Sunday, August 7, 2011

Takwil Mimpi - Surah² Al Quran


Bismillahirohmanirrohim...
Assalamualaikum...

Sy petik maklumat ini (menarik bagi sy) dari internet mengenai mimpi. Mengenai orang-orang yg bermimpi surah² Al Quran. Di sini hanyalah maklumat mengenai takwil²nya (penjelasan suatu pandangan). Di dalam Al Quran ada 114 surah yg setiapnya mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib (tidak semua):

1. Al-Fatihah :
Dibukakan baginya pintu² kebaikan dan ditutup pintu² keburukan.

2. Al-Baqarah :
Panjang umurnya dan baik agamanya.

3. Ali Imran : 
Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

4. An-Nisa' :
Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

5. Al-Ma'idah :
Tinggi darjatnya, kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

6. Al-An'am :
Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

7. Al-A'raf :
Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

8. Al-Anfal :
Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

9. At-Taubah :
Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

10. Yunus :
Bagus ibadatnya dan selamat daripada tipudaya serta ilmu sihir.

11. Hud :
Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

12. Yusuf :
Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil diperantauan.

14. Al-Ra'du Ibrahim :
Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

15. Al-Hijr :
Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

16. An-Nahl :
Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

17. Bani Israil :
Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

18. Al-Kahfi :
Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

19. Maryam :
Menghidupkan sunnah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.

20. Taha :
Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

21. Al-Anbiya' :
Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

22. Al-Haj :
Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

23. Al-Mukminun :
Kuat imannya dan mati dalam iman.

24. An-Nur :
Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

25. An-Furqan :
Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

26. As-Syu'ara :
Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

27. An-Naml :
Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

28. Al-Qasas :
Diberikan perbendaharaan yang halal.

29. Al-Ankabut :
Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

30. Ar-Rum :
Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.

31. Luqman :
Diberikan hikmah.

32. As-Sajdah :
Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.

33. Al-Ahzab :
Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

34. Saba' :
Zuhud di dunia dan suka ber'uzlah' (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

35. Fatir :
Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

36. Yasin :
Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

37. As-Saffat :
Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

38. Sad :
Pandai bertukang dan banyak hartanya.

39. Al-Zumar :
Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

40. Al-Mukmin :
Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

41. Hamim As-Sajdah :
Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

42. Hamim Ain Sin Qaf :
Panjang umurnya.

43. Al-Zukhruf :
Jujur dalam percakapannya.

44. Al-Dhukan :
Diberikan kekayaan.

45. Al-Jasiah :
Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

46. Al-Ahqaf :
Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

47. Muhammad :
Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

48. Al-Fath :
Diberi taufik untuk berjihad.

49. Al-Hujurat :
Allah SWT merahmatinya.

50. Qaf :
Dimurahkan rezekinya.

51. Al-Zariat :
Menjadi tanam-tanamnya.

52. Al-Tur :
Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

53. An-Najm :
Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

54. Al-Qamar :
Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

55. Ar-Rahman :
Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

56. Al-Waqi'ah :
Bersegera kepada taat.

57. Al-Hadid :
Sihat badan dan dipuji orang.

58. Al-Mujadalah :
Membantah pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

59. Al-Hasyar :
Dia menghancurkan musuh-musuhnya.

60. Al-Mumtahanah :
Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

61. As-Saff :
Ingin mati syahid.

62. Al-Jum'at :
Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

63. Al-Munafiqun :
Lepas daripada kemunafikan.

64. At-Taghabun :
Tetap di atas petunjuk.

65. At-Talaq :
Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

67. Al-Mulk :
Besar kerajaannya.

68. Nun al-Qalam :
Diberi kefasihan dan pandai menulis.

69. Al-Haqqah :
Dia berdiri di atas hak.

70. Al-Ma'arij :
Berada dalam keadaan aman ditolong.

71. Nuh :
Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

72. Al-Jin :
Terpelihara dari gangguan syaitan.

73. Al-Muzammil :
Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

74. Al-Mudassir :
Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

75. Al-Qiyamah :
Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

76. Al-Insan :
Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

77. Al-Mursalat :
Diluaskan rezekinya.

78. 'Amma Yatussalun :
Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

79. An-Nazi'at :
Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

80. 'Abasa :
Dia memberikan zakat dan sedekah.

81. Al-Takwir :
Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

82. Al-Infitar :
Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

83. Al-Mutaffifin :
Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

84. Al-Insyiqaq :
Ramai anak dan keturunannya.

85. Al-Buruj :
Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

86. At-Tariq :
Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

87. Al-A'la :
Mudah segala urusannya.

88. Al-Ghasiyah :
Naik pangkat atau martabatnya.

89. Al-Fajr :
Diberi pakaian yang cantik-cantik.

90. Al-Balad :
Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

91. As-Syams :
Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

92. Al-Lail :
Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

93. Ad-Dhuha :
Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

96. Al-Alaq :
Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

97. Al-Qadar :
Panjang umur serta tinggi martabatnya.

98. Al-Bayyinah :
Dengan izin Allah, mendapat petunjuk di tangannya kaum yang zalim.

99. Al-Zalzalah :
Allah mengoncangkan dengannya tumit orang-orang kafir.

100. Al-'Adiyat :
Mendapat kuda.

101. Al-Qariah :
Menjadi mulia kerana berdakwah dan banyak beribadah.

102. At-Takasur :
Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

103. Al-Ashr :
Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

104. Al-Humazah :
Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

105. Al-Fil :
Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

106. Al-Quraisy :
Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

107. Al-Ma'un :
Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

108. Al-Kautsar :
Banyak kebaikannya di dua negeri.

109. Al-Kafirun :
Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

110. An-Nasr :
Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

111. Al-Lahab :
Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah.

112. Al-Ikhlas :
Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat, sikit ahli keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

113. Al-Falaq :
Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

114. Al-Nas :
Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Allah Maha Kuasa..
Sesiapa ada bermimpi surah² yg berkaitan jadikanlah peringatan..
Segalanya akan berubah dengan kekuasaan Allah.. :),
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan keadaan hamba-Nya..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar