindungi dirinya kerana mereka tidak percaya dan yakin kpd Allah. Ditambah pula, mereka menakut-nakutkan manusia yg lain dgn sesembahan mereka. Mereka mengatakan sesembahan mereka ada kuasa. Itu hanyalah disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap sesembahan itu dan sebenarnya sesembahan itu tidak ada kuasa apapun ke atas manusia kerana yg berkuasa hanyalah Allah. Allah telah menceritakan tentang Kaum Nabi Musa agar manusia berfikir;

Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahawa patung anak lembu (sesembahan yg dibuat oleh Kaum Nabi Musa) itu tidak dapat memberi jawaban kepada mereka, dan tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan?
[Al-Qur-An, Surath 20, Ayat 89]

Katakanlah: 'Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah jika Dia menghendaki kemudharatan bagimu atau jika Dia menghendaki manfaat bagimu. Sebenarnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan'
[Al-Qur-An, Surath 48, Ayat 11]

      Walaupun berulang kali diperingatkan kpd mereka tentang sembahlah Allah tetapi mereka tidak mengendahkah peringatan yg diberikan. Mereka tidak mahu menyembah Allah, mereka lebih cinta kpd sesembahan selain Allah. Akhirnya, Allah sesatkan mereka sebab mereka keras kepala, ingkar kpd perintah Allah dan tidak mahu menyembah Allah. Itulah Allah beritahu, siapa yg disesatkan Allah, maka tiada seorangpun yg akan memberi petunjuk baginya. Allah masukkan ke dalam hati mereka, rasa cinta yg mendalam terhadap sesembahan yg mereka sembah selain Allah sehinggakan apabila nama Allah disebut mereka tidak suka mendengarnya.

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

20👉Manusia yg tidak suka apabila nama Allah disebut.
      
dan Apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang² yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama sembahan² selain Allah yang disebut, tiba² mereka bergirang hati.
[Al-Qur-An, Surath 39, Ayat 45]

      Allah beritahu, ada manusia yg diciptakan oleh Nya tidak suka apabila nama Nya disebut. Sebaliknya, apabila nama sesembahan mereka disebut mereka bergembira. Itulah tanda² orang² yg tidak beriman kpd kehidupan di Akhirat (kehidupan selepas kematian). Jika nama Allah disebut dan hati kamu bergembira, itulah tandanya kamu benar² mencintai Allah. Perhatikanlah manusia² yg bergembira apabila nama sesembahan lain selain Allah disebut.
      Perhatikanlah juga keadaan diri kamu. Adakah kamu gembira apabila nama orang yg kamu cintai / sayangi disebut? Jika kamu gembira, apakah kegembiraan yg kamu rasai itu sama apabila nama Allah disebut? Jika tidak, tanyalah diri kamu, apakah kamu benar² mencintai Allah dan apakah kamu benar² beriman kpd kehidupan di Akhirat? Sentiasalah periksa hati kamu kerana manusia tidak akan terlepas dari hukuman Allah.

Siapakah yg sebenarnya yg akan menjatuhkan hukuman kpd manusia?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

21👉Allah menghukum manusia dgn keadilan.

dan ALLAH menghukum dengan keadilan. dan Sembahan² yang mereka sembah selain ALLAH tiada dapat menghukum dengan sesuatu apapun. Sesungguhnya ALLAH, Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 20]

      Di Akhirat kelak, Allah akan menghukum manusia dgn penuh keadilan. Sebabnya, Allah Maha Mendengar apa yg kamu perkatakan, Dia Maha Melihat apa yg kamu kerjakan di Dunia ini. Sesembahan yg manusia sembah (selain Dia) di Dunia ini tiadalah dapat menjatuhkan hukuman apapun kpd manusia di Akhirat kelak. Sesembahan (selain Allah) tiadalah dapat menghukum kamu sama ada kamu ke Syurga ataupun ke Neraka. Sembalah Allah kerana Dia lah yg akan menjatuhkan hukuman ke atas semua manusia dgn keadilan Nya. Sebab itulah, Allah telah utuskan Utusan² Nya untuk beritahu kpd manusia bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg berhak disembah selain DiriNyaAllah telah hantar Utusan² Nya untuk memperingatkan manusia tentang hukuman² Nya di Akhirat kelak. Apakah kamu tahu akan hukuman² Nya yg telah diceritakan di dalam Al-Qur-An? Bacalah Al-Qur-An.

Apakah peringatan² yg telah disampaikan oleh Utusan² Nya?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

22👉Allah menghantar utusanNya untuk beritahu kpd manusia tentang DiriNya.
    
Katakanlah (ya Mhmd): 'Sesungguhnya aku dilarang menyembah sembahan yang kamu sembah selain ALLAH setelah datang kepadaku keterangan² dari Tuhanku, dan aku diperintahkan supaya tunduk patuh kepada Tuhan Semesta Alam. DIA lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak. Kemudian (kamu dibiarkan hidup supaya) kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (kamu dibiarkan hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). DIA lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila DIA menetapkan sesuatu urusan, DIA hanya berkata kepadanya: 'Jadilah', maka jadilah ia' '
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 66-68]

      Utusan Allah (berpangkat Rasul) terakhir yg diutuskan oleh Nya kpd manusia ialah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah utuskan Utusan Nya itu untuk memberikan penjelasan serta peringatan kpd manusia mengenai DiriNya, perintah² Nya dan larangan² Nya. Allah (Pencipta Manusia) melarang manusia menyembah sesembahan yg lain selain Nya. Allah perintahkan manusia untuk TUNDUK, PATUH dan TAAT kepada Nya. Allah beritahu lagi, Dia lah yg menghidupkan dan mematikan manusia.
      Allah telah hantar utusan² Nya untuk menerangkan tentang DiriNya. Namun ada manusia yg tidak menyembah Nya setelah mengetahuinya tetapi mereka menyembah sesembahan yg lain selain Dia. Ada manusia yg tidak tunduk, patuh dan taat kepada Nya setelah datang keterangan² yg benar mengenai DiriNya. Mereka tidak percaya dan yakin kpd Allah. Bilakah agaknya waktu yg mereka akan beriman (percaya dan yakin) kepada Allah?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

23👉Apabila azab Allah tiba, barulah orang² yg tidak menyembah Allah hendak beriman kpd Allah.

Maka tatkala mereka melihat azab Kami, mereka berkata: 'kami beriman hanya kepada ALLAH saja dan kami kafir (ingkar) kepada sembahan² yang telah kami persekutukan dengan ALLAH' Maka iman mereka tiada berguna bagi mereka tatkala mereka telah melihat seksa Kami. Itulah sunnah ALLAH yang telah berlaku terhadap hamba²Nya, dan di waktu itu binasalah orang² kafir.
[Al-Qur-An, Surath 40, Ayat 84-85]

      Allah beritahu, tatkala orang² yg menyembah sesembahan (selain Allah) termasuklah manusia yg menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya di Dunia ini (Firaun), melihat azab yg Allah sediakan untuknya, barulah mereka mengatakan bahawa mereka hanya beriman kpd Allah sahaja dan mereka ingkar kpd sesembahan yang telah mereka persekutukan dengan Allah selama ini. Allah beritahu lagi, pengakuan keimanan (keyakinan) mereka di tatkala mereka melihat azab Allah itu, tidak berguna lagi. Orang kata 'tidak adil', 'tak aci'. Sudah melihat azab baru hendak beriman kpd Allah.
      Dan di waktu mereka melihat azab itu, mereka mengaku bahawa mereka beriman kpd Allah tetapi di waktu itu jugalah mereka dibinasakan seperti mana yg telah terjadi kpd Firaun. Maka, binasalah orang² kafir iaitu orang² yg ingkar kpd Allah, orang² yg menyembah sesembahan selain Allah. Begitulah Sunnah Allah (perbuatan Allah) yg telah berlaku terhadap hamba²Nya (manusia² yg diciptakan olehNya) yg tidak menyembah Allah, yg telah mempersekutukan Allah pada waktu dahulu.
Firaun yg telah dimatikan Allah


      Mengapa kamu tidak mahu mengambil pelajaran di atas apa yg telah terjadi pada waktu dahulu? Marilah menyembah Allah... Marilah beriman kpd Allah sebelum datangnya azab (kematian) Allah kepada kamu. Allah telah aturkan peraturan² kehidupan yg diizinkan oleh Nya untuk manusia ikuti.
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

24👉Allah lah yg mensyariatkan (mengaturkan) agama (tertib/aturan) yg diizin olehNya.
      
Apakah mereka mempunyai sembahan² selain ALLAH yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan ALLAH? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan, dan sesungguhnya orang² yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.
[Al-Qur-An, Surath 42, Ayat 21]

      Allah bertanya, apakah orang² yg zalim itu mempunyai sesembahan (selain Allah) yg telah mensyariatkan (yg telah mengaturkan) untuk mereka agama (tertib/aturan) yg diizinkan Allah? Tidak ada sama sekaliIni adalah kerana sesembahan (selain Allah) itu tidaklah dapat ber-kata². Jika diperhatikan sejarah yg lampau, memang ada manusia² yg menciptakan syariat²nya sendiri untuk mereka amalkan. Sebenarnya, mereka itu hanyalah mengikuti syariat² yg disediakan oleh syaitan dari golongan jin dan manusia (Rujuk Tafsir Al-Qur-An Ibnu Katsir).
      Sebenarnya, Allah lah yg mensyariatkan (aturan kehidupan) untuk manusia satu agama yg diizinkan oleh Nya (iaitu agama Islam) untuk manusia amalkan tetapi ada manusia yg ingkar kpd Nya. Mereka tidak mengikutinya. Allah (Maha Sabar) berkata, sekiranya tidak ada ketetapan yg menentukan dari Nya, tentulah orang² yg zalim itu telah dibinasakan Nya dgn segera tetapi Allah menundanya hingga ke hari Akhirat. Allah telah menetapkan orang² yg zalim itu akan mendapat azab yg pedih di Akhirat kelak.
      Lihatlah di Dunia luar sana. Manusia bebas mengamalkan agama mereka kerana ketetapan Allah akan berlaku di Akhirat (selepas manusia meninggalkan Dunia ini) iaitu mereka akan mendapat azab yg amat pedih. Di manakah azab yg amat pedih itu berada?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

25👉Awas! Neraka Jahannam ada di hadapan orang² yg tidak menyembah Allah!
      
Dihadapan mereka Neraka Jahannam dan tidak akan berguna bagi mereka sedikitpun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan² (mereka) dari selain ALLAH, dan bagi mereka azab yang besar.
[Al-Qur-An, Surath 45, Ayat 10]

      Allah beritahu, Neraka Jahannam disediakan untuk orang² yg tidak menyembah Nya. Neraka Jahannam sedang menunggu orang² yg zalim iaitu orang² yg menyembah sesembahan selain DiriNya. Tidak akan berguna sedikitpun bagi mereka apa yg telah mereka kerjakan di Dunia ini iaitu penyembahan mereka kpd sesembahan (selain Allah) dan begitu juga dgn sesembahan yg mereka telah sembah. Tidak berguna sedikitpun kpd para penyembahnya. Bagi mereka hanyalah azab yg besar.
      Allah telah beritahu tentang perkara ini di dalam Al-Qur-An. Memang di Dunia ini, Neraka itu tidak dapat dilihat tetapi Allah telah beritahu bahawa Neraka Jahannam itu ada di Akhirat. Sebab itulah Allah perintahkan manusia untuk beriman kpd kehidupan di Akhirat. Yakinlah bahawa ada kehidupan di Akhirat. Siapakah manusia yg telah sesat dari jalan Nya

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

26👉 Manusia yg lebih kesesatannya adalah manusia yg menyembah sesembahan selain Allah.
     
dan Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan² selain ALLAH yang tiada dapat memperkenankannya (doanya) sampai Hari Qiyamat dan mereka (sembahan²) lalai dari (memperhatikan) doa mereka (yang menyembah sembahan² selain Allah)?
[Al-Qur-An, Surath 46, Ayat 5]

      Di Dunia ini, ada manusia yg dikatakan sesat oleh sesama manusia sendiri walhal manusia yg dikatakan sesat itu juga menyembah Allah. Itulah yg berlaku di antara sesama manusia yg menyembah Allah di Dunia ini. Namun begitu, Allah bertanya 'Siapakah yg lebih sesat daripada orang yg menyembah sesembahan selain Allah?' Ini bermakna, manusia yg menyembah sesembahan selain Allah adalah manusia yg paling sesat di Dunia ini sebab Nabi Muhammad s.a.w telah beritahu 'tiada sesembahan (tuhan) yg berhak disembah selain Allah' tetapi mereka menyembah sesembahan selain Allah.

   
      Manusia² yg berdoa (meminta) kpd sesembahan selain Allah itu, Allah beritahu, sesembahan itu tiadalah dapat memperkenankan doa mereka sehingga Hari Qiyamat, Hari Pengakhiran Dunia. Malahan, sesembahan yg mereka sembah itu lalai dari doa mereka kerana sesembahan itu tidak dapat mendengar, tidak dapat melihat dan tidak pula dapat bertindak. Sebab itulah sesembahan (selain Allah) dikatakan lalai dari doa mereka. Itulah yg Allah beritahu dan itulah yg Allah tanya, siapakah yg lebih sesat daripada orang yg menyembah sesembahan selain Allah?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

27👉 Sesembahan manusia selain Allah akan menjadi musuh kpd manusia yg menyembahnya.
      
dan Apabila manusia dikumpulkan (selepas berlakunya Hari Qiyamat), nescaya sembahan² itu menjadi musuh kepada mereka dan mengingkari pemujaan² mereka.
[Al-Qur-An, Surath 46, Ayat 6]

Ilustrasi: Manusia menyembah Wang
      Allah beritahu lagi, apabila manusia² yg menyembah sesembahan selain Nya dikumpulkan di Akhirat kelak ber-sama² sesembahan yg mereka sembah ketika mereka berada di Dunia ini, nescaya sesembahan itu akan menjadi musuh kpd mereka. Sesembahan itu akan mengingkari pemujaan² mereka terhadapnya. Apakah sesembahan yg mereka sembah selain Allah itu akan ber-kata² di Akhirat kelak? Jawapannya akan dapat diketahui di Akhirat kelak. Amat mudah bagi Allah untuk membuatkan sesembahan itu dapat ber-kata². Allah Maha Kuasa menciptakan segala sesuatu. Tontonlah cerita kartun. Siapakah yg membuatkan watak² kartun itu dapat ber-kata²? Apakah orang² yg zalim dapat menipu Allah? Coba baca apa yg Allah beritahu di bawah;

Dan (ingatlah) hari (ketika) musuh² ALLAH digiring ke dalam Neraka lalu mereka dikumpulkan (semuanya). Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: 'Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?' Kulit mereka menjawab: 'ALLAH yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia lah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepadaNya lah kamu dikembalikan' Kamu se-kali² tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa ALLAH tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.
[Al-Qur-An, Surath 41, Ayat 19-22]

Lihat apa yg Allah beritahu. Pendengaran, penglihatan dan KULIT manusia menjadi saksi terhadap apa yang telah manusia kerjakan di Dunia ini. KULIT manusia dapat berkata-kata di Akhirat kelak!!! Maka, kamu tidaklah dapat untuk menipu Allah kerana kulitmu akan menjadi saksi terhadap dirimu sendiri. Lihatlah kpd kulitmu sekarang.

Ke manakah orang² yg ingkar kpd Allah akan pergi?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

28👉 Manusia yg ingkar akan dilemparkan ke dalam Neraka!!!

Allah berfirman: 'Lemparkanlah olehmu berdua (Malaikat) ke dalam Neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala, yang sangat enggan melakukan kebajikan, melanggar batas lagi ragu², yang menyembah sembahan yang lain beserta ALLAH maka lemparkanlah dia ke dalam seksaan yang sangat'
[Al-Qur-An, Surath 50, Ayat 24-26]

      Allah perintahkan kpd Malaikat untuk melemparkan semua manusia yg sangat ingkar dan keras kepala, yg sangat enggan melakukan kebajikan, yg melanggar batas lagi ragu², yg menyembah sesembahan yg lain beserta Allah ke dalam Neraka. Setelah kamu mengetahui, Apakah kamu tidak merasa takut kpd azab yang Allah sediakan untuk manusia yg mempersekutukan Allah, untuk manusia yg menyembah sesembahan selain Allah?

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

29👉Doa (permohonan) mohon perlindungan kpd Allah dari syaitan.

      Allah beritahu, musuh manusia yg nyata ialah syaitan. Syaitan itu ada yg datangnya dari golongan jin dan manusia. Mereka membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia (hati) untuk membawa manusia ke Neraka. Namun, Allah (Maha Penyayang, Maha Pengasih) telah menyediakan kata² untuk kamu memohon perlindungan kepada Nya. Sentiasalah baca kata² di bawah.

Katakanlah:
'Aku berlindung kepada
TUHAN MANUSIA (ALLAH),
RAJA MANUSIA (ALLAH),
SEMBAHAN MANUSIA (ALLAH),
dari kejahatan (bisikan jahat) syaitan yang biasa bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia'
[Al-Qur-An, Surath 114, Ayat 1-6]

Benarkah hanya Allah yg kamu sembah?
Apakah dalam masa yg sama kamu juga sedang menyembah sembahan² moden yg lain selain Allah sehingga kamu abaikan perintah² dan larangan² Allah?
Apakah kamu juga sedang mempersekutukan Allah?

Sentiasalah lihat apa yg ada di dalam hati kamu.
Periksalah hatimu dgn Al-Qur-An dan Al-Hadis.
Sentiasalah tanam kalimah di bawah ke dalam hatimu.
'tiada tuhan selain Allah'
'tiada sembahan lain selain Allah'
'tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah'
'tiada sembahan lain yg berhak disembah selain Allah'
'tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah'
'tiada sembahan lain selain Allah'
'tiada tuhan selain Allah'

      
'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

30👉 Marilah menyembah Allah, Raja Manusia, Sembahan Manusia.
      
      Hanya Allah, sembahan manusia yg sebenarnya. Dia lah Raja. Raja Manusia. Sembahlah Allah kerana Dia lah yang menciptakan manusia. Sembahlah Allah kerana Dia telah beritahu tiada sesembahan yg lain selain DiriNya. Allah sahaja yg berhak disembah oleh manusia sebabnya Dia lah yg menciptakan manusia. Allah telah menurunkan Kitab Al-Qur-An untuk bacaan manusia. Namun, ada manusia yg membacanya dan ada manusia yg tidak membacanya. Manusia diperintah untuk beriman kpd kata² Allah (Al-Qur-An). Namun, ada manusia yg beriman kpdnya, ada manusia yg tidak beriman kpdnya. Manusia diperintah untuk patuh kpd peraturan yg ada di dalam Al-Qur-An. Namun, ada manusia yg patuh dan ada yg tidak patuh, ada juga yg patuh hanya sebahagiannya sahaja.
  • Bagaimana pula dgn manusia² yg lain yg masih belum tahu bahawa Allah lah Raja Manusia, Sembahan Manusia yg sebenar?
  • Adakah mereka tahu bahawa Allah telah perintahkan manusia untuk menyembah Nya?
  • Adakah manusia lain mengetahui bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg lain yg berhak disembah selain Allah?
  • Apakah kamu (orang yg beriman kpd Allah) telah memberitahu kpd mereka yg tidak mengetahui bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg lain yg berhak disembah selain Allah?
Nah... lihatlah sendiri sejauh mana kekuatan iman yg ada di dalam hati kita. Beratnya tangan kita untuk mengubah kemungkaran, beratnya lidah kita untuk memberitahu kpd orang² yg ingkar kpd AllahLemahnya iman kita untuk memberitahu kpd orang² yg ingkar (kafir) bahawa tiada sesembahan (tuhan) yg lain yg berhak disembah selain Allah.

Al-Hadis:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

PESAN RASULULLAH S.A.W:
Katakanlah:
‘Hai manusia, jika kamu masih dalam keragu-raguan tentang agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah yang kamu sembah selain ALLAH, tetapi aku menyembah ALLAH yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang² yang beriman dan (aku telah diperintah): Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang² yang musyrik dan janganlah kamu menyembah apa² yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain ALLAH sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang² yang zalim
[Al-Qur-An, Surath 10, Ayat 104-106]

dan Demikianlah Kami menjelaskan ayat² itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).
[Al-Qur-An, Surath 7, Ayat 174]

'HANYA ALLAH YANG BERHAK DISEMBAH'
Percaya dan yakinlah kpd kata² Allah (ayat² Al-Qur-An)

Bagaimana cara menyembah Allah?
Apa yang hendak dipersembahkan kepada Allah?

Bersambung....

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar