Wednesday, December 17, 2014

Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 8: Mendapat Mesej Dari Perkataan KUASA

AWAL PERJALANAN, MENGENALI ALLAH MAHA BESAR
AWAL AZAN, ALLAH HU AKBAR, ALLAH MAHA BESAR
------------------------------
Seterusnya....

- Bagaimana Azan membawaku kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 7... 

DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...
        Aku bersandar di dinding. Jika kurenung masaku yg telah berlalu, aku rasa sungguh jauh aku berjalan di dalam kehidupanku ini untuk aku sampai ke hari ini. Jika kuingat masa yg telah berlalu, aku rasa sungguh cepat perjalanan hidupku ini untuk aku sampai ke hari ini seperti baru semalam aku datang ke dunia ini. Masa yg diberikan kepadaku adalah modal untuk aku terus mencari tahu dan kenal Allah. Banyak masa yang telah aku persiakan dalam kehidupanku (perniagaan) ini. Aku masih dihidupkan dan masa masih diberikan kepadaku, untuk aku terus mencari tahu tentang Allah dan menjalankan perniagaan ini. Perniagaan? Ya.. Aku mendapati kehidupan ini adalah perniagaan kerana dalam masa yg diberikan kepadaku ini, ada keuntungan dan ada kerugian. Bila berseorangan, aku bercakap dengan diriku, hatiku, jiwaku, rohku sendiri... Yg mana satu aku pun tak tahu...

26. Tahu Hidup Ini Untuk Allah 
       Bertahun-tahun lamanya, kamu berjalan mencari tahu tentang 'Allah Maha Besar' yg disebutkan oleh Azan. Banyak tanda²/bukti² Kebesaran² Allah telah diperlihatkan kepada kamu di atas 'Jalan Kebesaran' yg telah kamu lalui. Apa yg kamu lihat, yg kamu dengar, kamu tahu bahawa kata² Allah di dalam Kitab Al Qur'an adalah benar. Kamu perlu berterusan membina keyakinan kamu kepada Allah. Kenapa? Agar hati kamu terus mantap dengan keimanan.

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati”. Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu?”. Ibrahim menjawab: “Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)”. Allah berfirman: “(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu”. (Allah berfirman): “Lalu letakkan di atas tiap² satu bukit satu bahagian dari bahagian² itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [S2:A260], 267/6236

https://dayakboy.wordpress.com/2010/07/20/547/
      Begitulah kisah yg diceritakan di dalam Al Qur'an mengenai Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mohon kepada Allah agar Allah tunjukkan kepada dia bagaimana Allah menghidupkan orang mati. Tujuannya adalah untuk memantapkan keimanannya kpd AllahBagaimana pula cara kamu bina keyakinan kamu kepada Allah?
     Setiap apa yg ditunjukkan di dalam Al Qur'an, ada bukti²nya di dunia ini. Kamu perlulah berusaha untuk mencari, melihat dan meyaksi kebenaran itu sendiri sama ada melalui pendengaran kamu, penglihatan kamu atau hati kamu. Ianya adalah untuk kebaikan diri kamu sendiri. Kenapa kamu perlu cari bukti² itu? Ianya adalah agar kamu mengetahui, untuk apa kamu dihidupkan dan untuk siapa kamu dihidupkan.
     Kamu sememangnya tahu akan perkataan TAHU dan kamu tahu apa yg kamu telah diberitahu. Apapun yg kamu tahu, kamu mesti ingat bahawa perkataan TAHU sentiasa memperingatkan kamu dan kamu perlu tahu mesej yg ada pada perkataan TAHU bahawa;

TAHU - Tahulah Aku, Hidupku(hanyalah) UntukNya

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, HIDUPku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam, [S6:A162], 951/6236

Allah yg suruh kamu katakan bahawa "hidup aku hanyalah untuk Allah". Sudahkah kamu TAHU, kamu dihidupkan untuk apa dan untuk siapa? Selagi kamu dihidupkan, teruskanlah perjalanan kamu di atas muka bumi ini. Semoga kamu menemui sesuatu yg berharga untuk di bawa pulang kepada Allah nanti. Kenalilah DIA (Dia Itulah Allah), sebelum kamu dimatikan.

27. Mengetahui Allah Maha Kuasa
      Ketika kamu melalui 'Jalan Kebesaran' dahulu, banyak perkara yg telah kamu ketahui. Kamu telah lihat bahawa Allah buat apa yg manusia tidak akan boleh buat seperti matahari, bulan, langit dan sebagainya. Dari dulu hingga sekarang ini, hanya ada satu matahari, hanya ada satu bulan. Tersangat jelas bahawa Allah-lah Maha KUASA. Hanya Allah Yang Maha KUASA dapat berbuat seperti itu. Makhluk TIADA KUASA apapun. Sekiranya Allah tidak perlihatkan kepada kamu (yakni yg kamu tahu) akan kekuasaan DIA dan sekiranya Allah tidak memberi pengetahuan kepada kamu (Rahmat DIA) tentu sekali kamu tidak akan mengetahuinya.
      Banyak lagi tanda² / bukti² tentang Allah Maha Besar yg telah kamu lihat, dengar dan saksikan (setakat yg diizinkan oleh DIA). Setelah kamu melihat, mendengar dan meyaksi, barulah kamu sedikit mengerti kenapa setiap hari, Azan berkata 'Allah Maha Besar'. 'ALLAH MAHA BESAR'. Itulah peringatan yg sering kamu dengar dari Azan yg memperingatkannya. Itulah peringatan bagi kamu. Ya.. Allah Maha Besar. Siapa yg telah memperlihatkan tanda² Kebesaran Allah kepada kamu?

"dan katakanlah: 'Segala puji bagi Allah, DIA (Dia-Itulah-Allah) akan memperlihatkan kepadamu tanda² KEBESARAN-NYA, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan". [S27:A93], 3252/6236

      Maka, bersyukurlah kpd Allah (katakanlah: "Segala puji bagi Allah"), kerana Allah telah memperlihatkan kepada kamu tanda² Kebesaran DIA. Sekarang, kamu telah melihat tanda² / bukti² Kebesaran Allah. Dan ingatlah lagi, bahawa Allah tiada lalai dari apa yg kamu kerjakan di dunia ini. Setelah kamu mengetahui, bahawa Allah tiada lalai dari apa yg kamu kerjakan di dunia ini, maka selagi kamu dihidupkan di dunia ini, kamu lihatlah, dengarlah dan saksikanlah dengan hati kamu akan tanda² Kebesaran Allah setiap masa. Banyak lagi tentang KEKUASAAN Allah yg diberitahu melalui Al Qur'an untuk kamu pelajari dan ambil pelajaran.
     Apabila kamu melihat manusia, ketahuilah kamu bahawa Allah berkuasa ke atas mereka. Allah juga berkuasa ke atas diri kamu.

"Dan DIA-lah yang berKUASA atas sekalian hamba²-Nya. Dan DIA-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui". [S6:A18], 807/6236

     Allah-lah yg akan mematikan kamu dan kepada DIA jugalah kamu akan dikembalikan. Apabila kamu melihat manusia yg meninggalkan dunia ini (mati), kamu ingatlah bahawa Allah Yang Maha KUASA-lah yg mematikannya; dan semua yg mati akan kembali kepada Allah;

DIA-lah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. [S10:56], 1420/6236

      Bagaimana dengan nasib kamu apabila kamu kembali kepada DIA nanti? Ketahuilah kamu bahawa seluruh apa yg ada di dalam dunia ini, keseluruhannya tidak akan terlepas dari KUASA Allah. Allah Maha KUASA atas segala sesuatu.

"Kepada Allah-lah kembalimu dan DIA Maha KUASA atas segala sesuatu". [S11:A4], 1477/6236 

Jelaskan? Allah Maha KUASA. Kamu telah mengetahui bahawa Allah itu Maha KUASA.

28. Kisah Allah Menunjukkan Kuasa DIA Kepada Manusia
      Dalam Al Qur'an banyak ditunjukkan tentang KUASA Allah. Antaranya;

"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); KAMI akan menjadikan kamu tanda KEKUASAAN KAMI bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian KAMI menyusunnya kembali, kemudian KAMI membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha KUASA atas segala sesuatu” ". [S2:A259], 266/6236

      Dalam ayat di atas diceritakan, seorang manusia telah dimatikan selama 100 tahun dan selepas 100 tahun dimatikan, dia dihidupkan kembali. Selepas manusia itu dihidupkan kembali dan setelah dia melihat dengan nyata tanda² kekuasaan Allah yakni makanannya masih elok selepas 100 tahun manakala keldainya telah mati selepas 100 tahun, barulah dia berkata “Saya yakin bahawa Allah Maha KUASA atas segala sesuatu”. Begitulah pengalaman seorang manusia yg telah mengalami dan merasai. Diabadikan kisahnya di dalam Al Qur'an. Hebatnya Allah. BerKUASAnya Allah.
      Kamu telah melihat tanda² / bukti² Kebesaran Allah / Kekuasaan Allah di dunia ini. Banyak perkara yg ditunjukkan di dalam Al Qur'an dan kamu telah mencari tanda² / bukti²nya di dunia ini. Ketika kamu melihat sertakanlah fikir terhadap Allah, dapatlah kamu mengetahuinya dgn izin DIA. Aku yakin, kamu akan mengetahui lagi tentang Allah sedikit demi sedikit dgn izin DIA kerana Allah Maha Kaya dengan ilmu DIA. Aku tahu kamu juga ingin berkata, “Aku yakin bahawa Allah Maha KUASA atas segala sesuatu” walaupun apa yg kamu lihat tidaklah sehebat apa yg diceritakan di dalam ayat Al Qur'an di atas. Namun, Alhamdullillah... Kitab Al Qur'an adalah kitab yg memberi petunjuk bg yg mencari.
      Setiap sesuatu yg dijadikan itu tidaklah sia-sia walaupun sebutir pasir yg ada di muka bumi ini kerana padanya pasti ada pelajaran. Pasti ada pelajaran di dalam setiap apa yg terjadi / dijadikan termasuklah perkataan² yg ada di dunia ini.  Kamu renunglah dan lihatlah perkataan KUASA. Apakah pengetahuan yg tersembunyi di sebalik perkataan KUASA?

29. Mesej Dari Perkataan KUASA
      Bukti² nyata kekuasaan Allah (seperti bencana alam) telah diperlihatkan kepada kamu di dunia ini. Kamu sudah lihat kan? Setelah kamu melihat bukti² yg nyata itu, di situlah kamu perlu jelaskan dan ingatkan diri kamu bahawa hanya Allah-lah Yang Maha Kuasa di dunia ini. Allah Maha KUASA, boleh buat apa saja mengikut kehendak DIA. Pernah atau tidak, kamu berasa takut apabila kamu melihat Allah sedang memperlihatkan KUASANYA kepada kamu? Pernah atau tidak, kamu juga berharap agar rasa takut yg kamu rasai ketika kamu melihat KUASA Allah itu dihilangkan dari diri kamu? Pernah atau tidak kamu merasai seperti itu?
https://www.facebook.com/pages/Himpunan-Menarik-Keajaiban-Kuasa-Allah/160996710679458
Bukti Kuasa Allah
      Memang benar, sekiranya kamu sedang menghadapi bencana alam ( dan sebagainya KUASA Allah) pasti kamu akan berasa takut dan pasti juga akan timbul harapan di dalam diri kamu. Itulah antara kesan² KUASA Allah yg menimbulkan ketakutan dan harapan pada diri kamu. Ya.. KUASA Allah. Mesej yg dibawa oleh bencana² alam adalah untuk memberitahu kepada kamu bahawa Allah itu Maha Kuasa. Apakah pula mesej yg dibawa oleh perkataan KUASA?
     Selain dari mengetahui KUASA Allah, perkataan KUASA pula membawa mesej 'KU ASA' kepada kamu. Siapakah yg berkata 'KU ASA' ini? Aku memandang, ketika KUASA Allah sedang berlangsung, ianya se-olah² Allah sedang berkata 'KU ASA! KU ASA! KU ASA!' yg memberitahu kepada kamu bahawa DIA-lah ASA, Allah-lah ASA. Apakah ASA? ASA juga bererti HARAPAN.  Hubungan ASA dengan KUASA amat kuat kerana ASA ada pada KUASA. KUASA dan ASA (HARAPAN) tiada terpisah.

Allah Yang Maha KUASA, sebenarnya  DIA-lah juga ASA (HARAPAN), DIA-lah HARAPAN (ASA).

1. Perkataan KUASA membawa mesej se-olah² Allah berkata 'KU ASA.. KU ASA.. KU ASA... KU ASA (HARAPAN), KU HARAPAN (ASA)'.
2. Aku mengetahui bahawa Allah-lah ASA, Allah-lah HARAPAN.
3. Aku berkata 'Wahai Allah, ENGKAU-lah ASAku, ENGKAU-lah HARAPANku'.
4. Aku memberitahu kepada kamu bahawa 'DIA-lah ASA, DIA-lah HARAPAN'.

Allah Yang Maha KUASA...
Memperlihatkan Kuasa DIA di dunia ini...
Ditulis perkataan KUASA....
Terlihat mesej 'KU ASA' tersembunyi...
Rupa-rupanya DIA-lah Harapan, DIA-lah ASA...
Agar DIA dikenali...

Apabila kamu memandang KUASA Allah sedang diperlihatkan kepada kamu (apa yg kamu pandang dan apa yg kamu ingat), peringatkanlah diri kamu bahawa se-olah² Allah sedang memberitahu kepada kamu bahawa;

KU ASA YANG MAHA KUASA!
AKU-lah ASA YANG MAHA KUASA!
AKU-lah HARAPAN YANG MAHA KUASA!

Bagaimana kamu boleh lupa akan KUASA Allah sedangkan...

Maka, Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan[S36:A83], 3788/6236

Janganlah terasa hati...
Kata² ini untuk hati yg mencari...
Aku menasihati hati sendiri...
Untuk membina sebuah hati yg mengerti...
 
Begitulah mesej yg dibawa oleh perkataan KUASA yg memberitahu bahawa Allah itu Maha ASA (HARAPAN). Apakah ini benar? Di manakah petunjuk yg mengatakan Allah juga adalah ASA (HARAPAN) seperti mana mesej yg ditunjukkan oleh perkataan KUASA yakni 'KU ASA (HARAPAN)?
------------------------------
Seterusnya....
- Apakah cerita seterusnya di sebalik ALLAH-lah HARAPAN?
- Mencari pengertian harapan dan bukti Allah Maha Asa...
- Bagaimana Azan membawaku kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..

Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar