... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 11...
Baca lah Al Qur an (terjemahan Al Qur an), insya Allah kamu akan diberi peringatan dengannya (automatik). Baca Al Qur an agar kamu mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha ESA. Apakah pengertian ESA bg diri kamu?
1802. (Al Qur'an) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi PERINGATAN dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya DIA (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. [S14:A52]
Lihat ayat di atas, "supaya mereka mengetahui bahawasanya DIA (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa". Bagaimana untuk mengambil pelajaran? Bagaimana untuk mendapatkan pengetahuan?
------------------------------
Seterusnya....
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...? Bahasa Arab sebut AHAD, bahasa Melayu sebut ESA. Sebutan Hari AHAD itu adalah peringatan bagi orang² yg ingat sahaja.
... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 11...
DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...
Jangannlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam...
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak²-nya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". [S2:A132], 139/6236
Hai orang² yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [3:102], 395/6236
Maka, sy ambil peringatan ayat ini untuk mengingatkan diri sendiri agar sentiasa beragama Islam. Semoga Allah mematikan kehidupan Dunia sy dan kamu ini ketika sy dan kamu berada dalam keadaan beragama Islam.
bersambung...
(Mod: Bercakap kepada diri sendiri)
42. Penyataan pada ASA , Pengakuan pada ESA
Inilah perjalanan (journey) yg sedang kamu lalui. Hari ini, kamu masih bernyawa. Apakah kamu masih seronok berada di dunia ini? Ingatlah bahawa kematian akan menamatkan perjalanan kamu di dunia ini nanti. Satu masa nanti, kamu akan pulang. Kamu akan dikembalikan kepada Allah....
Perjalanan kamu yang lalu telah membawa kamu untuk melihat ciptaan² Allah di dunia ini (bekas² KUASA Allah). Bukit, langit, binatang, manusia, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Apa yg kamu lihat itu, itulah bekas² kuasa Allah. Bekas² KUASA Allah itu telah menghantar mesej 'KU ASA' kepada kamu. Itulah mesej yg telah beritahu kepada kamu bahawa DIA-lah ASA (Allah-lah ASA). Hadaplah ke arah manapun wajah kamu, di situlah kamu akan melihat wajah Allah. Perhatikanlah wajah² Allah (ciptaan²Nya, kuasaNya, kebesaranNya dan sebagainya yg berkaitanNya), perhatikan sedalam-dalamnya. Tidakkah kamu perasan? Seolah-olah DIA (Allah) sedang memberitahu kepada kamu melalui mesej 'KU ASA' bahawa;
"ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah"
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. [S2:A115], 122//6236
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. [S2:A115], 122//6236
Kamu perhatikanlah apa yg ada di alam dunia ini. DIA sedang memberitahu kepada kamu melalui mesejnya 'KU ASA' bahawa DIA-lah ASA. "ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah". Itulah penyataan ASA pada nama panggilanNya, ASA. Apabila kamu melihat KUASA Allah, ingatlah mesej 'KU ASA' dan pernyataan 'ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah'. Pujilah dan agungkanlah DIA.
Dalam perjalanan yg lalu (artikel Part 11), apabila kamu mengetahui tentang ASA, kamu berjumpa pula dgn 'ESA (perkataan)'. Setelah sekian lama kamu berjalan di dunia ini, setelah kamu melihat / mendengar keBESARan Allah, setelah melihat / mendengar keKUASAan Allah, setelah melihat / mendengar keASAan Allah (setakat izinNya) dan setelah kamu mengetahui tentang penyataan "ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah", kamu katakanlah (balaslah);
"ESA = Engkau-lah Sesungguhnya, Allah"
Kamu pandang KUASA Allah, ingatlah mesej 'KU ASA';
"ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah"
Dan kamu katakanlah;
"ESA = Engkau-lah Sesungguhnya, Allah"
['Katakanlah: DIA-lah Allah Yang Maha ESA', Surah Al-Ikhlas, ayat 1]
Pandanglah KUASA Allah dan ingatlah mesej yg ada pada ASA ("ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah") dan cubalah mengerti akan keASAan DIA. Setelah kamu mengerti, kamu sebutlah ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ("ESA = Engkau-lah Sesungguhnya, Allah") dan cubalah pula kamu mengerti akan keESAan DIA.
43. Mengetahui Allah Yang Tunggal
Dahulunya, ketika Azan melaungkan 'Allah Hu Akbar (Allah Maha BESAR)', kamu tidak mengerti maksudnya kerana kamu tidak mengetahui dan memahami bahasa Arab sedikitpun ketika itu dan kamu tidak pernah berfikir pun tentang apa yg Azan perlaungkan. Setelah kamu diberi sedikit pengetahuan tentang bahasa Arab, kamu berjalan mencari pengetahuan tentang Allah Maha BESAR kerana kamu ingin mengetahui kenapa Azan melaungkan 'Allah Hu Akbar (Allah Maha BESAR)'. Lanjutan dari kamu mengetahui tentang Allah Maha BESAR, kamu mengetahui pula tentang Allah Maha KUASA, Allah Maha ASA dan seterusnya tentang Allah Maha ESA (setakat perjalanan ini). Sekarang ini, bagaimanakah dgn perasaan kamu setelah kamu mengetahui tentang Allah Maha Besar, Kuasa, Asa dan Esa?
Perhatikanlah di dalam perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA yg telah kamu temui sepanjang perjalanan ini. Ada perkataan SA bersamanya (Inilah telaga yg sy maksudkan di dalam artikel part 11, telaga SA selepas telaga ESA). Pernahkah kamu melihat perkataan SA ini? Cuba kamu lihat duit kertas di bawah itu. Apakah kamu ada melihat perkataan SA di situ? Apakah maksud SA pada duit kertas itu?
SA adalah '1' dan panggilan kpd '1' adalah 'satu'. Zaman sekarang, ejaan SA telah diubah menjadi SE, namun maknanya masih lagi 'satu'. Misalnya, sekeping kertas, ianya menunjukkan bahawa kertas ada 1 keping atau satu keping. Ditulis '1', disebut 'SAtu' atau 'SA'. Apakah yg hendak diberitahu oleh SA yg ada pada perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA ini kepada kamu mengenai Allah? Telah dilihat dan diketahui bahawa, SA adalah '1' dan panggilan kpd '1' adalah "satu". Namun, apakah pula 'satu'? Ditulis maksud 'satu' itu adalah 'tidak ada yang lain lagi yakni tunggal'. Ditulis juga maksud 'tunggal' itu adalah 'hanya satu, tiada lagi yg lain'. Perkataan 'tunggal' ada di dalam definisi perkataan 'satu' dan perkataan 'satu' ada di dalam definisi perkataan tunggal.
SATU ertinya "tidak ada yang lain lagi yakni tunggal".
TUNGGAL ertinya "hanya satu, tiada lagi yang lain".
Secara perkaitannya, adanya SA pada perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA adalah untuk menunjukkan kpd kamu bahawa;
Allah Maha BESAR:
tidak ada yang lain lagi yg BESAR, hanya satu sahaja yg BESAR, DIA lah Allah Maha BESAR yg Tunggal,
Allah Maha KUASA:
tidak ada yang lain lagi yg KUASA, hanya satu sahaja yg KUASA, DIA lah Allah Maha KUASA yg Tunggal,
Allah Maha ASA:
tidak ada yang lain lagi yg ASA, hanya satu sahaja yg ASA, DIA lah Allah Maha ASA yg Tunggal,
Allah Maha ESA:
tidak ada yang lain lagi yg ESA, hanya satu sahaja yg ESA, DIA lah Allah Maha ESA yg Tunggal,
(4 perkataan sahaja setakat ini, BESAR, KUASA, ASA dan ESA)
DIA lah, Allah Yang Tunggal yakni Allah hanya satu, tiada lagi Allah yg lain selain DIA, hanya DIA (Allah) sahaja yg BESAR, yg KUASA, yg ASA dan yg ESA . Tiada lagi yg besar, yg kuasa, yg asa dan yg esa selain DIA, hanya DIA sahaja yg seperti itu. DIA lah, Allah yang tunggal.
Terjemahan:
"Katalah: Ia lah Allah yang TUNGGAL. Allah lah tempat sekalian (makhluk) bergantung. Tidak Ia beranak dan tidak diperanakkan DIA dan tidak ada siapapun sebaya denganNya" |
"HANYA Allah Yang Maha BESAR"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg BESAR,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha BESAR.
"HANYA Allah Yang Maha KUASA"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg KUASA,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha KUASA.
"HANYA Allah Yang Maha ASA (HARAPAN)"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg ASA,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha ASA.
"HANYA Allah Yang Maha ESA"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg ESA,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha ESA.
*Mengertikanlah diri kamu bahawa perkataan HANYA digunakan untuk menyatakan ketunggalan Allah
Maklumat dari dasar pengetahuan:
Tersirat di sebalik 'HANYA':
HA-NYA. Apakah ertinya?
HA ertinya adalah satu, esa, tempat bergantung semua makhluk dan tidak beranak serta diperanakkan.
NYA ertinya DIA.
HA-NYA ertinya DIA lah satu, DIA-lah Esa, DIA-lah tempat bergantung semua makhluk dan DIA tidak beranak serta diperanakkan.
44. Mengetahui Tunggal = Esa.
Perkataan AHAD (bahasa Arab) di dalam Surat Al-Ikhlas di atas itu telah diterjemahkan kepada 'TUNGGAL'. Perkataan AHAD (bahasa Arab) di dalam Surat Al-Ikhlas yg di bawah ini pula telah diterjemahkan kepada 'ESA'.
Cuba kamu perhatikan AHAD (bahasa Arab) =TUNGGAL = ESA = SA = 1.
Kesamaan Satu dan Alif |
SATU ertinya "tidak ada yang lain lagi yakni tunggal"
TUNGGAL ertinya "hanya satu, tiada lagi yang lain"
ALIF ertinya "tidak ada Tuhan selain DIA yang Maha Hidup dan Kukuh"
(Ejaan AHAD = Alif Ha Dal)
Dari terjemahan surah al-ikhlas, diketahui bahawa Ahad (Bahasa Arab) diterjemahkan kepada 'Tunggal' dan juga diketahui bahawa Ahad (Bahasa Arab) diterjemahkan kepada 'Esa'. Maka, dapatlah dikatakan bahawa Tunggal itu juga adalah Esa.
DIA-lah Allah yang Maha Esa (Ahad) [Surat 112:Ayat 1]
Setelah kamu mengetahui bahawa Tunggal itu juga adalah Esa, kamu ingatlah;
DIA menamakan diriNya, Allah...
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah...[S20:A14], 2362/6236
DIA-lah yg bernama Allah...
Tiada lagi yg lain yg bernama 'Allah'...
Hanya DIA-lah yg tunggal yg bernama 'Allah'...
Tunggal bererti 'hanya satu, tiada lagi yang lain'...
Nama 'Allah' hanya untuk DIA...
DIA-lah sesungguhnya Allah...
DIA-lah sebenar-benarnya Allah...
Tunggal bererti 'hanya satu, tiada lagi yang lain'...
Nama 'Allah' hanya untuk DIA...
DIA-lah sesungguhnya Allah...
DIA-lah sebenar-benarnya Allah...
DIA-lah satu-satunya Allah...
Satu bererti "tidak ada yang lain lagi yakni tunggal"
Tiada lagi selain DIA yg bernama 'Allah'...
Satu bererti "tidak ada yang lain lagi yakni tunggal"
Tiada lagi selain DIA yg bernama 'Allah'...
DIA tidak menyerupai dengan sesuatu apapun...
Allah, DIA-lah juga Yang ESA...
Sesungguhnya, Tuhanmu benar² ESA. [S37:A4], 3792/6236
"ESA = Engkaulah Satu-satunya Allah"
"ESA = Engkaulah Sesungguhnya Allah"
"ESA = Engkaulah Sebenar-benarnya Allah"
SEKARANG, KAMU SUDAH MENGETAHUI BAHAWASANYA DIA-LAH ALLAH YANG TUNGGAL, TIADA LAGI ALLAH YANG LAIN. ALLAH TIDAK MENYERUPAI SESUATU APAPUN. NAMA 'ALLAH' HANYA UNTUK DIA. TIDAK SEPERTI MANUSIA, SATU NAMA BANYAK YANG GUNA TETAPI NAMA 'ALLAH' HANYA UNTUK DIA. TIADA DIGUNAKAN NAMA-NYA ITU OLEH YANG LAIN KERANA DIA-LAH YANG TUNGGAL DALAM APA JUA MENGENAI-NYA.
SEKARANG, KAMU SUDAH MENGETAHUI BAHAWASANYA DIA-LAH ALLAH YANG TUNGGAL, TIADA LAGI ALLAH YANG LAIN. ALLAH TIDAK MENYERUPAI SESUATU APAPUN. NAMA 'ALLAH' HANYA UNTUK DIA. TIDAK SEPERTI MANUSIA, SATU NAMA BANYAK YANG GUNA TETAPI NAMA 'ALLAH' HANYA UNTUK DIA. TIADA DIGUNAKAN NAMA-NYA ITU OLEH YANG LAIN KERANA DIA-LAH YANG TUNGGAL DALAM APA JUA MENGENAI-NYA.
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, DIA mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan DIA bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah DIA dengan pengagungan yang sebesar-besarnya". [S17:A110-111], 2139-2140/6236
"Ya ESA (AHAD)...
Engkaulah Satu-satunya Allah,
Engkaulah Sesungguhnya Allah,
Engkaulah Sebenar-benarnya Allah,
Engkaulah yang Tunggal"..
Bagaimana perasaan kamu setelah kamu mengetahui bahawa DIA-lah Allah yg Tunggal / Esa (setakat ini)?
Kamu sendirilah yg mengenali diri kamu itu...
- bersambung...
Seterusnya....
- Pengertian ESA bagi diri yg mencari...
- Kisah di sebalik perkataan 'AHAD'...
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...? Bahasa Arab sebut AHAD, bahasa Melayu sebut ESA. Sebutan Hari AHAD itu adalah peringatan bagi orang² yg ingat sahaja.
BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..
Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
Kisah Rekayasa :