Monday, February 1, 2016

Tugu Peringatan ESA: Kisah Rekayasa 'Menuju Jalan Mim' - Part 16

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 16 : Tugu Peringatan ESA

DENGAN NAMA Mu ALLAH (BISMILLAH), tertulislah...
      Esok belum pasti adanya sinar mentari, namun apa yg ada hari ini, aku tuliskan di sini untuk memperingatkan diri sendiri. Bagi mereka yg telah menemui apa yg dicari, tentunya mereka sedang berbahagia bersama-Nya sebagaimana kisah² yg diceritakan. Apa yg dilakukan ini bolehlah dikatakan 'BELAJAR SAMBIL BEKERJA'. Bekerja untuk menyara kehidupan. Pengalaman mengatakan bagi si pencari akan terus mencari sambil bekerja. Harapannya adalah agar mereka dapat menjalani kehidupan ini dgn baik dan mereka ingin merasai / mendapatkan keredhaan / kebahagiaan / ketenangan / keselamatan yg kekal sehingga meninggalkan dunia ini. JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT-NYA. Teruskan mencari...        
-------------------------------------------------------------------------------

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 15...  

Dalam perjalanan yg kulalui setakat ini, aku telah menemui KeBesaranNya, KeKuasaanNya,KeAsaanNya dan KeEsaanNya. Kempat-empat ini telah aku letakkan pada sebuah tugu peringatan dan aku namakannya Tugu Peringatan ESA yang aku bina untuk peringatan diriku. Di manakah tugu peringatan itu?  
- bersambung...

54. Mengenang Perjalanan Yang Lalu

     Aku bersandar di dinding dunia seketika (berehat dalam perjalanan). Mengenangkan perjalanan yg telah berlalu. Ku renungi di dalam kenangan. Terlalu jauh di belakang sana kerana perjalananku telah melalui beberapa tahun. Perjalanan yg bermula setelah mendengar Azan menyebut 'Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)'. Lalu ketika itu aku seperti digerakkan oleh SATU KUASA dan TENAGA yg aku sendiri tidak mengetahui dari manakah ia datang (tidak tahu pada waktu itu), yg mengerakkanku untuk mencari pengetahuan (ilmu, maklumat dan sebagainya). Maka bermulalah perjalananku dengan mencari 'BESAR'. Setelah bertemu 'BESAR', Besar membawaku untuk bertemu dengan 'KUASA'. Setelah bertemu 'KUASA', Kuasa membawaku untuk bertemu pula dengan 'ASA' dan akhirnya Asa membawaku untuk bertemu dengan 'ESA' (kisah dalam artikel yang terdahulu).

55. Jari Telunjuk Menunjuk
      Antara fungsi Jari telunjuk adalah untuk tunjuk. Tunjuk apa? Satunya adalah untuk menunjukkan bahawa Allah itu Tunggal, Allah itu Satu Sahaja, pemberitahuan ini diletakkan pada jari telunjuk. Cubalah diangkat jari telunjuk seperti gambar di bawah. Itulah, jari telunjuk memperingatkan diri bahawa Allah itu hanya Satu Sahaja, Dia-lah yg Tunggal. Tiada lagi tuhan yg lain, selain Allah.
      Perkataan 'SA' ada di dalam setiap perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA. Sebagaimana yg telah ditemui sebelum ini, 'SA' itu maknanya adalah 'satu / tunggal' . Di sini perkataan 'SA' yg tersembunyi ini, menunjukkan bahawa Yang Besar, Yang Kuasa, Yang Asa dan Yang Esa itu hanyalah Allah. Tidak ada yg lain lagi Yang Besar, Yang Kuasa, Yang Asa dan Yang Esa selain Allah. Hanya Dia-lah yg Tunggal, yg seperti itu. Untuk itulah, ku semadikan maklumat ini pada jari telunjuk.

56. Nama Allah Pada Jari Telunjuk
      Sedang ku perhatikan jari telunjukku sambil memikirkan tentang-Nya, terdengar suara berkata, 'Apakah kamu sedang melihat jari telunjukmu? Lihatlah nama Tuhanmu, 'Allah', ianya ada tertulis pada jari telunjukmu. Hanya pada jari telunjuk sahaja (sebelah kanan), kamu boleh melihat nama Allah (huruf Arab) yg digariskan oleh garisan ruas² jari'. Aku melihat pada jari telunjukku.


      Memang ada kelihatan nama Allah (tulisan Arab) yg tertulis. Maka, bagiku jari telunjuk itu mewakili kenyataan 'tunggal / satu sahaja' dan pada jari telunjuk itu juga telah ada nama 'Allah'. Maka begitulah, pada jari telunjuk telah disimpan maklumat ini sekian lama bahawa Tuhan yg bernama Allah-lah Tuhan yang tunggal. Tidak ada tuhan yg lain lagi selain yg bernama Allah.

"dan di bumi itu terdapat tanda² (kekuasaan Allah) bagi orang² yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiriMaka apakah kamu tiada memperhatikan?"
[S51:A20-21]

Tanda² seperti ini hanya benar bagi orang² yang yakin sahaja. Apakah kamu telah perhatikan tanda² kekuasaan-Nya pada dirimu sendiri?

57. Tugu Peringatan ESA
Tugu Peringatan ESA
      Perjalananku, telah memberitahu kpdku sedikit tentang Allah Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Asa dan Maha Esa. Juga, telah ditunjukkan pada jari telunjuk bahawa telah ada pernyataan bahawa Allah yg tunggal itu satu sahaja. Lihat jari telunjuk dan kaitkan dgn Allah.
      Sebagai peringatan untuk diri sendiri, kusemadikan maklumat yg dikutip di sepanjang perjalanan ini iaitu tentang BESAR, KUASA, ASA dan ESA pada ruas² jari telunjuk seperti mana pada gambar sebelah dan ku namakan ia Tugu peringatan ESA.
       Bermula dari “Allah Maha Besar”, menuju ke “Allah Maha Kuasa”, menuju ke “Allah Maha Asa” dan akhirnya sampai ke “Allah Maha Esa”.

Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa
Allah Maha Asa 
Allah Maha Esa 

      Apabila menyebut nama 'Allah', secara langsungnya telah diketahui (hanya apa yg diketahui) bahawa Allah, Dia-lah yang Tunggal, Dia-lah yg Satu Sahaja. Sebut sahaja nama 'Allah', apa-apa pengetahuan tentangnya telah terkandung di dalam nama-Nya yg satu itu (setakat mana yg diketahui sahaja). Allah... Allah... Allah...
      Telah ku tandakan perjalanan yg telah ku lalui pada ruas² jari telunjuk untuk ingatkan diri sendiri. BESAR, KUASA, ASA dan ESA.

1. ALLAH MAHA BESAR
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan tanda² kebesaran Allah di dunia ini.

2. ALLAH MAHA KUASA
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan tanda² kekuasaan Allah di dunia ini.

3. ALLAH MAHA ASA
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan ramai manusia berhajat kepada Allah (tidak berputus asa dari rahmat Allah).

4. ALLAH MAHA ESA
Dalam perjalananku, ku diperlihatkan tanda² ke-esa-an Allah di dunia ini.

       Dalam perjalananku yg lalu, telah aku mengetahui sedikit tentang pengertian 'ESA'. Lihatlah, perkataan ESA berada di tempat yg paling tinggi /atas pada jari telunjuk (ruas hujung jari telunjuk). Bila ku pandang jari telunjuk, aku teringat perjalanan yg telah ku lalui.

Allah itu ESA (tidak ada sesiapapun / apapun berserta-Nya) dalam
1. Sifat-Nya (Tabiat²-Nya),
2. Nama-Nya (Panggilan² bagi tabiat-Nya),
3. Kelakuan-Nya (Perbuatan-Nya bagi menzahirkan sifat-Nya) dan
4. Zat-Nya (Diri-Nya).

58. Tanda KeEsaan Allah
      Allah sentiasa mengingatkan manusia akan tanda² KEESAAN DIA. Seperti ditunjukkan di dalam Al-Qur-An;

"DIA-lah (Allah) Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk MENIMBULKAN KETAKUTAN dan HARAPAN, dan DIA mengadakan awan mendung".
[S13:A12]

      Tiada siapapun yg boleh buat seperti di dalam ayat di atas. Allah telah memperlihatkan kilat kepadaku untuk menimbulkan ketakutan dan harapan pada diriku. Memang ku benar terasa takut dan berharap apabila melihat pancaran kilat yg begitu hebat. Apakah kamu juga berasa sepertiku? Tidak ada sesiapapun yg seperti Allah. Tidak ada seorang manusiapun yg boleh memperlihatkan kilat. Hanya Allah yg boleh buat begitu. Itulah, Allah yg tunggal. Itulah, tanda² Ke'ESA'aN Allah.

Soalan:
1. Apakah kamu berasa Takut apabila melihat kilat yg memancar berserta bunyinya?
2. Apakah timbul Harapan pada diri kamu ketika kamu melihat kilat yg memancar?
3. Siapakah yg buat kamu TAKUT dan siapakah yg buat kamu ada HARAPAN ketika kamu melihat kilat yg memancar beserta bunyinya yg kuat?

Jawapan: HANYA ALLAH, DIA-LAH YANG TUNGGAL , DIA-LAH YANG MAHA ESA YANG BOLEH BERBUAT SEPERTI ITU KEPADA DIRI KAMU. ITULAH ANTARA TANDA² KEESAAN ALLAH.

59. Meneliti Surah Al-Ikhlas
     Telah diperlihatkan kepadaku tanda² keBesaran Allah, tanda² keKuasaan Allah, tanda² keAsaan Allah dan juga tanda² keEsaan Allah (setakat yg diperlihatkan-Nya sahaja). Sambil melihat aku berkata,

“Ya.. ESA(Ahad) = Engkaulah Satu-satunya Allah”
“Ya.. ESA(Ahad) = Engkaulah Sesungguhnya Allah”.
“Ya.. ESA(Ahad) = Engkaulah Sebenarnya Allah”.

Direnung menung hingga setakat ini (hari ini).... Bila sebut,

Allah Maha Esa – Tiada apapun / sesiapapun berserta Dia
Allah Maha Besar – Besarnya Dia, mengatasi kebesaran² yg selain Dia
Allah Maha Kuasa – Hanya Dia yg ada kuasa
Allah Maha Asa – Dia lah tempat sebenar untuk manusia menggantungkan harapan; Asa = Harapan
Allah Yang Tunggal – Tidak ada tuhan yg lain selain Dia

     Dahulunya, telahku tertulis ESA = BESAR + KUASA + ASA (harapan) + SA (tunggal) dan sebenarnya ianya bukanlah satu persamaan. Setelah melalui perjalanan hingga hari ini, pada diriku ESA bermaksud, Tiada apapun berserta Allah dalam kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya, keasaan-Nya dan ketunggalan-Nya. Hanya Dia sahajalah yg Esa.

Aku meneliti Surat Al-Ikhlas lagi berulang kali.

Katakanlah:
Dia-lah Allah yang Esa [112:1]
ku berkata, ‘Engkau-lah, Allah Maha Esa yg tunggal’
Allah-lah tempat sekalian makhluk bergantung [112:2]
ku berkata, ‘Engkau-lah, Allah Maha Asa (Harapan), tempatku bergantung. Engkau-lah yg tunggal dalam keAsaan-Mu’
Tidak Dia beranak dan tidak diperanakkan [112:3]
ku berkata, ‘Hanya Engkau-lah, Allah Maha Kuasa. Engkau-lah yg tunggal dalam keKuasaan-Mu’
Dan tidak ada sesiapapun setara dengan-Nya [112:4]
ku berkata, ‘Hanya Engkau-lah, Allah Maha Besar. Engkau-lah yg tunggal dalam keBesaran-Mu. Tidak ada sesuatupun yg Besar seperti-Mu’

     Di dalam Surat Ikhlas, tidaklah aku menjumpai perkataan 'Ikhlas'. Setelah diteliti, Ikhlas itu ada di dalam ayat 2 'Allah-lah tempat sekalian makhluk bergantung'. Maka, Ikhlas yg difahami bag diri ini (setakat ini) 'JANGANLAH KAMU BERGANTUNG HARAP KEPADA SEBARANG YANG LAIN SELAIN ALLAH. HANYA BERGANTUNG HARAP KEPADA ALLAH SAHAJA'. Tidak bergantung kpd manusia, tidak bergantung kpd harta, tidak bergantung kpd pahala, tidak bergantung kpd amal dan sebagainya yg difahami, hanya bergantung kpd Allah sahaja.

"Di sini bukanlah bermaksud kamu tinggalkan usaha (tidak beramal) dan hanya bergantung kpd Allah semata-mata. Bukan begitu, ianya bermaksud usaha itu mesti dilakukan (untuk beramal), cumanya pergantungan harapan itu hendaklah hanya kpd Allah semata-mata bukanlah kpd yg selain Dia (bukan begantung kepada amal yg dilakukan). Itulah makna Ikhlas untuk dirimu (setakat ini)".

Aku menerangkan kepada diriku sendiri.

Hanya Allah (Yang Tunggal), Yang Maha ESA, ASA, KUASA dan BESAR…

     Begitulah perjalananku yang bermula dari mendengar laungan Azan “Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)” sehinggalah aku menemui pengertian perkataan 'ESA (AHAD)'. Bagiku, maksud 'Allah Maha Besar' adalah betapa Besarnya Allah itu, sehinggakan tidak terpandang kpd yg lain selain hanya memandang kepada-Nya sahaja sebabnya Allah Maha Besar. Apabila melihat orang yg kaya, bukanlah orang itu yg kaya tetapi yg kaya adalah Allah s.w.t yg memberi kekayaan kepadanya. Cara memandang sebegini hendaklah diamalkan untuk mendidik hati agar sentiasa bersama Allah (sentiasa ingat kpd Allah).

Kalimah “Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)” yg sering didengari ketika Azan bersuara dan kalimah yg sering disebut ketika manusia sedang mendirikan solat. Ketika menyebut 'Allah Maha Besar' tetapi masih nampak yg lain selain dari Yang Maha Besar (Allah), itu adalah sesuatu yg aneh sedang berlaku kepada diri.

Setakat ini sahaja ceritaku tentang ini. Pandang-pandanglah TUGU PERINGATAN ESA agar diri tidak terlupa untuk memandang kepada Yang Satu (Allah).

Allah Maha Besar !!!
Allah Maha Kuasa !!!
Allah Maha Asa !!!
Allah Maha Esa !!!

Ouh tuhanku…
Izinkanlah aku berjalan lagi…
Untuk terus mencari...
Apa yg ada di dalam kehidupan ini...
Agar diri ini...
Lebih mengerti dan memahami...
Apa sebenarnya yg telah terjadi...
Di alam diri ini...

Apakah kisah yg seterusnya dalam perjalanan menuju Jalan Mim ini?

BERSAMBUNG ENTAH BILA... KISAH REKAYASA "MENUJU JALAN MIM".. 

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
 
Kisah Rekayasa :

Saturday, January 16, 2016

Mencari Pengertian ESA : Kisah Rekayasa: 'Menuju Jalan Mim' - Part 15

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 15 : Mencari Pengertian ESA

DENGAN NAMA Mu ALLAH (BISMILLAH), tertulislah...
Ilustrasi Perjalanan Pulang
      Bagiku, hidup adalah satu perjalanan untuk kembali kepada Allah. Untuk kembali kepadaNya, mesti ada jalan pulangnya. Apabila jalan pulang telah ditemui, maka tetaplah di atas jalan itu sehinggalah diri dijemput untuk pulang / dipanggil pulang oleh Raja Manusia yg sebenar iaitu Allah.

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) Orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". [11:112]

     Namun, bagi manusia yg tidak kembali kepada Allah (tidak bertaubat), mereka juga tetap akan dijemput pulang kepada Allah. Mati itu pasti. Telahlah aku tahu bahawa tidak ada lagi tuhan yang lain selain tuhan yang bernama AllahHanya Dia-lah Tuhan yang Tunggal. Di dalam Kitab Al-Qur-An ada banyak pengetahuan yg boleh diambil untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran untuk perbaiki diri. Bagiku, Al-Qur-An adalah kata² Allah, kata² Tuhanku, kitab penunjuk jalan untuk kembali kepada Allah. Semoga aku dan kamu diberitahu / diajar tentang apa yang tidak tahu, agar diri ini dapat tahu dan dapat berkongsi kepada jiwa² yg juga sedang mencari jalan pulang. Anggaplah diri sentiasa berada di dalam ketidaktahuan (walaupun sudah tahu), mudah-mudahan Allah mengajarkan kepada diri tentang apa yg tidak diketahui.

"Dia (Allah) mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". [96:5]

Aku ingin mengenali Tuhanku, Allah.
Berfirman Allah s.w.t dalam sebuah hadis qudsi yang berbunyi:"Aku laksana harta (perbendaharaan) yang tersembunyi, Aku ingin dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali"
Begitulah tulisan memberitahu kepadaku. Telah dikhabarkan oleh orang² terdahulu dan juga orang² yg masih hidup, bahawa Allah ingin dikenali. Maka, aku sendiri ingin mengenali Tuhanku, Allah sebab Dia-lah yg telah menciptakankuBenar, aku amat ingin mengenali Pencipta akan diriku.

"Hai Orang² yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan". [5:35]

Telah diberitahu, "carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Allah". Maka, aku pun mencarilah. Mati itu pasti dan sebelum aku mati, aku ingin mengenali Tuhanku (dengan izinNya jua). Semoga ada sinar dihadapan sana... Ameen.
-------------------------------------------------------------------------------

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 14... 

Apakah pengertian ESA di dalam Bahasa Melayu?
Dan apakah pengajaran yang dapat aku ambil di dalam perkataan ESA nanti?

Perjalanan ini masih jauh...
Semoga di hadapan sana ada jawapannya tentang 'ESA'. In-sya-Allah
 
- bersambung...

51. Perkataan 'ESA' dalam Kitab Al-Qur-An
      Perkataan ESA itu maknanya 'satu' atau 'tunggal' (klik di sini). Dalam mencari pengertian 'ESA' untuk diriku ini, aku baca kata² Tuhanku yg ada perkataan 'ESA' di dalam Al-Qur-An.

Maksud terjemahan ayat:

Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda²) maut, ketika dia berkata kepada anak²nya: 'Apa yang kamu sembah sepeninggalku?' Mereka menjawab: 'kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha ESA dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya'. [2:133]
*makna ESA = satu, tunggal

dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha ESAtidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [2:163]
*makna ESA = satu, tunggal

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, 'Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan kalimatNya) yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dariNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul²Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha ESA, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara. [4:171]
*makna ESA = satu, tunggal

Sesungguhnya Kafirlah Orang² yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal se-kali² tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang ESA. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti Orang² yang Kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih. [5:73]
*makna ESA = satu, tunggal

Katakanlah: 'Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?' Katakanlah: 'Allah. Dia menjadi saksi antara aku dan kamu, dan Al-Qur-An ini diwahyukan kepadaku supaya dengannya aku memberi peringatan kepadamu dan kepada Orang² yang sampai Al-Qur-An (kepadanya). Apakah sesungguhnya kamu mengakui bahawa ada tuhan² yang lain disamping Allah?' Katakanlah: 'Aku tidak mengakui'. Katakanlah: 'Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha ESA dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)'. [6:19]
*makna ESA = satu, tunggal

Mereka menjadikan Orang² alimnya dan rahib² mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha ESA, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. [9:31]
*makna ESA = satu, tunggal

Yusuf berkata: 'Tidak disampaikan kepada kamu berdua, makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama Orang² yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada Hari Kemudian, dan aku mengikut agama bapa²ku iaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya) tetapi kebanyakkan manusia itu tidak mensyukuri(Nya). Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan² yang ber-macam² itu ataukah Allah Yang Maha ESA lagi Maha Perkasa?” [12:37-39]
*makna ESA = satu, tunggal

Katakanlah: 'Siapakah Tuhan langit dan bumi?' Jawabnya: 'Allah' Katakanlah: 'Maka patutkah kamu mengambil pelindung²mu dari selain Allah? Padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri' Katakanlah: 'Adakah sama Orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang? Apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?' Katakanlah: 'Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan Yang Maha ESA lagi Maha Perkasa' [13:16]
*makna ESA = satu, tunggal

(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka semuanya (di Padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadrat Allah yang Maha ESA lagi Maha Perkasa. [14:48]
*makna ESA = satu, tunggal

(Al-Qur-An) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha ESA dan agar Orang² yang berakal mengambil pelajaran. [14:52]
*makna ESA = satu, tunggal

Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha ESA. Maka Orang² yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaan Allah), sedangkan mereka sendiri adalah Orang² yang sombong. [16:22]
*makna ESA = satu, tunggal

Allah berfirman: 'Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dia-lah Tuhan Yang Maha ESA, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut' [16:51]
*makna ESA = satu, tunggal

Katakanlah: 'Sesungguhnya aku ini hanya seOrang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang ESA’. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang Soleh dan janganlah dia mempersekutukan seOrangpun dalam beribadat kepada Tuhannya'. [18:110]
*makna ESA = satu, tunggal

Katakanlah: 'Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah: Bahawasanya Tuhanmu adalah Tuhan Yang ESA, maka hendaklah kamu berserah diri (kepadaNya)'. [21:108]
*makna ESA = satu, tunggal

dan bagi tiap² umat telah kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha ESA kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNya, dan berilah khabar gembira kepada Orang² yang tunduk patuh (kepada Allah), [22:34]
*makna ESA = satu, tunggal

Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar ESA. [37:4]
*makna ESA = satu, tunggal

Katakanlah (ya Muhammad): 'Sesungguhnya aku hanya seOrang pemberi peringatan, dan sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah Yang Maha ESA dan Maha Mengalahkan'. [38:65]
*makna ESA = satu, tunggal

Kalau sekiranya Allah hendak mengambil anak, tentu Dia akan memilih apa yang dikehendakiNya di antara ciptaan² yang telah diciptakanNya. Maha Suci Allah. Dia-lah Allah Yang Maha ESA lagi Maha Mengalahkan. [39:4]
*makna ESA = satu, tunggal

(Dialah) Yang Maha Tinggi darjatNya, Yang mempunyai 'Arsy, Yang mengutus Jibril dengan (membawa) perintahNya kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba²Nya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat), (yaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi Allah. (Lalu Allah berfirman): 'Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?' Kepunyaan Allah Yang Maha ESA lagi Maha Mengalahkan. [40:15-16]
*makna ESA = satu, tunggal

Katakanlah : 'Bahawasanya aku hanyalah seOrang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha ESA, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya', dan kecelakaan yang besarlah bagi Orang² yang mempersekutukan(Nya), [41:6]
*makna ESA = satu, tunggal

Begitulah, terjemahan ayat² Al-Qur-An yang ada perkataan 'ESA'. Setelah membaca ayat² Al-Qur-An yang ada perkataan 'ESA' ini, aku memandang kepada kebesaran Allah, kekuasaan Allah, kehebatan Allah dan aku berkata;

"Ya Allah.... Engkaulah Satu-satunya Allah (ESA)"
"Ya Allah.... Engkaulah Sesungguhnya Allah (ESA)"
"Ya Allah.... Engkaulah Sebenarnya Allah (ESA)"

Setelah menulis kata² itu, terperasanlah aku bahawa di situ ada perkataan 'ESA' yg terselindung. Bermula di sinilah, aku ingin mengetahui lagi tentang pengertian 'ESA' kerana telah banyak diberitahu dalam Al-Qur-An bahawa Allah itu Maha ESA. Malangnya aku tidak mengerti tentang pengertian 'ESA' ini.

52. Memandang Ciptaan Allah
Aku memandang kepada ciptaan Allah untuk mencari jawapan awal bagi persoalan yg telah aku tertanya.

Ku lihat awan yg di atas. Suara berkata, "Allah-lah yg cipta awan itu dengan sendiri-Nya. Tidak ada sesiapapun yg dapat mencipta seperti itu. Apakah kamu nampak ada sesuatu yg lain beserta-Nya dalam penciptaan-Nya?".

Ku lihat pula langit yg terbentang luas. Suara berkata lagi, "Allah-lah yg cipta langit itu dengan sendiri-Nya. Tidak ada sesiapapun yg dapat mencipta seperti itu. Apakah kamu nampak ada sesuatu yg lain beserta-Nya dalam penciptaan-Nya?".

Ku lihat lautan yg luas. Suara berkata lagi , "Allah-lah yg cipta laut itu dengan sendiri-Nya. Tidak ada sesiapapun yg dapat mencipta seperti itu. Apakah kamu nampak ada sesuatu yg lain beserta-Nya dalam penciptaan-Nya?".

Ku lihat manusia dan diriku. Suara berkata lagi, “Allah-lah yg cipta diri kamu dan manusia itu dengan sendiri-Nya. Tidak ada sesiapapun yg dapat mencipta diri kamu dan manusia itu selain Allah. Apakah kamu nampak ada sesuatu yg lain beserta-Nya dalam penciptaan itu?".

Aku berkata, “WAHAI ALLAH, AKU TELAH NAMPAK. TIDAK ADA SESUATU YANG LAIN BESERTA MU DALAM PENCIPTAAN MU”.

"Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa" [13:16]

Sebab hanya Dia sahaja yg berkata 'KUN (yakni 'jadilah')' kepada sesuatu, maka jadilah apa yg dikehendaki-Nya.

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (yakni untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: 'Jadilah', lalu jadilah ia". [2:117]

      Apakah ada makhluk yg boleh berbuat seperti apa yg aku pandang itu? Tidak ada makhluk yg boleh berbuat seperti itu. Tidak ada sesuatu yg lain berserta Allah dalam kehendak-Nya (penciptaanNya). Dia hanya berkata ‘Jadilah’ kepada sesuatu yang dikehendaki-Nya itu, lalu jadilah ia. Terlalu mudah bagi Allah untuk menciptakan sesuatu itu. Tiada sekutu bagi Allah dalam penciptaan-Nya (tiada penyertaan dari makhluk yg lain). Hanya Allah sahaja yg mencipta dan Dia-lah Pencipta segala sesuatu. Segala sesuatu... Dia-lah Pencipta.

     Setelah direnungkan dan diperhatikan akan penciptaan alam ini, maka aku dapati, perkataan 'ESA' ini telah memberi maksud kepadaku bahawa 'tiada sekutu bagi Allah', 'tidak ada sesuatu apapun berserta dengan Allah' dalam penciptaan-Nya. Hanya Dia sahajalah (tunggal, satu) yg mencipta sesuatu itu. Dia-lah yg ESA.

53. Pengertian ESA Untuk Diri
      Kini setelah berlalunya perjalanan ini peringkat demi peringkat, apabila aku mendengar / membaca kata² “Allah Maha ESA’, diperingatkanlah kepadaku bahawa Allah, Dia-lah yg tunggal, Allah, Dia satu sahaja, tidak ada sesuatu apapun berserta dengan Dia, tidak ada sekutu bagi DiaItulah pengertian ESA bagi diriku (setakat ini). (Tiadalah daya dan upayaku untuk ingat kepada-Nya melainkan pertolongan Allah-lah jua untuk mengingatkanku kepada-Nya.)
      Tidak ada sekutu bagi diri Allah / tidak ada sesuatu apapun berserta Allah yg tunggal itu, pada kekuasaan-Nya, pada kebesaran-Nya, pada penciptaan-Nya dan pada kesegalaan berkaitan dengan-Nya atau dengan kata lain, tidak ada sesuatu apapun yg berserta dengan DIRI-NYA (Diri Allah) dan tidak ada sekutu apapun berserta-Nya dalam KE'RAJA'AN-NYA  (Ke'Raja'an Allah).
 
"Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya"
[17:111]

Bagi mengingati perjalananku dalam mencari sebuah pengertian 'ESA' ini, dan sebagai memori di dalam kehidupanku ini, kulukiskan sebuah gambar untuk tatapan diri.

**CARA MEMANDANG ILUSTRASI INI**

UNTUK MENAMPAKKAN PADA DIRI BAHAWA ALLAH ITU ESA,
FOKUS PADA GAMBAR DI BAWAH INI SAHAJA,
HENTIKAN MENGINGATI YANG LAIN SELAIN HANYA INGAT KEPADA ALLAH.
ALLAH YANG ESA
LIHAT PADA GAMBAR DI ATAS...
HANYA ALLAH SAHAJA YANG ADA.
DIA-LAH YANG TUNGGAL (SATU SAHAJA).
TIDAK ADA YANG LAIN SELAIN ALLAH
(PERHATIKAN KAWASAN HITAM, TIDAK ADA APAPUN DI SITU).
Maksudnya: Tidak ada yg lain yg ada Kuasa selain Allah, Tidak ada yg lain yg Besar selain Allah, Tidak ada yg lain yg ada Ilmu selain Allah dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yg ada kuasa, yg besar, yg ada llmu dan yg sebagainya tentang Allah (yg diketahui).
       
INILAH PENGERTIAN 'ALLAH YANG ESA' BAGI DIRIKU

Erti ke-ESA-an Allah pada KE'RAJA'AN-NYA:
Dia-lah yg Tunggal
Dia Satu Sahaja
 Dia-lah Raja manusia 
Dia-lah Sembahan manusia
Tidak ada sekutupun bagi Dia

Tidak ada tuhan lain selain Dia
 
Erti ke-ESA-an Allah pada DIRI-NYA:
Tidak ada apapun berserta Dia 
 
"Dia-lah Allah, Yang Maha Esa (Tunggal),
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"
[112:1-4]

Begitulah maksud ‘ESA’ bagi diriku setakat ini. "Tidak ada seorangpun yang setara dengan Allah", "Tidak ada apapun beserta Allah"Ya... benar, Allah benar² ESA. Allah yg tunggal, tidak ada seorangpun yang seperti-Nya, tidak ada sekutu bagi diri-Nya, tidak ada yg lain berserta-Nya. Kurenungkan gambar di bawah ini.

"Allah.... Engkaulah Satu-satunya Allah (ESA)"
"Allah.... Engkaulah Sesungguhnya Allah (ESA)"
"Allah.... Engkaulah Sebenarnya Allah (ESA)"


      Diberitahu kepadaku bahawa, Tuhanku benar² ESA. Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang 'ALLAH MAHA ESA', dalam perjalanan ini aku mengenangkan-Nya.

Huruf Alif: Simbol Allah Yang Esa
"Diriku Terkenangkan Mu..."

Setelah mengetahui pengertian ‘ESA’ ini, bagaimanakah kaedahnya untuk mengESAkan Allah dalam kehidupan seharian?
 
- bersambung...

Dalam perjalanan yg kulalui setakat ini, aku telah menemui KeBesaranNya, KeKuasaanNya, KeAsaanNya dan KeEsaanNya. Kempat-empat ini telah aku letakkan pada sebuah tugu peringatan dan aku namakannya Tugu Peringatan ESA yang aku bina untuk peringatan diriku. Di manakah tugu peringatan itu?

BERSAMBUNG ENTAH BILA... KISAH REKAYASA "MENUJU JALAN MIM".. 


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar