Wednesday, June 9, 2010

Hakikat Kehidupan Dunia

Assalamualaikum.. Sahabat..

Apapun yg kita buat, pengakhiran yg terpenting adalah hendak kita sedari sebenar-benarnya sedar bahawasanya kehidupan di dunia sekarang ini, yg diciptakan oleh Allah bukanlah satu cara penghidupan yg sempurna tetapi ianya adalah satu cara penghidupan yg tidak sempurna. Satu kehidupan yg sementara, satu cara penghidupan yg penuh dgn segala macam kekurangan, kekecewaan dan sebagainya.

Cuba baca tafsir surat Ali 'Imran ni :
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan  yang patut diutamakan" - Ali 'Imran, ayat 185-186.

Dan Al Hadiid ini :

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta  berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti)  ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" - Al Hadiid, ayat 20.

Dan banyak lagi ayat-ayat lainnya yang dinyatakan oleh Allah bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah penghidupan yang kecil dan di Akhiratlah yang sebenar-benarnya hidup TETAPI sungguhpun  begitu, penghidupan dunia ini amat penting, kerana dunialah yang menentukan baik buruknya nasib manusia dalam penghidupan Akhirat nanti yang kekal dan abadi itu.

Berbahagia dan beruntunglah manusia yang mengerti dan menyedari sesedar-sedarnya, merugi dan celakalah manusia yang tak mengerti dan tidak mahu sedar.

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang-orang yang sedar dan bahagia sekalipun tidak begitu kaya atau tidak begitu mampu dalam kehidupan dunia sekarang ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar