Friday, April 3, 2015

Mengetahui Allah Maha ESA : Kisah Rekayasa 'Menuju Jalan Mim' Part 11

Kisah Rekayasa 'Menuju Jalan Mim' Part 11 : Mengetahui Allah Maha Esa

Allah juga telah berwasiat kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Nabi diIsrakkan / diperjalankan, antaranya;

"PUTUSKAN harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada KUASA di tangan mereka"
Putuskanlah harapan kamu dari semua makhluk. Jangan diharap kepada makhluk (manusia) yang sememangnya pada tangan² mereka, tidak ada kuasa sedikitpun....

Sebaliknya, berharaplah kepada Allah Yang Maha Kuasa. Pemilik Kuasa yang tunggal.
------------------------------
Seterusnya....
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...?

 ... dipetik dari Kisah Rekayasa: Menuju Jalan Mim - Part 10... 

DENGAN NAMA MU ALLAH (BISMILLAH)...
      Dalam kisah rekayasa sebelum ini, ianya adalah sebuah perjalanan yg menuju untuk mendapatkan pengetahuan bahawa Allah itu Maha ASA (HARAPAN). Akhir perjalanan, sy mengetahui bahawa Allah-lah HARAPAN sy, tiada lagi harapan kpd makhluk. Bagi menguatkan lagi kenyataan itu, Allah juga telah berwasiat kepada Nabi Muhammad s.a.w agar "putuskan harapan dari makhluk (manusia dan sebagainya) kerana sesungguhnya mereka itu tidak ada kuasa sedikitpun di tangan mereka". Fahamlah sy bahawa manusia tiada kuasa apapun untuk berbuat sesuatu tanpa adanya pertolongan Allah. Allah Maha ASA. Allah Maha HARAPAN. Allah-lah HARAPAN.
      Saya rasakan, begitu pentingnya perihal penggantungan sesebuah Harapan kpd Allah, sehingga Allah mewasiatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w agar putuskan harapan dari makhluk. Yg telah merasai peringkat ini akan mengetahui dan memahaminya dan berkenaan "rasa" sudah pasti ianya tidak dapat dikongsi. Sememangnya berkongsi cerita itu pasti boleh. Masing² diri hendaklah berusaha untuk menggantungkan harapannya hanya kepada Allah.

bersambung.... (untuk menjawab soalan 'Bagaimana Azan membawa saya kepada 'Qul huwallahu AHAD'?, maka dalam artikel ini perkataan 'saya' digunakan)

37. HARAPAN (Allah) dan Harapan (Saya)
       Imbas kembali. Ketika sedang asyik mendengar Azan menyebut 'ALLAH MAHA BESAR (Allah Hu Akbar)', ketika itu jugalah terdetik di hati sy untuk mengetahui tentang 'Allah Maha Besar'. Sy mula berfikir apakah yg dikatakan BESAR itu? Sy bergerak (berjalan) mencari 'BESAR' yg disebut selepas nama Allah itu. Ketika sy meneruskan perjalanan di atas 'Jalan Kebesaran', sy melihat adanya perkataan BESAR, KUASA, RASA, MASA, BINASA, PERKASA, SESAT dan sebagainya lagi di dalam Al Qur an. Sy perhati satu persatu perkataan² itu untuk melihat apa yg ada di dalamnya.
      Perhatian sy bertumpu kpd perkataan 'BESAR'. Setelah mengetahui dan melihat akan KeBESARan² Allah, sy ditarik pula untuk mengetahui dan melihat akan KeKUASAan² Allah. Setelah mengetahui dan melihat KUASA² Allah di dunia ini, mengertilah sy (bg diri sy setakat ini) yg BESAR itu adalah KUASA Allah. Segala²nya bermula dgn KUASA Allah. Besarnya Allah, Besarnya Kuasa Allah. Bermulanya diri sy ini adalah dgn KUASA Allah yakni Allah Maha Kuasa lah yg menghidupkan sy. Tarik nafas... hembus nafas... tarik nafas... hembus nafas... Sy terus berfikir...
      Ketika sy sedang berfikir, ketika sy sedang dalam perjalanan mencari ke arah manakah untuk sy tujui bagi meneruskan kehidupan sy ini, ketika sy sedang mencari kepada siapakah yg harus sy tujui untuk melepaskan sy dari kemelut permasalahan kehidupan yg sedang sy hadapi, ketika sy sedang mencari sebuah harapan yg baru untuk sy bergantung, ketika itu lah sy perasan ada mesej di dalam perkataan 'KUASA' iaitu 'KU ASA'. Sy melihat se-olah² Allah mengatakan kpd sy bahawa DIA-lah ASA. Sy berfikir, apakah Allah sedang menghantar mesej 'KU ASA' kepada sy?  Sy bertanya apakah ASA itu? Kekurangan pengetahuan tentang perkataan 'ASA' membuatkan sy terus berfikir untuk mencari jawapan. Lalu, sy mencari pengertiannya ASA.
      Pencarian sy berhasil apabila sy mengetahui bahawa maksud ASA itu adalah HARAPAN. Alhamdullillah... Sy diberi kefahaman. Sedang sy mencari sebuah harapan (seseorang yg dapat menolong sy) yg baru, sy mengetahui tentang ASA (HARAPAN). Sedarlah (terasalah) sy ketika itu, bahawa yg sy fikir se-olah² Allah Maha KUASA yg berkata 'KU ASA' itu rupa²nya, DIA-lah juga Allah Maha ASA (HARAPAN). Se-olah² Allah memberitahu kpd sy bahawa Allah-lah ASA, Allah-lah HARAPAN. Harapan yg sy cari² yakni seseorang yg dapat menolong sy adalah sebenarnya Allah Maha ASA. Allah-lah HARAPAN sy.   

1351. Sesungguhnya kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. DIA menghidupkan dan mematikan. Dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah. [9:116]

       Sy juga telah menjumpai bukti yg nyata (melalui terjemahan surah al ikhlas) yg mengatakan bahawa Allah itu Maha ASA. Apa yg sy fikirkan, telah ada diberitahu di dalam Al Qur an yakni Allah itu adalah Maha ASA. Setelah mengetahui bahawa Allah itu Maha BESAR, juga yg Maha KUASA, juga yg Maha ASA (HARAPAN), tidaklah lagi sy mencari harapan yg lain kerana Allah-lah HARAPAN sy sekarang.


Iklan:
Berfirman Allah s.w.t dalam sebuah Hadis Qudsi yang berbunyi "AKU (Allah) laksana harta yang tersembunyi, AKU (Allah) ingin dikenali , kerana itu AKU (Allah) menciptakan semua makhluk"

      Sepanjang perjalanan yg panjang ini (bertahun-tahun lamanya), sy telah lihat KeBESARan Allah, KeKUASAan Allah dan KeASAan / KeHARAPANan Allah. Setakat ini sy telah mengetahui;

1. Azan menyebut 'Allah Maha Besar'. Setelah melalui jalan kebesaran sy telah mengetahui tentang 'BESAR'. Bagi sy yg jahil ini, 'BESAR' itu adalah BESARnya KUASA Allah, BESARnya ASA Allah dan segalanya didahulukan dgn perkataan BESARnya + Allah. Inilah agaknya Azan menyebut 'Allah Maha Besar' tidak menyebut yg lain selain dari 'Allah Maha Besar'. Dan tentang perkara yg 'BESAR' itu tidak sesekali ada pada makhluk ciptaan Allah.
2. Sy juga telah mengetahui bahawa Allah itu Maha ASA (HARAPAN) dan sy juga tahu manusia tidak sesekali dapat memenuhi harapan manusia tanpa izin Allah. Allah (HARAPAN) tidak pernah memberikan harapan palsu kepada manusia (janji² Allah di dalam Al Quran) tetapi ada manusia yg memberikan harapan palsu kepada manusia.
3. Tidak ada sesiapapun yg seperti Allah Maha BESAR, Maha KUASA, Maha ASA (HARAPAN).

      Pengalaman mengajar sy bahawa harapan sy kepada manusia yg ada kuasa bukanlah satu kepastian yg harapan sy itu akan ditunaikan dan pengalaman juga mengajar sy bahawa yg sebenarnya, punca segala kuasa yg ada pada manusia adalah datangnya daripada Allah. Setelah sy mengetahui bahawa Allah itu Maha ASA (HARAPAN), juga setelah sy mengetahui tentang Harapan (dalam artikel yg lalu), kini hanya Allah(HARAPAN)-lah Harapan sy dan tiada lah lagi Harapan sy kepada manusia. Allah(HARAPAN)-lah Harapan sy kerana sy telah tahu bahawa yg berKUASA itu HANYA ALLAH. Manusia tiada kuasa apapun seperti mana yg telah Allah wasiatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Wasiat : "Putuskanlah harapan kamu dari semua makhluk. Jangan diharap kepada makhluk (manusia) yang sememangnya pada tangan² mereka, tidak ada kuasa sedikitpun...."

HARAPAN-lah (Allah Maha ASA) YANG BERKUASA untuk memenuhi / menunaikan Harapan manusia (kehendak / keinginan dan sebagainya yg ada di dalam hati manusia) dengan mengikut kehendak Allah dan bukannya mengikut kehendak manusia itu sendiri.

Apakah Harapan kamu?
Siapa yg akan tunaikan Harapan kamu?
Kepada siapakah kamu menggantungkan Harapan kamu?
Siapakah Harapan kamu?

-TAMAT tentang HARAPAN (Allah) dan Harapan (Saya).

38. Nama Allah Beserta SifatNya
      Satu nama, ALLAH. Ada yg tahu, ada juga yg tidak tahu. Sepanjang sy berada di atas 'Jalan Kebesaran', sy melihat ada nama Allah yg ditulis itu beserta dengan sesuatu yakni seperti Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa, Allah Maha Mengetahui dan sebagainya lagi. Nama Allah itu ada beserta dgn sesuatu (yakni satu makluman) seperti;

Allah Maha BESAR = diberitahu bahawa Allah itu Maha BESAR
Allah Maha KUASA = diberitahu bahawa Allah itu Maha KUASA
Allah Maha ASA = diberitahu bahawa Allah itu Maha ASA (HARAPAN)
Allah Maha TAHU = diberitahu bahawa Allah itu Maha Tahu (Mengetahui)

dan sebagainya lagi.

39. Di sebalik ASA, nampak ESA (melalui Bahasa Melayu)
      Dari awal perjalanan sy mendengar Azan menyebut Allah Maha BESAR. Dalam sebutan Azan, Azan tiada menyebut Allah Maha KUASA, Allah Maha ASA, Azan hanya sebut ALLAH MAHA BESAR. Keinginan sy untuk mengetahui tentang 'BESAR' itu telah menggerakkan sy untuk terus berjalan dan akhirnya, sy diberi pengetahuan awal (melalui Al Qur an) bahawa Allah itu Maha KUASA dan Allah itu Maha ASA (HARAPAN).
      Dalam perkataan² yg sy perhatikan itu, BESAR, KUASA, RASA, MASA, BINASA, PERKASA, SESAT dan sebagainya lagi di dalam Al Qur an, sy perasan ada perkataan 'ASA' dan 'ESA' yg sering muncul bersamanya, se-olah² ada sesuatu yg perlu sy ketahui lagi. Sy berfikir, adakah ini satu petunjuk bagi sy? Setelah digali telaga BESAR, sy jumpa telaga KUASA, setelah di gali telaga KUASA, sy jumpa telaga ASA, setelah di gali telaga ASA, sy jumpa pula telaga ESA. Perlu dilalui satu persatu. Bagaimana sy menemui telaga ESA?
      Air fikiran terus menitis di atas perkataan 'ASA'. Setelah sekian lama menitis, titisannya telah merobek perkataan 'ASA' dan sy nampak pula perkataan 'ESA'. Bagaimana sy nampak? Sy menyebut perkataan 'ASA' berulang kali. Sambil menyebut² (zikir) perkataan ASA, setelah digali² dan dibersih²kan, sy menjumpai perkataan ESA di sebaliknya. Sy alihkan huruf 'A' dari kedudukan asalnya 'ASA', lalu menjadilah ia 'A-SA'. Sy sebut 'A-SA' (sebutan A dengan menggunakan intonasi bahasa Melayu Malaysia), lalu sy perasan sebutan 'A-SA' yg sy sebut seperti itu seperti manusia lain menyebut perkataan 'ESA'. Sy merenung. "Sebut A-SA, bunyinya ESA".
       Perkataan 'KUASA' membawa sy kepada 'ASA', perkataan 'ASA' pula membawa sy kepada 'ESA'. Sy renungi. Setelah sy gali perkataan 'KUASA', sy jumpa perkataan 'ASA'. Sy gali lagi di dalam perkataan 'ASA', sy jumpa perkataan 'ESA'. Beginilah, sy yg jahil, yg tidak belajar dalam bidang agama berjalan mencari pengetahuan. Sy tiada ilmu apapun... hanya berfikir sahaja untuk mencari kepuasan diri...
      Sy dapat rasa bahawa perkataan ESA ini adalah satu perkataan yg unik kerana ianya hanya digunakan untuk berkata tentang Allah. Lagi, perkataan ESA ini duduk di dasar telaga perkataan BESAR (artikel seterusnya ada satu lagi telaga yg sy gali selepas ESA). Sebagaimana adanya perkataan 'ASA' di dalam perkataan 'KUASA' begitulah juga adanya perkataan 'ESA' di dalam perkataan 'BESAR'. Namun, sebelum sy menemui perkataan 'ESA', sy lalui terlebih dahulu jalan² untuk mengetahui tentang BESAR, KUASA dan ASA.
       Setelah mengetahui tentang Allah yakni Maha BESAR + Maha KUASA + Maha ASA, sy lihat pada perkataan ESA ini terikat 3 sifat unik Allah di dalamnya (setakat ini);

BESAR + KUASA + ASA(HARAPAN) = ESA

Apabila sy sebut 'ESA', sy ingat 3 perkara ini, Allah Maha BESAR, Allah Maha KUASA dan Allah Maha ASA (HARAPAN). - setakat ini.

KUASA dan ASA berpisah tiada.

BESAR dan ESA berpisah tiada.

Allah Hu Akbar !!
Allah, Dia-lah Yang Besar !!

40. Mengetahui Allah Maha Esa
      Sy menggali (mencari) lagi tentang perkataan ESA = BESAR + KUASA + ASA(HARAPAN) ini di dalam Al Quran. Sebelum ini sy telah jumpa Allah itu Maha ASA di dalam Surat Al Ikhlas yg telah memberikan pengetahuan kpd sy tentang Harapan (Asa). Melalui surat Al Ikhlas juga, sy mengetahui bahawa perkataan 'ESA' yg sy temui itu juga menceritakan tentang Allah Maha ESA. Sy baca surat itu berulang kali. Berulang kali. Berulang kali. Berulang kali... berbagai terjemahan yg sy jumpa.Tajuk surat yg sy baca itu adalah Surat Al-Ikhlas. Terjemahannya pula ada yg menulis "Bersih-Tulus", ada yg "Memurnikan Keesaan Allah" dan ada yg "Ikhlas" sahaja.

Terjemahan: "Katakanlah (ya Muhammad): DIA-lah Allah yang Maha ESA. Allah yang dituju (untuk meminta hajat). DIA tiada beranak dan tiada pula diperanakkan (berbapa) dan tidak ada satupun yang menyerupai-Nya"
Terjemahan: "Katakanlah: DIA-lah Allah, Yang Maha ESA. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. DIA tiada beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan DIA"
Terjemahan: "Katakanlah (Muhammad), DIA-lah Allah, Yang Maha ESA. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang setara dengan DIA"

Benar... berbagai terjemahan yg sy jumpa. Setelah membaca Surat² ini, sy tahu bahawa;

1. Allah itu Maha ESA.
2. Allah tempat meminta segala sesuatu / Allah adalah Tuhan yg bergantung kepadaNya segala sesuatu / Allah yg dituju (tempat meminta segala hajat) / Allah tempat memohon
3. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
4. Tidak ada sesuatu yang setara dengan Allah / tidak ada seorangpun yang setara dengan Allah / tidak ada satupun yang menyerupai Allah / tidaklah ada tara bandingannya satu apapun dengan Allah.
 
Sy terus mencari maksud di sebalik perkataan 'ESA'. Sy merenung kembali perkataan² yg telah membawa sy kpd perkataan ESA. Dari BESAR, sy tahu KUASA, dari KUASA sy tahu ASA dan dari ASA sy tahu ESA. Perkataan 'ASA' ada dalam 'KUASA' dan perkataan 'ESA' muncul dari perkataan 'ASA' dan lagi perkataan 'ESA' ada dalam perkataan BESAR. Semuanya terikat antara satu sama lain.

Dari BESAR-Nya nampak KUASA-Nya
Dari KUASA-Nya nampak mesej KU ASA
Datang pengetahuan Allah itu Maha ASA
Rupa²nya DIA-lah juga Allah Maha ESA

Allah Maha BESAR,
Allah Maha KUASA,
Allah Maha ASA,
Allah Maha ESA

      Dari awal perjalanan sy mencari pengertian 'BESAR'nya Allah, sy lihat KUASAnya Allah, sy lihat lagi ASAnya Allah dan akhir sekali sy dikembalikan kpd perkataan BESAR dan di situlah sebenarnya telah diberitahu kepada sy bahawa Allah itu Maha ESA. Sy tidak nampak pada awalnya, kena jauh berjalan baru nampak di dalamnya ada ESA. Dalam perkataan 'BESAR', ada perkataan 'ESA'. Fahamlah sy, bahawa Allah itu Maha ESA yakni perkataan ESA itu memberitahu kepada sy (setakat ini) bahawa;

ESA = BESAR + KUASA + ASA(HARAPAN)

Hanya Allah Yang Maha BESAR dan KUASA dan ASA (HARAPAN). Bila Allah BESAR, Allah KUASA, Allah ASA (HARAPAN), apa sahajapun Allah boleh buat. Inilah sifat gelaran Allah yg unik, Allah Maha ESA.

Benarlah kata Azan. Azan menyebut di awal sebutannya;

Azan menyebut: Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar  - bahasa Arab
Azan menyebut: Allah, DIA-lah Maha BESAR, Allah, DIA-lah Maha BESAR  - bahasa Melayu

Tersembunyi di sebalik perkataan Allah Maha BESAR itu, adalah Allah Maha ESA. Telah-lah sy mengetahui bahawa Allah itu Maha ESA (setakat ini).

**InsyaAllah, Seterusnya akan dikisahkan kalimah Azan yg sy temui dalam perjalanan dalam artikel yg lain...

Sedikit sebanyak sy telah mengetahui tentang KeESAan Allah dan sebenarnya, sy tidak tahu apa-apa pun...


41. Penat berjalan tetapi seronok
      Asal perjalanan ini adalah apabila sy mendengar suara Azan yg menyebut 'Allah Hu Akbar (Allah Maha Besar)'. Perjalanan yg lalu telah membawa saya mengetahui tentang Allah Maha BESAR, tentang Allah Maha KUASA, tentang Allah Maha ASA dan akhirnya tentang perkataan 'ESA'. Sy beritahu kepada kamu yg Allah itu Maha ESA. Apakah pengertian ESA bg diri kamu?
      Bak kata pepatah Melayu, "Jauh perjalanan, luas pemandangan". Begitulah perjalanan dalam kehidupan ini. Ada perjalanan yg menyeronokkan, ada perjalanan yg memenatkan dan tiada perjalanan yg sia² kerana di dalam setiap perjalanan ada pengajaran yg boleh di ambil. "Barangsiapa yg telah merasainya akan satu² perjalanan, dia akan mengetahuinya. Tiada perjalanan, tiadalah merasainya". Sy tiadalah apa-apa, ilmu pun tiada, apa-apa pun tiada. Sekadar berkongsi untuk dijadikan bahan bacaan.
      Baca lah Al Qur an (terjemahan Al Qur an), insya Allah kamu akan diberi peringatan dengannya (automatik). Baca Al Qur an agar kamu mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha ESA. Apakah pengertian ESA bg diri kamu?

1802. (Al Qur'an) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi PERINGATAN dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya DIA (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. [S14:A52]

Lihat ayat di atas, "supaya mereka mengetahui bahawasanya DIA (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa". Bagaimana untuk mengambil pelajaran? Bagaimana untuk mendapatkan pengetahuan?
------------------------------
Seterusnya....
- Bagaimana Azan membawa saya kepada "Qul huwallahu Ahad"...? Bahasa Arab sebut AHAD, bahasa Melayu sebut ESA. Sebutan Hari AHAD itu adalah peringatan bagi orang² yg ingat sahaja.

BERSAMBUNG ENTAH BILA... "MENUJU JALAN MIM"..


Astaghfirullah... Alhamdullillah... WOLLOHUA'LAM...

Kisah Rekayasa :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar