Monday, February 1, 2016

Tugu Peringatan ESA: Kisah Rekayasa 'Menuju Jalan Mim' - Part 16

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 16 : Tugu Peringatan ESA

DENGAN NAMA Mu ALLAH (BISMILLAH), tertulislah...
      Esok belum pasti adanya sinar mentari, namun apa yg ada hari ini, aku tuliskan di sini untuk memperingatkan diri sendiri. Bagi mereka yg telah menemui apa yg dicari, tentunya mereka sedang berbahagia bersama-Nya sebagaimana kisah² yg diceritakan. Apa yg dilakukan ini bolehlah dikatakan 'BELAJAR SAMBIL BEKERJA'. Bekerja untuk menyara kehidupan. Pengalaman mengatakan bagi si pencari akan terus mencari sambil bekerja. Harapannya adalah agar mereka dapat menjalani kehidupan ini dgn baik dan mereka ingin merasai / mendapatkan keredhaan / kebahagiaan / ketenangan / keselamatan yg kekal sehingga meninggalkan dunia ini. JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT-NYA. Teruskan mencari...        
-------------------------------------------------------------------------------

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 15...  

Dalam perjalanan yg kulalui setakat ini, aku telah menemui KeBesaranNya, KeKuasaanNya,KeAsaanNya dan KeEsaanNya. Kempat-empat ini telah aku letakkan pada sebuah tugu peringatan dan aku namakannya Tugu Peringatan ESA yang aku bina untuk peringatan diriku. Di manakah tugu peringatan itu?  
- bersambung...

54. Mengenang Perjalanan Yang Lalu

     Aku bersandar di dinding dunia seketika (berehat dalam perjalanan). Mengenangkan perjalanan yg telah berlalu. Ku renungi di dalam kenangan. Terlalu jauh di belakang sana kerana perjalananku telah melalui beberapa tahun. Perjalanan yg bermula setelah mendengar Azan menyebut 'Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)'. Lalu ketika itu aku seperti digerakkan oleh SATU KUASA dan TENAGA yg aku sendiri tidak mengetahui dari manakah ia datang (tidak tahu pada waktu itu), yg mengerakkanku untuk mencari pengetahuan (ilmu, maklumat dan sebagainya). Maka bermulalah perjalananku dengan mencari 'BESAR'. Setelah bertemu 'BESAR', Besar membawaku untuk bertemu dengan 'KUASA'. Setelah bertemu 'KUASA', Kuasa membawaku untuk bertemu pula dengan 'ASA' dan akhirnya Asa membawaku untuk bertemu dengan 'ESA' (kisah dalam artikel yang terdahulu).

55. Jari Telunjuk Menunjuk
      Antara fungsi Jari telunjuk adalah untuk tunjuk. Tunjuk apa? Satunya adalah untuk menunjukkan bahawa Allah itu Tunggal, Allah itu Satu Sahaja, pemberitahuan ini diletakkan pada jari telunjuk. Cubalah diangkat jari telunjuk seperti gambar di bawah. Itulah, jari telunjuk memperingatkan diri bahawa Allah itu hanya Satu Sahaja, Dia-lah yg Tunggal. Tiada lagi tuhan yg lain, selain Allah.
      Perkataan 'SA' ada di dalam setiap perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA. Sebagaimana yg telah ditemui sebelum ini, 'SA' itu maknanya adalah 'satu / tunggal' . Di sini perkataan 'SA' yg tersembunyi ini, menunjukkan bahawa Yang Besar, Yang Kuasa, Yang Asa dan Yang Esa itu hanyalah Allah. Tidak ada yg lain lagi Yang Besar, Yang Kuasa, Yang Asa dan Yang Esa selain Allah. Hanya Dia-lah yg Tunggal, yg seperti itu. Untuk itulah, ku semadikan maklumat ini pada jari telunjuk.

56. Nama Allah Pada Jari Telunjuk
      Sedang ku perhatikan jari telunjukku sambil memikirkan tentang-Nya, terdengar suara berkata, 'Apakah kamu sedang melihat jari telunjukmu? Lihatlah nama Tuhanmu, 'Allah', ianya ada tertulis pada jari telunjukmu. Hanya pada jari telunjuk sahaja (sebelah kanan), kamu boleh melihat nama Allah (huruf Arab) yg digariskan oleh garisan ruas² jari'. Aku melihat pada jari telunjukku.


      Memang ada kelihatan nama Allah (tulisan Arab) yg tertulis. Maka, bagiku jari telunjuk itu mewakili kenyataan 'tunggal / satu sahaja' dan pada jari telunjuk itu juga telah ada nama 'Allah'. Maka begitulah, pada jari telunjuk telah disimpan maklumat ini sekian lama bahawa Tuhan yg bernama Allah-lah Tuhan yang tunggal. Tidak ada tuhan yg lain lagi selain yg bernama Allah.

"dan di bumi itu terdapat tanda² (kekuasaan Allah) bagi orang² yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiriMaka apakah kamu tiada memperhatikan?"
[S51:A20-21]

Tanda² seperti ini hanya benar bagi orang² yang yakin sahaja. Apakah kamu telah perhatikan tanda² kekuasaan-Nya pada dirimu sendiri?

57. Tugu Peringatan ESA
Tugu Peringatan ESA
      Perjalananku, telah memberitahu kpdku sedikit tentang Allah Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Asa dan Maha Esa. Juga, telah ditunjukkan pada jari telunjuk bahawa telah ada pernyataan bahawa Allah yg tunggal itu satu sahaja. Lihat jari telunjuk dan kaitkan dgn Allah.
      Sebagai peringatan untuk diri sendiri, kusemadikan maklumat yg dikutip di sepanjang perjalanan ini iaitu tentang BESAR, KUASA, ASA dan ESA pada ruas² jari telunjuk seperti mana pada gambar sebelah dan ku namakan ia Tugu peringatan ESA.
       Bermula dari “Allah Maha Besar”, menuju ke “Allah Maha Kuasa”, menuju ke “Allah Maha Asa” dan akhirnya sampai ke “Allah Maha Esa”.

Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa
Allah Maha Asa 
Allah Maha Esa 

      Apabila menyebut nama 'Allah', secara langsungnya telah diketahui (hanya apa yg diketahui) bahawa Allah, Dia-lah yang Tunggal, Dia-lah yg Satu Sahaja. Sebut sahaja nama 'Allah', apa-apa pengetahuan tentangnya telah terkandung di dalam nama-Nya yg satu itu (setakat mana yg diketahui sahaja). Allah... Allah... Allah...
      Telah ku tandakan perjalanan yg telah ku lalui pada ruas² jari telunjuk untuk ingatkan diri sendiri. BESAR, KUASA, ASA dan ESA.

1. ALLAH MAHA BESAR
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan tanda² kebesaran Allah di dunia ini.

2. ALLAH MAHA KUASA
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan tanda² kekuasaan Allah di dunia ini.

3. ALLAH MAHA ASA
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan ramai manusia berhajat kepada Allah (tidak berputus asa dari rahmat Allah).

4. ALLAH MAHA ESA
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan tanda² ke-esa-an Allah di dunia ini.

       Dalam perjalananku yg lalu, telah aku mengetahui sedikit tentang pengertian 'ESA'. Lihatlah, perkataan ESA berada di tempat yg paling tinggi /atas pada jari telunjuk (ruas hujung jari telunjuk). Bila ku pandang jari telunjuk, aku teringat perjalanan yg telah ku lalui.

Allah itu ESA (tidak ada sesiapapun / apapun berserta-Nya) dalam
1. Sifat-Nya (Tabiat²-Nya),
2. Nama-Nya (Panggilan² bagi tabiat-Nya),
3. Kelakuan-Nya (Perbuatan-Nya bagi menzahirkan sifat-Nya) dan
4. Zat-Nya (Diri-Nya).

58. Tanda KeEsaan Allah
      Allah sentiasa mengingatkan manusia akan tanda² KEESAAN DIA. Seperti ditunjukkan di dalam Al-Qur-An;

"DIA-lah (Allah) Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk MENIMBULKAN KETAKUTAN dan HARAPAN, dan DIA mengadakan awan mendung".
[S13:A12]

      Tiada siapapun yg boleh buat seperti di dalam ayat di atas. Allah telah memperlihatkan kilat kepadaku untuk menimbulkan ketakutan dan harapan pada diriku. Memang ku benar terasa takut dan berharap apabila melihat pancaran kilat yg begitu hebat. Apakah kamu juga berasa sepertiku? Tidak ada sesiapapun yg seperti Allah. Tidak ada seorang manusiapun yg boleh memperlihatkan kilat. Hanya Allah yg boleh buat begitu. Itulah, Allah yg tunggal. Itulah, tanda² Ke'ESA'aN Allah.

Soalan:
1. Apakah kamu berasa Takut apabila melihat kilat yg memancar berserta bunyinya?
2. Apakah timbul Harapan pada diri kamu ketika kamu melihat kilat yg memancar?
3. Siapakah yg buat kamu TAKUT dan siapakah yg buat kamu ada HARAPAN ketika kamu melihat kilat yg memancar beserta bunyinya yg kuat?

Jawapan: HANYA ALLAH, DIA-LAH YANG TUNGGAL , DIA-LAH YANG MAHA ESA YANG BOLEH BERBUAT SEPERTI ITU KEPADA DIRI KAMU. ITULAH ANTARA TANDA² KEESAAN ALLAH.

59. Meneliti Surah Al-Ikhlas
     Telah diperlihatkan kepadaku tanda² keBesaran Allah, tanda² keKuasaan Allah, tanda² keAsaan Allah dan juga tanda² keEsaan Allah (setakat yg diperlihatkan-Nya sahaja). Sambil melihat aku berkata,

“Ya.. ESA(Ahad) = Engkaulah Satu-satunya Allah”
“Ya.. ESA(Ahad) = Engkaulah Sesungguhnya Allah”.
“Ya.. ESA(Ahad) = Engkaulah Sebenarnya Allah”.

Direnung menung hingga setakat ini (hari ini).... Bila sebut,

Allah Maha Esa – Tiada apapun / sesiapapun berserta Dia
Allah Maha Besar – Besarnya Dia, mengatasi kebesaran² yg selain Dia
Allah Maha Kuasa – Hanya Dia yg ada kuasa
Allah Maha Asa – Dia lah tempat sebenar untuk manusia menggantungkan harapan; Asa = Harapan
Allah Yang Tunggal – Tidak ada tuhan yg lain selain Dia

     Dahulunya, telahku tertulis ESA = BESAR + KUASA + ASA (harapan) + SA (tunggal) dan sebenarnya ianya bukanlah satu persamaan. Setelah melalui perjalanan hingga hari ini, pada diriku ESA bermaksud, Tiada apapun berserta Allah dalam kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya, keasaan-Nya dan ketunggalan-Nya. Hanya Dia sahajalah yg Esa.

Aku meneliti Surat Al-Ikhlas lagi berulang kali.

Katakanlah:
Dia-lah Allah yang Esa [112:1]
ku berkata, ‘Engkau-lah, Allah Maha Esa yg tunggal’
Allah-lah tempat sekalian makhluk bergantung [112:2]
ku berkata, ‘Engkau-lah, Allah Maha Asa (Harapan), tempatku bergantung. Engkau-lah yg tunggal dalam keAsaan-Mu’
Tidak Dia beranak dan tidak diperanakkan [112:3]
ku berkata, ‘Hanya Engkau-lah, Allah Maha Kuasa. Engkau-lah yg tunggal dalam keKuasaan-Mu’
Dan tidak ada sesiapapun setara dengan-Nya [112:4]
ku berkata, ‘Hanya Engkau-lah, Allah Maha Besar. Engkau-lah yg tunggal dalam keBesaran-Mu. Tidak ada sesuatupun yg Besar seperti-Mu’

     Di dalam Surat Ikhlas, tidaklah aku menjumpai perkataan 'Ikhlas'. Setelah diteliti, Ikhlas itu ada di dalam ayat 2 'Allah-lah tempat sekalian makhluk bergantung'. Maka, Ikhlas yg difahami bag diri ini (setakat ini) 'JANGANLAH KAMU BERGANTUNG HARAP KEPADA SEBARANG YANG LAIN SELAIN ALLAH. HANYA BERGANTUNG HARAP KEPADA ALLAH SAHAJA'. Tidak bergantung kpd manusia, tidak bergantung kpd harta, tidak bergantung kpd pahala, tidak bergantung kpd amal dan sebagainya yg difahami, hanya bergantung kpd Allah sahaja.

"Di sini bukanlah bermaksud kamu tinggalkan usaha (tidak beramal) dan hanya bergantung kpd Allah semata-mata. Bukan begitu, ianya bermaksud usaha itu mesti dilakukan (untuk beramal), cumanya pergantungan harapan itu hendaklah hanya kpd Allah semata-mata bukanlah kpd yg selain Dia (bukan begantung kepada amal yg dilakukan). Itulah makna Ikhlas untuk dirimu (setakat ini)".

Aku menerangkan kepada diriku sendiri.

Hanya Allah (Yang Tunggal), Yang Maha ESA, ASA, KUASA dan BESAR…

     Begitulah perjalananku yang bermula dari mendengar laungan Azan “Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)” sehinggalah aku menemui pengertian perkataan 'ESA (AHAD)'. Bagiku, maksud 'Allah Maha Besar' adalah betapa Besarnya Allah itu, sehinggakan tidak terpandang kpd yg lain selain hanya memandang kepada-Nya sahaja sebabnya Allah Maha Besar. Apabila melihat orang yg kaya, bukanlah orang itu yg kaya tetapi yg kaya adalah Allah s.w.t yg memberi kekayaan kepadanya. Cara memandang sebegini hendaklah diamalkan untuk mendidik hati agar sentiasa bersama Allah (sentiasa ingat kpd Allah).

Kalimah “Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)” yg sering didengari ketika Azan bersuara dan kalimah yg sering disebut ketika manusia sedang mendirikan solat. Ketika menyebut 'Allah Maha Besar' tetapi masih nampak yg lain selain dari Yang Maha Besar (Allah), itu adalah sesuatu yg aneh sedang berlaku kepada diri.

Setakat ini sahaja ceritaku tentang ini. Pandang-pandanglah TUGU PERINGATAN ESA agar diri tidak terlupa untuk memandang kepada Yang Satu (Allah).

Allah Maha Besar !!!
Allah Maha Kuasa !!!
Allah Maha Asa !!!
Allah Maha Esa !!!

Ouh tuhanku…
Izinkanlah aku berjalan lagi…
Untuk terus mencari...
Apa yg ada di dalam kehidupan ini...
Agar diri ini...
Lebih mengerti dan memahami...
Apa sebenarnya yg telah terjadi...
Di alam diri ini...

Apakah kisah yg seterusnya dalam perjalanan menuju Jalan Mim ini?

BERSAMBUNG ENTAH BILA... KISAH REKAYASA "MENUJU JALAN MIM".. 

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
 
Kisah Rekayasa :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar