Sunday, May 12, 2013

Mesej Dari Singkatan Tulisan 's.a.w'


Hari ini (12 Mei 2013) adalah hari yang ke 12,936 aku dihidupkan, masih bernyawa. 1+3+1+4+3=12, 1+2=3, esok 4, lusa 5, 6, 7, 8, 9 dan kembali kepada 1, 2, 3. Ulangi semula dan begitulah seterusnya selagi hidup. Hidup diibaratkan seperti roda yang berputar. Roda berhenti, barulah kita nampak bentuk 0, tetapi kita sudah MATI. Barulah kita mengerti bahawa kita tiada apa-apa yg dimiliki di dunia ini. Semuanya Allah yg punya. Aku masih dapat menggerakkan anggota badanku. Masih banyak masalah yg perlu diselesaikan. Aku fikir, kalian jua begitu. Namun, bukanlah aku hendak menceritakan masalah aku di sini. Aku ingin berkongsi mengenai sesuatu yg aku lihat ada pada deretan perkataan "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam" dan aku beri tajuk artikel ini " Mesej Dari Singkatan Tulisan 's.a.w' ". Aku teruskan...

1. Ucapan Khas kepada Nabi Muhammad
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Sallallahu_Alaihi_Wasallam)
     Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih telah mengutuskan Nabi Akhir Zaman, Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad kepada umat manusia. Pengutusan itu adalah untuk menyucikan manusia agar manusia meninggalkan perkara² yg dilarang oleh Allah dan mengerjakan perkara² yg diperintahkan oleh Allah. Firman Allah:

Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat² Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al Hikmah (As-Sunnah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.
[QS2:151]

Sallallahu Alaihi Wasallam
    Kita (umat Islam) yg mengaku sebagai umat Nabi Muhammad hendaklah berterima kasih kepada Nabi Muhammad dan bersyukur kepada Allah, menghargai pengorbanan Nabi Muhammad dan sebolehnya mengikuti perbuatan Nabi Muhammad kerana baginda telah bersusah payah dalam menyampaikan perkara yang umat manusia tidak tahu dengan tujuan untuk menyelamatkan umat manusia dari dibakar oleh api neraka. Sebuah rahmat yg besar untuk kita. Nabi Muhammad telah menunjukkan cara bagaimana mahu menjalani kehidupan di dunia yg sementara ini.
     Atas pengorbanan baginda dalam menyampaikan ayat² Allah dan dalam usaha baginda untuk menyucikan umat manusia, satu ucapan penghormatan telah dikhaskan untuk baginda. Ucapan penghormatan tersebut adalah "Sallallahu Alaihi Wasallam, " yang bermaksud "Sejahteralah ke atas baginda". Itulah ucapan tanda hormatnya kita kpd Nabi Muhammad. Biasanya kita akan mengucapkan "Sallallahu Alaihi Wasallam, " dan jarang sekali kita menyebut "Sejahteralah ke atas baginda". Apabila kita menyebut "Nabi Muhammad" atau mendengar perkataan "Nabi Muhammad" disebut, kita seharusnya mengucapkan ucapan penghormatan kpd baginda iaitu "Sallallahu Alaihi Wasallam, ". Itu dari segi ucapan di mulut, tanda penghormatan kita kepada baginda.
     Begitu juga yg berlaku di dalam alam penulisan. Setiap kali manusia menulis perkataan "Nabi Muhammad" ianya akan diikuti dengan tulisan ucapan khas kepada baginda iaitu "Sallallahu Alaihi Wasallam, " dan biasanya akan ditulis begini:

"Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam"
"Sallallahu Alaihi Wasallam" (Ejaan Bahasa Melayu) = (Ejaan Bahasa Arab)

     Apabila kita membaca perkataan "Nabi Muhammad " atau "Rasulullah ", kita telah mengucapkan satu ucapan penghormatan (dalam Bahasa Arab) kepada baginda. Bagindalah penghulu kita semua sebenarnya. Hormatilah Nabi kita. Kita sebolehnya, hendaklah berusaha untuk laksanakan apa yang Nabi Muhammad katakan. Baginda adalah manusia yang agung, manusia yg berpengetahuan benar. Nabi kita semua, Nabi yg telah menyampaikan kpd kita apa yg kita tidak tahu selama ini. Maka, hendaklah kita hormat kpd baginda. Bagaimana cara hormatnya? Yakni apabila nama baginda (Muhammad) disebut atau apabila kita membaca tulisan "Nabi Muhammad", maka kita ucaplah "Sallallahu Alaihi Wasallam". Bersalawatlah...
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad
(Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad)

Kenapa kita kena berselawat kepada Nabi Muhammad? Allah yg suruh. Allah juga berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Firman Allah:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang² yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]

Lihatlah, Allah pun bersalawat ke atas Nabi Muhammad , apatah lagi kita ini. Tak adakah perasaan malu kita kepada Allah? Allah berselawat ke atas Nabi Muhammad padahal Dia adalah Tuhan Semesta Alam. Maka, perbanyakkanlah salawat ke atas Nabi Muhammad . Tanda kasihnya kita kepada baginda. Selepas ini, apabila kita dengar nama Nabi Muhammad / Rasulullah disebut, kita ucaplah ucapan penghormatan kepada baginda iaitu "Sallallahu Alaihi Wasallam (Sejahteralah ke atas baginda)".

2. Kesingkatan Perkataan "Sallallahu Alaihi Wasallam"
     Fenomena menyingkatkan perkataan semakin berleluasa (aku menulis artikel ini pada Bulan Mei Tahun 2013) terutamanya bahasa SMS, chatting, jaringan sosial, memo ringkas dan sebagainya. Kita hanya dapat melihat fenomena penyingkatan perkataan dalam penulisan. Dalam percakapan, jarang sekali penyingkatan perkataan berlaku. Memang tak nampak pun huruf² dalam percakapan. Huruf² hanya nampak dalam penulisan. Kita telah melihat fenomena ini dan kita sendiri pun melakukannya. Sebab apa jadi begitu? Satu alasan glamour adalah "malas nak taip/tulis panjang²" sebab ianya memakan masa walaupun 1 saat dan juga memakan ruang. Tetapi kita tetap menyebut perkataan yg sebenarnya, misalnya aku taip 'yg', kalian mesti menyebutnya 'yang'. Begitulah. Benar. Ianya memang berlaku. Lama kelamaan alasan "malas naik taip/tulis panjang²" akan bertukar menjadi "biasalah". Begitu juga dgn menulis guna tangan, penat menulis panjang². Dalam blog aku pun ada. Macam² singkatan perkataan ada. Namun begitu, akal manusia masih mampu memahaminya dan tahu apa yg dituliskan/ditaipkan. Allah sungguh hebat menciptakan akal untuk manusia gunakannya.
     Penyingkatan tulisan juga terkesan kpd ayat "Sallallahu Alaihi Wasallam" yang dieja dalam bahasa Rumi. Diperhatikan, kebanyakkan ayat "Sallallahu Alaihi Wasallam" telah disingkatkan /tersingkatkan kpd perkataan "s.a.w, S.A.W, saw, SAW". Perhatikanlah. Kenapa ayat "Sallallahu Alaihi Wasallam" ditulis seperti itu? Aku tidak tahu tetapi mesti ada alasan yg tertentu. Tulisan "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam" telah disingkatkan dan ditulis sebagai Nabi Muhammad s.a.w atau Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi Muhammad SAW atau Rasulullah s.a.w atau Rasulullah saw atau Rasulullah S.A.W atau Rasulullah SAW.

Sallallahu Alaihi Wasallam = s.a.w = saw = S.A.W = SAW

3. Menyebut atau Membaca "s.a.w / saw / S.A.W / SAW"
     Bagi yg mengetahui dan berpengetahuan, apabila kita membaca tulisan "Nabi Muhammad s.a.w", kita akan membacanya sebagai "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam". Bukannya kita membaca Nabi Muhammad s.a.w dengan menyebut huruf "s", huruf "a" dan huruf "w" satu persatu. Itu bacaan yg salah. Bacaan terhadap tulisan "Nabi Muhammad s.a.w" adalah "Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam". Cuma disingkat menjadi "Nabi Muhammad s.a.w". Kadang² sesuatu perkataan yg ditulis itu salah atau tidak sempurna, tetapi yg disebutnya itu betul. Misalnya aku taip, "ditilus sekeping sarut". Bagi yg tahu mesti mereka menyebutnya "ditulis sekeping surat". TULIS LAIN, SEBUT(BACA) LAIN. Tetapi perkara begitu jarang berlaku apabila kita menulis dengan menggunakan pena, biasanya berlaku apabila kita menaip menggunakan keyboard / keypad. Kenapa? Terlalu laju menaip? Hehe.. Firman Allah:

Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (pena).
■[QS96:3-4]■

Dunia sekarang, kebanyakkan penulisan menggunakan keyboard / keypad dan impaknya adalah penjimatan dalam penggunaan kertas. Berbalik kpd ayat Al Quran di atas, sebab itulah agaknya disesetengah tempat tidak menggalakkan penggunaan komputer dalam penulisan di peringkat awal pendidikan kerana mungkin ada hubung kait yg tersembunyi antara menulis guna pena dengan otak. Aku agak sahaja. Pernah dengar tak "Aku tidak pandai menulis tetapi aku pandai menaip" Pelik kan???? Jadi bacaan terhadap perkataan "Nabi Muhammad s.a.w" adalah "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam". 

4. Menulis "s.a.w / S.A.W / saw / SAW / Sallallahu Alaihi Wasallam"
     Jika kita menaip menggunakan keyboard atau keypad, sudah tentu kita akan melihat apa yg kita taip di skrin (bagi yg boleh melihat). Tak kiralah samada komputer, henset (handset) atau sebagainya peralatan elektronik yg boleh ditaip. Jika kita menaip menggunakan mesin taip manual, sudah tentu kita akan melihat apa yg kita taip di kertas. Jika kita menulis dgn tangan, sudah tentu kita melihat apa yg kita tulis pada benda yg kita tulis (kertas, batu, papan dan sebagainya). Setiap apa yg kita tulis pada benda, ianya memerlukan ruang. Pada kertas putih/skrin komputer, makin ditulis/ditaip makin banyak ruang yg digunakan.
     Aku tunjukkan sedikit bagaimana penggunaan ruang di dalam sistem komputer yg digunakan untuk menyimpan apa yg kita taip (secara ringkas). Apabila kita menaip satu huruf, sistem komputer akan membacanya dalam bentuk angka 0 dan 1. Angka² yg ditunjukkan akan melibatkan penggunaan ruang penyimpanan di dalam sistem komputer. Lagi banyak angka, lagi banyak ruang yg digunakan, lagi banyak BAIT/BYTES yg digunakan. Misalnya, kita taip 's', komputer akan membacanya sebagai "01110011". Kita taip 'a', komputer membacanya sebagai '01100001' dan seterusnya. Dan ini aku buat ringkasan hasil taipan "saw, s.a.w, SAW, S.A.W, Sallallahu Alaihi Wasallam" menggunakan sistem komputer.

"saw" dikodkan kpd "01110011 01100001 01110111"
"s.a.w" dikodkan kpd "01110011 00101110 01100001 00101110 01110111"
"SAW" dikodkan kpd "01010011 01000001 01010111"
"S.A.W" dikodkan kpd "01010011 00101110 01000001 00101110 01010111"
"Sallallahu Alaihi Wasallam" dikodkan kpd "01010011 01100001 01101100 01101100 01100001 01101100 01101100 01100001 01101000 01110101 00100000 01000001 01101100 01100001 01101001 01101000 01101001 00100000 01010111 01100001 01110011 01100001 01101100 01101100 01100001 01101101 00100000"

     Tapi itu dalam sistem komputer. Kita tidak akan dapat melihatnya angka² itu kerana angka² itu diwakili oleh "tenaga elektrik". "Tenaga Elektrik"? Takpe nanti aku tulis dalam artikel yg lain (kalau umur panjang). Secara manualnya, apabila kita menulis menggunakan tangan, setiap apa yg kita tulis itu memerlukan tenaga dari kita. Setiap tenaga yg digunakan utk menulis akan dikira walaupun kita tidak tahu. Lihatlah sistem komputer itu. Makin banyak huruf² di taip, makin banyak angka²nya.
     Dari segi pandangan mata zahir, tulisan yg banyak menggunakan ruang adalah "Sallallahu Alaihi Wasallam" dan yg paling pendek adalah "saw". Maklumat ini datangnya dari alam elektronik. TIADA ELEKTRONIK, TIADALAH KOMPUTER. Apa yg aku nak tunjukkan adalah penggunaan ruang². Ok, cukuplah aku pun banyak lupa dah pasal elektronik ini. Begitulah, dari apa yg aku taip setakat ini, mungkin singkatan "s.a.w" yg digunakan dalam penulisan itu adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang. Namun, apapun yg kita tulis selepas perkataan "Nabi Muhammad" samada singkatan "s.a.w, saw, S.A.W, SAW", bacaannya tetap "Sallallahu Alaihi Wasallam".

Sallallahu Alaihi Wasallam = s.a.w, saw, S.A.W, SAW

5. Melihat tulisan "s.a.w"
     Artikel ini terhasil apabila aku melihat perkataan yg disingkatkan iaitu "s.a.w". Aku melihat sungguh banyak tulisan "s.a.w" di mana² sahaja seperti ada mesej yg hendak disampaikan di sebalik tulisan itu. Manusia lebih cenderung untuk menulis "s.a.w, saw, S.A.W, SAW" dari menulis "Sallallahu Alaihi Wasallam" tetapi harus diingat walaupun ditulis "s.a.w, saw, S.A.W, SAW", sebutannya masih "Sallallahu Alaihi Wasallam". Cuma bahayanya adalah kepada yg tidak tahu bagaimana membaca singkatan "s.a.w, saw, S.A.W, SAW" itu. Sekali lagi, bacaan singkatan "s.a.w, saw, S.A.W, SAW" selepas menulis perkataan "Nabi Muhammad" adalah "Sallallahu Alaihi Wasallam". Kadang² sesuatu yang tersirat itu tidak dapat dikesan melalui sebutan tetapi dapat dikesan melalui tulisan². Antara ke empat² singkatan "s.a.w, saw, S.A.W, SAW", aku melihat ada sesuatu yg cuba diberitahu oleh singkatan "saw dan SAW".

6. Maksud tersirat "s.a.w / saw / S.A.W / SAW"
     Kita bayangkan, sebelum ini kita tidak tahu bagaimana nak sebut singkatan "s.a.w, saw, S.A.W, SAW". Sekiranya kita membaca tulisan "Nabi Muhammad s.a.w" atau "Nabi Muhammad saw", pasti kita mencari apa makna "s.a.w /saw" itu. Apa maksud "s.a.w / saw" ini? Setelah diketahui, bacaan singkatan "s.a.w, saw" adalah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka kita tahu membaca akan singkatan tulisan "s.a.w / saw". Orait.
     Di dunia ini terdapat pelbagai gaya bahasa. Kenapa? Wollohua'lam. Tetapi Al Quran ada memberitahu itulah adalah antara tanda² kekuasaan Allah. Firman Allah:

Dan di antara tanda² kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar² terdapat tanda² bagi orang² yang mengetahui.
■[QS30:22]■

Zaman sekarang pun (tahun 2013), ada manusia yg menggunakan bahasa rojak yakni bahasa sendiri yg dicampur dgn bahasa lain apabila mereka bercakap atau menulis. Misalnya, "u know, aku dulu macam ni lah". Itulah bahasa rojak. Tetapi kita masih FAHAM apa yg dikatakan sebab memang kita faham. Berbalik semula kepada tulisan "Nabi Muhammad saw". Jika diperhatikan perkataan "saw" itu, bentuknya sama dgn perkataan dalam bahasa Inggeris ("saw" past tense kepada "see") dan maknanya adalah "telah melihat/telah nampak". Jika dibaca secara terus tulisan "Nabi Muhammad saw" tanpa menyebut maksud sebenar singkatan "saw" ianya akan membawa maksud tersiratnya iaitu "Nabi Muhammad telah melihat/telah nampak". Kita lihat pada kertas atau skrin komputer, terlalu banyak yg menulis, yg menaip "Nabi Muhammad saw".
     Sekali pandang tulisan "Nabi Muhammad saw" memanglah sebutannya "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam". Pandang banyak kali, "Nabi Muhammad saw", "Nabi Muhammad saw", "Nabi Muhammad saw", "Nabi Muhammad saw", akhirnya di situlah mesej yg tersembunyi keterlihatan. Nabi Muhammad saw? Apa yg Nabi Muhammad telah melihat/telah nampak??? Bukanlah aku bermaksud untuk mengubah makna singkatan "saw" pada nama Nabi Muhammad tetapi aku ingin menyampaikan sesuatu disebalik singkatan "saw" itu. Maksud asal "saw" pada tulisan "Nabi Muhammad saw" adalah "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam".

"Nabi Muhammad saw"(baca dalam format English)
"Nabi Muhammad telah melihat/telah nampak"

Naahh... Itulah yg tersiratnya. Yg tersirat disebalik tulisan "saw". Dalam bahasa Inggeris tidak ditulis "Nabi Muhammad saw" tetapi ditulis sebagai "Prophet Muhammad pbuh".

 s.a.w, saw, S.A.W, SAW = Sallallahu Alaihi Wasallam = Sejahtera ke atas baginda. 
Pbuh = Peace Be Upon Him = Sejahtera ke atas baginda.

Maknanya sama, bahasanya berbeza dan tulisannya berbeza.

Nabi (Ejaan Bahasa Melayu sebutan Bahasa Arab) Muhammad (Nama) Sallahu Alaihi Wasallam (saw) (Sebutan Bahasa Arab)

Prophet (English Language) Muhammad (Name) Peace Be Upon Him (pbuh) (English)

Apapun, maknanya sama, dan tujuannya adalah sama iaitu ucapan penghormatan. Dalam English tidaklah di tulis "Nabi Muhammad saw" kerana mungkin maksudnya akan berubah kerana terdapat pertindihan makna di situ. Singkatan "saw" selepas tulisan "Nabi Muhammad" bermaksud "Sallahu Alaihi Wasallam" dan dalam bahasa English ianya boleh bermaksud "telah melihat/telah nampak". Sebab itu, dalam English ditulis sebegini "Prophet Muhammad pbuh (Peace Be Upon Him)".

7. Mesej dari singkatan "s.a.w, saw, S.A.W, SAW"
     Tadi, aku telah tunjukkan tentang tersirat "s.a.w" dan aku telah lahirkan maksud bayangannya iaitu "Nabi Muhammad telah melihat/telah nampak". Di sinilah tertunjuknya mesej akan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w secara tidak langsung yakni Nabi Muhammad telah melihat / telah nampak KEBENARAN akan sesuatu perkara itu. Kita tanya lagi, apa yg Nabi Muhammad s.a.w telah lihat / telah nampak? Sungguh banyak hadis² Rasulullah s.a.w yg kita dapat jadikan rujukan untuk dijadikan panduan dalam memperbaiki cara kehidupan kita.

Contoh kisah 1:
Baginda (s.a.w) berpesan kepada tentera ketika dalam Perang Uhud: “Tetaplah kalian di sini, sekalipun kalian melihat kami menang atas mereka, janganlah kalian meninggalkan tempat ini, dan jika kalian melihat kami kalah, janganlah kalian bergerak untuk menolong kami.”

Tetapi tentera itu meninggalkan tempat itu dan akhirnya musuh datang mengambil tempat itu lalu menyerang tentera Islam. Nabi s.a.w telah nampak akan sesuatu itu. Samada orang yg mendengarnya ikut atau tidak sahaja.

Contoh kisah 2:
Seorang sahabat tidur dan dia tidak memasak. Datang seorang sahabat dia mengatakan 'asyik tidur je kerja' kpd sahabat yg tidur itu. Selepas itu sahabat yg menegur ini datang kepada Nabi s.a.w dan mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa mereka tidak makan lagi. Nabi s.a.w kata 'kamu sudah makan, aku melihat ada daging di mulutmu (mengumpat)'.

Begitulah hebatnya Nabi Muhammad s.a.w. Baginda nampak akan kebenaran sesuatu perkara itu. Memang benar sahabat itu belum makan lagi kerana sahabat yg satu lagi tidur dan tidak memasak. Dia telah mengumpat sahabatnya itu. Secara hakikatnya, dia telah makan 'daging' saudaranya sendiri. Tetapi kebenarannya telah dapat dilihat oleh Nabi s.a.w. Kalaulah kita dapat melihat (penglihatan sebenar) mulut orang yg mengumpat, tentu banyak daging² kat mulut dia.

Bagi aku, setiap apa yg Nabi Muhammad s.a.w katakan, baginda telah melihat akan kenyataannya. Misalnya dalam hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit² yang pernah menimpa umat² dahulu. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit² umat² terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : “Penyakit² itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”. (Hadith riwayat al-Hakim)

     Nabi s.a.w telah menyebut kata² ini ketika baginda s.a.w masih hidup tetapi kenyataannya, kita sendiri yg telah melihat akan kebenarannya pada hari ini (aku menaip artikel ini pada Mei 2013). Itulah maksud aku, Nabi Muhammad telah melihat /telah nampak akan sesuatu. Itu sebab semua kata²nya adalah BENAR. Itu sebab kita kena yakin kepada kata² Nabi s.a.w. Bila yakin, kita buatlah yg mana kita mampu tetapi yg penting taatlah pada Allah dan tinggalkan larangan Allah. ADAKAH ANDA TIDAK YAKIN LAGI KEPADA KATA² NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM?
     Tanya diri kita, sekarang ini kita hidup dan kpd kata² siapa yg kita perlu yakin? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah kata² Nabi Muhammad s.a.w dan Al Quran kerana Nabi Muhammad s.a.w telah melihat dan telah nampak akan segala-galanya. Kata² Nabi s.a.w mungkin disampaikan oleh orang yang mengetahui kesahihannya. Sudah terlalu banyak Nabi s.a.w tinggalkan pesanan kepada umatnya. Sebab itulah Nabi s.a.w berpesan "berpeganglah kepada Al Quran dan As-Sunnahnya, nescaya kamu tidak akan SESAT". Nabi s.a.w telah melihat/telah nampak bahawa kepada sesiapa yang berpegang kepada Al Quran dan As Sunnahnya, mereka tidak akan SESAT.

Hhhmm... Maka begitulah yg tersirat di sebalik tulisan "Nabi Muhammad saw / s.a.w / SAW / S.A.W". Penglihatan terhadap ayat "Sallahu Alaihi Wasallam", dan singkatannya iaitu "saw, s.a.w, SAW, S.A.W" mendatangkan sesuatu maklumat. Maklumatnya adalah Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yg dapat melihat akan sesuatu kebenaran, yg dapat nampak akan sesuatu perkara yg akan berlaku. Buktinya apa yg Nabi s.a.w kata beribu tahun dahulu, kita telah melihat kebenarannya pada zaman kita hidup ini. Nak tahu kebenarannya lagi, tunggulah HARI PENGHISABAN DI AKHIRAT nanti.
     Sifat Nabi itu sendiri adalah Shiddiq (benar), Amanah (dapat dipercaya), Fathonah (pandai/cerdas) dan Tabliq (Menyampaikan wahyu kepada umatnya). Naah... Itulah hebatnya Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (s.a.w). Apa yg Nabi s.a.w kata, hendaklah kita YAKIN. Masalahnya pula, ada juga manusia² yang berani mencipta hadis (kata² Nabi) palsu tetapi Nabi s.a.w dgn sifat Fathonahnya telah berpesan dgn sabdanya:

"Sesiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka"

Pesanan Nabi s.a.w ini juga telah menunjukkan bahawa Nabi s.a.w telah melihat/telah nampak apa yg akan berlaku kepada manusia yg mengatakan sesuatu itu yg bukan dari baginda dan Nabi s.a.w juga nampak bahawa perkara ini akan berlaku. Sebab itu, kita kena pastikan bahawa kata² Nabi s.a.w yg kita baca itu adalah yg benar² disebut oleh Nabi s.a.w.

8 . Hhhmm....
     Jadi, begitulah secara ringkas tentang apa yg aku sampaikan. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yg agung, yg mana kita sebagai umatnya hendaklah hormat kepada baginda s.a.w walaupun secara zahirnya, kita tidak pernah melihat baginda s.a.w. Perbanyakkanlah salawat ke atas baginda s.a.w. Aku mengatakan Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yg hebat, yang mana baginda s.a.w dapat MELIHAT AKAN SESUATU KEBENARAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA. Bagaimana cara baginda s.a.w melihat itu, tidaklah aku tahu, tetapi yg aku tahu baginda s.a.w adalah seorang yg 'melihat', MATA HATINYA CELIK, NAMPAK. Pada zaman sahabat Nabi s.a.w dulupun, apa yg Nabi s.a.w kata, mereka terus yakin dan laksanakan. Itulah kata² manusia yg diyakini iaitu Nabi s.a.w. Seperti contoh, Nabi s.a.w bersabda:

"Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menjadikan bukit² di Mekah ini sebagai emas. Aku telah menjawab, "Ya Allah, aku lebih suka sekiranya aku dapat makan pada suatu hari dan aku berlapar pada keesokkannya supaya apabila aku berlapar aku akan merayu dan mengingatiMu dan apabila kenyang aku dapat bersyukur dan memujiMu"
- HR Tirmizi -

     Nabi s.a.w telah menolak tawaran Allah kerana Nabi s.a.w telah melihat/telah nampak akan sesuatu disebalik tawaran itu samada baik atau buruknya. Misalnya kita menerima tawaran itu, kita tidak tahu akan kebahayaannya sebab kita tidak nampak apa yg akan terjadi selepas itu tetapi tidak pada Nabi s.a.w yang boleh melihat akan sesuatu itu. Naah... begitulah kehebatan Nabi s.a.w. Maka, dari kata² itu, ada para sahabat yang mengikuti cara hidup Nabi s.a.w. Mereka yakin dgn kata² Nabi s.a.w kerana Nabi s.a.w adalah seorang yg celik mata hatinya. Setakat ini sahaja "Mesej Dari Singkatan Tulisan 's.a.w' ". Yang ingin disampaikan adalah bahawa Nabi s.a.w adalah seorang yg benar² melihat (celik mata hatinya) dan ianya tertunjuk pada singkatan "s.a.w, saw, S.A.W, SAW". Sebab itu kena yakin akan apa yg Nabi s.a.w katakan kerana Nabi s.a.w telah nampak kebenaran akan sesuatu itu. Mesej ini ditunjukkan oleh singkatan dari perkataan "Nabi Muhammad saw".  
Nama 'Muhammad' dalam Bahasa Arab
     Aku tidak pandai menulis tetapi aku menulis juga. Carilah kekurangan pada diri aku dan kamu akan dapati ianya terlalu banyak. Pada diri aku banyak kekurangan. Tetapi inilah peluang untuk aku menyampaikan. Allah Maha Sempurna. Aku tidak sempurna. Aku tahu, di akhirat nanti, tulisan² aku ini akan dipertanggungjawabkan, namun aku pasrah akan segalanya dan terserah kpd Allah yg akan menghukum atas perbuatanku. Malaikat telah mencatit apa yg telah aku kerjakan. Apapun, maaf kupinta andai terdapat salah silap yg tidak aku perasan sepanjang penulisan ini kerana aku adalah orang yg serba kekurangan. Semoga hidup kalian sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan selamat di akhirat kelak. Wollohu a'lam.

Belajarlah untuk meyakini kata² Nabi Muhammad  / Rasulullah kerana baginda adalah manusia yg celik mata hatinya dan berada di jalan yg benar / lurus. Apa yg baginda katakan, adalah perkara yg benar.

** Selepas kamu membaca, doakanlah sesuatu untuk diriku yang penuh dosa ini. Aku mendoakan agar kalian selamat dunia dan akhirat.

PERINGATAN : Ayat 534 dari 6236 [An Nisaa', QS4:41]
Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).
"Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Kami mohon petunjuk dan taufik hidayah-Mu diberikan kepada kami dan kepada seluruh umat di muka bumi ini, sesungguhnya Engkaulah pemilik hidayah. Tanamkanlah hakikat kalimah La illa ha illallah Muhammadar Rasulullah ke dalam hati kami, ya Allah. Kami tidak pandai Ya Allah, tunjuk ajarlah kami. Ampunkanlah dosa kami dan limpahkanlah kurnia-Mu dan Rahmat-Mu kepada kami..."
- AMEEN -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar