Sunday, November 17, 2013

4 Mesej Utama Di Sebalik Wajah 6236 - 4 of 4.


    Sejauh mana pembacaan, akhirnya sampai juga pada titik akhirnya. Titik akhirnya samada baca sampai habis atau tidak baca habis. Sejauh manapun sesebuah perjalanan di dunia, akhirnya akan tiba juga di destinasinya yakni samada sampai atau tidak sampai. Destinasi terakhir yg pasti tersampai adalah di Akhirat. Semua manusia sedang dalam perjalanan pulang. "SELAMAT PULANG KE AKHIRAT". Ya.. SEMUA MANUSIA AKAN TIBA DI HARI AKHIRAT. Itulah destinasi terakhir yg pasti kamu sampai. Semua manusia akan kembali kepada Allah. Siapa Allah? Tuhan aku, Tuhan kamu. Sama²lah kita menunggu nasib di akhirat sana nanti... Ilham² untuk menaip, kadang² datang tanpa difikirkan. Entahlah... aku pun tak tahu...
Apakah yg ada di hadapan sana?
     Aku menulis (menaip) hanya kerana mencari keredhaan Allah dan bukanlah untuk aku mencari selainNya. Dan... dan apa yg ada di blog ini, hanyalah sekadar perkongsian dari sebuah perjalanan kehidupan yg aku alami. Mungkin ada yg faham dan mungkin ada yg tidak faham apa yg aku kongsikan dan mungkin juga aku sendiri yg tidak faham. Mungkin ada yg salah, mungkin ada yg benar. SIAPA "MAKAN" DIA "RASA". SIAPA "ALAMI" DIA "FAHAM" (dengan izin Allah). Aku bukanlah orang yg berilmu, bukanlah orang yg berkelulusan tinggi, bukanlah orang yg alim, bukanlah orang yg baik, bukanlah orang yg bijak, bukanlah orang yg warak dan aku bukanlah apa². Aku hanyalah manusia biasa yg tidak lepas dari berbuat dosa. Aku hanya ingin berkongsi. Berkongsi sahaja... berkongsi sahaja. Aku tiada apa-apa...

!!! Bagi yg membaca, tapis-tapislah segala maklumat yg ada di blog ini.

Marah diri sendiri
    Terlebih dahulu, aku mohon maaf, andai apa yg aku taip ini tidak benar. Buat masa ini, aku tidak boleh berhenti lagi untuk tidak menaip. Cuma aku suka berkongsi perkara² seperti ini untuk difikirkan berpandukan pengalaman hidup yg aku alami. Dari situ aku belajar menasihati diri sendiri dan sememangnya aku sedang beri peringatan pada diri aku sendiri. Kenapa aku berkongsi mestilah ada sebab disebaliknya yg hanya Allah mengetahui akannya. Aku bukanlah ahli dalam bidang agama, terlalu banyak kekurangan, kelemahan yg tersingkap tanpa aku sedari. Janganlah marah aku, janganlah dengki kpd aku, tegurlah aku, ajarilah aku. Allah Maha Melihat akan perbuatanku. Yg benar itu tetap benar (firman Allah dan Hadis² Sahih). Berpeganglah pada keduanya !!! Formulanya sangat mudah, kalau mahu selamat di Akhirat nanti, "Taatilah Allah (perintahNya dan laranganNya), Ikutlah Rasulullah s.a.w. (ajarannya)". Itu sahaja.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya".

Kamu berpeganglah kepada keduanya itu. Artikel yg aku taip ini hanyalah sekadar perkongsian untuk difikirkan. Ok, aku nak teruskan taipan ini…. Nak habiskan pasal "Wajah 6236"...

1. Asal usul penamaan “Wajah 6236”
     Begini ceritanya. Sila lihat gambar sebelah. Itu adalah ayat terakhir pada surah terakhir dalam Kitab Al Quran. Aku kira dari ayat 1, Surah Al Fatihah hinggalah ayat 6, Surah An Naas (surah terakhir dalam Kitab Al Quran) dan jumlah semuanya adalah sebanyak 6236 ayat. Itu asalnya datang nombor 6236.
    Bagaimana pula dengan perkataan "Wajah" yg digabungkan dgn nombor 6236? Sila baca terjemahan ayat terakhir "dari (golongan) jin dan MANUSIA". Perkataan terakhir pada ayat terakhir dalam Kitab Al Quran adalah perkataan “MANUSIA”. Pada manusia, ada rupa wajahnya. Maka, dari situ aku kaitkan nombor 6236 dengan wajah manusia. Jadi, aku namakannya 'Wajah 6236'. Perkataan terakhir (manusia) + Nombor terakhir (6236) = "Wajah 6236". Itulah nama yg diberikan, "Wajah 6236".

2. Rupa "Wajah 6236" adalah seperti "Wajah Kamu".
Inilah Wajah 6236
     Dari bentuk angka² 6236 ini, aku melihat bentuk² angka ini ada pada wajah manusia (imaginasi). Bentuk angka 6 yg awal ada pada MATA, bentuk angka 2 ada pada HIDUNG, bentuk angka 3 ada pada MULUT dan bentuk angka 6 yg akhir ada pada TELINGA (sila rujuk artikel yg terdahulu). Aku pun lukislah wajahnya, terbentuklah rupabentuk 6236 yg menyerupai wajah manusia seperti di sebelah. “Wajah 6236” ini menyerupai “Wajah Manusia” dan secara tidak langsung ianya berkait dengan rupabentuk “Wajah Kamu” sendiri. Kesamaannya, ada mata, ada hidung, ada mulut, ada telinga.
    Mungkin pada wajah kamu, kamu akan menceritakan tentang kecantikan, ketampanan tetapi tidak pada "Wajah 6236" ini. Tiada semua itu. Maka, dari "Wajah 6236" ini, aku dapat suatu maklumat dan aku kongsi di blog ini. Maklumat apa? Sabar ye, nanti aku kongsikan. Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia² (wajah manusia).

3. Wajah Manusia, Wajah Kamu, Wajah 6236.
     Aku suka memerhatikan ciptaan² Allah kerana di situ ada tanda² kekuasaan Allah. Bukit, sungai, pokok², awan, langit, matahari, binatang², manusia dan sebagainya. Termasuklah juga diri kamu sendiri, ada tanda² kekuasaan Allah pada diri kamu. Bila aku perhati, datang fikir, datang fikir. Seronok pun ada. Takut pun ada. Harap pun ada. Aku tahu, apa yg aku perhatikan, Allah saksikan. Apa yg aku fikir, Allah saksikan. Apa yg aku faham, Allah tahu. Apa yg aku buat, Allah tengok, tak boleh aku nak berselindung dari kekuasaan Allah. Apa yg ada di dalam hati aku pun, Allah tahu. Lagipun, di dalam Al Quran ada tercatat seperti di bawah:

Ayat 4695-4696 dari 6236 [QS51:20-21]:
Dan di bumi itu terdapat tanda² (kekuasaan Allah) bagi orang² yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. MAKA, APAKAH KAMU TIADA MEMPERHATIKAN?

Ayat 4271 dari 6236 [QS41:53]:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda² (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA JELASLAH BAGI MEREKA BAHAWA AL-QURAN ITU ADALAH BENAR. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?

    Kitab Al Quran memang diturunkan untuk panduan semua umat manusia. Itulah kitab kesayanganku dan aku anggap itu adalah "hadiah" dari Allah s.w.t kepada aku. "Hadiah" yg sama juga untuk orang lain. Aku suka mencari kejelasan di dalam Al Quran, mencari hikmah di dalamnya. Dalam Al Quran, banyak soalan yg perlu aku jawab pada diri aku sendiri. Seperti di atas, itulah antara soalan² yg perlu aku jawab untuk diri aku sendiri.
    Dari ayat tersebut, aku sentiasa fikir dan perhatikan diri aku sendiri dan juga diri manusia yg lain dan bukannya untuk aku mencari kesalahan² mereka tetapi aku mencari keaiban diri aku sendiri (kelemahan diri sendiri). Mereka lebih baik dari aku dan mungkin juga, satu hari nanti mereka akan menjadi baik. Kadang² aku berdiri di tepi pokok pun, terasa ada kekuasaan Allah di situ. Allah sedang menumbuhkan pokok². Bila dapat sesuatu, aku kongsi di sini (yg mana aku larat nak taip) sebelum aku mati. Tidaklah semua orang akan sampai di blog ini. Yang tiada internet macamana? Ok.
  • Apabila kamu memandang "Wajah Manusia", apa yg kamu nampak?
  • Apabila kamu memandang "Wajah Kamu", apa yg kamu nampak?
  • Apabila kamu memandang "Wajah 6236", apa yg kamu nampak?
Wajah Manusia, Wajah Kamu, Wajah 6236
Cuba lihat susunan wajah² yg aku asingkan di atas. Sebenarnya semuanya wajah manusia. Apa yg kamu nampak? Serupa tapi tak sama. Jawapannya ada pada apa yg kamu nampak....
    Satu kotak, ada 6 permukaan. Permukaan 1 ada ditulis begini, permukaan ke-2, ada ditulis begini, permukaan ke-3 ada ditulis begini, permukaan ke-4 ada ditulis begini, permukaan ke-5 ada ditulis begini dan permukaan ke-6 ada ditulis begini. Kalau kamu memandang hanya pada 1 permukaan sahaja, bagaimana dgn maklumat² yg ada pada permukaan² yg lain? Apakah kamu tahu apa yg tertulis di situ? Begitulah maksud aku. Bagaimana caranya kamu memandang akan sesuatu itu???
    Mungkin pada pembaca masih ada maklumat² yg lain dan mungkin maklumat itu akan datang kepada aku satu saat nanti untuk melengkapkan "maklumat" di kotak tersebut dan dapatlah mengetahui apa yg ada di dalam kotak tersebut.
    Maka, sebab itulah aku berkongsi kerana apabila kita berkongsi, insya Allah maklumat² yg lain akan datang kepada kita. Mungkin melalui cara pembacaan, atau mungkin juga melalui manusia yg lain atau juga melalui cara² lain yg tidak diketahui lagi. Manusia akan merasa puas setelah dapat mengetahui akan sesuatu itu. Itulah salah satu cara (cara perkongsian) untuk menarik maklumat² yg lain datang kepada diri dan sentiasalah mohon perlindungan kepada Allah. Risau juga si syaitan datang meracun fikiran, yg benar dikatakan salah dan yg salah dikatakan benar. Sebab apa? Sebab tidak memohon perlindungan kepada Allah. Namun begitu, ada yang boleh dikongsi dan ada yang tidak boleh dikongsi kerana rahsia tetap menjadi rahsia

4. Memandang kepada "Wajah 6236".
Wajah Kamu = Wajah 6236
     Ok, sekarang alihkan pandangan kamu kepada "Wajah 6236" di sebelah. Sekarang, apa yg kamu nampak? Tiada lagi RASA KECANTIKAN.. Tiada lagi RASA KETAMPANAN.. TERUS HILANG. HILANG TERUS. Yang ada hanyalah, angka 6 (mata), angka 2 (hidung), angka 3 (mulut) dan angka 6 (telinga).
    Dari wajah ini jugalah (telah diterangkan sebelum ini), munculnya nama MHMD (Muhammad s.a.w) dan nama ALLH (Allah s.w.t) yg memperingatkan diri aku tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah "rahmat untuk seluruh alam" (termasuklah pemberian mata, hidung, mulut dan telinga) dan Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan Tuhan Semesta Alam iaitu Allah s.w.t Yang Maha Esa (sifat² keTuhanan-Nya) kepada umat manusia. Dapat kenal pun melalui mata, hidung, mulut dan juga telinga. Kalau tiada semua itu? Bagaimana ya? Mana yg yakin, yakinlah, mana yg tidak yakin, tidaklah yakin. Sesungguhnya HIDAYAH itu adalah milik Allah sepenuhnya, namun begitu manusia juga adalah penyebab seseorang itu mendapat hidayah daripadaNya. Lihatlah sejarah, berapa ramai yg telah mengenal Allah setelah Nabi Muhammad s.a.w membawa kalimah "TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T".
    Apa yg ada pada "WAJAH 6236" ni? Haaa... ni yg nak kongsi ni. Sabar ye...

*****TERSIRAT DI SEBALIK WAJAH 6236*****

5. WAJAH 6236 hantar mesej ke-1 kepada kamu: "BACALAH KITAB AL QURAN".
Wajah 6236 = Wajah Kamu
    Hampir setiap hari kamu memandang wajah kamu, memandang PERINGATAN itu, tinggal lagi sama ada kamu INGAT atau TIDAK INGAT sahaja untuk membaca ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Setelah diketahui begitu, ingatlah bahawa sebelum kamu mati, kamu kena berusaha untuk membaca Kitab Al Quran setiap hari sebabnya antara jalan² untuk membersihkan hati adalah dengan membaca Kitab Al Quran. Kitab Al Quran adalah "cahaya". CAHAYA KEHIDUPAN. Ingat tak Nabi s.a.w ada kata bahawa Allah hanya pandang AMALAN dan HATI? Sebab itu pentingnya untuk kamu memperbaiki amalan kamu dan membersihkan hati kamu sebelum kamu mati. Takkan nak bawa balik hati yg kotor menghadap Allah? Buat kerja seharian, boleh pula perbaiki untuk buat elok² kerja tu... Begitulah juga dgn hati kamu.. Kenalah juga diperbaiki...
   Pada Wajah 6236 (juga wajah kamu) ada PERINGATAN. Peringatannya di sini adalah bahawa jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran ada dicatatkan pada wajah kamu iaitu pada mata (angka 6), pada hidung (angka 2), pada mulut (angka 3), pada telinga (angka 6). Apabila kamu memandang wajah kamu sendiri, ingatlah jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran adalah 6236.   
Kitab Al Quran
     Bagi yg membaca Al Quran, Bagaimana pengalaman kamu sepanjang perjalanan kamu (membaca Kitab Al Quran), apa yang telah kamu jumpa dari ayat 1 (Surah Al Fatihah) hingga ayat ke 6236 (Surah An Naas) tu? Macam² berita ada kan? Ada berita tentang Syurga, berita tentang Neraka, berita tentang nikmat, berita tentang kaum² terdahulu dan sebagainya. Sepanjang perjalanan kamu (membaca Al Quran), apakah kamu ada diselami rasa risau, takut, gembira, tenang, bahagia, semangat, menangis dan sebagainya? Dan bagaimanakah reaksi wajah kamu ketika itu? Atau kamu tidak ada rasa apa²? Diri kamu sendiri tahu akan perasaan itu sebab yg merasainya hanya kamu. Allah menyaksikan segalanya akan perbuatan kamu.
     Pandang Wajah 6236, ada mata, ada hidung, ada mulut, ada telinga. Begitulah juga, pada wajah kamu. Melihat Kitab Al Quran (dengan mendatangkan fikir kepada Allah) adalah satu ibadah.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, MELIHAT AL-QURAN dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

Hari ini dah baca Al Quran atau belum? Semoga kamu dapat membaca Kitab Al Quran setiap hari. Bagi manusia yg normal, apabila sedang membaca Al Quran:
  • mata (6) melihat ayat² Allah
  • hidung (2) menyedut udara untuk kamu bernafas
  • mulut (3) membaca ayat² Allah, dan
  • telinga (6) mendengar ayat² Allah.
Kesemua Organ 6236 ada fungsi²nya dan kesemuanya itu dapat membantu memperbaiki diri.

Semoga kita semua dapat menjadi seperti mana kisah di bawah:

Ketika Aisyah, isteri kesayangan Rasulullah s.a.w yang masih muda, ditanya tentang akhlak Nabi, dia hanya berkata: “Akhlaknya adalah al-Quran; dia menyukai apa yang disukai al-Quran, dan menjadi marah apabila al-Quran marah.”

YA.. ITULAH YANG KITA MAHUKAN... LIHAT BAGAIMANA REAKSI RASULULLAH S.A.W KEPADA KITAB AL QURAN. 

Ayat 3385 dari 6236 [QS29:45]:
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan²) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat² yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

**Wajah 6236 membawa mesej kepada kamu bahawa jumlah ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran adalah sebanyak 6236 ayat dan kamu hendaklah MEMBACA KITAB AL QURAN. Mudah-mudahan, kita memiliki akhlak seperti mana Al Quran. Jangan sia-siakan "hadiah" daripada Allah s.w.t ini.

Lepas ini bolehlah lihat wajah (air muka) orang yg sentiasa melihat ayat² Allah, sentiasa membaca ayat² Allah, sentiasa mendengar ayat² Allah dan sentiasa mengamalkan ayat² Allah.

Bagi manusia yg terbuka matahatinya, pasti dapat mengenali wajah² ini (dengan izin Allah s.w.t) kerana matahatinya dapat melihat KEBENARAN.

Ayat 5872 dari 6236 [QS83:24]:
Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan.

6. WAJAH 6236 hantar mesej ke-2 kepada kamu: "SURAH AL FATIHAH ADALAH SURAH YANG PALING AGUNG".
     Sebagai seorang penganut/pengamal agama Islam, sudah tentu kamu tahu akan perkara ini:
  • Surah Pertama di dalam Kitab Al Quran adalah Surah Al Fatihah.
  • Surah yang wajib di baca ketika solat adalah Surah Al Fatihah.
  • Surah yang selalu di baca apabila hendak memulakan doa adalah Surah Al Fatihah.
  • Surah yang mula-mula diajar ketika mula belajar mengaji (membaca) Al Quran adalah Surah Al Fatihah.
  • Surah yang paling banyak dibaca adalah Surah Al Fatihah; dan
  • Sebagainya yg diketahui....
Betul tak? Ya betul... tetapi dari mana pula datangnya kaitan Wajah 6236 ini dengan Surat Al Fatihah? Orait, mari kita lihat apa yg ada pada nombor 6236.Ini hanyalah kaitan. Yg benar tetap benar.

6 + 2 + 3 + 6 = 17

     Dari hasil tambah angka² 6236, 6+2+3+6 = 17, maka hasilnya adalah 17. Dalam nombor 6236 ada nombor 17. Ini hanyalah kaitan, tetapi ini semua bergantung kepada cara kamu memandang akan sesuatu itu. Pasti penganut agama Islam tahu, Surah 1 di dalam Kitab Al Quran adalah Surah Al Fatihah dan jumlah ayatnya adalah sebanyak 7 ayat. Bagaimanakah hubungan ini terjadi?
     Terjemahan pada ayat terakhir iaitu ayat yg ke-6236 adalah berhenti pada perkataan "MANUSIA" dan kamu adalah "MANUSIA" dan lagi, bila dikaitkan lagi dgn angka "1" dan "7", dikaitkan lagi dgn Kitab Al Quran, itulah yg terpandang, Surah Al Fatihah. Surah Al Fatihah adalah surah yg pertama di dalam Kitab Al Quran. Maka, dalam nombor 6236 ini ada terselindung satu maklumat pada angka 1 dan 7 iaitu simbolik kepada Surah yang paling agung dalam Al Quran iaitu Surah Al Fatihah dan ianya dinamakan Ummul Al Qur’an.
  
Dari Abu Sa’id bin al-Mu’alla r.a, beliau berkata:

Rasulullah s.a.w berkata kepadaku, “Mahukah aku ajarkan kepadamu surat yang paling agung di dalam al-Qur’an, sebelum kamu keluar masjid?”. Lalu beliau memegang tanganku, ketika kami hendak keluar aku berkata, “Wahai Rasulullah! Tadi anda berkata: Aku akan mengajarkan kepadamu surat yang paling agung dalam al-Qur’an?”. Beliau pun bersabda, “Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin (surat al-Fatihah), itulah tujuh ayat yang diulang-ulang (as-Sab’u al-Matsani) dan bacaan yang agung (al-Qur’an al-’Azhim) yang diberikan kepadaku.” (HR. Bukhari)

Syaikh al-Utsaimin rahimahullah berkata,
(Rujuk kat sini: http://pemudamuslim.com/al-quran/surat-paling-agung-dalam-al-quran/)

Al-Fatihah adalah Ummul Qur’an; dikeranakan seluruh maksud ajaran al-Qur’an terkandung di dalamnya. Ia telah mencakup tiga macam tauhid. Ia juga mencakup penetapan risalah, hari akhir, jalan para rasul dan jalan orang² yang menyelisihi mereka. Segala perkara yang terkait dengan pokok² syari’at telah terkandung di dalam surat ini. Oleh karena itu ia disebut dengan Ummul Qur’an.”

     Maka, benarlah, Surah Al Fatihah itu adalah sebuah Surah yg hebat dan ianya pernah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. Kini, ianya ada tersirat di sebalik Wajah 6236 (Wajah Kamu sendiri). Kenapa ketersiratannya (Surah Al Fatihah) muncul pada "Wajah 6236"? Apakah maksudnya? Kenapa tidak surah² yg lain? Cuba hayati terjemahan Surah Al Fatihah ini:

Surat 1: Al-Faatihah (Pembukaan, 1-7)
Ayat 1-7 dari 6236
Surah 1, 7 ayat
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.[1]
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.[2]
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [3]
Yang menguasai Hari Pembalasan.[4]
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.[5]
Tunjukilah kami Jalan yang lurus.[6]
(yaitu) jalan orang² yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani).[7]

     Setelah di baca, memang Surah Al Fatihah adalah Surah yg Paling Agung. Ayat yg ke-2, kamu berkata kepada Allah "Segala puji bagi Allah s.w.t." dan jikalau kamu sedar, kamu tidaklah layak untuk dipuji atau menerima sebarang pujian. Kamu juga berkata kepada Allah bahawa hanya Allah-lah yg kamu sembah dan hanya Allah-lah tempat kamu memohon pertolongan dan kamu juga memohon agar kamu ditunjuki jalan yg lurus. Sejauh manakah kebenarannya pada diri kamu akan kata² ini? Jalan mana lagi yg nak kamu lalui kalau tidak jalan yg lurus??? Lurus segala-galanya.. Memang... Memang jalan yg lurus itu adalah "TAAT KEPADA ALLAH" dan "IKUT (TAAT) APA YG NABI S.A.W AJAR" tapi jika dipanjangkan fikir, banyak lagi kaitannya. Susah juga nak kongsi kerana sewaktu solat HANYA KAMU DENGAN ALLAH. KAMU BER-KATA² KEPADA ALLAH. Bagaimana penghayatan kamu ketika membaca Surah Al Fatihah? Itu antara kamu dengan Allah.
    Tapi jika dipanjangkan fikir..... Aku ni suka fikir... Maaflah... "Fikir".... Dalam kehidupan seharian, segala-galanya nak buat dengan betul dan benar (lurus). Segala-galanya nak dikaitkan dengan agama. Apakah kamu tidak pernah mendengar kata² "ISLAM ADALAH JALAN KEHIDUPAN"? Jalan "kehidupan"? Macamana tu?
    Cara buat kerja naklah juga lurus, cara makan naklah juga lurus, cara minum naklah juga lurus, cara tidur naklah juga lurus, cara bawa kereta naklah juga lurus, cara bercakap naklah juga lurus, cara bersahabat naklah juga lurus, cara solat naklah juga lurus dan sebagainya lagi naklah juga dibuat dgn lurus. Nak lah juga "LURUS" kan? Bagaimana jalan (cara) yg digariskan oleh agama Islam? Teruskan fikir dan teruskan belajar untuk menjadi seorang yg lurus seperti mana yg agama Islam gariskan. Bagi aku, itu semua juga adalah NIKMAT. Berapa banyak nikmat? Tak terhitung... sampai ada orang kata "UDARA PUN NIKMAT".
     Itulah yg aku maksudkan, Surah Al Fatihah ini telah dibaca setiap hari. Ada hikmah yg tersembunyi, bila digali dapatlah merasai hikmahnya. Bila dah dapat merasainya, bersyukurlah diri terhadap nikmatNya. Baca dan fikirlah.... Bukanlah sekadar baca sahaja...

     Begitulah Wajah 6236 membawa mesej, betapa pentingnya untuk kamu memahami apa yg terkandung di dalam Surah Al Fatihah dan hendaklah dikaitkan di dalam kehidupan seharian. Peringatan itu ada pada wajah kamu kan? Maknanya di sini, Surah Al Fatihah adalah surah yang amat penting di mana semua manusia perlu ingat (hafal) akan bacaannya. Paling tidak dalam sehari, Surah Al Fatihah dibaca sebanyak 17 kali di dalam solat. Surah lain tidaklah begitu rasanya. Aku pun masih berusaha. Bila aku menaip begini, bukanlah bermaksud aku tahu segala-galanya dan aku amal segala-galanya... Aku dah kata, aku hanya berkongsi...

**Begitulah Wajah 6236 menghantar mesej kepada kamu bahawa Surah Al Fatihah adalah Surah yg Paling Agung dan ianya merupakan satu DOA. DOA HARIAN. Setiap hari meminta petunjuk daripada Allah s.w.t.

Lepas ini bolehlah lihat wajah (air muka) orang yg  benar² mengamalkan Surah Al-Fatihah.

Bagi manusia yg terbuka matahatinya, pasti dapat mengenali wajah² ini (dengan izin Allah s.w.t) kerana matahatinya dapat melihat KEBENARAN.

Ayat 5872 dari 6236 [QS83:24]:
Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan.

7. WAJAH 6236 hantar mesej ke-3 kepada kamu: "SOLAT 17 RAKAAT (5 KALI SEHARI) ITU WAJIB".
     Antara amalan ORANG ISLAM ADALAH MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI. Cuba pandang "Wajah 6236" sekarang. Apa yang kamu nampak lagi?

6 + 2 + 3 + 6 = 17

17 lagi? Kali ini 17 apa pula? 17 ini adalah 17 RAKAAT. Apabila pandang Wajah 6236, ingatlah bahawa kamu wajib menghadapkan wajah kamu kepada Allah s.w.t (ingat kepada Allah s.w.t) iaitu mendirikan solat sebanyak 17 rakaat sehari. KAMU WAJIB MENDIRIKAN SOLAT SEBANYAK 17 RAKAAT SEHARI, 5 waktu: Subuh - 2 rakaat, Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Magrib - 3 rakaat, Isyak - 4 rakaat. 2+4+4+3+4 = 17 rakaat. Apabila kamu solat, wajah kamu hendaklah mengadap arah Kiblat. Apa? Kamu tidak mendirikan solat? Janganlah begitu, ianya adalah ketentuan Tuhan yg HAK. Firman Allah:

Ayat 156 dari 6236 [QS2:149]:
Dan dari mana saja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram; sesungguhnya ketentuan itu benar² sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.
  
Ayat 2362 dari 6236 [QS20:14]:
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.

7 bekas
Bagi manusia yg normal, KETIKA SOLAT;
  • SEorang (SATU, 1) yg mendirikan solat pasti akan membaca surah Al Fatihah yg berjumlah 7 ayat, dan pasti bagi manusia normal
  • 7 organ pada Wajahnya berfungsi iaitu 2 telinga yg mendengar, 2 mata yg melihat, 1 hidung yg bernafas dan 2 bibir yg bergerak, dan pasti
  • 7 tempat anggota tubuhnya akan menekan ketika sujud iaitu 2 pada kaki (kanan dan kiri), 2 pada lutut (kanan dan kiri), 2 pada tapak tangan (kanan dan kiri) dan 1 dahi.
     Itu bagi manusia yg normal (yg tiada kekurangan dari segi penerimaan anggota tubuh badannya). JANGAN TINGGAL SOLAT kerana KETIKA KAMU SOLAT, WAJAH KAMU YANG ZAHIR ITULAH KAMU HADAPKAN KEPADA ALLAH. Kenapa manusia itu tidak datang mengadapkan wajahnya (tidak solat) kepada Allah sedangkan Allah adalah Raja Manusia yg sebenarnya yg wajib disembah 5 kali sehari? Firman Allah:

Ayat 6232 dari 6236 [QS114:2]:
"Raja manusia"

    Apabila kamu memandang Wajah 6236 ianya adalah seolah-olah kamu memandang wajah kamu sendiri. Maka, peringatan bahawa solat itu wajib didirikan ada pada Wajah Kamu (Wajah 6236). Solat adalah amalan pertama yg akan dihisab di akhirat nanti. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari Kiamat ialah Solatnya."

     Apa yg kamu buat di dunia ini akan dikira satu persatu walaupun perlakuan itu hanyalah sebesar zarah. Aku yg menaip ini pun tidak akan terlepas. Ianya akan dikira untuk diberi pembalasan yg setimpal. Ouh... sentiasalah bertaubatlah sebelum mati.

Dari kaitan ini, "Wajah 6236" membawa peringatan bahawa solat itu wajib didirikan. Lagipun, Surat Al Fatihah ada dibaca di dalam solat dan ketika waktu kamu solat itu adalah waktu kamu berkata-kata dgn Allah. Ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:

"Kami berada di belakang Imam (mahu bersolat jemaah) maka berkatalah Imam itu kepadaku:

"Bacalah al-Fatihah dalam hatimu kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Telah berfirman Allah Azza wa Jalla:
"Aku (Allah) bagi shalat (disini maksudnya adalah al-Alfatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bagian (maksudnya: seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu). Dan bagi hambaKu apa yg mereka minta.

Apabila hambaKu itu berkata: "Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin - Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam"
Aku (Allah) akan menjawab: "HambaKu memujiKu",
Apabila hambaKu berkata: "Arrahmaanir Rahiim - Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Aku (Allah) akan menjawab: "HambaKu menyanjungKu",
Apabila hambaKu berkata: "Maaliki Yaumiddin - Yang menguasai Hari Pembalasan"
Aku (Allah) akan menjawab: "HambaKu memuliakanKu",
Apabila hambaKu berkata: "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin - Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.",
Aku (Allah) akan menjawab: "Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu", bagi hambaKu apa yg ia minta;
Apabila hambaKu berkata: "Ihdinash shiraathal mustaqiim,shiraathal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh-dhaalliin - Tunjukilah kami Jalan yang lurus (yaitu) jalan orang² yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani)."
Aku (Allah) akan menjawab: "Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yg ia minta."

Begitulah jawapan² Allah terhadap orang yg membaca Surah Al Fatihah ketika solat, yg telah direkodkan oleh orang² yg terdahulu. Nampak kan kaitan Surah Al Fatihah dengan Solat? Itulah hebatnya Surah Al Fatihah dan Solat ini.

**Begitulah Wajah 6236 menghantar mesej kepada kamu bahawa kamu wajib solat 17 rakaat sehari (5 waktu).

Lepas ini bolehlah lihat wajah (air muka) orang yg benar² mendirikan solat 17 rakaat.

Bagi manusia yg terbuka matahatinya, pasti dapat mengenali wajah² ini (dengan izin Allah s.w.t) kerana matahatinya dapat melihat KEBENARAN.

Ayat 5872 dari 6236 [QS83:24]:
Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan.

8. WAJAH 6236 hantar mesej ke-4 kepada kamu: "REAKSI WAJAH KAMU DI AKHIRAT".
Jemput minum yee...
     Hampirlah sudah di penghujung perkongsian artikel "Wajah 6236". Maaflah kerana agak panjang juga perjalanan artikel ini. Biasalah, banyak sembang. WAJAH. Semua manusia diberi WAJAH. WAJAH aku, WAJAH kamu, WAJAH dia, WAJAH mereka. Wajah kamu sendiri kamu pandang, wajah dia kamu pandang, wajah mereka pun kamu pandang. Apa yg kamu pandang? Pandang wajahlah. Memang benar kamu memandang wajah, tetapi apa yg ada pada wajah yg kamu pandang? Ada jawapan tak sekarang? Nanti carilah...
     Dalam pandang memandang wajah manusia yg lain tu, ingatlah juga bahawa Allah tidak memandang WAJAH kamu. Samada wajah kamu cantik, tampan atau sebaliknya. Manusia itu banyak perasaan. Allah tidak pandang pada itu tetapi Allah hanya pandang pada AMALAN dan HATI kamu. Mana aku tahu ni?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan tubuh kamu dan tidak pada harta kamu, tetapi Allah memandang HATI dan AMAL kamu" - (Hadis Riwayat Muslim).

Bila cakap pasal WAJAH manusia ni, tempat yg menjadi tumpuan hanyalah di kawasan muka manusia. Aku kumpulkan perkataan: wajah, muka, rupa. Macam sama je, macam serupa je, wajah dgn muka dgn rupa. Cuba bezakan.
  • Wajah yang cantik
  • Muka yang cantik
  • Rupa yang cantik
Ada jumpa tak perbezaannya? Hhhmm... Nanti fikirlah. Kecantikan / ketampanan wajah seseorang manusia itu sebenarnya adalah ujian kepada diri manusia itu sendiri. Wajah yg cantik / tampan ramai orang suka tengok, ramai peminat dan sebagainya. Tapi itu semua ujian bagi dirinya. Bagaimana perasaannya apabila ramai orang suka kepada dia? Lupakan. Setiap hari kamu memandang wajah kamu sendiri dan kamu perlu ingat bahawa Allah tidak pandang pun wajah kamu itu. Maksudnya di sini, kamu perlu pandang kepada amalan dan hati kamu sendiri. Aku fikir, apakah sebenarnya "WAJAH" ini? Apa yg ada pada WAJAH? Cuba lihat apa yg aku dapat (dgn izin Allah).

WAJAH – 'W'atak, 'A'khlak, 'J'antina, 'A'malan, 'H'ati

     Itulah antara perkataan yg aku fikirkan. Pada WAJAH, ada Watak, ada Akhlak, ada Jantina. Apapun, perhatikan 2 perkataan yg terakhir pada WAJAH itu sebelum kamu mati iaitu “AMALAN” dan “HATI”. Perkataan "amalan" dan "hati" ada di dalam perkataan "wajah". Apa kaitannya WAJAH KAMU dgn kehidupan akhirat? Firman Allah:

Ayat 5573 dari 6236 [QS75:22]:
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.

Ayat 5575 dari 6236 [QS75:24]:
Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram,

     Disebabkan "Wajah 6236" ini aku kaitkan dgn Kitab Al Quran, maka bagi yg membaca Kitab Al Quran, sudah tentu kehidupannya di akhirat akan bahagia dan sebaliknya, bagi yg tidak membaca Kitab Al Quran, kehidupannya mungkin sengsara. Perhatikan terjemahan. Kamu sudah baca perkataan "berseri-seri" dan "muram". Makanya... Ya.. Makanya, artikel Wajah 6236 yg aku taip ini, kesimpulannya adalah hanya berkenaan reaksi muka manusia apabila berada di kehidupan akhirat kelak. Wajah 6236 ini tidaklah bereaksi tetapi yg bereaksi itu adalah Organ 6236 iaitu MATA, HIDUNG, MULUT dan TELINGA. Cuba buat aksi sikit kat depan cermin. Wajah berubah disebabkan reaksi (pergerakkan) Organ 6236. Berbalik semula kepada soalan Apakah sebenarnya "WAJAH" ni? yg aku tanya tadi. Maka, aku katakan bahawa Wajah itu adalah reaksi muka seseorang di hadapan Tuhannya. Itulah WAJAH. "AIR MUKA". Misalnya, TAKUT dan HARAP kpd Tuhan. Reaksinya.

WAJAH – 'W'atak(reaksi), 'A'khlak(adab), 'J'antina, 'A'malan, 'H'ati 

Wajah juga berubah (reaksi). Cuba baca kisah ini.

Apabila tiba waktu solat, Ali r.a. akan menggeletar dan wajahnya menjadi pucat. Telah bertanya seorang hamba Allah tentang sebab-sebabnya ia berperasaan demikian.

Maka Ali r.a. menjawab;
"Telah tibalah masanya untuk saya tunaikan amanah yang telah dipersimpankan kepada saya oleh Allah dan yang enggan diterima oleh langit, Bumi dan bukit-bukau".

Nampak kan? Ada kesan pada wajah. KESAN PADA WAJAH ITU ADALAH DISEBABKAN APA YANG ADA DI DALAM HATI KAMU. Lihatlah pelakon yg memegang WATAK sebagai seorang penjahat. Lihat reaksi mukanya. Lihat orang yg sedang makan, lihat AKHLAK(ADAB)nya, betapa dia menikmati makanan. Bukan untuk mencari aibnya tetapi untuk kamu mempelajari dari apa yg kamu lihat. Apabila aku memandang wajah manusia, aku sering terbayang wajah aku di akhirat nanti. Bagaimana? Apakah ianya akan terus begitu? Aku rasa, ada sesuatu pada reaksi muka (wajah). Bagaimana wajah seseorang itu apabila dia makan dgn rasa bersyukur kpd Tuhan? Bagaimana wajah seseorang itu apabila dia solat dgn rasa takut kpd Tuhan? Dan sebagainya. Kamu tidak pernah memandang wajah kamu ketika kamu solat. Sebab apa? Sebab kamu sedang menghadapkan wajah kamu kepada Tuhan. Itu sahaja jawapannya. Kalau kamu solat tengok cermin macamanalah jadi agaknya? Firman Allah:

Ayat 3439 dari 6236 [QS30:30]:
"Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetap atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"

Firman Allah untuk renungan... "maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama Allah".

Apa yg ada pada WAJAH? Cantik? Bukan... Tampan? pun Bukan... Kulit putih? pun Bukan...

Yg ada pada WAJAH adalah;

W - Watak seseorang
A - Akhlak seseorang
J - Jantina seseorang
A - Amalan seseorang
H - Hati seseorang (cermin hati)


Begitulah WAJAH. Apa yg ada pada WAJAH - Watak, Akhlak, Jantina, Amalan, Hati hendaklah lurus kepada agama Allah. 5 elemen: Watak, Akhlak, Jantina, Amalan, Hati hendaklah lurus kepada agama Allah.

Cukuplah pasal wajah ni... Sembang² kan tak habis pula.. Aku berhenti di sinilah dulu...

9. 4 mesej ada pada Wajah 6236.
     Seronoknya berfikir tetapi itulah perJALANan. Perjalanan akan terhenti juga termasuklah matahari dan bulan. Semoga Allah merahmati aku dan kamu. Dunia sementara, akhirat abadi. Pertemuan dan perpisahan sering terjadi. Aku lihat wajah kamu, kamu lihat wajah aku. Akhirnya terpisah sementara, mungkin berjumpa semula esok, mungkin lusa atau minggu depan atau bulan depan atau tahun depan ataupun di akhirat. Begitulah perkongsian yg tidak sempurna ini. Aku dan kamu duduk dalam "Masa" dan menunggu takdir yang seterusnya.
     Pandanglah sesuatu itu dengan melihat adanya Allah (kekuasaanNya dan lain² yg diketahui) pada apa yg dipandang. Allah yg berkuasa, makhluk tiada kuasa. PERINGATAN ADA DI MANA-MANA SAHAJA, INGAT, SEDAR, KEMBALIKAN DIRI KEPADA ALLAH. 4 mesej utama pada Wajah 6236 telah dikongsikan. Teringatkanlah "Wajah 6236", apabila kamu pandang wajah manusia. Mungkin akan nampak, apa yg telah aku kongsikan sepanjang perjalanan artikel ini. Apakah peringatan² itu? Apabila kamu pandang wajah manusia sebagai "Wajah 6236", kamu mestilah ingat bahawa kamu mesti berusaha untuk;

A. BACA KITAB AL QURAN
     Jumlah ayat² Al Quran adalah berjumlah sebanyak 6236 ayat kesemuanya. Apa yg ada pada ayat² tersebut? Firman Allah:

Ayat 3385 dari 6236 [QS29:45]:
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan²) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat² yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

B. HAYATI DAN FAHAMILAH SURAH AL FATIHAH
    Surah Al-Faatihah adalah Surah Pembukaan di dalam Kitab Al Quran dan ianya wajib di baca ketika mendirikan solat. Kenapa?

Ayat 1-7 dari 6236
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.[1]
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.[2]
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [3]
Yang menguasai Hari Pembalasan.[4]
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.[5]
Tunjukilah kami Jalan yang lurus.[6]
(yaitu) jalan orang² yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani).[7]

Banyak juga yg dikatakan ada "rahsia" di dalam Surah Al Fatihah ini.... Sama²lah kita mencari dan moga² dapat merasainya...

C. JANGAN TINGGAL SOLAT
Ayat 2362 dari 6236 [QS20:14]:
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.

    Banyak lagi ayat² Allah di dalam Kitab Al Quran. Ada orang arif berkata "SETIAP AYAT AL QURAN ADALAH MUKJIZAT". Rajin mencari, jumpalah. Rajin membaca, jumpalah. Rajin amal, dapat apa? Dapatlah "BONUS". Bertanyalah kepada orang² yg arif tentang ayat² Al Quran untuk kepastian terutamanya orang² yg mengamalkannya. Tapi mana nak cari? Carilah... Aku hanya berkongsi fikir.

D. RENUNGKAN REAKSI WAJAH KITA DI AKHIRAT KELAK
     Renungkanlah wajah kamu sendiri dan bayangkanlah bagaimana keadaannya di akhirat kelak?

WAJAHWatak, Akhlak, Jujur, Amalan, Hati

Pada Wajah, ada Watak, ada Akhlak, ada Jujur, ada Amalan dan ada Hati (yg ini nanti aku kongsikan dalam artikel yg lain, kalau waktu itu aku masih ingat lagi). Maksudnya, kelima-lima itu ada pada wajah (air muka). Bagi manusia yg terbuka matahatinya, pasti dia dapat mengenali wajah² ini (dengan izin Allah s.w.t)...

Ayat 5872 dari 6236 [QS83:24]:
Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan.

...kerana matahati dapat melihat KEBENARAN dan kadangkala KEBENARAN yg dilihat itu adalah pelajaran untuk memperbaiki dirinya dalam perjalanan pengabdian dirinya kepada Allah s.w.t. Banyak lagi kala² yg lain. Aku hanya berkongsi pengalaman yg dikutip sepanjang perjalanan hidup ini. Firman Allah untuk difikirkan pasal di dalam ayat itu ada soalan.

Ayat ke 5039-5041 dari 6236 [QS56:60-62]:
Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami se-kali², tidak dapat dikalahkan, untuk menggantikan kamu dengan orang² yang seperti kamu (dalam dunia) dan menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?

Mayat Tidak Reput
    Bila aku baca terjemahan "menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui", risau pun datang. Walapun ayat itu ditujukan kepada orang kafir, risau tetap ada kerana aku tidak tahu keadaan diri aku sekarang bagaimana. Apakah kamu sangka kamu akan dibangkitkan di akhirat nanti, sama seperti mana wajah kamu di dunia ini? Aku tak tahu. Cuba fikir pula tentang bagaimana berita² gembira yg kita dengar seperti mayat yang tidak reput setelah ber-tahun² dikebumikan? Apakah yg ada di dalam hatinya (jasad mayat) sehingga dunia pun tak dapat nak reputkan jasadnya? Sila klik gambar untuk berita selanjutnya. Teringat aku pada Firman Allah ini tentang apa yg ada di dalam dada (hati) akan dilahirkan di akhirat nanti. Tak tahu apa yg ada....

Ayat 6155-6156 dari 6236 [QS100:9-10]:
Maka, apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur, dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada?

     Tamatlah sudah perkongsian "Wajah 6236" yg terlalu banyak kekurangannya sebab itu sahaja yg tidak mampu aku kongsikan. Aku tulis, aku baca untuk memperingatkan diri aku sendiri. Aku sedang menasihati diri aku sendiri. Jadi begitulah 4 perkara utama yg ada pada "Wajah 6236" (secara kaitan) yang memberi peringatan kepada diri sendiri iaitu;
  • Jangan lupa untuk membaca Al Quran pada setiap hari...
  • Jangan lupa untuk amalkan Surah Al Fatihah dalam kehidupan seharian...
  • Jangan lupa untuk solat 5 waktu sehari... dan
  • Sentiasalah ingat soalan ini "Apakah senyuman aku pada hari ini akan kekal di akhirat kelak"?
    Maka, begitulah apa yg ada pada "Wajah 6236". Selalulah tengok wajah sendiri untuk memperingatkan diri sendiri tentang 4 mesej pada "Wajah 6236".

WAJAH KAMU AKAN BERUBAH DI AKHIRAT KELAK

Bagaimana? Aku tak tahu. Tunggu sahajalah di akhirat nanti........

Ok. Dah habis dah aku cakap dengan diri aku sendiri. Mohon maaf semua. Wollohua'lam.

SEGALA YANG BAIK SEMUANYA DATANG DARI ALLAH,
SEGALA YANG BURUK DATANGNYA DARI DIRI AKU (SI PENAIP) SENDIRI,
SENTIASALAH PANDANG PADA DIRI KAMU SENDIRI,
KELAK AKAN TERBUKALAH AIB (KEKURANGAN) DIRIMU,
DAN KEMBALILAH KEPADA ALLAH.

PERINGATAN : Ayat 3452-3453 dari 6236 [QS30:43-44]
Oleh kerana itu, hadaplah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari yang tak dapat ditolak (kedatangannya): pada hari mereka terpisah-pisah. Barangsiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya itu; dan barangsiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah mereka menyiapkan (tempat yang menyenangkan),

Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar