Tiada daya dan upaya untukku menulis melainkan dengan izinMu....
(bersambung dari Perintah Sembahlah Allah)
Kitab Al-Qur-An adalah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh manusia sebagai bacaan dan petunjuk untuk kembali kpd Allah. Di dalamnya, banyak ayat² / kata² untuk manusia jadikan pengajaran, pelajaran dan petunjuk ketika menjalani kehidupan di muka bumi ini. Siapa yang mengikutinya, maka dirinyalah yg beruntung (dengan izinNya). Allah memilih dan melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNya untuk menyampaikan ayat²Nya kepada manusia agar manusia menyembah Allah sebelum manusia meninggalkan dunia ini.
Semoga kita, terus tetap diberi petunjuk olehNya selagi masih dihidupkan di bumi ini. Sekejap lagi, mungkin kamu akan meninggalkan dunia ini. Yang pasti seperti yg dijanjikan, seperti yg ditulis di dalam Kitab Al-Qur-An, kamu pasti akan dimatikan oleh Allah s.w.t, Raja Manusia.
Marilah kita mengamati ayat² yg berkaitan 'menyembah Allah'.
1👉 Sebelum Nabi Ya'qub meninggalkan dunia ini, dia berkata kepada anak²nya tentang apa yg anak²nya akan sembah setelah beliau tiada;
Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda²) maut, ketika dia berkata kepada anak²nya: 'Apa yang kamu sembah sepeninggalku?' Mereka menjawab: 'kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya'
[Al-Qur-An, Surath 2, ayat 133]
Jika ayat Al-Qur-An di atas dibacakan dan ditanyakan kpd dirimu, tentu sekali jawapannya adalah TIDAK HADIR. Namun cerita itu diberitahukan kpd Nabi Muhammad dan akhirnya sampai kpd pengetahuan kamu. Anak² Nabi Ya'qub memberitahu kpd ayahnya bahawa mereka akan menyembah Allah dan hanya tunduk patuh kpd Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Kini kamu mengetahui bahawa sejak dahulu lagi, Allah telah disembah oleh manusia.
Allah lah yg menciptakan manusia, Allah lah yg menguasai manusia, Allah lah yg mematikan manusia. Dia lah Raja Manusia. Raja Manusia telah memerintahkan manusia agar manusia menyembah Dia. Kamu adalah manusia, maka sembahlah Raja Manusia (Allah). Sembahlah Raja kamu yg sebenar iaitu Allah sebelum kamu dimatikan (meninggal dunia). Lihatlah, sudah banyak manusia yg meninggalkan dunia ini (mati). Bila tibanya masa kamu, Raja kamu (Allah) akan mematikan kamu. Maka, sebelum kamu dimatikan, tunduklah, patuhlah, taatlah kepada Raja kamu (perintah dan larangan Dia ketika kamu di bumi ini).
Di bumi ini, ada pelbagai corak kehidupan yg manusia amalkan, namun Allah, Pencipta Manusia telah menyediakan corak / gaya kehidupan yg paling terbaik utk kamu ikuti / amalkan. Dia (Allah) Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kamu kerana Dia lah yg menciptakan kamu (manusia). Antara corak / gaya kehidupan yg terbaik, yg disediakan oleh Allah utk kamu ikuti ialah SEMBAHLAH ALLAH.
2👉 Allah telah menyediakan corak kehidupan (shibghath) untuk kamu ikuti dan ianya dinamakan sebagai 'Shibghath Allah'. 'Celup'kanlah / 'warna'kanlah dirimu dgn Shibghath Allah.
Shibghath Allah, dan siapakah yang lebih baik shibghathnya daripada Allah? dan hanya kepadaNya lah kami menyembah.
[Al-Qur-An, Surath 2, ayat 138]
Sejarah menceritakan, dahulunya ada manusia yg mencelupkan anak mereka ke dalam air yg dipercayai dapat menjadikan anak mereka orang² yg suci daripada dosa kerana kepercayaan mereka mengatakan bahawa anak² yg baru dilahirkan membawa dosa. Sebab itu mereka mencelupkan anak mereka ke dalam air yg berwarna.
Allah yg menciptakan manusia telah menyediakan agama yg diredhaiNya (Islam) untuk manusia amalkan / ikuti dan ianya dipanggil sebagai Shibghath Allah. Jika ayat di atas dibacakan dan ditanyakan kpd diri kamu, siapakah yg lebih baik shibghathnya daripada Allah? Apakah kamu masih ada jawapan yg lain setelah kamu mengetahui bahawa Allah adalah Raja kamu (Raja Manusia)?
Kerna Dia lah Raja Manusia, maka tiada lagi shibghath yg lebih baik selain daripada Shibghath Allah yg disediakan (diaturkan) olehNya untuk manusia, untuk kamu amalkan / ikuti / patuhi. HIDUP ADA PERATURAN (DISIPLIN). Apabila kamu mengetahui dan YAKIN bahawa Allah lah Raja kamu, maka, 'celup'kanlah dirimu ke dalam Shibghath Allah (ikut perintah² Allah). 'Warnai'lah dirimu dgn Shibghath Allah. Dgn erti kata lain, apabila kamu sedar bahawa Shibghath Allah lah yg lebih baik, maka sembahlah Allah, taatlah, patuhlah, sujudlah kepada Dia.
Kamu sembah Allah tetapi kenapa kamu masih makan rezeki yg tidak baik (haram)?
Bacalah peringatan ini...
3👉 Kamu perlu makan kerana itu adalah hak jasad/tubuh/badan. Sekiranya manusia tidak makan, hak jasad tidak ditunaikan. Jasad perlukan makanan tetapi Allah beri peringatan kpd orang² yg beriman yakni orang² yg yakin bahawa Allah lah Rajanya, Tuhannya, 'makanlah rezeki yang baik² (halal)';
'Hai orang² yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik² (thoyibat) yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika benar² hanya kepadaNya kamu menyembah.'
[Al-Qur-An, Surath 2, ayat 172]
Ada manusia yg yakin bahawa Allah lah Tuhan dia (orang² yg beriman), dia menyembah Allah tetapi masih makan rezeki yg tidak baik (haram). Hai orang² yg beriman, jika benar kamu hanya menyembah Allah, makanlah rezeki yg baik² (halal) yg Allah berikan dan bersyukurlah kpd Dia, berterima kasihlah kpd Dia. Dia telah berikan rezeki yg baik² kpd kamu tetapi kenapa kamu masih makan rezeki yg tidak baik (haram)? Jika benar kamu hanya menyembah Allah, makanlah rezeki yg baik².
Di bumi ini ada manusia yg enggan menyembah Allah, Raja Manusia. Mungkin mereka tidak tahu bahawa Allah lah Raja Manusia, Allah lah Tuhan manusia. Mungkin pengetahuan (kebenaran) belum sampai kpd mereka atau mungkin mereka memang enggan menyembah Allah atau mungkin mereka tidak tahu bahawa Allah menyuruh manusia menyembah Dia atau mungkin mereka tidak kenal Allah. Tetapi kenapa kamu yg sudah tahu bahawa Allah itu Raja kamu, Tuhan kamu, kamu masih enggan menyembah Dia? Kenapa? Sedarlah, diri kamu itu diciptakan oleh Allah. Dia lah Raja kamu, Dia lah Tuhan kamu. Allah beri rezeki kpd kamu tetapi kenapa kamu masih enggan menyembah Allah? Sembahlah Allah.
Bacalah berita tentang Malaikat...
(Ini semua adalah berkaitan KEYAKINAN kpd ayat² Al-Qur-AN)
4👉 Allah beritahu, malaikat² ciptaanNya tidak merasa enggan menyembah Dia;
Sesungguhnya malaikat² yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkanNya dan hanya kepadaNya lah mereka bersujud.
[Al-Qur-An, Surath 7, ayat 206]
Malaikat tidak ada rasa enggan menyembah Allah tetapi kamu enggan menyembah Allah. Kenapa kamu enggan menyembah Allah? Allah beri rezeki kpd kamu mengikut kehendak Dia sedikit atau banyak. Usahalah sehebat manapun, jika Allah tetapkan rezeki kamu hanya sebanyak itu, maka sebanyak itulah yg kamu dapat. Soalnya, Kenapa kamu enggan menyembah Allah, kenapa kamu enggan bersujud kpd Allah? Kenapa? Apakah kamu masih ragu² tentang agama Allah (Islam)? Allah perintahkan kamu (manusia) untuk sembah Dia.
5👉 Utusan Allah telah beritahu kpd manusia. Siapa manusia? Kamulah manusia. Lihatlah kpd dirimu.
Katakanlah : "Hai manusia, jika kamu masih dalam keragu-raguan tentang agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah yang kamu sembah selain Allah, tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang² yang beriman"
[Al-Qur-An, Surath 10, ayat 104]
Bacakanlah ayat di atas kpd diri kamu. Janganlah kamu ragu² tentang agama Allah. Sembahlah Allah. Ingatlah, Raja kamu (Allah) yg menciptakan (menghidupkan) kamu dan Allah lah, Dia lah yg akan mematikan kamu. Dia lah yg berkuasa ke atas diri kamu.
Allah (Raja Manusia) mematikan manusia |
Mengapa kamu menyembah yg lain selain Allah? Tidak ada sembahan yg lain selain Allah sebabnya Allah tidak menurunkan keterangan apapun tentang sembahan yg lain selain Dia. Marilah... Marilah masuk ke dalam golongan orang² yg beriman (orang² yg yakin, yg menyembah Allah) sebelum kamu dimatikan oleh Allah (Raja Manusia). Jadilah orang² yg beriman kpd Allah bukannya beriman kpd yg selain Allah.
6👉 Allah beritahu ada manusia yg menyembah nama² yg manusia ciptakan sedangkan Allah tidak menurunkan suatu keterangan apapun tentang nama² itu;
Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama² yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama² itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. DIA telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain DIA. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[Al-Qur-An, Surath 12, ayat 40]
Apakah kamu mengetahui tentang perintah ini? Allah perintahkan kamu agar kamu tidak menyembah yg lain selain Dia. Menyembah Allah adalah agama yg lurus (perbuatan/amalan yg benar) tetapi ramai manusia tidak mengetahui. Allah, Raja Manusia beritahu bahawa ramai manusia yg tidak mengetahui tentang agama (perbuatan) yg lurus (yg benar). Apakah kamu termasuk di dalam golongan manusia yang tidak mengetahui? Carilah... carilah pengetahuan (kebenaran) sebelum kamu dimatikan oleh Allah, Raja Manusia, Raja kamu.
7👉 Allah beritahu ada manusia yg tahu tentang kebenaran tetapi dia ingkar sebahagian daripada ayat² peringatan yang ada di dalam kitab Al-Qur-An. Apakah kamu juga begitu?
Orang² yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan² yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan DIA. Hanya kepadaNya aku seru (manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali"
[Al-Qur-An, Surath 13, ayat 36]
Ingatlah, Raja kamu (Allah) telah perintahkan kamu untuk menyembah Allah dan juga perintah jangan persekutukan Dia dgn sesuatu apapun. Setelah kamu sembah Dia, janganlah pula kamu rasa ada kuasa yg lain lagi selain Dia (jgn yakin kpd yg lain selain Allah). Ini adalah berkaitan KEYAKINAN.
Tanyailah dirimu, apakah benar kamu telah mematuhi peraturan² yg ada di dalam Al-Qur-An dgn sepenuhnya? Atau apakah kamu sedang mengingkari sebahagian daripada peraturan² yg ada di dalam Al-Qur-An? Jangan makan rezeki haram. Sebut makan, rasa lapar lagi? Makanlah. Carilah rezeki, nanti Allah beri. Perut yg lapar, kamu yg makan. Kamu yg cari rezeki, Allah yg beri rezeki.
8👉 Allah beritahu, makanlah yang halal lagi baik;
Maka, makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya saja.
[Al-Qur-An, Surath 16, ayat 114]
Di dunia ini, Allah ciptakan rezeki Halal dan Haram untuk menguji amal kamu. Jika benar kamu hanya menyembah kepada Allah, makanlah rezeki yang halal, ambillah rezeki yg halal. Janganlah makan (ambil) rezeki yang haram. Apakah kamu kenal rezeki yg haram? Apakah kamu merasa angkuh dan letih untuk mentaati perintah mencari rezeki yg halal lalu kamu cari rezeki secara yg haram? Apakah kamu angkuh dan letih untuk sembah Allah?
9👉 Allah beritahu, malaikat tidak ada rasa angkuh dan tidak rasa letih untuk menyembah Allah;
dan kepunyaanNya lah segala yang di langit dan di bumi, dan malaikat² yang di sisiNya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembahNya dan tiada (pula) merasa letih.
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 19]
Tidakkah kamu merasa malu kepada Malaikat yang berada di kanan dan di kiri kamu? Malaikat yg mencatatkan apa yg kamu kerjakan. Malaikat yg mana? Sebagai manusia di muka bumi ini, carilah pengetahuan (Al-Qur-An) yg telah disediakan oleh Allah (Raja Manusia). Janganlah ada rasa angkuh di dalam diri kamu sehinggakan kamu tidak menyembah Allah dan janganlah pula merasa letih apabila menyembah Allah.
Siapa yg telah memberi petunjuk (panduan) kepada kamu?
10👉 Allah beritahu, ada manusia yg Allah telah jadikan mereka sebagai pemimpin² yg memberi petunjuk kpd manusia dengan perintah DIA;
Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin² yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan sholath, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami lah mereka selalu menyembah,
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 73]
Ketahuilah bahawa ada di antara manusia di muka bumi ini, Allah telah jadikan mereka yg hanya kpd Allah lah mereka selalu menyembah sebagai pemimpin² yg memberi petunjuk kpd manusia. Petunjuk² yg Utusan Allah (Rasulullah) dan org² yg beriman terdahulu berikan / tinggalkan masih ada hingga ke hari ini. Banyak peringatan² (petunjuk²) yg ada di dalam Kitab Al-Qur-An. Bacalah Kitab Al-Qur-An untuk dapatkan pengetahuan / petunjuk. Seperti di atas, kerjakanlah kebaikan, dirikanlah sholath, tunaikanlah zakat. Apakah kamu mengikuti petunjuk² itu?
11👉 Allah beritahu tentang kisah Nabi Ayub untuk dijadikan peringatan bagi semua yg menyembah DIA;
dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 83-84]
Lihatlah. Petunjuk yg diberikan oleh Nabi Ayub. Allah boleh lenyapkan (sembuhkan) penyakit dengan begitu sahaja. Lihatlah kuasa Allah. Allah boleh sembuhkan penyakit. Allah Maha Kuasa. Allah jadikan kisah ini sebagai peringatan bagi semua yang menyembah Allah. Setelah mengetahui, setelah diperingatkan, lalu bagaimana dengan kamu? Bacalah Kitab Al-Qur-An, di dalamnya ada peringatan bagi diri kamu.
Setelah diperingatkan, bagaimana tindakbalas kamu terhadap peringatan itu? Masih mempercayai bahawa ada kuasa yg lain yg dapat menyembuhkan penyakit kamu? TIDAK ADA kuasa lain yg dapat menyembuhkan penyakit kamu selain Allah. Allah ceritakan kisah ini sebagai peringatan bagi semua yang menyembah Allah.
Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini, benar² menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah.
[Al-Qur-An, Surath 21, ayat 106]
Sudah tentu, bagi manusia yg benar² menyembah Allah, manusia yg tidak mempersekutukan apapun dgn Allah, Al-Qur-An benar² menjadi peringatan kepada diri mereka. Namun begitu, ada manusia yg tidak menjadikan Al-Qur-An itu sebagai peringatan kepada dirinya sebab itu dia lupa / tidak tahu tentang peringatan yg ada di dalam Al-Qur-An.
dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi (tidak dengan penuh keyakinan); maka jika dia memperoleh kebajikan, tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia ke belakang (kembali kafir lagi). Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.
[Al-Qur-An, Surath 22, ayat 11]
Allah beritahu ada manusia yang menyembahNya tetapi dia tidak yakin sepenuhnya kpdNya. Apakah kamu juga tidak mempunyai keyakinan 100% terhadap Allah? Apabila kamu mendapat kebaikan, kamu tetap menyembah Allah, apabila kamu mendapat keburukan, kamu tidak menyembah Allah. Kamu hanya menyembah Allah apabila kamu mendapat kebaikan sahaja. Apakah kamu begitu?
dan ALLAH telah berjanji kepada orang² yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal² yang soleh, bahawa DIA sungguh² akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang² yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh DIA akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan DIA benar² akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah KU dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan AKU, dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang² yang fasik.
[Al-Qur-An, Surath 24, ayat 55]
Lihatlah. Allah beritahu bahawa Dia telah berjanji kpd orang² yg beriman dan mengerjakan amal² yg soleh bahawa Dia sungguh² akan menjadikan mereka berkuasa di bumi. Bukannya kpd orang² yg beriman tetapi tidak mengerjakan amal² yg soleh. Janganlah kamu memasukkan dirimu ke dalam golongan orang² yg fasik (org² yg tidak yakin kpd janji² Allah). Tetaplah menyembah Allah, yakinlah kpd janji² Allah dan kerjakanlah amal² yg soleh.
15👉 Rasulullah beritahu kepada manusia bahawa baginda hanya diperintahkan untuk menyembah Allah dan baginda juga telah diperintahkan supaya baginda termasuk orang² yg berserah diri;
Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang telah menjadikannya suci dan kepunyaanNya lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang² yang berserah diri.
[Al-Qur-An, Surath 27, ayat 91]
Rasulullah hanya diperintahkan oleh Allah untuk sembah Dia dan tidak diperintahkan untuk sembah yg lain selain Allah. Bagaimana dengan dirimu? Apakah kamu telah benar² menyembah Allah? Apakah kamu telah benar² berserah diri kpd Allah?
Serah Diri |
16👉 Atau kamu telah berserah diri kpd syaitan² (ikut perintah syaitan)? Kenalkah kamu kpd syaitan² musuh kamu yg nyata? Jangan... sebab Allah telah memperingatkan kamu bahawa jangan menyembah syaitan kerana dia adalah musuh yg nyata bagi kamu;
Bukankah AKU telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu dan hendaklah kamu menyembah KU. Inilah jalan yang lurus.
[Al-Qur-An, Surath 36, ayat 60-61]
Ingatlah perintah Allah, Raja Manusia. Dia perintahkan kamu agar kamu sembah Dia. Maka, hendaklah kamu sembah Dia kerana itulah peraturan yg disediakan oleh Allah untuk diikuti / dipatuhi di bumi ini. Allah beritahu, sembah DIA, inilah jalan yg lurus. Janganlah kamu sembah syaitan (ikut perintah syaitan).
17👉 Ikutlah Rasulullah (Utusan/Pesuruh Allah). Allah perintahkan Baginda supaya menyembah DIA;
Katakanlah : 'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama, dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama² berserah diri'
[Al-Qur-An, Surath 39, ayat 11-12]
Allah (Raja Manusia) telah perintahkan Utusan Dia untuk menyembahNya dgn memurnikan ketaatan kepadaNya dalam berkelakuan (beragama) dan diperintahkan supaya menjadi orang yg pertama menyerahkan diri kepadaNya (mengikut perintah²Nya). Ada manusia yg menyembah Allah tetapi tidak memurnikan ketaatannya kpd Allah, tidak benar² menjaga ketaatannya kpd Allah dlm menjalankan agama. Campur aduk. Sekejap taat kpd Allah, sekejap tidak taat kpd Allah. Bila lagi kamu hendak berserah diri kpd Allah? Sekejap lagi kamu mungkin dimatikan oleh Allah. Selagi kamu dihidupkan, berusahalah untuk berserah diri kpd Allah dgn sepenuhnya (ikut peraturan² yg Allah telah sediakan di bumi ini).
Dan sebahagian dari tanda² kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada ALLAH yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah.
[Al-Qur-An, Surath 41, ayat 37]
Jika kamu hanya menyembah Allah, janganlah lagi menyembah yg selain Allah, janganlah lagi berserah diri kpd yg lain selainNya. Janganlah kamu 'sujud' kpd makhluk (manusia dan lain²). Bersujudlah kpd Allah yg menciptakan manusia. Jika hanya kepada Allah saja kamu menyembah, janganlah kamu 'bersujud' kpd makhluk yg perintahkan kamu utk melakukan perbuatan keji, mungkar dan janganlah melanggar peraturan² yg Allah sediakan.
19👉 Sebabnya Allah sudah beritahu bahawa tidaklah DIA menciptakan jin dan manusia melainkan supaya jin dan manusia itu menyembah DIA.
dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah KU.
[Al-Qur-An, Surath 51, ayat 56]
Itulah tujuan kamu (manusia) diciptakan dan ditempatkan di atas muka bumi ini. Untuk apa? Menyembah Allah. Ya.. untuk menyembah Allah.
20👉 Kamu semua diciptakan oleh Allah. Allah lah Raja Manusia. Allah suruh kamu sembah DIA tetapi kenapa kamu tidak mahu sembah DIA? Allah cerita bahawa DIA memelihara manusia yang menyembah DIA daripada azab api Neraka...
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah² keluarga kami merasa takut (akan diazab). Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab Neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembahNya. Sesungguhnya DIA lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.
[Al-Qur-An, Surath 52, ayat 26-28]
Apakah kamu tidak takut diazab oleh Allah? Apakah kamu tidak mahu dipelihara (diselamatkan) dari azab Neraka?
Sembahlah Allah...
dan bahawasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembahNya (mengerjakan ibadat), hampir saja jin² itu desak mendesak mengerumuninya.
[Al-Qur-An, Surath 72, ayat 19]
Allah beritahu, ada jin² yang mengerumuni hamba Allah (Nabi Muhammad) yg sedang menyembah Dia. Apakah jin² itu ingin mendengar bacaan (Al-Qur-An) yg dibacakan? Apakah kamu pernah dikerumuni oleh jin² ketika kamu berdiri menyembah Allah? Apa yg akan kamu katakan?
22👉 Katakanlah bahawa kamu hanya menyembah Allah dan kamu tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya;
Katakanlah: "Sesungguhnya, aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya.
[Al-Qur-An, Surath 72, ayat 20]
Janganlah kamu mempersekutukan Allah... Janganlah kamu sembah yang lain selain Allah. Janganlah kamu yakin kpd yang lain selain Allah. Jangan persekutukan Dia. Kenapa kamu perlu yakin kpd yg lain selain Dia? Jangan. Luruskan (betulkan) ketaatanmu, keyakinanmu hanya kepada Dia.
23👉 Allah beritahu tentang agama (perbuatan amalan) yg lurus;
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta'atan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan sholath dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus.
[Al-Qur-An, Surath 98, ayat 5]
Allah menceritakan, ada manusia yg tidak mahu meninggalkan agama nenek moyangnya sebelum datang kpd mereka bukti² yg nyata tentang agama Allah. Apabila datang bukti² yg nyata, yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, mereka berpecah pelah. Padahal mereka hanya disuruh supaya menyembah Allah sahaja. Inilah agama (perbuatan) yg lurus (benar). Allah suruh sembah Dia sahaja tetapi kenapa sampai berpecah belah? Sembahlah Allah...
Hampir setiap hari, manusia makan.
Siapa yg memberi rezeki kpd manusia?
Siapa yg menghilangkan lapar?
Kerana kebiasaan orang² Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim dingin dan musim panas. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini [Ka'bah], yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.
[Al-Qur-An, Surath 106, ayat 1-4]
Sebelum kamu dimatikan Allah (RM), ketahuilah olehmu bahawa yg telah memberi makanan kpd kamu selama ini, yg telah menghilangkan lapar kamu selama ini, yg telah mengamankan kamu dari ketakutan selama kamu hidup ini ialah Allah (RM). Apabila kamu melihat Ka’bah, ingatlah bahawa pemiliknya ialah Allah. Maka, sembahlah Allah sebelum kamu dimatikan Allah (RM-Raja Manusia).
SETELAH KAMU MEMBACA AYAT-AYAT DI ATAS, MAKA, SEMBAHLAH TUHAN PEMILIK KAABAH, ALLAH SUBHANAHU WA TA 'ALA.
TUNDUK. PATUH. TAAT.
ALLAH
RAJA MANUSIA (RM)
Katakanlah:
"Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia, Raja Manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (jenis) jin dan manusia"
[Al-Qur-An, Surath An Nas (manusia), 114:1-6]
Jika benar kamu menyembah Allah, janganlah kamu jadikan duit (RM) sebagai Raja Manusia sehingga kamu lupa Raja Manusia yg sebenarnya.