Friday, March 12, 2010

Getaran Ayat² Al-Qur'an-1

Assalamualaikum...

Setiap hari, kita membaca bagi yg boleh membaca. Tujuan apakah sesuatu barisan perkataan itu dibaca pun agak sukar untuk dinyatakan, kan? Study ? Dipaksa baca? Memang kena baca? Baca kerana ingin menyelesaikan satu persoalan yg perlu dijawab? Baca kerana mencari sesuatu maklumat? Dan ber-macam² lagilah kalau dikaitkan dgn bacaan ini. Baca kerana perintah Allah itu pulak macamana?.... Hhmmm... Perintah pertama yg diterima Nabi s.a.w dari Allah, BACALAH !!! Apa yg paling penting adalah KESAN DARI PEMBACAAN itu sendiri.
  • Ada yang senyum, gembira kalau bacaannya itu mendatangkan pujian pada dirinya atau mendapat sesuatu yg baik.
  • Ada pulak yang takut, sekiranya pembacaan itu mendatangkan satu amaran kepada dirinya.
  • Ada pula yang menggeletar takut, kalau hasil bacaan itu seperti mendatangkan satu hukuman kepadanya.
  • Ada pulak yang menimbulkan kemarahan dari dalam diri kalau suatu bacaan itu melibatkan dirinya atau sebagainya.
Apapun keadaan, ianya masih dalam lingkungan BACAAN. Apabila membaca samada menggunakan lidah hati @ lidah lisan, apakah kebiasaan yg berlaku kpd si pembaca? Tiada yg lain (bagi sy) adalah hanya melibatkan GETARAN. Getaran Suara. Getaran perasaan? Tetapi bagaimana pula kalau ketika kita membaca Al Qur'an? Apakah 'output' senyum, ketawa, resah, gelisah, takut, menggeletar dan sebagainya itu semua terhasil ketika kita membaca Al Qur'an? Jikalau hanya membaca ayat²-Nya sahaja tanpa suatu pemahaman, tiada 'output' itu semua. HANYA BACA SAHAJA TAPI TAK FAHAM. TETAPI jika bacaan itu diserapkan dgn perasaan cuba memahami tafsir Al Qur'an dan diikuti dgn perbuatannya sekali, Insyaallah sekali baca belum mendatangkan lagi rasa itu semua. Aik? Pelik nie.. Jap.. jap... Baca, baca dan terus baca tafsir itu dan cuba fahamkan. InsyaAllah, 'output' itu akan mula menggerakkan anggota tubuh badan kita utk dapatkan dan merasai semua 'output' itu. Itulah Penjiwaan terhadap Al Qur'an. Baca dan fahamkan, maksud ayat yg sedang dibaca. Akal telah dikurniakan, maka gunakanlah. Anggap Al Qur'an itu sesuatu yang 'hidup' dan se-olah² ia sedang ber-kata² kpd kita semasa kita berinteraksi dengannya. Cubalah... Jgn nak menjiwai lagu je.....

Getaran

GETARAN itu tidak boleh dipisahkan dgn sesuatu BACAAN. Bacalah apa sahaja pun samada melalui hati, atau lidah pasti melibatkan getaran. Getaran lidah, getaran suara dan yg lebih hebat lagi menggeletar tubuh badan apabila nama Allah disebut dihadapannya (tapi susah nak dapatkan perasaan takut seperti ini). Teringat sy tika mendirikan solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan di Bandar Tun Razak, Cheras dulu (tahun 1994). Masa tu sy baru berumur 16 tahun. Selesai sahaja solat Jumaat, makmum yg dihadapan sy tu, terus menggeletar tubuh badan dia sambil menangis ter-esak². Mulanya sy ingat kenapalah dia jadi macam tu. Sy tak peduli sangat, pasal duk teringat nasi kat kantin sekolah. Hehehe... Lama sy simpan persoalan tu akhirnya (tahun 2006) terjawab juga iaitu GETARAN YANG TIMBUL HASIL DARI PERASAAN TAKUT PADA ALLAH. 
     Ok kalian. Tarik nafas dan diam sekejap. Cuba baca per-lahan². Sesuatu getaran itu akan berhenti. Cuba fikir sekejap. Mana yg kata tak pernah berhenti tu, sy tak taulah nak cakap macamana. Akan berhenti bila Getaran Kiamat tiba. Apakah Getaran Kiamat itu? Itulah Suara Malaikat Israfil dengan trompetnya. Masa tu perasaan TAKUT akan menggeletarkan tubuh badan tapi selepas itu tiada lagi GETARAN. Apa² istilah getaran pun, getaran juga akan menemui kematian atau pemberhentian kelakuan sifatnya. Jadi, SESUATU GETARAN ITU TETAP AKAN BERHENTI DI DUNIA INI.

Titik Pertemuan Ayat² dan Surah² Al Qur'an.

Kitab Al-Qur'an ada 114 surah dan 6236 ayat (setahu sy). Pertemuan Jumlah Ayat Al-Qur'an dgn Surahnya masing² menceritakan pelbagai ketersiratan (kaitan). Corak pertemuan itu tertunjuk dlm graf di atas. Maka, satu titik itu mewakili Surah dan ayat²-Nya. Kesemuanya ada 114 titik. Pasti, pasti ada sesuatu disebaliknya. Setiap apa yg diperkatakan terhadap sesuatu yg berlaku itu adalah KETENTUAN ALLAH, pasti ada HIKMAHNYA yg tersembunyi bagi Umat Manusia yg berfikir. Dan dari graf ini, dapat sy simpulkan bahawa titik² itu sedang bergetar antara satu sama lain yakni itulah hati kita yg sering berkemampuan utk melakukan kejahatan dan kebaikan. Ada hati yg telah tinggi kedudukannya di sisi Allah (hampir dgn garisan lurus menegak ke atas) dan ada hati yg masih lagi men-cari² Tuhannya, tahu Allah itu wujud tapi masih men-cari² (jauh dari garis lurus menegak), yakni yg masih berada di bawah dan masih jauh dgn garisan yg lurus menegak tu pada graf (sekurang²nya ada iman walaupun sebesar zarah). Yang golongan kiri tak perlu dihuraikan, tak wujud pun dalam graf tu (bahagian sebelah kiri, tiada titik langsung) Jadi benarlah kata Nabi s.a.w bahawa dari 73 golongan Umat Manusia hanya 1 golongan sahaja yg akan masuk ke Syurga. Graf ini dapat menceritakan semuanya. Dari mana graf ini? Dari getaran ayat² Al-Qur'an juga. 
     Graf di atas tadi, telah sy kecilkan hingga nampak HANYA satu titik sahaja. Apa yg cuba ditunjukkan oleh titik itu? Bagi yg ingat, dunia ini bermula dari satu titik dan peringatan ini dikekalkan pada nombor huruf Arab iaitu '.' bermakna '0' atau 'kosong'. Dan lihatlah graf itu, sy kumpulkan titik tadi menjadi satu titik yg besar dan hanya ternampak '0' sahaja pada graf tersebut. Ada sesuatu yg ingin sy sampaikan tetapi bukanlah di dalam artikel ini. Ini hanyalah pengenalan sahaja sebelum memasuki artikel ke-2 nanti.

MODEL ALQUR'AN BERGERAK (UMAT MANUSIA ISLAM)

Perhatikan Model Al Qur'an Bergerak (Umat Manusia Islam) ini. Umat Manusia Islam sebenarnya adalah Al-Qur'an bergerak. Itu, sekiranya ajaran Nabi s.a.w diikuti kerana perjalanan Nabi s.a.w adalah utk membawa kita semua ke syurga dgn turunnya Kitab Al-Qur'an kpd baginda. Bila dibaca, diikuti dan difahami akan kesemua ayat² Al-Qur'an yg berjumlah 6236 itu, maka penuhlah titik² itu di dalam jasad (hati) kita. Lihat Model Plot Titik Ayat² Al-Qur'an Bergerak itu dan cuba bayangkan titik itu adalah kesan keyakinan kita terhadap setiap Ayat Al-Qur'an yg telah kita fahami dan ikuti. Ayat² Al-Qur'an itu sudah terdapat di dalam jasad kita. Lihatlah garisan hitam petak 4segi itu. Itulah kaitan, antara sempadan jasad kita dan titik² di dalam petak (jasad-hati) itulah ayat² Al-Qur'an (isi yg telah difahami dan diikuti). TETAPI PERSOALANNYA DI SINI;
  • APAKAH AYAT² AL-QUR'AN ITU 'HIDUP' DI DALAM JASAD KITA???
  • KALAU 'HIDUP' MENGAPA MASIH ADA SIFAT² YANG TIDAK BAIK YANG LAHIR DARI KELAKUKAN KITA???
  • KALAU TIDAK 'HIDUP', BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENG'HIDUP'KAN KEMBALI AYAT² AL-QUR'AN ITU???
Kitab Al-Qur'an ini adalah kitab yg ada hikmahnya. 'HIDUP' itu adalah terbukanya matahati untuk melihat segala pandangan yg tertumpu pada kehebatan ALLAH SWT. Fikirkanlah....

Firman Allah dalam Surat Ar Ra'd ayat 1 :
"....Ini adalah ayat² Al Kitab (Al Qur'an). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu adalah benar; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepada Kitab Al Qur'an)"

Cuba fikir sekejap. Apakah maksud tidak beriman itu? Di mana kaitannya dgn KEBENARAN Al-Qur'an itu? Tidak lain dan tidak bukan kalian, kita tanya diri kita sendiri, KITA SENDIRI YG TIDAK MEMBENARKAN AYAT² AL-QUR'AN itu berlaku pd diri kita. Maksudnya, Allah kata A, kita lakukan B. Jadi, perlakuan kita kpd B itu telah menjadikan kita TIDAK MEMBENARKAN kata A. Tak perlulah ambil kes yg berat², cukup yg ringan² je. Misalnya, dalam Al-Qur'an ada kata, Ingatlah Allah, nescaya Allah ingat akan kita (kata A). Tapi kalau kita tak ingat pada Allah, Allah pun tak ingatlah pada kita (kata B). Kita yg tidak melakukan @ tidak membenarkan ayat 'ingat Allah(kata A)' tu, tapi kita melakukan @ membenarkan 'tidak ingat Allah(kata B)'.
     Sering sy berfikir, kenapa rumah yang dihiasi dgn ayat² Al Qur'an, masih ada Umat Manusia di dalam rumah tersebut (jika diperhatikan), yg tewas kpd hasutan Iblis? Sy masih dlm perjalanan yg seringkali ditiup oleh angin taufan dunia. Marilah kita sama² saling ingat memperingati antara kita. Apakah kekuatan serta kekebalan ayat Al-Qur'an itu terletak pada tulisan yg melekat pada dinding tampalan itu? Adakah ia hanya hiasan utk mata melihat ?

Rasullullah s.a.w bersabda :
"Akan tiba suatu masa pada Umat Manusia, tiada tinggal dari Al-Qur'an kecuali tulisannya belaka dan Islam hanya namanya". 

Maka, jgnlah menjadikan ayat² Al-Qur'an itu sekadar hiasan atas nama kita ini Umat Manusia Islam, se-kurang²nya, bacalah apa yg dihiaskan itu. Separuh perjalanan artikel ini, sy memohon maaf dari kalian semua. Sesungguhnya yg Maha Mengetahui hanya satu, iaitu Allah s.w.t. Dan sy cuma mengaitkan antara satu sama lain utk membuatkan kita sama² fikir. Ada orang yg jalannya utk mendapatkan faham itu ber-beza². Ada melalui cara ini, ada juga melalui cara lain. Otak tak sama isinya. Samada benar atau tidak apa yg sy taip di ruangan ini bukanlah utk dipercayai kerana ianya hanya kaitan utk kita berfikir. Utk timbulkan fikir. Ada lagi hamba Allah yg lebih arif tentang ini semua. Ini hanyalah kaitan². Artikel ini bersambung dlm Getaran Ayat² Al-Quran-2.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa sahabat²ku serta Umat Manusia yang membaca artikel ini. Kehebatan-Mu memang tiada bandingannya Ya Allah, dari tulisan huruf nama-Mu, hinggalah kepada graf ini semuanya berkait dengan kehebatan-Mu. Berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami ini, agar lebih mudah untuk memahami setiap patah Firman-Mu di dalam Kitab-Mu (Al-Qur'an) dan buangkanlah segala penyakit hati rohani di dalam hati kami (tamak, dengki, irihati, takbur, riak, bongkak, sombong), dari jiwa kami, yang ingin mengenali-Mu dengan lebih dekat."

 - Nukilan : Kun Musafir Maya - 

Friday, March 5, 2010

Ingatlah Wahai Adik...

Assalamualaikum...  Adik² Yg Disayangi...

Alhamdullillah... Kamu boleh membaca dan mendengar suara hati diri yg tidak terdaya ini.
  • Ingatlah kita, bahawa kepandaian 'membaca' itu adalah kurniaan dari Allah dan gunakanlah anugerah itu utk Allah jua iaitu membaca Kitab Suci Al Qur'an. Baca bukan sekadar membaca tetapi biarlah fahami maksud ayat yg dibaca. Fahami maksudnya. Jadi, bersyukurlah kita kerana atas kehendak-Nya jua lah kita dapat membaca.
  • Ingatlah kita, dari awal kita hadir ke dunia ini utk menghadapi ujian-Nya dan dugaan-Nya, sebenarnya kita melalui peringkat² yg telah ditentukan oleh-Nya. Dari bayi, kita menjadi kanak² kecil, dari kanak² kecil, kita menjadi kanak² yg dewasa, dari kanak² yg dewasa kita menjadi anak remaja, dari anak remaja kita menjadi anak yg dewasa, dari anak yg dewasa kita menjadi seorang manusia yg ada ilmu yg bermanfaat utk diri kita sendiri, utk agama kita, utk bangsa kita dan utk negara kita. Ada juga yg tidak menempuh peringkat² itu kerana dijemput 'pulang' lebih awal.
  • Ingatlah kita, janganlah kita lupa bahawa kita sedang diuji oleh Allah s.w.t dan ingatlah jua bahawa kita jua secara hakikatnya adalah hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t berkuasa ke atas diri kita dan 'manusia itu diciptakan dlm keadaan yg lemah'.
Adik²..
     Perintah pertama Allah s.w.t kpd Nabi s.w.t adalah BACA LAH !!! IQRA' !!!. Jadi bacalah perkataan yg mendatangkan manfaat kpd diri kita. Bacalah dari mana asal usul kita wahai adik². Bertanyalah pada diri kita, dari mana diri kita datang dan utk apa kita didatangkan di dunia ini ? Dan lihatlah perubahan pada diri kita. Siapakah yg melakukan akan semua perubahan itu? Tiada siapa, itulah Allah s.w.t.
  • Ingatlah kita sentiasa, tika kita diberi makan di dalam rahim ibu kita, Allah s.w.t lah yg beri kita makan, tika kita minum Allahlah yg beri kita minum. Allah s.w.t yg menciptakan diri kita. Sengaja diri yg tidak terdaya ini menaip semua ini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan yg lain.    
     Antara kehebatan Allah yg teramat hebat adalah penyembunyian kejadian diri kita. Apa yg kitau tahu HANYALAH waktu, hari dan tempat kita dilahirkan serta keadaan sekeliling ketika kita dilahirkan (kalau diceritakan kepadamu dan kamu ingat) dan janganlah lupa kepada yg melahirkan kita, ibu kita. Perhatikan, apa² borang yg hendak diisi atas dunia ini (sedang berlaku sekarang) memerlukan nama ibu.
  • Ingat adik², itu hanyalah berkenaan dengan keLAHIRan diri kita. Dan apakah kita tahu akan hari dan waktu kita diJADIkan ? TIDAK. Itulah jawapan yg tepat kerana Ilmu Kejadian itu hanyalah milik Allah. Apa yg kita tahu hanyalah HARI LAHIR. ITU SAHAJA. Tetapi kenapa Umat Manusia menyambut tarikh kelahiran mereka dengan mengadakan parti SELAMAT HARI JADI dan kadang² SELAMAT HARI LAHIR @ HAPPY BIRTHDAY? 
  • Ingatlah adik², Janganlah kita terpengaruh dengan kawan²mu untuk menyambutnya kerana ianya hanyalah IKUT²-AN se-mata². Malaikat hanya hadir bersama kita ketika kita berada di dalam majlis keagamaan dan malaikat akan turut meng'AMIN'kan doa kita di dalam majlis keagamaan itu. Apakah parti SELAMAT HARI JADI ini adalah satu majlis keagamaan? Berfikirlah wahai adik²...
Adik²...
     Kenapa perkataan English menggunakan BIRTHDAY? Apakah mereka amat mengerti akan dua perbezaan ini iaitu HARI JADI dan HARI LAHIR? Hari Jadi adalah hari kamu dijadikan tetapi tiada siapa yg mengetahui hanyalah Allah s.w.t. Hari Lahir adalah hari kamu dilahirkan ke dunia ini. Apakah Umat Islam hanya mengikut se-mata² dan tidak fikir akan akibat sambutan yg diadakan bukan kerana Allah adalah suatu yang sia²? Diri ini hanya memperingati diri sendiri. Mereka, merekalah. Dan Allah telah berkata JANGANLAH KITA TERLALU MUDAH MENGIKUTI PERBUATAN MEREKA. TETAPI ADA PULA YG MENGATAKAN, MASING² PUNYA NIAT UNTUK MENGADAKANNYA. Boleh ke? Hanya Allah Yang Maha Penghukum Atas Sesuatu Itu.
Nah.. Inilah perkakasan biasa nak sambut Hari Lahir. Ada kek, ada lilin, ada cahaya dari api yang menyala. Tapi selepas lilin tu menyala, dihembus dgn nafas atau ditiup api tu. Maka terpadamlah cahaya lilin itu. Wahai adik²... Allah telah berfirman di dalam Kitab Al-Qur'an :

"Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat" 

Selamilah kata² Allah itu. Dari mana asalnya sambutan Hari Jadi @ Hari Lahir ini? Adakah ianya satu yang diajar utk melakukan? Atau satu ikut²-an se-mata²?
  • Ingatlah adik², sekali menyambutnya, akan hilang satu cahaya dari kita. Dan apakah kita berpeluang utk mendapatkan kembali cahaya yg hilang itu? Biarlah kawan²mu menyambutnya tetapi kita cubalah elakkan demi diri kita sendiri. Tolaklah dgn cara yg baik. Pada tarikh hari lahir kita, janganlah kita menjadi PEMINTA HADIAH pada TARIKH HARI LAHIR kita.
Adik²...
     Sambutan hari lahir @ hari jadi ini adalah budaya Barat yang dimulai di Europe pada zaman yg lampau. Sebab apa mereka sambut? Sebab mereka takut kepada semangat jahat mengganggu mereka pada tarikh hari lahirnya kerana mereka tidak mengetahui bahawa Allahlah Pelindung yg sebenarnya kpd diri kita, kpd diri adik² juga. Jadi, untuk mengelakkan mereka disakiti oleh semangat jahat itu, kawan² mereka dijemput hadir ke majlis hari lahirnya untuk meraikan hari lahirnya dgn membawa hadiah dan mengharapkan doa dari mereka yg dijemput. Di sinilah bermulanya sambutan hari lahir !!! Kini, ianya telah menjadi ikut²-an kpd Umat Islam yg mengamalkannya. Jangan wahai adik²...
  • Ingatlah... Jangan... Walaupun ada yg mengatakan ianya ada kebaikan tetapi dengarlah suara hati diri yg tidak terdaya ini, JANGAN LAKUKAN UNTUK DIRI KITA KELAK KITA AKAN MENGERTI KESENGSARAANNYA.
     Dan sebelum bermulanya di Eropah akan perkara ini, ada lagi yang lebih hebat dari itu. Iaitu sekumpulan Umat Manusia yang berkumpul di hadapan unggun api dan berdoa kepada api semoga api yg menyala itu membawa semangat jahat yg ada dalam diri dan sekitarnya serta segala perkara yg tidak baik pada dirinya berlalu pergi melalui asap yg terkeluar dari api yang menyala. Dan hingga hari ini, api itu tidak terpisah sekiranya ada yg menyambut tarikh hari kelahiran mereka. Mereka mengharapkan pada api dan bukannya pada Allah !!! Salah satu kata² yang terkenal : "Berdoalah sebelum tiup api lilin tu..". Fikirkan wahai adikku...
  • Ingat adik², Jangan.. Wahai adikku... KELAK KITA AKAN TAHU KESENGSARAANNYA. Ikut²-an ini telah berlaku hingga hari ini tetapi kita, janganlah kita melakukannya demi untuk diri kita.
  • Ingatlah... Mintalah pada Allah. 
     Umur kita telah ditentukan oleh Allah sebelum kita ke luar dari rahim ibumu lagi. Tiada penambahan umur yg berlaku ke atas diri kita yg sebenarnya. Hari pertama kita dilahirkan, umur kita telah ditetapkan tempohnya untuk berapa lama kita akan hidup atas dunia ini untuk melakukan perjalanan atas dunia ini dan umur itu akan berkurangan wahai adik². Bila kita ingat umur kita bertambah kita akan lalai, leka, justeru itu, ingatlah umur kita berkurangan dan akan terus kurang kerana kekurangan adalah sesuatu yang ditakuti oleh diri yg berada dalam alam SEDAR. Lihatlah orang² yg telah tua itu. Mesti ada sedikit kelemahannya...
     Bayangkan diri kita masih berada di dalam rahim ibu. Jika ditakdirkan kita meninggalkan dunia pada umur 100 tahun, sebenarnya 100 itu adalah umur 0 bagi diri kita. Kerana 100 itu telah ditetapkan oleh Allah sejak di dalam rahim ibu kita lagi. Apabila kita dilahirkan, kita dilahirkan dgn umur 0 tahun (bukannya 100 tahun sebab disembunyikan, kalau kita tahu 100 tahun, tahulah bila nak mati, senang lah), tetapi tiada siapa yg dpt mengetahui umur itu dan tarikh kematian dan ilmu yg diberikan oleh Allah kpd kita adalah hanya tanda² utk mengenali seseorang itu akan meninggalkan dunia. Itu jika Allah menghendaki kita mengetahuinya, kita akan ketahui. Ilmu Allah meliputi segala sesuatu tidak kira kecil atau besar akan sesuatu perkara itu. Hinggakan pada zaman nabi dahulu, ILMU TAPAK KAKI pun ada. Kalau tidak diizinkan oleh-Nya, tidaklah ianya terjadi. Percayalah kepada Qada dan Qadar kita yg telah ditentukan oleh-Nya atas diri kita. Teruskanlah perjalanan kita. Dan ingatlah, tarikh itu hanyalah penting sebagai peringatan perjalanan kita. Kita akan melalui tarikh² penting dalam kehidupan kita ini. Kita akan mengerti satu saat nanti. Kita akan mengerti satu saat nanti. Kita akan mengerti satu saat nanti akan pesanan ini.
     Akhir perjalanan, jadikanlah ini peringatan untuk diri kita sendiri dan untuk anak² kita kelak. Ketika artikel ini ditaip, diri yg tidak terdaya ini masih sendirian meneruskan perjalanan ini. Malaikat maut mengelilingi diri yang tidak terdaya ini setiap hari... :), Sy maafkan pembaca semua...Maafkan sy...


Nukilan : Kun Musafir Maya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar