Nanti aku kena cari, apa yg ada di dalam Al Quran dan apakah Sunnah yg sebenarnya. Hhhmm.. Solat Maghrib dululah...
Aku nak berwudhuk sekejap. Nanti sambung lagi kisah ini... Di manakah Jalan Mim???
... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 4...
(Apabila membaca artikel ini dan berjumpa perkataan 'kamu', aku berkata kepada aku. Ketika aku menaip artikel ini, aku memandang cermin yg di dalam cermin itu ada bayangan diriku)
BISMILLAH...
14. Berwhuduk
Sebelum mengerjakan solat, kamu berwhuduk dulu, kamu kena ambil air sembahyang dulu. Apapun namanya samada whuduk atau ambil air sembahyang, perbuatannya sama sahaja iaitu MEMBASUH ANGGOTA² yg perlu dibasuhkan.
..(Basuh ke-dua² belah tangan, berkumur², basuh muka, basuh lengan, basuh hujung atas kepala, basuh ke-dua² belah telinga dan basuh ke-dua² belah kaki).
Begitulah cara kamu berwhuduk. Lihatlah pada anggota² wudhuk yg kamu basahkan itu... Cuba kamu fikir, apakah berwhuduk itu hanya sekadar kamu membasuhkan anggota² tubuh kamu itu? Apakah pelajaran yg ada di sebalik perbuatan "berwudhuk" ni? Pelajaran yg kamu dapat menghayatinya untuk kamu memperbaiki amalan kamu sendiri. Hhmm... Kamu solat Maghrib dululah.... Nanti aku cari jawapannya untuk aku dan kamu menghayatinya bersama... Alah... kita bercerita berdua je... Kau tanya siapa aku? Aku lah, yg berada di dalam kamu.
...
...
...
Astaghfirullah.... Alhamdullillah.... Selesai solat Maghrib. Selagi kamu belum meninggalkan dunia ini, 'kerja' mesti kena buat dgn sabar sebab.... sebab kamu belum terima perintah untuk tidak buat 'kerja (solat)'.
Sudah jauh berjalan baru kamu nak bertanya...
Sudah lama hidup baru kamu nak mencari punca...
Selagi bernyawa kamu teruskanlah berusaha...
Agar di akhir usia kamu dapat mengenal Dia...
Mudah-mudahan di akhirat sana dapatlah kamu bertemu dengan DIA...
Mudah-mudahan di akhirat sana dapatlah kamu bertemu dengan DIA...
Sebelum siang, adanya malam. Sebelum kamu kerjakan solat, kamu kena berwudhuk. Cuba kamu lihat, Siang dan Malam tiada berpisah. Cuba kamu lihat lagi, Wudhuk dan Solat tiada berpisah. Cuba kamu hayati, Kamu dan DIA tiada berpisah. Haaa.... Dari mana datangnya perintah untuk kamu berwhuduk sebelum mengerjakan solat?
15. Berwhuduk Dahulu Sebelum Kerjakan Solat
Hendaklah kamu sentiasa memperingatkan diri kamu akan pesanan Nabi s.a.w, "Berpeganglah pada Al Qur'an dan Sunnahku nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya". Sentiasalah baca pesanan itu, insya Allah, lama kelamaan nanti kamu dapatlah merasai bahawa pesanan itu seperti benar² mengingatkan kamu. Kenapa Nabi s.a.w tinggalkan pesanan macam tu? Aku lihat, di dalamnya ada sumber KEROHANIAN (Al Qur'an) dan sumber KEJASMANIAN (Sunnah Nabi s.a.w) untuk kamu ambil, pelajari dan amalkan. Dalam proses untuk kamu membentuk kamu menjadi seorang ihsan (yakni seorang yg sentiasa memandang kpd Allah), kamu perlu kepada ke-dua²nya sebab Nabi s.a.w ada kata "KAMU TIDAK AKAN SESAT SE-LAMA²NYA SEKIRANYA KAMU BERPEGANG PADA AL QUR'AN DAN SUNNAH BAGINDA S.A.W".
Maka, perintah untuk kamu berwhuduk sebelum mengerjakan solat ada ditulis di dalam Kitab Al Qur'an;
15. Berwhuduk Dahulu Sebelum Kerjakan Solat
Hendaklah kamu sentiasa memperingatkan diri kamu akan pesanan Nabi s.a.w, "Berpeganglah pada Al Qur'an dan Sunnahku nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya". Sentiasalah baca pesanan itu, insya Allah, lama kelamaan nanti kamu dapatlah merasai bahawa pesanan itu seperti benar² mengingatkan kamu. Kenapa Nabi s.a.w tinggalkan pesanan macam tu? Aku lihat, di dalamnya ada sumber KEROHANIAN (Al Qur'an) dan sumber KEJASMANIAN (Sunnah Nabi s.a.w) untuk kamu ambil, pelajari dan amalkan. Dalam proses untuk kamu membentuk kamu menjadi seorang ihsan (yakni seorang yg sentiasa memandang kpd Allah), kamu perlu kepada ke-dua²nya sebab Nabi s.a.w ada kata "KAMU TIDAK AKAN SESAT SE-LAMA²NYA SEKIRANYA KAMU BERPEGANG PADA AL QUR'AN DAN SUNNAH BAGINDA S.A.W".
Maka, perintah untuk kamu berwhuduk sebelum mengerjakan solat ada ditulis di dalam Kitab Al Qur'an;
[S5:A6 |675/6236]
Hai orang² yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki,....
Cara Berwhuduk / Ambil Air Sembahyang |
[S5:A6 |675/6236]
.... dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (tandas/jamban) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu...
Dah baca Kalam DIA tu? DIA kata, kalau kamu tidak ada air untuk berwhuduk, gunalah tanah yg bersih untuk bertayamum. Begitulah ATURAN DIA yg ditulis di dalam Al Qur'an. Kamu kena berwhuduk dahulu sebelum mengerjakan solat. Jika tiada air, kamu kena bertayamum dulu sebelum mengerjakan solat. Tidak boleh tidak berwhuduk. Maka, berketahuanlah kamu bahawa sebelum kamu mengerjakan solat, ada sesuatu perbuatan yg kamu perlu lakukan iaitu samada berwhuduk ataupun bertayamum. Itulah, ATURAN yg telah ditetapkan oleh DIA, Allah, Tuhan Semesta Alam dan hendaklah kamu ikuti, patuhi dan taati. Apakah kamu ada merasakan bahawa berwhuduk sebelum mengerjakan solat itu suatu aturan yg menyulitkan kamu? Sabar... kamu kena faham terlebih dahulu.
16. Berwudhuk Tidaklah Menyulitkan
Sepanjang kamu berwhuduk, apakah kamu ada rasa bahawa perbuatan berwhuduk (ambil air sembahyang) itu menyulitkan kamu? Kamu rasa sulit sebab kamu nak kena cari air untuk basuh anggota² wudhuk, nak kena buka kasut lagi, nak kena tanggalkan stokin yg dipakai lagi, alamak terkentut pulak... nak kena berwhuduk semula dan sebagainya, yg kamu rasa berwhuduk ini menyulitkan kamu? Ada ke takde? Ok, tak nak jawab. Takpe. Cuba kamu baca Kalam DIA di dalam Al Qur'an berkenaan dgn perbuatan berwhuduk;
[S5:A6 |675/6236]
"... Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi DIA hendak membersihkan kamu
dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur."
Nampak kan? DIA kata, aturan berwhuduk sebelum mengerjakan solat itu bukanlah satu ATURAN yg DIA hendak menyulitkan kamu tetapi DIA hendak membersihkan kamu. Kalau di dunia tu, memang ada peraturan² yg menyulitkan kamu, tetapi itu dunia. Berwhuduk ini adalah aturan DIA. Maka, janganlah kamu rasa berwhuduk itu menyulitkan kamu.
Apakah kamu ada berperasan yg kamu itu sentiasa bersih? Sedangkan Yang Maha Mengetahui akan keadaan kamu itu adalah DIA bukannya kamu. Apakah DIA ada memberitahu kepada kamu bahawa diri kamu sudah bersih dari segala kekotoran? Ouh... Aku tak dengar pula. Kamu baca Kalam DIA ni;
[S4:A49 |542/6236]
Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang MENGANGGAP dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.
Ada di dunia sana tu, orang yg MENGANGGAP diri dia bersih. ANGGAPAN bukannya BENARpun. Janganlah perasan bahawa kamu itu bersih sebab DIA membersihkan siapa yang DIA kehendaki, kamu tak tahu pun siapa² yg DIA bersihkan. Dah tu? Dah tu, tolonglah jangan perasan yg kamu itu bersih. Tinggalkanlah perasan sebegitu. Kamu tahu ke, apa sebenarnya yg hendak dibersihkan oleh DIA terhadap kamu?
17. Wudhuk Membersihkan Dosa
Kamu perhatikan orang yg buta penglihatannya (bukan buta hatinya) berwhuduk... Ketika berwhuduk, dia tidak dapat melihat anggota² wudhuk yg dia bersihkan itu adakah benar² bersih. Bagi kamu yg dapat melihat, benarlah... kamu dapatlah melihat apa yg kamu bersihkan (basuhkan) benar² bersih tetapi tidak bagi orang yg buta. Dia tidak dapat melihat. Apapun, perbuatan whuduk yg kamu lakukan itu, sebenarnya kamulah yg membersihkan kotoran² yg melekat pada anggota² whuduk kamu itu. Di sini, kamulah yg membersihkan anggota² whuduk kamu.
Bagaimana pula dgn Kalam DIA yg DIA perintahkan kamu untuk berwhuduk? DIA kata DIA hendak bersihkan kamu, DIA hendak sempurnakan nikmat-Nya bagi kamu, supaya kamu bersyukur. Ya.. DIA kata, DIA HENDAK BERSIHKAN KAMU. Apa benda yg DIA hendak bersihkan kamu melalui berwhuduk?
DIA telah menciptakan DOSA dan PAHALA untuk manusia dan jin. DOSA PAHALA disediakan untuk manusia. Tengoklah kamu pilih yg mana. Samada kamu dapat dosa, samada kamu dapat pahala, aku tak tahu tapi dalam Kalam DIA banyak menceritakan tentang dosa dan pahala. Dosa itu adalah "kekotoran" sebab ianya boleh MENGHITAMKAN manusia. Aku cari jawapan untuk kamu faham dan hayati dan macam yg aku beritahu tadi, ingatlah pesan Nabi s.a.w "Berpeganglah kepada Al Quran dan Sunnahku nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya". Maka, aku jumpa sabda Nabi s.a.w;
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhuk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala DOSA yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya setiap DOSA yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap DOSA yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhuk ia bersih dari DOSA²-nya”. - HR Muslim.
Dari Usman bin Affan r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa yang berwudhuk dengan sempurna, keluarlah DOSA²-nya dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku²-nya". - Hadis Riwayat Muslim.
Ya... Sesungguhnya, DIA amat mengetahui akan keadaan diri kamu. Banyak mana DOSA kamu, banyak mana PAHALA kamu, DIA tahu. DOSA² kamu lah yg hendak dibersihkan oleh DIA. DOSA² yg telah dibuat oleh tangan kamu, mulut kamu, lidah kamu, mata kamu, telinga kamu dan kaki kamu, yg semuanya itu diselaputi oleh kulit. Bukankah kulit kamu nanti akan menjadi saksi terhadap diri kamu di hari pengadilan?
[S41:A22 |4240/6236]
Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan
Hanya DIA sahaja yg dapat membersihkan DOSA² kamu kerana DIA lah juga pencipta DOSA dan DIA jugalah Yang Maha Mengetahui, kamu itu berdosa atau tidak. Nabi s.a.w telah memberitahu bahawa berwhuduk dapat membersihkan dosa² yg melekat pada anggota² wudhuk. Apa mungkin orang² yg beriman itu tidak berdosa? Belum tentu tidak berdosa, kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui keadaan dirinya sebab Allah Maha Mengetahui dari kamu yang tahu. Kamu sendiri pun tidak tahu diri kamu berdosa atau tidak sebab hanya Allah Maha Mengetahui kecuali Allah bagitau pada kamu yg kamu tidak berdosa. Janganlah kamu berperasan bahawa diri kamu tidak berDOSA. PERATURAN DIA TETAP PERATURAN DIA. Nah begitulah... Setiap kali berwhuduk, aku ingat firman DIA;
"Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu
dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
Setiap apa yg DIA perintahkan untuk kamu perbuat, tidak ada ke-sia²-an padanya. Semuanya adalah untuk keselamatan diri kamu sendiri SAHAJA, tinggal lagi diri kamu lah yg perlu untuk berbuat. Aturan berwhuduk yg diperintahkan oleh DIA sebelum mengerjakan solat adalah untuk membersihkan dosa² yg telah diperbuat oleh kamu. Allah Maha Penyayang. Bercakap pasal dosa, memang diri kamu itu banyak dosa. (Aku melihat ke dalam cermin. Nampak wajah aku di situ).
DIA hendak membersihkan kamu, kamu kan makhluk ciptaan DIA. Maka, hendaklah kamu bersihkan diri kamu sebelum kamu menghadap DIA, sebelum kamu menyembah DIA, sebelum kamu bermunajat dgn DIA iaitu berwhuduk. Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Suci. Semoga kamu dapat menghayati perkara berwhuduk sebelum mengerjakan solat dan seterusnya kamu dapat menghayati tentang "kebersihan diri".
18. Memahami Whuduk
Ber-tahun² kamu berwhuduk sebelum mengerjakan solat, namun apakah kamu faham apa yg kamu perbuat? Aku perlu jelaskan kepada kamu sebelum kita (aku dan kamu) bertemu Jalan Mim;
- Kenapa kamu berwhuduk? Berwhuduk sebelum mengerjakan solat adalah aturan yg telah ditetapkan oleh Allah.
- Bagaimana caranya kamu berwhuduk? Cara berwhuduk telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan telah disampaikan oleh orang² terdahulu kpd orang² yg terkemudian dan akhirnya sampai juga kepada aku. Itulah juga cara kamu berwhuduk (zahir perbuatan).
- Tujuan kamu berwhuduk? Tujuan kamu berwhuduk adalah untuk membersihkan kotoran² yg melekat pada anggota² tubuh badan kamu sebelum kamu mengerjakan solat.
- Manfaat kamu berwhuduk? Manfaat berwhuduk untuk kamu adalah dgn berwhuduk ianya dapat menggugurkan dosa² yg telah dibuat oleh tangan², mulut, lidah, wajah, kepala (fikiran), telinga dan kaki kamu (dgn izin DIA).
Itulah antara apa yg aku faham tentang whuduk. Aku fikir lagi kata² DIA;
"Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi DIA hendak MEMBERSIHKAN kamu
dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
Apakah kamu mengetahui berapa banyak dosa yg telah kamu lakukan setiap hari melalui anggota² wudhuk kamu? Aku tak tahu. Ada diceritakan di dalam Al Qur'an, bahawa ada manusia yg memandang indah perbuatannya (syok sendiri) sedangkan perbuatan itu adalah bertentangan sekali dgn aturan DIA yakni melanggar peraturan DIA. Ada juga ditulis di dalam Al Qur'an ada orang² yg diazab oleh DIA disebabkan melakukan sesuatu yg TIDAK BENAR;
[S40:A75 |4208/6236]
Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersuka ria di muka bumi dengan TIDAK BENAR dan kerana kamu selalu bersuka ria (dalam kemaksiatan).
Maka, sebab itu lah setiap apa yg kamu perbuat mestilah dicari akan kebenarannya dan apabila kamu yakin bahawa itu adalah BENAR maka perbuatlah. Apa yg kamu perbuat, itu adalah urusan kamu dgn DIA kelak kerana setiap apa yg kamu kerjakan DIA Maha Mengetahui, DIA Maha Melihat, DIA lah yg memberi dosa, DIA lah yg memberi pahala kerana DIA lah Pencipta semuanya. Dengan adanya perbuatan wudhuk yg diperintahkan oleh DIA utk diperbuat oleh kamu, ianya merupakan satu rahmat yg diberikan oleh DIA, kerana melalui whuduk, dosa² yg di buat / terbuat dapatlah juga dibersihkan (dgn izin DIA). Ouh... Tuhan... Alhamdullillah.... Begitulah, yg aku faham tentang whuduk setakat ini.
19. Hakikat Berwhuduk
Masih ingatkah kamu, tentang seorang kawan kamu? Kamu bertanya pada dia, "Kau buat lagi ke kerja lama kau tu?" Kawan kamu menjawab "Aku tak buat dah. Aku dah cuci tangan". Cuba kamu amati kata² "cuci tangan". Maksud kata² "cuci tangan" itu adalah bermaksud dia tidak lagi membuat / mengulangi perbuatan² yg pernah dia buat dahulu. Kamu ambil kata² "cuci tangan" itu dan kamu serapkan dalam dalam perbuatan whuduk. Akan kamu dapati, ada sesuatu yg hendak DIBERSIHKAN, dan ada nikmat di sebalik perbuatan whuduk ini yg hendak disempurnakan oleh DIA dan apabila disempurnakan, agar kamu bersyukur. Aku renungi hakikat berwhuduk dan aku dapati;
- Membasuh tangan adalah untuk kamu membersihkan perbuatan tangan yg sia², sebaliknya berbuatlah mengikut kehendak Allah.
- Membasuh mulut adalah untuk kamu membersihkan perbuatan mulut yg sia², agar tidak membuat perkara² yg dilarang oleh Allah seperti makan riba, makan yg haram sebaliknya berbuatlah mengikut kehendak Allah.
- Membasuh lidah adalah untuk kamu membersihkan perbuatan lidah agar tidak membuat perkara² yg sia² seperti mengumpat. Sebaliknya berbuatlah mengikut kehendak Allah.
- Membasuh muka adalah untuk kamu membersihkan perbuatan muka yg sia², sebaliknya pandanglah kpd Allah.
- Membasuh kepala adalah untuk kamu membersihkan perbuatan fikiran agar tidak berfikir yg sia² seperti berfikir untuk membuat kejahatan, sebaliknya berfikirlah tentang Allah.
- Membasuh telinga adalah untuk kamu membersihkan perbuatan telinga agar tidak mendengar perkara² yg melalaikan. Sebaliknya, mendengarlah mengikut kehendak Allah.
- Membasuh kaki adalah untuk kamu membersihkan perbuatan kaki agar tidak melangkah ke tempat² yg sia². Sebaliknya, melangkahlah mengikut kehendak Allah.
■ Apakah kamu tidak merasa nikmat seandainya diri kamu sentiasa dapat berbuat kebaikan?
■ Apakah kamu tidak merasa bersyukur setelah kamu merasakan diri kamu seperti telah diselamatkan / dibersihkan oleh DIA?
■ Bukankah DIA Maha Berkuasa atas segala sesuatu?
■ Bukankah kamu tiada daya dan upaya untuk berbuat segala sesuatu melainkan pertolongan DIA?
■ Tidakkah kamu merasakan diri kamu telah dibersihkan dari segala perbuatan yg sia² oleh DIA?
■ Dan apakah kamu sudah diberi KEBEBASAN oleh DIA untuk melakukan segalanya tanpa mengikut ATURAN DIA?
Alhamdullillah... Namun begitu, USAHA untuk membersihkan diri hendaklah dilakukan kerana kamu telah diberi sebuah HATI untuk dibawa pulang kpd DIA. Perbuatan MEMBASUH anggota tubuh badan ketika berwhuduk adalah untuk kamu fahami bahawa kamu perlu mencegah anggota tubuh badan kamu dari melakukan perkara² yg tidak seperti kehendak Allah dan sebaliknya, semuanya hendaklah digunakan untuk berbakti kpd Allah. Moga² melalui perbuatan whuduk kamu, kamu dapat mencegah kamu sendiri dari melakukan perkara² yg sia². Moga² DIA memberi pertolongan dan kefahaman kpd kamu melalui perbuatan whuduk yg kamu lakukan. Ameen.
20. Pelajaran Di Sebalik Whuduk
Ada pelajaran di sebalik perbuatan wudhuk yg dapat dipelajari setiap kali selepas berwhuduk. Dari sudut kejasmaniannya (sunnah yg telah diajar oleh Nabi s.a.w), perbuatan berwhuduk adalah dgn cara 'membersih (basah dan basuh) anggota² whuduk' sebelum mengadap DIA kerana melalui berwhuduk, insya Allah ada dosa² yg dibersihkan tetapi tidaklah kamu nampak akan pembersihan dosa² itu (jika diberi keizinan untuk melihat dosa² yg dibersihkan, nampaklah). Dari sudut kerohaniannya pula (Al Qur'an), perbuatan berwhuduk adalah untuk kamu membersihkan hati kamu agar diri kamu sentiasa dapat berbuat mengikut aturan yg telah ditetapkan oleh DIA kerana HATI lah yg mengarahkan anggota² tubuh badan untuk berbuat apa. Bukankah Nabi s.a.w telah mengingatkan;
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI". - Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Kamu kata kamu hamba DIA? Adakah kamu itu benar² hamba DIA? Apa yg DIA suruh buat kamu tidak buat? Begitukah seorang hamba? DIA telah memberikan anggota yg sempurna (bg yg sempurna) kpd kamu. Maka, hendaklah kamu menggunakannya untuk memberi perkhidmatan yg terbaik kpd Allah / kerana Allah. Andainya berlaku begitu yakni semua anggota tubuh badan digunakan untuk berbuat perkara yg benar, sudah pasti anggota tubuh badan kamu akan bercahaya (kerana bersihnya dari segala kotoran perbuatan) seperti mana sabdaan Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah², tangan² dan kaki² mereka kerana bekas wudhuk". - Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim.
Perbuatan Wudhuk ini adalah untuk mengingatkan kamu bahawa anggota tubuh badan yg diberikan kepada kamu, hendaklah kamu bersihkan ia dari segala perbuatan yg dilarang oleh DIA dan hendaklah kamu gunakannya dengan se-baik²nya untuk mengembirakan DIA.
Ouh... aku mengerti. Setakat fikiranku yg terbatas ini, agaknya itulah antara nikmat² yg tersembunyi di dalam kata² DIA. Hiduplah dgn berpandukan "cahaya" (Kitab Al Quran dan As Sunnah) yg telah diberikan dan ditinggalkan untuk kamu menyuluh jalan² di dunia ini.
"Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu
dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
BERWHUDUK SEBELUM SOLAT...
memberi pengajaran kepada kamu
BERSIHKANLAH DIRI (ZAHIR DAN BATIN) SEBELUM MENINGGALKAN DUNIA INI...
BERSIHKANLAH DIRI KAMU DENGAN SEBENAR-BENARNYA BERSIH SEPERTI ASAL DATANGNYA KAMU KE DUNIA INI, SEBELUM KAMU KEMBALI KEPADA ALLAH...
NIKMATNYA JIKA DIRI TELAH BERSIH SEBELUM MAYAT DIMANDIKAN
NIKMATNYA JIKA DIRI TELAH BERSIH SEBELUM MAYAT DIMANDIKAN
ALHAMDULLILLAH..... SETELAH MENGETAHUI APA YANG ADA DI SEBALIK BERWHUDUK
Macamana kamu bersihkan (berwhuduk) diri kamu sedangkan kamu masih berbuat perkara yg dilarang oleh DIA?
Apa yg kamu bersihkan sebenarnya?
Diri kamu hendaklah sentiasa dalam keadaan "berwhuduk" yakni hendaklah sentiasa berada dalam
keadaan "bersih" dari membuat perkara² yg dilarang oleh Allah di sepanjang keberadaan kamu di dunia ini sehinggalah kematian mengambil kehidupanmu.
Ouh... Dah masuk waktu Isyak...
Berhenti menasihati diri sendiri...
Aku sedang Menuju Jalan Mim...
Hhmm... Aku berwhuduk dulu...
------------------------------
Seterusnya....
- Cerita apakah yg ada di dalam AZAN?
- Apakah solat?
- Apakah benda yg dapat dilihat di dalam solat nanti...?
- "SEMBAHYANG ADA DI DALAM SOLAT"?
BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..
Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...
Kisah Rekayasa :