Saturday, December 12, 2015

Maklumat Dari Perkataan 'AHAD' : Kisah Rekayasa: 'Menuju Jalan Mim' - Part 14

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 14 : Maklumat Dari Perkataan 'AHAD'

Telah agak lama aku tidak menulis di sini...

DENGAN NAMA Mu ALLAH (BISMILLAH), aku menulis... 
      Dikesementaraan kehidupan (masa) ini, aku mencari maklumat tentang Allah kerana aku ingin mengetahui tentang Dia (Allah). Untuk mencari Allah sudah pasti tidak akan dapat kulihat dengan mata ini kerana Dia telah beritahu bahawa Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata manusia. Lalu, aku mencari maklumat tentang Dia dan aku tahu dan rasa Dia ADA. Ya.. Dia ADA. ADA.. ADA.. Dia lah yang telah menciptakanku. Dia sedang perhatikanku. Kenapa aku ingin tahu? Kerana Dia lah Allah, Tuhanku, Tuhan kamu, Tuhan Semesta Alam, Raja manusia. Apakah kamu tidak mahu mengetahui tentang Tuhan yang telah menciptakan diri kamu?

Banyak perintah² Dia dan larangan² Dia serta peringatan² yang telah diturunkan kepada manusia agar manusia ingat.

Maksud Firman Allah pada Surat 2, ayat 48:
"dan JAGALAH DIRIMU dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseOrang tidak dapat membela Orang lain, walau sedikitpun dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong"

Maksud Firman Allah pada Surat 5, ayat 105:
"Hai Orang² yang beriman, JAGALAH DIRIMU, tiadalah Orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu akan kembali semuanya. Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

Maka, aku mesti mengambil tahu dan berusaha untuk 'jaga diri' ini.

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 13... 

Peringatkanlah diri kamu bahawa...
“Tidak ada tuhan yang lain lagi selain Allah. Dia-lah satu-satunya Tuhan yang bernama Allah, Allah lah Tuhan yg tunggal dan Allah tidak dapat dicapai melalui penglihatan mata

Aku perlu mencari sesuatu sebelum aku meninggalkan dunia ini (mati)....

- bersambung...

48. Denyutan Ingin Tahu
      Bermulanya rasa ingin tahu apabila aku baca surat Al-Ikhlas (Al-Qur-an) dan terjumpa 2 terjemahan yg berbeza pada perkataan 'AHAD'. Satu daripadanya diterjemahkan kpd 'Tunggal' dan satu lagi diterjemahkan kpd 'Esa'.

Apabila disebut Allah yang Tunggal yakni aku tahu bahawa tidak ada tuhan yang lain lagi selain Allah, Hanya Allah sahaja, Tuhan yg ada. Sekiranya ada manusia beritahu kepadaku bahawa ada Allah yg lain, yakni Tuhan yg lain, aku tidak percaya kerana telah diberitahu kepadaku bahawa 'Allah lah yg Tunggal'. Tidak ada lagi Allah yg lain. Dia-lah Allah yg Tunggal. Namun, apabila disebut Allah Maha Esa, aku masih lagi tidak dapat mengerti akan pengertian Esa itu.

49. Perkataan 'AHAD' yg tunggal di dalam Al-Qur-An
      Aku mencari ayat 'Allah Hu AHAD' pada surat² yg lain di dalam Al-Qur-An. Nyata, ianya tidak ada di dalam surat² yg lain. Tidak ada di sebut / di tulis ayat 'Allah Hu AHAD' di dalam surat² Al-Qur-An yg lain selain surat Al-Ikhlas. Ayat 'Allah Hu AHAD' hanya ada ditulis di dalam surat Al-Ikhlas. Maka, secara logiknya, aku menggunapakai terjemahan 'tunggal' bagi perkataan 'Allah Hu AHAD' kerana ayat ‘Allah Hu AHAD’ hanya di sebut / di tulis di dalam Surat Al Ikhlas sahaja Makanya, di sini aku mendapat pengertian bahawa hanya Allah, Tuhan yang Tunggal. Tidak ada lagi tuhan² yang lain selain Allah (secara ringkasnya, fahaman bagi diri ini). Jelas bagiku. Sekiranya ada manusia yang mengatakan bahawa adanya tuhan² yang lain selain Allah, aku tidak percaya dengannya kerana ayat 1, dalam surat 112 telah menjelaskan padaku bahawa “DIA-lah Allah yang TUNGGAL”. AHAD... AHAD... AHAD...


Maka, "katakanlah: Dia-lah Allah yang Tunggal"

50. Perkataan 'AHAD' dan 'WAHID'
      Aku perhatikan perkataan Arab, 'AHAD' dan 'WAHID'. Al Qur An yg ada padaku, telah menterjemahkan perkataan 'AHAD' dan 'WAHID' ini kepada 'ESA'. Sudah tentu, ejaan 'ESA' ini hanya ada dalam Bahasa Melayu. Aku mencari makna bagi perkataan 'AHAD' dan 'WAHID' di dalam bahasa yg lain yakni Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris
www.creative-motivations.com
      Jika diperhatikan Bahasa Inggeris, memang ianya berbeza di mana 'AHAD' itu diterjemahkan kepada 'The Unique' manakala 'WAHID' itu pula diterjemahkan kepada 'The One and Only'. Itu bahasa Inggeris. Ternyata memang 'AHAD' dan 'WAHID' berbeza maksudnya dalam Bahasa Inggeris. Lalu aku berpegang (setakat ini)  bahawa makna 'AHAD' itu di dalam Bahasa Melayu adalah 'TUNGGAL'. Setelah mengetahui dan merasa puas tentang perkataan 'AHAD', aku berjalan lagi mencari pengertian 'ESA' pula.....

Kini aku tidak diganggu lagi dgn kata² manusia yg mengatakan bahawa ada tuhan yang lain selain Allah kerana aku telah mendapat pengertian dalam perjalanan menuju Jalan Mim ini bahawa Hanya Allah lah Tuhan yang Tunggal, tidak ada lagi tuhan yg lain selain Allah...

Surat 109: Al Kaafiruun (Orang² Kafir, 1-6)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Katakanlah:
"Hai Orang² yang Kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku"
[109:1-6]

Apakah pengertian ESA di dalam Bahasa Melayu?
Dan apakah pengajaran yang dapat aku ambil di dalam perkataan ESA nanti?

Perjalanan ini masih jauh...
Semoga di hadapan sana ada jawapannya tentang 'ESA'. In-sya-Allah
 
- bersambung...

BERSAMBUNG ENTAH BILA... KISAH REKAYASA "MENUJU JALAN MIM"..


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
    

Saturday, September 5, 2015

Allah Tidak Dapat Dilihat : Kisah Rekayasa 'Menuju Jalan Mim' Part 13


Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 13 : Allah Tidak Dapat Dilihat

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 12... 


"Ya ESA (AHAD)...
Engkaulah Satu-satunya Allah,
Engkaulah Sesungguhnya Allah,
Engkaulah Sebenar-benarnya Allah,
Engkaulah yang Tunggal"..

Bagaimana perasaan kamu setelah kamu mengetahui bahawa DIA-lah Allah yg Tunggal / Esa (setakat ini)?
Kamu sendirilah yg mengenali diri kamu itu...

 - bersambung...

------------------------------
DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...

45. DIA-lah Allah, Tidak Ada Tuhan Selain DIA
      Aku telah mengetahui (sedikit) tentang Tuhanku yang bernama Allah. Dia lah Tuhan Yang Tunggal. Hanya Allah sahaja Tuhan yang ada di dalam hatiku ini, tiada lagi tuhan yang lain selain Allah. Hanya Dia-lah Tuhan Yang Tunggal. Apabila aku membaca ayat Al-Qur-An di bawah ini, aku merasakan seolah-olah Allah memberitahu kepadaku bahawa;

Terjemahan ayat [S20:A14], 2362/6236:
Sesungguhnya, Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang haq) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku”.

Allah beritahu kepadaku (yakni melalui Al-Qur-An) bahawa tidak ada tuhan yang haq (yakni Tuhan yang benar) selain Dia. Dia perintahkan aku untuk sembah Dia dan juga perintah aku untuk dirikan solat untuk mengingat Dia. Maka nanti, aku kena belajar bagaimana cara hendak sembah Allah dan belajar bagaimana cara hendak dirikan solat dan belajar bagaimana cara hendak mengingat Dia. Ye.. aku kena belajar !!! Dia lah Allah, Tuhanku, tidak ada lagi Tuhanku yang lain selain Allah. Dia lah Tuhan yang tunggal, yang haq.

46. Allah Tidak Dapat Dilihat
       Dalam mengharungi perjalanan ini, setelah aku mengetahui bahawa Allah itu ada (wujud), timbul lah perasaanku untuk melihat Tuhanku yakni tuan yang empunya nama Allah. Aku ingin melihat wajah Tuhanku. Lama aku berjalan mencari dan terus mencari dan akhirnya aku membaca di dalam Al-Qur-An bahawa Allah tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata.

Terjemahan ayat [6:103], 892/6236:
"DIA tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang DIA dapat melihat segala penglihatan itu dan DIA-lah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui"

Jelaslah bagiku. Tahulah aku. Allah tidak dapat dicapai oleh penglihatan mataku. Lalu, aku buangkan keinginanku untuk melihat tuan yang empunya nama Allah di dunia ini. Aku berkata kepada diriku, "tidak usahlah kamu mencari jalan untuk melihat Allah lagi yakni tuan empunya nama kerana aku telah diberitahu bahawa Allah tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata kita". Apa yang aku lihat, Allah juga melihat apa yang aku lihat. Aku berfikir, lalu bagaimana caranya untuk aku dapat bertemu dengan Allah kerana aku ingin benar untuk melihat Dia. Sedang aku berfikir, aku mendengar suara yg membacakan ayat Al-Qur-An kepadaku;

Terjemahan ayat [29:5], 3345/6236:
"Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Allah memberitahu, barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu yang dijanjikan Allah itu pasti datang. Aku berharap aku dapat bertemu dengan Allah kelak kerana aku terlalu ingin melihat Dia. Selagi aku dihidupkan di dunia ini, aku perlu teruskan kehidupan dan terus berusaha (dengan izinNya).

47. Apa Yang Perlu Aku Lihat?
      Aku bertanya pada diri, telah diberitahu bahawa Allah tidak dapat dicapai oleh penglihatan mataku, maka apakah yg perlu aku lihat agar aku dapat melihat DIA? Aku berjalan lagi, mencari pengetahuan. Dalam perjalananku, aku bertanya… Jika Allah tidak dapat dilihat melalui penglihatan mata, maka apakah yang perlu aku lihat? Terdengan suara, "Kamu lihatlah tanda² perbuatan Allah".

Aku bertanya, siapakah yg menciptakan aku?
Suara berkata, “DIA-lah Allah, tidak ada Tuhan yang lain selain DIA. DIA-lah yg menciptakan diri kamu (manusia)”.

Terjemahan ayat  [40:67], 4200/6236:
"Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis air mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seOrang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya)".

Aku melihat diriku. Aku melihat satu persatu. Hebatnya Allah menciptakan akan diriku. Hebatnya Allah dapat buat seperti ini. Cubalah kamu lihat diri kamu pula?

Aku bertanya lagi, apa lagi yang diciptakan oleh Allah?
Suara berkata, “DIA-lah Allah, tidak ada Tuhan yang lain selain DIA. DIA menciptakan langit dan bumi..”

Terjemahan ayat  [39:5], 4063/6236:
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing² berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah, Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

"DIA… DIA… DIA… DIA-lah Allah, tidak ada tuhan yang haq yang lain selain DIA".

Terjemahan ayat  [6:101-102], 890-891/6236:
"Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu".

Itulah Allah. DIA-lah yang menciptakan apa yg aku lihat. DIA-lah Pencipta segala sesuatu.

Aku berkata lagi.. “Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Engkau lah Allah, tidak ada tuhan yang lain selain Engkau ya Allah”.


Hari ini, aku tahu bahawa, ‘DIA-lah Allah, tidak ada tuhan yang lain lagi selain DIA’ dan aku tahu bahawa ‘DIA tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata’. Maka, sememangnya tidaklah dapat untuk aku melihat DIA melalui penglihatan mataku. Namun begitu, aku telah diperlihatkan oleh Allah untuk melihat tanda² KE-BESAR-AN DIA, tanda² KE-KUASA-AN DIA, tanda² KE-ASA-AN DIA dan tanda² KE-ESA-AN DIA (setakat yg diizinkan oleh DIA). Tanda² itu sahajalah yg aku diperlihatkan olehNya. ‘Engkau lah Allah, tidak ada tuhan yang lain lagi selain Engkau’.

Lama aku perhatikan tanda² kebesaran Dia, kekuasaan Dia, keasaan Dia dan keesaan Dia. Hebatnya Engkau ya Allah. Teringat kembali surat Thoha yg aku baca dahulu,

Firman-Nya, “Sesungguhnya, Aku ini adalah Allah, TIDAK ADA TUHAN SELAIN Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku”.

Dari peringatan ini, aku kena belajar 3 perkara iaitu....
1. Aku kena belajar bagaimana cara untuk sembah Allah...
2. Aku kena belajar bagaimana cara hendak dirikan solat....
2. Aku kena belajar bagaimana cara hendak mengingat Allah...

Peringatkanlah diri kamu bahawa...
“Tidak ada tuhan yang lain lagi selain Allah. Dia-lah satu-satunya Tuhan yang bernama Allah, Allah lah Tuhan yg tunggal dan Allah tidak dapat dicapai melalui penglihatan mata

Aku perlu belajar sebelum aku meninggalkan dunia ini (mati)....
 
- bersambung...


BERSAMBUNG ENTAH BILA... KISAH REKAYASA "MENUJU JALAN MIM"..


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :

Monday, June 1, 2015

Mengetahui Allah Yang Tunggal : Kisah Rekayasa 'Menuju Jalan Mim' Part 12

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 12 : Mengetahui Allah Yang Tunggal

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 11... 

      Baca lah Al Qur an (terjemahan Al Qur an), insya Allah kamu akan diberi peringatan dengannya (automatik). Baca Al Qur an agar kamu mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha ESA. Apakah pengertian ESA bg diri kamu?

1802. (Al Qur'an) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi PERINGATAN dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya DIA (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. [S14:A52]

Lihat ayat di atas, "supaya mereka mengetahui bahawasanya DIA (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa". Bagaimana untuk mengambil pelajaran? Bagaimana untuk mendapatkan pengetahuan?
------------------------------
Seterusnya....
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...? Bahasa Arab sebut AHAD, bahasa Melayu sebut ESA. Sebutan Hari AHAD itu adalah peringatan bagi orang² yg ingat sahaja.

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 11...

DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...
Jangannlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam...

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak²-nya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". [S2:A132], 139/6236

Hai orang² yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [3:102], 395/6236

      Maka, sy ambil peringatan ayat ini untuk mengingatkan diri sendiri agar sentiasa beragama Islam. Semoga Allah mematikan kehidupan Dunia sy dan kamu ini ketika sy dan kamu berada dalam keadaan beragama Islam.

bersambung...
(Mod: Bercakap kepada diri sendiri) 

42. Penyataan pada ASA , Pengakuan pada ESA

       Inilah perjalanan (journey) yg sedang kamu lalui. Hari ini, kamu masih bernyawa. Apakah kamu masih seronok berada di dunia ini? Ingatlah bahawa kematian akan menamatkan perjalanan kamu di dunia ini nanti. Satu masa nanti, kamu akan pulang. Kamu akan dikembalikan kepada Allah....
      Perjalanan kamu yang lalu telah membawa kamu untuk melihat ciptaan² Allah di dunia ini (bekas² KUASA Allah). Bukit, langit, binatang, manusia, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Apa yg kamu lihat itu, itulah bekas² kuasa Allah. Bekas² KUASA Allah itu telah menghantar mesej 'KU ASA' kepada kamu. Itulah mesej yg telah beritahu kepada kamu bahawa DIA-lah ASA (Allah-lah ASA). Hadaplah ke arah manapun wajah kamu, di situlah kamu akan melihat wajah Allah. Perhatikanlah wajah² Allah (ciptaan²Nya, kuasaNya, kebesaranNya dan sebagainya yg berkaitanNya), perhatikan sedalam-dalamnya. Tidakkah kamu perasan? Seolah-olah DIA (Allah) sedang memberitahu kepada kamu melalui mesej 'KU ASA' bahawa;

"ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah"

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui. [S2:A115], 122//6236

      Kamu perhatikanlah apa yg ada di alam dunia ini. DIA sedang memberitahu kepada kamu melalui mesejnya 'KU ASA' bahawa DIA-lah ASA"ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah"Itulah penyataan ASA pada nama panggilanNya, ASA. Apabila kamu melihat KUASA Allah, ingatlah mesej 'KU ASA' dan pernyataan 'ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah'. Pujilah dan agungkanlah DIA.
     Dalam perjalanan yg lalu (artikel Part 11), apabila kamu mengetahui tentang ASA, kamu berjumpa pula dgn 'ESA (perkataan)'. Setelah sekian lama kamu berjalan di dunia ini, setelah kamu melihat / mendengar keBESARan Allah, setelah melihat / mendengar keKUASAan Allah, setelah melihat / mendengar keASAan Allah (setakat izinNya) dan setelah kamu mengetahui tentang penyataan "ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah"kamu katakanlah (balaslah);

"ESA = Engkau-lah Sesungguhnya, Allah"

Itulah jawapan kamu pada penyataan ASA, pengakuan ESA (kamu mengaku bahawa Allah itu Maha ESA).

Kamu pandang KUASA Allah, ingatlah mesej 'KU ASA';
"ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah"

Dan kamu katakanlah;
"ESA = Engkau-lah Sesungguhnya, Allah"

['Katakanlah: DIA-lah Allah Yang Maha ESA', Surah Al-Ikhlas, ayat 1]

Pandanglah KUASA Allah dan ingatlah mesej yg ada pada ASA ("ASA = Aku-lah Sesungguhnya, Allah") dan cubalah mengerti akan keASAan DIA. Setelah kamu mengerti, kamu sebutlah ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ESA.. ("ESA = Engkau-lah Sesungguhnya, Allah") dan cubalah pula kamu mengerti akan keESAan DIA.

43. Mengetahui Allah Yang Tunggal
       Dahulunya, ketika Azan melaungkan 'Allah Hu Akbar (Allah Maha BESAR)', kamu tidak mengerti maksudnya kerana kamu tidak mengetahui dan memahami bahasa Arab sedikitpun ketika itu dan kamu tidak pernah berfikir pun tentang apa yg Azan perlaungkan. Setelah kamu diberi sedikit pengetahuan tentang bahasa Arab, kamu berjalan mencari pengetahuan tentang Allah Maha BESAR kerana kamu ingin mengetahui kenapa Azan melaungkan 'Allah Hu Akbar (Allah Maha BESAR)'. Lanjutan dari kamu mengetahui tentang Allah Maha BESAR, kamu mengetahui pula tentang Allah Maha KUASA, Allah Maha ASA dan seterusnya tentang Allah Maha ESA (setakat perjalanan ini). Sekarang ini, bagaimanakah dgn perasaan kamu setelah kamu mengetahui tentang Allah Maha Besar, Kuasa, Asa dan Esa?  
       Perhatikanlah di dalam perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA yg telah kamu temui sepanjang perjalanan ini. Ada perkataan SA bersamanya (Inilah telaga yg sy maksudkan di dalam artikel part 11, telaga SA selepas telaga ESA). Pernahkah kamu melihat perkataan SA ini? Cuba kamu lihat duit kertas di bawah itu. Apakah kamu ada melihat perkataan SA di situ? Apakah maksud SA pada duit kertas itu?


        SA adalah '1' dan panggilan kpd '1' adalah 'satu'. Zaman sekarang, ejaan SA telah diubah menjadi SE, namun maknanya masih lagi 'satu'. Misalnya, sekeping kertas, ianya menunjukkan bahawa kertas ada 1 keping atau satu keping. Ditulis '1', disebut 'SAtu' atau 'SA'. Apakah yg hendak diberitahu oleh SA yg ada pada perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA ini kepada kamu mengenai Allah? Telah dilihat dan diketahui bahawa, SA adalah '1' dan panggilan kpd '1' adalah "satu". Namun, apakah pula 'satu'? Ditulis maksud 'satu' itu adalah 'tidak ada yang lain lagi yakni tunggal'. Ditulis juga maksud 'tunggal' itu adalah 'hanya satu, tiada lagi yg lain'. Perkataan 'tunggal' ada di dalam definisi perkataan 'satu' dan perkataan 'satu' ada di dalam definisi perkataan tunggal.

SATU ertinya "tidak ada yang lain lagi yakni tunggal".
TUNGGAL ertinya "hanya satu, tiada lagi yang lain".

       Secara perkaitannya, adanya SA pada perkataan BESAR, KUASA, ASA dan ESA adalah untuk menunjukkan kpd kamu bahawa;

Allah Maha BESAR:
 tidak ada yang lain lagi yg BESAR, hanya satu sahaja yg BESAR, DIA lah Allah Maha BESAR yg Tunggal,
Allah Maha KUASA:
tidak ada yang lain lagi yg KUASA, hanya satu sahaja yg KUASA, DIA lah Allah Maha KUASA yg Tunggal,
Allah Maha ASA:
tidak ada yang lain lagi yg ASA, hanya satu sahaja yg ASA, DIA lah Allah Maha ASA yg Tunggal,
Allah Maha ESA:
tidak ada yang lain lagi yg ESA, hanya satu sahaja yg ESA, DIA lah Allah Maha ESA yg Tunggal,
(4 perkataan sahaja setakat ini, BESAR, KUASA, ASA dan ESA)

DIA lah, Allah Yang Tunggal yakni Allah hanya satu, tiada lagi Allah yg lain selain DIA, hanya DIA (Allah) sahaja yg BESAR, yg KUASA, yg ASA dan yg ESA . Tiada lagi yg besar, yg kuasa, yg asa dan yg esa selain DIA, hanya DIA sahaja yg seperti itu. DIA lah, Allah yang tunggal.

Terjemahan: "Katalah: Ia lah Allah yang TUNGGAL.
Allah lah tempat sekalian (makhluk) bergantung.
Tidak Ia beranak dan tidak diperanakkan DIA
dan tidak ada siapapun sebaya denganNya"
Kini, kamu telah mengetahui bahawa DIA-lah Allah yang Tunggal, tiada lagi Allah yang lain selain DIA.

"HANYA Allah Yang Maha BESAR"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg BESAR,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha BESAR. 
"HANYA Allah Yang Maha KUASA"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg KUASA,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha KUASA. 
"HANYA Allah Yang Maha ASA (HARAPAN)"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg ASA,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha ASA.
"HANYA Allah Yang Maha ESA"
Pengertian: Tidak ada Allah yg lain selain DIA yg ESA,
DIA-lah Allah yg tunggal, yg Maha ESA.

 *Mengertikanlah diri kamu bahawa perkataan HANYA digunakan untuk menyatakan ketunggalan Allah

Maklumat dari dasar pengetahuan:
Tersirat di sebalik 'HANYA':
HA-NYA. Apakah ertinya?

HA ertinya adalah satu, esa, tempat bergantung semua makhluk dan tidak beranak serta diperanakkan.
NYA ertinya DIA.
HA-NYA ertinya DIA lah satu, DIA-lah Esa, DIA-lah tempat bergantung semua makhluk dan DIA tidak beranak serta diperanakkan.

44. Mengetahui Tunggal = Esa.
       Perkataan AHAD (bahasa Arab) di dalam Surat Al-Ikhlas di atas itu telah diterjemahkan kepada 'TUNGGAL'. Perkataan AHAD (bahasa Arab) di dalam Surat Al-Ikhlas yg di bawah ini pula telah diterjemahkan kepada 'ESA'.


Cuba kamu perhatikan AHAD (bahasa Arab) =TUNGGAL = ESA = SA = 1.

Kesamaan Satu dan Alif

 SATU ertinya "tidak ada yang lain lagi yakni tunggal"
TUNGGAL ertinya "hanya satu, tiada lagi yang lain"
ALIF ertinya "tidak ada Tuhan selain DIA yang Maha Hidup dan Kukuh"
(Ejaan AHAD = Alif Ha Dal)

Dari terjemahan surah al-ikhlas, diketahui bahawa Ahad (Bahasa Arab) diterjemahkan kepada 'Tunggal' dan juga diketahui bahawa Ahad (Bahasa Arab) diterjemahkan kepada 'Esa'. Maka, dapatlah dikatakan bahawa Tunggal itu juga adalah Esa.

DIA-lah Allah yang Tunggal (Ahad) [Surat 112:Ayat 1]
DIA-lah Allah yang Maha Esa (Ahad) [Surat 112:Ayat 1]

Setelah kamu mengetahui bahawa Tunggal itu juga adalah Esa, kamu ingatlah;

DIA menamakan diriNya, Allah...
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah...[S20:A14], 2362/6236
DIA-lah yg bernama Allah...
Tiada lagi yg lain yg bernama 'Allah'...
Hanya DIA-lah yg tunggal yg bernama 'Allah'...
Tunggal bererti 'hanya satu, tiada lagi yang lain'...
Nama 'Allah' hanya untuk DIA...
DIA-lah sesungguhnya Allah...
DIA-lah sebenar-benarnya Allah...
DIA-lah satu-satunya Allah...
Satu bererti "tidak ada yang lain lagi yakni tunggal"
Tiada lagi selain DIA yg bernama 'Allah'...

DIA tidak menyerupai dengan sesuatu apapun...
Allah, DIA-lah juga Yang ESA...
Sesungguhnya, Tuhanmu benar² ESA. [S37:A4], 3792/6236


"ESA = Engkaulah Satu-satunya Allah"
"ESA = Engkaulah Sesungguhnya Allah"
"ESA = Engkaulah Sebenar-benarnya Allah"

SEKARANG, KAMU SUDAH MENGETAHUI BAHAWASANYA DIA-LAH ALLAH YANG TUNGGAL, TIADA LAGI ALLAH YANG LAIN. ALLAH TIDAK MENYERUPAI SESUATU APAPUN. NAMA 'ALLAH' HANYA UNTUK DIA. TIDAK SEPERTI MANUSIA, SATU NAMA BANYAK YANG GUNA TETAPI NAMA 'ALLAH' HANYA UNTUK DIA. TIADA DIGUNAKAN NAMA-NYA ITU OLEH YANG LAIN KERANA DIA-LAH YANG TUNGGAL DALAM APA JUA MENGENAI-NYA.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, DIA mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan DIA bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah DIA dengan pengagungan yang sebesar-besarnya". [S17:A110-111], 2139-2140/6236
 
"Ya ESA (AHAD)...
Engkaulah Satu-satunya Allah,
Engkaulah Sesungguhnya Allah,
Engkaulah Sebenar-benarnya Allah,
Engkaulah yang Tunggal"..

Bagaimana perasaan kamu setelah kamu mengetahui bahawa DIA-lah Allah yg Tunggal / Esa (setakat ini)?
Kamu sendirilah yg mengenali diri kamu itu...

 - bersambung...
------------------------------

Seterusnya....
- Pengertian ESA bagi diri yg mencari...
- Kisah di sebalik perkataan 'AHAD'...
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...? Bahasa Arab sebut AHAD, bahasa Melayu sebut ESA. Sebutan Hari AHAD itu adalah peringatan bagi orang² yg ingat sahaja.


BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar