Saturday, June 18, 2011

Tulisan 'Allah' di pokok

*Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

...Assalamualaikum...
Pokok Rendang di tepi surau, Hentian R&R, Maran, Pahang
Saja mencatatkan kenangan di sini. Kejadian ini berlaku ketika sy dalam perjalanan pulang ke kampung pada 17 Julai 2010, tahun lepas. Kejadian ini berlaku di laluan LPT (Lebuhraya Pantai Timur). Ketika dalam perjalanan azan Zohor berkumandang di radio kereta. Sy singgah di Perhentian R&R, Maran untuk menunaikan solat Zohor. Sampai di situ, pandangan mata sy tertarik kepada salah satu pokok rendang yg terdapat di tepi surau.
Sy menghampiri pokok itu, utk merasai keredupannya. Biasanya, duduk bawah pokok ini ada satu rasa yg sukar nak bagitau macamana. Hehehe.. Masing² punya rasa. Apapun, pokok itu Allahlah yg menumbuhkan juga. Sy perhatikan pokok itu dari bawah sampai atas. Terlihatlah sy satu tulisan yg terdapat pada batang pokok itu. Diamati, aik? Ada tulisan Alif Lam Lam Haa kat batang pokok tu. Ya Allah, gembiranya bila terpandang nama tu, nama yg bukan ditulis oleh 'manusia' tetapi oleh makhluk-makhluk Allah yg lain. Terus amik gambar tapi guna henset saje. Kualiti gambar takdelah tinggi sangat, tapi bolehlah kalau nak tengok. Gambar ini sy amik pada pukul 1.45 petang. Yang penting, dapat tengok lagi untuk hari-hari yang lain...
Tulisan 'ALLAH' di batang pokok
Lihatlah tulisan dalam kawasan bulatan merah tu. Inilah potret-potret yang jarang kita dapat lihat. Yang semulajadi orang kata. Yang penting, inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Kekuasaan-Nya yang tiada dapat dibandingkan dengan apa sahaja di dunia ini. Apabila melihat perkara seperti ini terutamanya ianya berlaku di hadapan mata kita, bertasbihlah memuji Allah. Dalam Al Quran ada mengatakan Allah-lah Pembentuk Rupa makhluk-makhluk-Nya menurut apa yang dikehendaki-Nya, termasuklah wajah kita sendiri:

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
■ Al-Hasy-r, 24 ■

Begitulah.. Sebab itu ada orang-orang tua berpesan, janganlah menghina pokok-pokok atau binatang-binatang kerana manalah tahu semasa kita menghina itu 'mereka' sedang bertasbih kepada Allah dengan bahasa yang kita tidak akan faham. Kita cuma faham bahasa yg kita faham sahajalah, kan? Lihat firman Allah di bawah :

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
■ Al-Israa', 44 ■

Semoga diri kita semua, sentiasa ingat pada Allah pada setiap masa... Semoga suatu hari nanti sy disempatkan lagi untuk kongsi bersama kisah² yg lain dan ini sebenarnya adalah untuk bakal generasi sy akan datang. Manalah tahu sy tidak sempat untuk menceritakan kepada mereka, mungkin blog ini akan ditemui mereka satu saat nanti. InsyaAllah.. Maaf, sekiranya ada sesuatu yg tidak menyenangkan..

 PERINGATAN

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
■ At-Taghaabun, 1 ■

* Nukilan : Kun Musafir Maya *

Sunday, June 12, 2011

Tulisan MHMD di langit

*Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

...Assalamualaikum...

Masjid Padang Kubu Kemaman, Terengganu
     Pada 4hb Jun 2011, sy bergerak pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu sy. Perjalanan sy biasalah melalui Lebuhraya Pantai Timur dan seterusnya melalui laluan Jerangau-Jabor. Semasa memandu, terdengar laungan azan Asar di radio. Entah kenapa hari tu, rasa nak singgah solat di masjid yang baru siap dibina di laluan Jerangau-Jabor. Tingkatkan kelajuan kenderaan untuk kejar masa supaya tak terlewat sampai di masjid tu. Nama masjid tu, Masjid Padang Kubu, Kemaman, Terengganu. Dah lama niat nak singgah solat di sini tetapi tak kesampaian tapi hari tersebut dapat jugak sy singgah di sini.

Tulisan Mim Haa Mim Daa di langit
     Seketika sampai di masjid ini jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Berehat seketika sambil memandang langit. Langit agak aneh di petang itu. Sy memerhatikan dari kiri ada warna aneh (tak amik gambar), perhati lagi sekali, aik dah hilang. Berpindah pula warna tu ke sebelah kanan. Sy perhatikan di bawah warna langit tu, awan membentuk satu tulisan. Diamati betul-betul, tulisan tu adalah Mim Haa Mim Daa. Amat jelas. Mula lah sibuk sy mencari henset, nak amik gambar. Awan bergerak terlalu cepat merungkaikan tulisan tu. Gambar di atas adalah yg sempat sy ambil tulisan yg dibentukkan oleh awan tu. Perhatikan dalam kawasan merah tu. Memang cepatlah. Sekelip mata je, pandang sekali lagi dah nak terpisah dah awan tu. Masa sy amik gambar nie, jam menunjukkan pukul 6.25 petang. Gambar di bawah nie, sy buat perbandingan dengan tulisan di cop Rasulullah s.a.w, nama Muhammad / Mim Haa Mim Daa.

Perbandingan tulisan dgn nama di cop Rasulullah s.a.w

Apa jua yg berlaku, adalah ketentuan Allah s.w.t. Allah-lah yang Maha Kuasa sesuatu termasuklah diri kita ini. Ini ada dinyatakan dalam Al Quran :

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
■ A-li'Imran, 189 ■

Allah berkuasa memerintahkan awan untuk membentuk nama Nabi Muhammad s.a.w. Sungguh hebat kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t berkuasa atas tiap sesuatu. Sungguh hebat.. Tiada yang lebih hebat selain Allah... Yakinlah kepada Allah. Mohon maaf kerana gambar ini agak tidak jelas....

PERINGATAN
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
■ Al Baqarah, 117 ■

*Nukilan: Kun Musafir Maya*

Mimpi : Tali Penyelamat

*Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

Assalamualaikum...

     Mimpi. Mimpi datang dalam tidur. Perjalanan hidup ada akhirnya. Hidup itu 'bergerak' walaupun nampak si pelakunya tidak 'bergerak'. Tidur pun ada akhirnya, akhirnya ketika terjaga dari tidur atau meninggal dunia ketika tidur. Selepas tidur pun ada rasanya. Selepas mimpi pun ada rasanya. Ketika tidur, bermimpi, itu tandanya ada yg 'hidup', yakni ada sesuatu yg ber'gerak', ada yg ber'jalan'. Siapa yg ber'jalan'? Jasad ada. Sifat manusia itu ingin tahu, tanyalah sesiapa pun. Nama siapa? Dia ingin tahu namanya. Pernah dengar 'semalam aku bermimpi.. bla.. bla...'? Ada juga yg bertanya 'Kenapa aku mimpi begini?', 'Kenapa aku mimpi macam tu?'.. Dalam Al Quran, dalam hadis, banyak soalan² dari manusia yg ingin tahu akan sesuatu perkara. Sifat manusia itu ingin tahu dan sifat wajib Allah adalah ILMU iaitu Maha Mengetahui akan segalanya.
     TETAPI SABARlah sebelum menceritakan sesuatu mimpi itu... Kadang² mimpi itu boleh diceritakan dan kadang² juga tidak elok utk diceritakan kerana risau akan tafsirannya yg akan 'lahir' dari jiwa yg mendengar. Ada jiwa yg boleh tafsir mimpi. Jiwa yg boleh tafsir mimpi itu mungkin mengetahui bagaimana keadaan si pemimpi itu. Sekiranya, mimpi itu tidak elok, mungkin jiwa yg pandai tafsir itu akan berkata 'tak ada apalah' untuk menyenangkan kita ataupun mungkin dia akan memberi 'peringatan' kpd kita. Berkenaan jangan cerita mimpi ini ada di dalam Al Quran :

"Bapanya berkata: " Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."
■ Yusuf, 5 ■

     Bercerita tentang mimpi kpd jiwa lain, kemungkinan si pemimpi mengharapkan satu jawapan. Jawapan itu mungkin baik atau mungkin buruk (bergantung kpd yg memberi jawapan). Bila dah tahu pasal mimpi tu, tinggal yakin atau tidak sahaja tentang mimpi itu. Ada juga mimpi itu permainan syaitan yg sengaja nak mengganggu, yakni supaya fikiran kita terganggu, padahal takde apa² makna pun dari mimpi itu, sekadar permainan syaitan yg suka melihat kita berada dalam keresahan, kebimbangan, kerisauan. Mimpi begini boleh dikatakan mimpi itu permainan tidur. Mimpi juga adalah ujian dan dugaan. Ada mimpi yg benar² berlaku. Ada juga mimpi yg lambat berlaku yakni ditangguhkan sehingga terlaksananya mimpi itu. Ada juga mimpi itu sebagai peringatan.  Lihat firman Allah ini:

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya)."
■ Al-Fath, 27 ■
 
     Macam² tafsiran berkenaan mimpi ini. Dalam Al Quran, ada 17 ayat yg menceritakan pasal 'mimpi'. Tinggal persoalan, kenapa mimpi itu 'ada'? Kenapa dalam Al Quran ada ayat berkenaan mimpi? Sesungguhnya, Al Quran itu adalah benar. Maka bg sy, setiap sesuatu yg dijadikan oleh Allah itu (yg bukan ciptaan manusia) ada tujuannya, bukannya sia-sia termasuklah hal mimpi ini.

      MIMPI - Mimpi Itu Mungkin Peringatan Ilahi      

Ada hadis mengenai perihal mimpi.
Nabi s.a.w bersabda : "Jika di antara kalian ada yg bermimpi yg ia senangi, maka mimpi itu dari Allah Azza wa Jalla. Oleh sebab itu berterima kasihlah kepada Allah dan beritakanlah mimpi itu kepada orang lain. Sekiranya di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan maka mimpi itu dari syaitan. Maka mohon perlindunganlah kepada Allah dari keburukan mimpi itu dan jangan ditunjukkan kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak membahagiakannya."
     Maka, apabila kita bermimpi perkara yg menyenangkan, berterima kasihlah kpd Allah dan sebaliknya, mohon perlindunganlah kpd Allah. Nah.. lihat. Secara tidak langsung, mimpi itu boleh membuatkan kita mengucapkan 'terima kasih' kpd Allah dan 'memohon perlindungan' dari Allah tapi itu 'kalau kita ingat kpd Allah'. Itulah maksud sy, perkara mimpi itu bukan sia-sia. Dgn mimpi juga kita boleh 'ingat' pada Allah. Dgn mimpi juga kita boleh memohon perlindungan dari Allah. Betapa kasihnya Allah kpd makhluk ciptaan-Nya. Dari hadis ini, sy ingin kongsikan mimpi sy kpd semua kerana ianya merupakan satu peringatan.

Mimpi sy.

     Mimpi ini berlaku dalam tahun 2011 dan sy beritakan kerana di dalamnya terdapat peringatan. Mungkin ada jiwa yg lebih memahami tentang mimpi ini dan mungkin ada jiwa yg dapat mengambil pengajaran di dalamnya. Semuanya Allah Maha Kuasa, dan kerana Allah sy sampaikan peringatan di dalam mimpi ini. Bukan kerana 'lain-lain'.
     Sy bermimpi, sy berada di satu kawasan yg amat luas dan lapang. Yang ada hanyalah bumi (tanah) dan langit. Sy tidak tahu mana arah yg perlu sy tuju untuk memulakan perjalanan kerana kawasannya amat² luas dan lapang dan tidak ada satu tempat pun yg hendak dituju kerana keadaan sekelilingnya semuanya sama. Berdirilah sy di situ memerhatikan sekeliling. Tiada siapa. Risau ke manakah arah yg perlu dituju? Sy mohon kpd Allah, agar tunjukkan arah mana yg perlu dituju. Sy mendongak ke langit, sy terpandang nama 'Allah' di langit. Melalui nama itu, tiba-tiba turunnya bantuan iaitu satu tali yg amat panjang dari langit menuju kpd sy. Terdengarlah satu suara 'Berpeganglah kamu pada tali Allah nescaya kamu akan selamat'..... Terjaga.. Wollohua'lam. Begitulah secara ringkas mimpi sy..

Pegangan
   
Apa yg hendak dikongsikan di sini adalah mengenai pesanan 'Berpeganglah kamu pada tali Allah, nescaya kamu akan selamat'. 'Pegang' itu seperti mana yg kita zahirkan adalah suatu perlakuan tentang memegang sesuatu dengan tangan. Cuba kita bayangkan, kita memegang sebatang besi, dan apabila besi itu dipanaskan, bagi Umat Manusia Biasa, sy pasti pegangan kita terhadap besi itu akan terlepas juga. Begitulah yg dapat digambarkan dengan pegangan zahir. Bagaimana pula dengan pegangan yang tidak zahir? Pernah juga kita mendengar 'aku berpegang pada prinsip hidup aku' walhal kita tidak nampak pun 'prinsip hidup'nya. Pegang jawatan dan sebagainya. Begitulah tentang pegangan. Terdapat beberapa ayat² Al Quran yg ada kaitan dengan 'tali' di dalam mimpi ini.

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
■ Al Baqarah, 256 ■

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
■ Ali 'Imran, 103 ■

"Dan sesiapa yang berserah diri bulat² kepada Allah (dgn ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan."
■ Luqman, 22 ■

     Bg sy 'pegang' di sini adalah keyakinan kita kepada Allah. Semoga, kefahaman tentang ayat² peringatan ini diberikan oleh Allah kpd kita kerana yg bagi faham itu adalah Allah walaupun kita berusaha macamana sekalipun. Jangan tidak ada usaha langsung untuk bawa agama Allah dalam kehidupan kita. Allah yg mencipta segala-Nya. Pencipta lebih mengetahui akan apa yang diciptanya. Mohonlah pertolongan dari Allah utk memahami sesuatu itu kerana keupayaan akal itu terbatas dan pengetahuan tentang ilmu itu juga terbatas tetapi Allah telah menyatakan 'jalan-jalan' di dalam ayat di atas. Semuanya dengan izin Allah walaupun kita dapat melakukan sesuatu yang baik atau melakukan sesuatu yang buruk. Tinggal samada Allah redha atau murka sahaja atas perbuatan itu.

Awal dan Akhir

     Setiap perjalanan Umat Manusia itu ada AWALnya dan ada AKHIRnya. Apa yg diharapkan adalah di AKHIR kehidupan, kita 'berada' dalam keadaan yg 'terbaik' yakni ada bekalan utk dibawa ke akhirat. Bekalan tu kita kena kumpul. Kita bawa bekalan itu ke akhirat tetapi di akhirat belum tentu bekalan itu milik kita. Lihat firman Allah ini:

"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)"
■ Al-Faatihah, 4 ■

Allah yg akan putuskannya nanti. Maka, kita buat sahaja yg terbaik 'kerana Allah'. Maka, peringatan janganlah riak dan sombong dengan apa yg ada pada diri kerana AKHIR kehidupan seseorang itu belum tahu lagi samada baik atau buruk kerana di akhirat nanti itulah 'baik' atau 'buruk' diputuskan. Dalam kehidupan seseorang, ada kerasaan, ada perasaan, ada merasai, ada terasa, ada berasa, ada citarasa, ada rasa. Hidup itu rasa. Yang merasai Hidup(awal) itu adalah Mati(akhir). Sesuatu yang dijadikan, tetap ada akhirnya kerana sesuatu yg ada awalnya, mesti ada akhirnya. Hanya Allah Yg Maha Mengetahui akan keakhirannya sebab salah satu nama Allah adalah AL-AKHIR (Maha Penghabisan) dan AL-AWWAL (Maha Awal).
     Mohon maaf, andai ada salah silap kata dalam artikel ini. Ini hanyalah sekadar perkongsian. Yakinlah kepada Allah... 

PERINGATAN

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang² yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang² yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
■ Al Baqarah, 214 ■

"Ya Allah, berilah kepada kami kekuatan dan ketahanan untuk terus berpegang kpd peringatan-Mu, Ya Allah, berilah kami faham tentang agama-Mu, berilah kami kekuatan untuk mengikuti dan mengamalkannya dan Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menyampaikannya pula kepada yg lain. Sesungguhnya, Ya Allah, semuanya berlaku dengan izin-Mu Ya Allah. Kami tidak pandai ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, berilah kepada kami petunjuk dan taufik hidayah-Mu dan juga kepada seluruh umat di muka bumi ini."

- Nukilan : Kun Musafir Maya -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar