Thursday, December 8, 2011

Disebalik Kelipan Mata

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum...

     Apa yg anda rasai sekarang? Rasa sedih? Pilu? Kecewa? Penat? Letih? Mengantuk? Marah? Bengang? Menyampah? Suka? Gembira? Semuanya sedang MERASAI apa yg ada di dalam KEHIDUPAN ini. Apakah semua yg kita RASA hingga ke saat ini, sudah dibalas? Apa yg dirasai, mungkin ada yg sudah dibalas dan mungkin ada yg belum dibalas. Rasa sunyi dibalas rasa tidak sunyi, rasa lapar dibalas rasa kenyang, rasa kekurangan dibalas rasa kecukupan, rasa gembira dibalas rasa duka, rasa tidak puas dibalas rasa puas, rasa malas dibalas rasa rajin dan banyak lagilah. Tak dibalas di dunia, di akhirat tetap dibalas. Simpan jawapan itu untuk dihayati.... Hari ini sahaja, berapa kali anda mengucapkan perkataan 'RASA'? "Saya rasa bla.. bla.. Saya rasa bla.. bla..". Sy pula rasa nak menulis(menaip), maka sy taip artikel ini, rasa juga tu. Akhir sekali, yang akan MERASAI SEGALA KEHIDUPAN yg telah dirasai adalah KEMATIAN kita. Rasa Hidup dibalas dengan Rasa Mati. Macamana tahu? Firman Allah:

Tiap-tiap yang bernyawa akan MERASAI MATI, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
A-li'Imraan, 185
 
     Orait, sudah berapa kali mata anda berkelip sehingga anda baca sampai di sini? Tak sedar? Haa.. Tu lah, kadang² kita tak sedar mata kita sedang berkelip tapi bila baca pasal kelipan mata ni, mulalah sedar. Baru rasa mata berkelip. Di dalam Al-Quran (setakat penemuan sy) ada 4 ayat yg berkaitan dengan 'sekelip mata'. Kita terokai, apa cerita yg ada disebalik kelipan mata.

1. Cepatnya Perintah Allah terjadi.
Kelipan Mata
     Setiap apa yg Allah jadikan, tiadalah ke'sia-sia'an, maknanya ada sesuatu yg tersirat. Cuba kelipkan mata anda? Cepat tak? Apakah perkara yg tersirat disebalik kecepatan kelipan mata itu? Firman Allah :

"Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kelipan mata."
Al-Qamar, 50

SATU PERKATAAN yg dikatakan itu dapat dibaca pada Firman Allah:

Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: "Jadilah engkau!", maka menjadilah ia.
Al-Nahl, 40

Lihatlah kekuasaan Allah wahai jiwa², hanya berkata "Jadilah engkau", maka menjadilah apa yg Allah kehendaki dalam sekelip mata. Allah Maha Hebat. Bermacam² kejadian telah berlaku ketika kita sedang berkelip mata, kita sahaja yg tidak tahu. Anda tak risau ke? Kerisauan akan 'Kami kehendaki' ini membuahkan harapan agar kita sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya. Sentiasalah bersangka dan bersikap baik terhadap Allah untuk mengelakkan sesuatu yg buruk terjadi ke atas diri kita dalam sekelip mata tetapi bila terjadi juga yg tidak diduga, redhalah dengan ketentuan-Nya kerana itu semua adalah ujian. Sebab itu kita kena sangka baik kpd Allah kerana Allah menurut apa yg kita sangkakan. Jangan sangka salah pada Allah seperti yg diperingatkan. Firman Allah:

"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
Fussilat, 23

Dalam ayat di atas sangkaan yg salah itu adalah sangkaan yg Allah tidak tahu apa yg mereka sembunyikan. Hari ini, sudah berapa kali kita bersangka baik terhadap Allah? Bersangka baiklah terhadap Allah sentiasa, supaya kita tidak 'menjadi' orang² yg rugi. Sikit sahaja pasal sangkaan. Dengan ini, dapat diketahui dan dirasakan kecepatan terjadinya perintah Allah itu adalah seperti cepatnya mata kita berkelip. Cuba kelipkan mata anda sekali lagi? Pantaskan? Nanti sambunglah fikir...

2. Kiamat Berlaku Secepat Kelipan Mata.
     Kelipan mata tetap berkelip terus menerus selagi kita hidup, selagi tak tidur. Tika tidur pun, mata yg terpejam pun masih bergerak². Terus menerus sesuatu perkara itu datang dan pergi melalui kita, selagi nafas dibekalkan. Tanda² kiamat pun sudah seperti mata yg ber-kelip², mengelip-ngelipkan tanda²nya kepada kita. Satu demi satu kelihatan. Kita rasakan kelipan mata kita itu sudah cepat berlakunya tetapi kiamat mungkin berlaku lebih cepat lagi dari kelipan mata. Cepatnya berlaku kiamat itu, ada diberitakan di dalam Al Quran, Firman Allah:

Dan kepunyaan Allah-lah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian kiamat itu, melainkan seperti sekelip mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Al-Nahl, 77

Mata sayu je kan?
     Dari benih perkataan 'kiamat' yg sama, tercabang juga kiamat kecil iaitu kematian makhluk² termasuklah kita ini. Sy teringat kpd kucing sy yg mati secara tiba². Ouh RASA sedih pula... Gambar tu sy ambil sebelum beberapa hari dia mati. Begitulah sekelip mata, terus tiada aksi melucukannya. Sekelip mata ke? Biasanya, bila sesuatu itu terjadi baru kita sebut 'sekelip mata'.
     Sebut pasal kematian kecil (mati) ini, jikalau dikaitkan dgn semua yg bernyawa, semua yg hidup, akan mengalami kematian. Kadang² bayi yg baru lahir pun, baru sekejap di dunia, terus meninggal dunia.
     Dalam seharian, berapa kali kita ingat mati? Tak pasti. Kadang² juga, kematian yg mengingatkan kita (bila mendengar berita tentang kematian) dan kita membuat pengakuan 'satu hari nanti aku pun akan mati juga'. Ada juga waktu² tertentu, secara tiba² kita teringat mati dan kita bertanya 'Bagaimanalah kalau aku mati, nanti?' Apakah setiap kali @ setiap waktu kita sedang mengingati perkara kematian itu, Malaikat Pencabut Nyawa hampir kepada kita? Pernah juga sy mendengar 'Aku hairan kau nie, tiba-tiba je jadi baik'. Dijawab oleh yg ditanya 'Sesekali, ingatlah mati juga'. Susah nak jadi baik? Senang sahaja, ingatlah kematian. BAIK - Bila Aku Ingat Kematian. Bila dah ingat mati, takkan nak buat jahat lagi? Tetapi biasalah manusia mudah lupa, lalai termasuklah yg menulis artikel ini. Berbuat baik kepada manusia itu 'sangat senang' dan 'senang sangat' tetapi bukan mudah hendak berbuat baik terhadap Allah kecuali yg dimudahkan oleh AllahKenapa kita tidak dipilih? Allah tidak adil ke? Jangan kata begitu, tanamkanlah dalam hati kita bahawa Allah Maha Adil ke atas kita, mungkin kita sendiri yg tidak adil terhadap diri kita. Tidak adil? Ye lah.. Barangkali, kita yg tidak ikut perintah²-Nya.
     Mati (kiamat kecil) itu datangnya secara tiba-tiba sebab Allah Maha Kuasa. Dia (Allah) boleh buat apa sahaja terhadap makhluk ciptaan-Nya kerana semuanya adalah kepunyaan-Nya. Apakah anda pasti, anda masih hidup selepas membaca artikel ini? Malaikat Pencabut Nyawa menjenguk kita setiap hari. Apakah dia sedang menjenguk anda sekarang? Dan hanya menunggu perintah Allah sahaja untuk mencabut nyawa kita. Maka, dapatlah kita ketahui bahawa kecepatan berlakunya kiamat itu adalah seperti sekelip mata malah mungkin lebih cepat lagi. Sekiranya dikaitkan akan segala tentang kiamat, ianya berkaitan dengan mati dan azab yg dahsyat. Dan bila ada yg bertanya bagaimana kiamat itu? Maka dapatlah disimpulkan:

KIAMAT :
- Kiamat Itu Azab Menggerunkan, Allah Timpakan -
- Kiamat Itu Akan Mematikan, Allah Tentukan -
- Kiamat Itu Akan Membangunkan, Allah Tentukan -

Menggerunkan apa? Mematikan apa? Membangunkan apa? Sama² fikir. Malas nak fikir? Takpe... Jangan bingung sudah...

3. Tanda Seseorang Dalam Kebingungan
Bingung
     Pernahkah anda melihat seorang manusia yg keadaan matanya tidak berkelip untuk seketika waktu? Se-olah² sedang memandang sesuatu tapi sebenarnya tidaklah memandang sesuatu. Kita ter-tanya² sendiri (samada mulut @ hati), "Orang itu sedang tengok apa ek? Aku tengok takde apa pun kat hadapan dia". Entah apa difikirkannya. Pernah juga apabila ditanya, "Eh kau nie kenapa? Termenung je.." Jawabnya: "Aku bingunglah...". Kaitan keadaan 'mata tidak berkelip' ini menunjukkan si pelaku berada dalam lingkaran kebingungan. Perhatikanlah nanti. Al-Quran mendahului dalam segala perkara. Al-Quran sudah memberitakannya terlebih dahulu. Buktinya, mungkin dari orang lain yang menyampaikannya kpd kita atau mungkin kita sendiri yg telah mengalami keadaan seperti itu. Lihat Firman Allah ini: 

     .
(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
Ibrahim, 43

Kebingungan. Itulah antara tanda² orang yg zalim ketika menuju ke Padang Mahsyar nanti (akhirat). Zalim macamana? Wollohua'lam. Kita sendiri pun kalau berbuat salah dengan seseorang, pasti bingung dan merasa agak cemas, hati pun lemah (takut) untuk menghadapinya (bg yg betul² memikirkan kesalahannya). Dari ayat ini, dapatlah kita mengetahui sedikit tanda² seseorang sedang berada dalam kebingungan (di dunia ini) melalui keadaan matanya yg tidak berkelip. Biasanya, manusia sebegitu sedang memikirkan sesuatu. Samada manusia itu telah berbuat zalim atau tidak, wollohua'lam. Cuba perhatikan selepas ini. Pernah atau tidak, anda melihat seseorang itu tiba-tiba berubah? Dahulunya, dia tergolong dalam orang² yg zalim, akhirnya tiba-tiba berubah kepada golongan orang² yg tidak zalim. Sekelip mata berubah. Pertolongan dalam sekelip mata. Rahmat-Nya..... 

4. Pemberian/Pertolongan Dalam Sekelip Mata.
     Hhmm... Nak habis dah nie artikel nie. Indahnya kandungan Kitab Al-Quran ni. Semuanya ada diberitakan, cuma perlukan sediakan masa. Baca, Faham, Amal dan Sampaikan. Antara yg empat itu, bab Amal itu yg susah sikit. Pernah tak dalam hidup anda, anda meminta pertolongan akan sesuatu perkara, atas sebab² tertentu dan anda ditolong dalam sekelip mata, maka dengan pertolongan itu, urusan anda pun selesai. Tentu anda gembira kan? Pasti punya. Perkara sebegini ada diceritakan di dalam Al-Quran dan fahamilah bagaimana caranya untuk menghadapi situasi sebegitu. Firman Allah:

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
An-Naml, 40

Eyaah!! Eyaah!! Beratnya ko nie!
     Sekelip mata!!! Anda mendapat apa yg dihajati. Sebenarnya, 'pemberian' itu adalah untuk MENGUJI kita samada kita bersyukur @ tidak akan nikmat pemberian Allah. Allah Maha Kaya. Dalam kata² Nabi Sulaiman ini ada satu sikap yg perlu diamalkan iaitu sikap tawadhuk beliau.
     Walaupun beliau adalah seorang yg diketahui memiliki kelebihan (kekayaan yg tiada terbanding), beliau tidak merasakan bahawa diri beliau 'besar' dan 'berkuasa' ketika dikurniakan dengan nikmat 'pemberian' yg sedemikian rupa (permintaannya dipenuhi) kerana beliau lebih memandang kepada kekayaan dan kemurahan Allah adalah lebih dari segalanya. Misalnya, kita minta pertolongan dan ditolongi oleh seseorang dan dalam sekelip mata sahaja, kita ditolong. Hendaklah kita bersyukur kepada Allah atas pertolongan yg diberikan oleh-Nya melalui 'penolong sementara' itu dan bukannya MERASAKAN bahawa kita 'layak' ditolong disebabkan ada sesuatu kelebihan (merasa besar, tinggi @ lain² rasa) yg ada pada kita. (Tetapi lihatlah pertolongan apa ye, kalau tolong menolong dalam perkara yg dilarang itu, tepuk dada tengoklah apa yg terkeluar di akal). Apa yg penting, kisah di atas itu adalah sebenarnya untuk menunjukkan kekuasaan Allah dan banyak lagi hikmah di dalam kisah itu. Ingat, Allah boleh buat apa sahaja.
     Hakikat tawadhuk (rendah diri) ialah satu perasaan yg timbul kerana melihat / memperhatikan kebesaran Allah, dan terbuka baginya sifat² Allah, yakni melihat akan sifat² Allah itu. Seandainya kita menjadi sombong apabila mendapat sesuatu nikmat pemberian, maka ingatlah bahawa tidak ada sesuatu pun yg dapat mengeluarkan (melepaskan) kita dari sifat kesombongan kita itu, kecuali jika kita melihat kepada sifat-sifat Allah. Bagi hal seperti pemberian dalam sekelip mata ini, kita hendaklah melihat kepada siapakah pemberi yg sebenar-benarnya dan bukannya merasakan bahawa kita layak diberi.

5. Tiga(3) Kategori Manusia Dalam Menerima Nikmat Pemberian-Nya.
Ada 3 macam orang dalam menerima sesuatu nikmat pemberian-Nya itu:
  • Org yg gembira kerana mendapat sesuatu yg berguna dan berharga, sesuai dengan maksud dan tujuannya dan dapat menyampaikan hajat keinginannya. Orang yg begini, tidak memperhatikan Tuhan sama sekali, pandangannya hanya semata-mata pada 'benda' yg diperolehi.
  • Orang yg gembira bukan kerana 'benda' yg diberi tetapi kerana merasa diberi, diingati, dikasihi oleh Tuhan. Orang ini dapat membezakan antara pemberian dari Tuhan dengan diperolehi sendiri.
  • Orang yg gembira kerana dengan pemberian itu, dia dapat menggunakannya untuk lebih dekat kepada Tuhan, sehingga dapat lebih meningkatkan kedudukannya di sisi Tuhan.
     Alhamdullillah, sekiranya keinginan kita tertunai dalam masa yg singkat (sekelip mata). Apapun yg kita perolehi di dunia ini, semoga dengan pemberian (kurniaan) itu dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan bukannya menjauhkan lagi kita daripada Allah. Begitulah kehidupan ini, suka duka perlu ditempuhi, sakit pening perlu dihadapi, susah payah tetap diharungi, setiap saat perlu dimanfaatkan (sekiranya mampu) kerana dalam setiap saat itu ada hikmahnya yg tersembunyi. Mungkin hari ini kita tidak dapat memahaminya apa yg kita alami tetapi masa yg mendatang insyaAllah kita akan dapat memahaminya dan saat itu terukirlah senyuman diwajah anda kerana anda berjaya memahaminya dan tika itu anda dapat merasakan yg bahawasanya Allah sentiasa bersama anda (dengan pertolongan-Nya) sejak dahulu lagi. Mungkin, terkeluarlah dari mulut anda "Tak terhitung nikmat-Mu, Ya Allah". Sekelip mata Allah boleh bagi pada kita dan sekelip mata juga Allah boleh tarik kembali apa yg diberikan kepada kita.
     Apa yg diperkatakan di sini adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Tidaklah layak sama sekali untuk mengajari. Sy tidak mengajar anda, sy hanya berkongsi sahaja. Jangan terikut-ikut pula dgn apa yg sy perkatakan, sebaiknya rujuklah orang² yg arif terlebih dahulu. Tapis-tapislah. Mungkin apa yg anda cari, tiada di sini kerana langkah kehidupan manusia itu tidak sama walaupun nampak serupa. Maafkan sy kerana anda telah membaca artikel dari seorang musafir yg serba kekurangan ini. Sy sedang dalam perjalanan 'pulang'. Banyak kekurangan yg perlu ditambah di dalam perjalanan ini kerana di awal kelahiran sudah 'tidak tahu apa-apa'. Penambahan itu belum tentu kekal kerana kebocoran (lalai) boleh berlaku pada bila² masa sahaja tanpa disedari. Mungkin kelebihan² tertentu ada pada anda semua. Nabi s.a.w ada berpesan:

"Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu"

"Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah (s.a.w) bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda (s.a.w) bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah."

Sy mendoakan agar semuanya selamat dunia dan akhirat. "Ya Allah, Engkau selamatkanlah aku dan jiwa² yg membaca artikel ini dunia dan akhirat". Amiinn. Namun, apakan daya, sy manusia yg lemah, semoga apa yg sy sampaikan di sini, akan tersampai kembali kepada sy. Pernahkah anda menulis sesuatu dan akhirnya tulisan anda itu sampai kembali kepada anda? Perjalanan demi perjalanan tetap perlu diteruskan selagi nyawa belum dicabut. Semalam berjumpa itu, hari ini berjumpa ini, esok belum tentu. Ingatlah Allah sentiasa, kerana akhir kalam diharap kita semua dapat mengucapkan 'Ashhadu Alla Ilaha Illallah, Wa Ashhadu Anna Muhammadar Rasulullah'... Wollohua'lam...Ouh.. Harapanku... Ya Allah, Ampunilah segala dosaku....

PERINGATAN : Surah Al-Muzzamil, ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Nukilan: Kun Musafir Maya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar