Wednesday, October 2, 2013

Wajah 6236 - 3 of 4


     Aku siarkan artikel ini pada 2 Okt 2013. Sudah 13,079 hari aku hidup. Peminjaman nyawa ini entah sampai bila akan berakhir tempohnya. Selagi aku hidup, selagi aku masih dapat melihat, selagi aku masih dapat mendengar, masih.. masih.. masih.. aku akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dan berkongsi apa yg aku tahu dengan orang lain. Alhamdullillah... Astaghfirullah... Bila aku mati nanti, tiadalah dapat aku berkongsi lagi. Tinggallah aku di dalam kubur sorang²..... Tiada sesiapapun dapat menemaniku. Datanglah 2 orang malaikat yg bernama MUNKAR dan NAKIR. Sudah pasti banyak soalan yg akan ditanya kepadaku. Bolehkah aku menjawabnya? (.........). Ouh...
     Orait.. Imbas sikit. Organ 6236 terdiri daripada Mata, Hidung, Mulut dan Telinga. Ingatlah tu, kerana selepas ini aku banyak menaip perkataan "Organ 6236". Bila baca "Organ 6236", ingat Mata, Hidung, Mulut dan Telinga. Aku teruskan sambungan artikel ini dari Wajah 6236 - 2 of 4.. Aku nak tamatkan artikel pasal 6236 ni...

1. Organ 6236 Membantu Mengenalkan Diri Kepada Nabi Muhammad s.a.w (MHMD - Mim Haa Mim Daa)
      Dalam kehidupan ini ada banyak jalan. Setiap jalan yg kamu lalui, pasti ada pengajaran pada laluan tersebut. Misalnya, kamu melihat orang mengalami kemalangan. Ada yg nyata, ada yg tersembunyi, ada yg terpendam sepi. Begitulah, apa yg aku taip di sini, sekadar menghibur hati yg lara, hati yg telah hancur satu waktu dahulu. Pesanan keramat "berpeganglah kepada Al Quran dan As Sunnah kerana berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat dalam perjalanan (dengan izin Allah)" terus dipegang walau hati sangat lemah. Pesan kepada diri "Janganlah berputus asa dari Rahmat Allah. Berputus asa dari manusia tidak mengapa kerana manusia akan mati".
     Perjalanan ini telah menemukan huruf² "M", "H", "M", "D" (Muhammad s.a.w) dan huruf "A", "L", "L", "H" (Allah s.w.t). Huruf² ini berada pada Wajah kamu. Akal yg memikirkan ini semua (dengan izin Allah). DI DALAM / PADA DIRI KAMU TERLALU BANYAK RAHSIA TERSEMBUNYI dan DISEMBUNYIKAN. Itulah sebab Allah memberi sebuah HATI kepada kamu dan kamu sendiri tidak pernah melihat akan HATI itu. Kamu hanya dapat RASA sahaja. Di dalamnya ada banyak RAHSIA. Rajin mencari, jumpalah ia. Bila dah jumpa, pasti kamu akan menjaganya dgn betul. JAGALAH HATI. Alah.. Macam orang dapat naik kereta Mercedezlah, nak beli tak mampu, dapat RASA sahaja. Dapat rasa apa? Dapat rasa naik. Tapi ada juga yg tak dapat RASA naik. Bila dah dapat beli Mercedez, dijaganya betul². Takpe itu tak penting. Begitulah HATI. Bila dah dapat rahsia penjagaannya, jagalah betul² hati tu.
     Pemberian Organ 6236 kepada manusia, ada yg sempurna, ada yg tidak sempurna. Janganlah mencela kpd makhluk yg tidak sempurna anggotanya kerana mereka juga adalah ciptaan Allah. Ketidaksempurnaan pemberian Organ 6236 di antara manusia yg kelihatan, mendatangkan kesedaran bahawa itulah kesempurnaan Allah dalam penciptaan-Nya / pemberian-Nya. Allah boleh buat apa sahaja, Allah boleh beri apa sahaja atas kehendak-Nya kepada kamu.
     Bagi yg sempurna PemberianNya, ingatlah bahawa pemberian itu adalah untuk memudahkan kamu "mencari" apa yg telah diletakkan oleh Tuhan di dunia ini. Mencari apa yg disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi s.a.w sentiasa berdakwah dengan membawa Kalimah "Laa ila Ha illallah Muhammadur Rasulullah" - Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Nabi s.a.w berusaha membawa manusia kepada agama Islam kerana baginda kasih dan sayang kepada umatnya. Sering kita terdengar, JOM MASUK U. Biar aku taip di sini, JOM MASUK ISLAM. Firman Allah:

Ayat 378 dari 6236 [QS3:85]:
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang² yang rugi.

Tetapi.... baca terjemahan ayat ini pula.

Ayat 263 dari 6236 [QS2:256]:
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah pegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Carilah apa yg ada di dalam agama Islam. Nak cari apa? Carilah apa yg ada. Banyak. Bila kamu dah jumpa, pasti kamu seronok bila berada di dalam agama Islam. Semoga Allah beri petunjuk taufik hidayahNya kepada aku dan kamu.

...Cari... cAri... caRi... carI...

     Orait. Kenapa pula ye nama MHMD ini muncul dari kaitan Organ 6236??? Setelah diamati, itulah tandanya kamu wajib mencari apa yg telah disampaikan / diajar / dipesan / dinasihati / ditunjukkan / ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk dipelajari dan diamalkan. Nabi s.a.w adalah seorang manusia yg apabila dia berkata dia "nampak" perkara yg sebenarnya. Misalnya manusia itu berkata "di belakang bukit itu mungkin ada emas", masih ianya tidak pasti samada ada atau tidak akan emas itu. Sekiranya Nabi s.a.w yg berkata begitu, pasti di belakang bukit itu ada emas, kerana Nabi s.a.w "nampak" yg sebenarnya. Begitulah perumpamaan yg aku buat, hanya nak menunjukkan bahawa Nabi s.a.w adalah seorang yg "nampak" akan perkara sebenar apabila baginda berkata². Berbalik kpd "kamu wajib mencari" tadi. Baca hadis di bawah ini.

Nabi s.a.w bersabda: “Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim“. (Hadis riwayat Ibnu Majah).

     Bila dikatakan "fardhu", samalah seperti solat fardhu. WAJIB SOLAT. WAJIB MENCARI ILMU. Maka, wajibkanlah diri kamu untuk mencarinya dan gunakanlah Organ 6236 yg telah diberikan oleh Allah Yang Maha Pemurah. Jalan yg dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah jalan (amalan²) yg membawa kamu ke dalam daerah KESELAMATAN, daerah KEUNTUNGAN, daerah KEBAHAGIAAN, daerah KESEJAHTERAAN dan bukanlah ke dalam daerah KERUGIAN di akhirat dan seterusnya membawa kamu ke Syurga (dgn Rahmat Allah jua). Pernahkah kamu dengar kamu tentang "PERKAMPUNGAN AKHIRAT"?

Ayat 821 dari 6236 [QS6:32]:
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang² yang bertakwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?

Ayat 1705 dari 6236 [QS12:109]:
Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki² yang Kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. Maka tidakkah mereka berpergian di muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang² sebelum mereka (yang mendustakan rasul) dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik bagi orang² yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya?

     Banyak permainan di dunia iniMain itu, main ini. Bersungguh² dalam permainan. "Sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik bagi orang² yang bertakwa". "Tidakkah kamu memahaminya?", "Tidakkah kamu memikirkannya?" Itulah soalan yg perlu di jawab. Benar. Orang yg bertakwa kpd Allah adalah orang yg sangat beruntung. Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia (termasuklah kamu) adalah untuk mensucikan / membersihkan manusia (kamu) agar diri kamu tidak dimasukkan ke dalam api neraka. Itulah kasih sayang yg sebenar. Menyelamatkan kamu dari dimasukkan ke dalam api neraka. Firman Allah:

Ayat 158 dari 6236 [QS2:151]:
Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat² Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al Hikmah (As-Sunnah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Nampak kan? Pengutusan Nabi s.a.w adalah untuk mensucikan kamu.... Nak sucikan diri kamu. Hati (Jiwa) kamu kotor. Kamu kena carilah apa yg telah diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w berdakwah untuk menyucikan umatnya. Maka, begitulah Organ 6236 [mata, hidung, mulut, telinga], yang boleh membantu kamu untuk membawa kamu mengenali siapakah Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah s.a.w, Pesuruh Allah, Utusan Allah.

SESIAPA YANG HENDAKKAN DUNIA, HENDAKLAH DIA ADA ILMU DUNIA...
SESIAPA YANG HENDAKKAN AKHIRAT, HENDAKLAH DIA ADA ILMU AKHIRAT...
SESIAPA YANG HENDAKKAN DUNIA DAN AKHIRAT, HENDAKLAH DIA ADA ILMU DUNIA DAN AKHIRAT...  

2. Organ 6236 Membantu Mengenalkan Diri Kepada Allah s.w.t (ALLH - Alif Lam Lam Haa)
      Dari nombor 6236 itu juga, selepas dikait kait, muncul pula huruf² yg menulis nama ALLH. Ini hanya kaitan, mana² yg boleh dikaitkan, aku kaitkan. Masih ingat apa yg aku taipkan dahulu, "antara yg penting ada lagi yg lebih penting"? Ini dia;

Kalau tiada Mata[Anak mata], tiadalah penglihatan.
Kalau tiada Hidung[Lubang hidung], tiadalah penghidupan.
Kalau tiada Mulut[Lidah], tiadalah percakapan.
Kalau tiada Telinga[Lubang telinga], tiadalah pendengaran (Halwa).

     Ya... Dalam tubuh yg besar, di dalamnya ada organ yg kecil. Di dalam Organ 6236 yg besar, ada lagi organ yg kecil. Apa dia? Anak mata, Lubang hidung, Lidah dan Lubang telinga (Halwa). Tumpukan penglihatan kamu pada huruf kuning - ALLH. Teringatlah pada satu nama yg sering diingati dan disebut iaitu "ALLH". Aku baca "ALLH", keluar sebutan 'ALLAH". ALLAH YANG MAHA ESA. Kenapa huruf² tu muncul dari organ² 6236 yg kecil? "Antara yg penting ada lagi yg lebih penting". Pada masa itu, aku fikir kenapa aku terfikir begini? Alhamdullillah... Sedang aku mengait-ngaitkannya, terkeluar huruf² "ALLH". Kenapa? Apakah sebenarnya yg hendak diberitahu oleh kaitan ini kepada diri kamu sendiri? Perlahan-lahan baca...
  • Tiada diberi Anak mata, tiadalah penglihatan 
  • Tiada diberi Lubang hidung, tiadalah penghidupan 
  • Tiada diberi Lidah, tiadalah percakapan (perkataan)
  • Tiada diberi lubang telinga, tiadalah pendengaran (Halwa).

Siapa yg memberi itu semua kepada kamu? ALLAH S.W.T YANG MAHA PEMURAH YANG MEMBERIKAN. Ya.. ALLAH S.W.T. Terselindung ia disebalik Organ 6236 yg kecil. ORGAN juga seperti ORANG. Masing² ada fungsinya tersendiri. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku, kau dan aku buat kerja sama², kau dan aku bekerjasama. Adakalanya, mata melihat benda lain, telinga mendengar benda lain. Dan sebagainya... Maka, dari soalan "SIAPA YANG MEMBERI?", jawapannya "ALLAH". Siapa ALLAH? Tuhan kamu. Sekarang, katakanlah kpd diri kamu sendiri. Katakanlah kepada diri kamu yang kamu WAJIB mengenali Tuhan kamu, Allah. Kamu hendaklah mencari segala perintah Tuhan kamu dan larangan Tuhan kamu. Inilah masanya untuk kamu kenal TUHAN kamu, akan perintah-Nya, larangan-Nya, kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, kehebatan-Nya dan sebagainya yg ada padaNya. Aku sering ingat satu firman Allah yg ditulis begini:

Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya:
“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali.
 
     Lihat. Allah menciptakan kamu agar kamu mengenali Dia (Allah). Siapa Allah? Tuhan kamu. Organ 6236 telah membantu kamu melihat, mendengar, merasa, menghidu pelbagai perkara, dan sebagainya. Siapa yg beri? Allah, Tuhan kamu. Apakah kamu sudah mengenali Allah, Tuhan kamu? Firman Allah:

Ayat 4271 dari 6236 [QS41:53]:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda² (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?

Ayat 4695-4696 dari 6236 [QS51:20-21]:
Dan di bumi itu terdapat tanda² (kekuasaan Allah) bagi orang² yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?

     Tak jauh kan nak kenal (sifat²Nya) Allah? Dekat je, IANYA ADA PADA DIRI KAMU SENDIRI SAHAJA TETAPI ADA YANG KAMU NAMPAK dan ADA YANG TIDAK KAMU NAMPAK. DIRI SENDIRI SAHAJA? Dah tengok diri sendiri? Ada rasa apa? Rasa diri tak cantik? Rasa diri cantik? BERASA DIRI? Janganlah salah rasa.... Kamu kata kamu tiada apa-apa, tetapi macam mana boleh ada rasa pada diri? Hhhmm.... Bagaimana? Dapat rasa dah? Susah kan nak buang rasa-rasa tu?

Maka, nak kenal sifat² Allah (TabiatNya), Zat Allah (DiriNya), Afaal Allah (PerbuatanNya) dan Asma' Allah (NamaNya) gunakanlah Organ 6236 yg ada pada kamu dengan sebaik-baiknya. Maka, begitulah Organ 6236 yg boleh membantu kamu untuk mengenali siapa Tuhan kamu. Ianya sudah diberi kepada kamu... Mohon maaf, sebab artikel ini hanya tertumpu kepada Organ 6236 [mata, hidung, mulut, telinga]. Tiadalah ianya melibatkan soal "hati". Perjalanan aku baru sampai sini dan bukanlah ianya bererti aku nie amat mengerti.... Aku lihat pada diri aku, sedih...

KENAL MUHAMMAD S.A.W, KENAL LAH ALLAH S.W.T

3. Kaitan Organ 6236 dengan sifat² Allah.
    Kamu, yg sempurna penerimaan Organ 6236 [mata, hidung, mulut, telinga], tentu sekali faham bagaimana ianya berfungsi. Cubalah melihat, cubalah menyedut udara, cubalah ber-kata² dan cubalah dengar sekarang. Macamana? Semua dapat berfungsi dengan baik? Alhamdullillah. Organ 6236 kamu masih sihat. Apakah ianya akan terus berkekalan sihat sebelum kamu mati? Wollohua'lam. Selagi ianya ada pada kamu dan berfungsi, maka bersyukurlah sentiasa, gunakanlah ia untuk mencari keredhaan Allah dan sebagainya yg telah tertulis di dalam Al Quran dan mencari apa yg telah disampaikan oleh Nabi s.a.w. Aku tidaklah byk pengetahuan. Banyak tak tahu daripada tahu malah tak tahu langsung pun ada.  Sikit² je. Sedikit sifat² Allah aku kongsi di sini dan selebihnya carilah sendiri.

1. Kaunuhu Qadiran - Allah yg berkuasa dgn sendiri-Nya.
2. Kaunuhu Muridan - Allah yg berkehendak dgn sendiri-Nya.
3. Kaunuhu 'Aliman - Allah yg tahu dgn sendiri-Nya.
4. Kaunuhu Hayyun - Allah yg hidup dgn sendiri-Nya.
5. Kaunuhu Sami'an - Allah yg dengar dgn sendiri-Nya.
6. Kaunuhu Bashiran - Allah yg melihat dgn sendiri-Nya.
7. Kaunuhu Mutakalliman - Allah yg ber-kata² dgn sendiri-Nya.

     Dari sifat yg dinyatakan, boleh kenal tak sifat² Tuhan kamu, Allah? Nampak tak betapa hebatnya Allah? Contoh: Allah Maha Mendengar. Allah DENGAN SENDIRI-NYA SAHAJA dapat dengar. Kamu? Kamu dapat mendengar DENGAN DIRI SENDIRInya juga TETAPI IANYA DENGAN IZIN ALLAH sebab hakikatnya, ALLAH YG BERI "PENDENGARAN" KEPADA KAMU. ALLAH dengan sendiri-Nya sahaja, tidak perlu kepada sesiapapun. Allah yg Berkuasa ke atas diri kamu dan atas segala sesuatu. Sejarah hitam yg silam telah berlalu pergi. Kembalilah kamu kepada perintah dan larangan Tuhan. Perbuat apa yg dilarang dapat dosa, perbuat apa yg diperintahkan dapat pahala (dgn izinNya jua). Segalanya telah diperingatkan di dalam Kitab Al Quran dan Hadis.

Apa yg kamu lihat, buat, taip, Tuhan dgn sendiriNya melihat apa yg kamu lihat... , tidak perlu sesiapapun untuk tunjuk kepada Dia...
Apa yg kamu dengar, tahu, Tuhan dgn sendiriNya mendengar / tahu apa yg kamu dengar..., tidak perlu sesiapapun untuk beritahu kpd Dia...

Tuhan, Allah tidak perlu kepada sesiapapun untuk dengar, lihat, tahu apa yg kamu buat... Dia dgn sendiriNya sahaja boleh lakukan. Allah Maha Hebat.

     Semoga Allah beri petunjuk kepada aku dan kamu. Ingat pada AKHIRAT? Ingat pada DUNIA? Ingat pada Allah? Ingat pada kekasih? Dalam hati kamu, Tuhan tahu apa yg ada. Begitu dekatnya Tuhan dengan kamu tetapi kamu "TIDAK NAMPAK, TIDAK INGAT". Allah dekat dengan kamu TETAPI kenapa kamu tidak ingat kepada Dia?? Lemahnya kamu.... Lupanya kamu.... Tuhan Maha Hebat. Tuhan yg mana? TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Maka, sentiasalah ingat kpd Allah (perintah dan larangannya) sebelum / selepas melihat, mendengar, ber-kata², membuat sesuatu dan sebagainya. Kita tidak seperti orang lain, iman mereka kuat.. Aku lemah... Kamu pun lemah...

Maka, begitulah Organ 6236 yg kecil mengingatkan kamu kepada kehebatan Allah, Tuhan kamu, Tuhan dia, Tuhan mereka, Tuhan Semesta Alam. TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH. 
  
4. Keberuntungan Dari Fungsi² Anggota 6236
     Kamu ada kitab Al Quran tak? Ada. Alhamdullillah.... Cuba baca Firman Allah ni:

Ayat 944 dari 6236 [QS6:155]:
"Dan Al Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat"

     Allah bagitau "IKUTILAH AL QURAN dan BERTAKWALAH agar kamu diberi RAHMAT". Kamu bacalah Al Quran, mudah-mudahan Tuhan memberi RahmatNya kepada kamu. Siapa yg dapat rahmat Allah di akhirat nanti, maka beruntunglah dia. Kamu nak tak Rahmat tu? Jawablah sendiri...

      Aku kaitkan nombor 6236, wajah 6236 dan organ 6236 ini dgn jumlah ayat Al Quran iaitu 6236. Kaitan ini tidaklah sempurna namun ada lah sikit² untuk difikirkan bagi diri kamu sendiri. Orait sebelum ini, aku sudah ceritakan fungsi² anggota 6236. Sekarang aku nak kongsikan pula akan kelebihan fungsi²nya (melihat, hidup, membaca, dengar) dan kaitannya Kitab Al Quran. Apakah keberuntungan yg dapat didatangkan kpd diri jika dikaitkan Organ 6236 dgn Kitab Al Quran? Maksudnya, pahala yg dapat dihasilkan melalui ORGAN 6236 [mata, hidung, mulut, telinga] terhadap Kitab Al Quran. [Mudah-mudahan].

1. Bentuk angka 6 pada Mata :MELIHAT
    Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, MELIHAT AL-QURAN dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

**Melihat Al Quran dapat pahala (hendaklah disertai fikir kepada Allah), Insya Allah.

2. Bentuk angka 2 ada pada Hidung :- H = HIDUP
    Dari angka 2, gambar hidung dipusing ke atas, ternampak angka 2 pada hidung (boleh rujuk artikel yg dulu). Dari Hidung, terbit pula huruf H, maka aku kaitkan H dengan HIDUP. Disebabkan aku kaitkan nombor 6236 ini dgn Al Quran, maka hidung yg digunakan untuk menyedut udara semasa membaca Al Quran, ianya sedang digunakan dgn benar. Penggunaan yg benar. Begitu juga, ketika mengamalkan ayat² Allah, juga menggunakan hidung untuk menyedut udara.

**Setiap nafas ada takdirnya (baik atau buruk). Hidupkan ayat Al Quran pada diri, dapat pahala. Insya Allah.

3. Bentuk angka 3 ada pada Mulut(Bibir) : M = MEMBACA
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

**Membaca Al Quran dapat pahala, Insya Allah.

4. Bentuk angka 6 dan bentuk Huruf D ada pada Telinga - D - DENGAR
     Rasulullah s.a.w sendiri sangat gemar mendengarkan bacaan Al-Quran dari orang lain... Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, bahawa Abdullah Ibnu Mas'ud menceritakan sebagai berikut: " Rasulullah berkata kepadaku: "Hai Ibnu Mas'ud, bacakanlah Al-Quran untukku!". Lalu aku menjawab: "Apakah aku pula yang membacakan Al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal Al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?". Rasulullah menjawab: "Aku senang mendengarkan bacaan Al-Quran itu dari orang lain."... Kemudian Ibnu Mas'ud membacakan beberapa ayat dari surat An-Nisaa'...

Ayat 1158 dari 6236 [QS7:204]:
Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.

**Dengar bacaan Al Quran dapat pahala (rahmat), Insya Allah.

Begitulah, pahala yg dapat didatangkan dengan penggunaan Organ 6236. Mudahkan?

5. Keluarbiasaan Fungsi Organ 6236
     Tiadalah kepandaian pada diriku, hanya sekadar berkongsi apa yg difikirkan, apa yg dirasai. Mungkin menaip ini adalah HOBI.

HOBI - Hanya Omongan Bina Iman 

Apa yg aku taip tidaklah semestinya betul, tidaklah semestinya benar. Ilmu (di dalam dada) dan maklumat (pada kertas / di internet) ada di mana², kamu carilah dengan menggunakan Organ 6236 yg diberikan kpd kamu, untuk dapatkan akan kebenarannya. Ilmu di dalam dada itu sukar dicari kerana ianya tersembunyi. Kamu carilah kebenarannya. Bila sudah dapat kebenarannya, kamulah yg beruntung bukan aku. AKU TIADA APA-APA dan BANYAK LUPA. Aku sering ingat satu firman Allah yg ditulis begini:

Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya:
“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali”.

"ALLAH CIPTAKAN MAKHLUK SUPAYA DIA DIKENALI"
"ALLAH CIPTAKAN MANUSIA SUPAYA DIA DIKENALI"
"ALLAH CIPTAKAN KAMU SUPAYA DIA DIKENALI"

     Dah "kenal" Allah? Sikit²? Alhamdullillah... Sekurang-kurangnya kenal juga. Kalau boleh kita nak kenal Allah dgn sebenar-benarnya kenal sebelum kita meninggalkan dunia ini (dengan izinNya jua). Insya Allah... Sebab apa? Kamu nak tahu sebab apa? Jap ye. Baca firman Allah ini:


Ayat ke 1126 dari 6236 [QS7:172]:
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak² Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang² yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

     Itulah sebabnya. Kamu telah kenal Allah sebelum kamu berada di dunia ini tetapi apabila kamu berada di dunia ini, kamu lupa pada Allah. Sebab tu kamu perlu kenal semula Allah sebelum kamu kembali kepadaNya. Allah bagitau bahawa Kitab Al Quran adalah kitab yg penuh dgn hikmah. Firman Allah:

Ayat ke 3707 dari 6236 [QS36:2]:
 "Demi Al Quran yang penuh hikmah,"

     Ya.. Kitab Al Quran itu PENUH DENGAN HIKMAH. HIKMAH ITU TERSEMBUNYI, IANYA PERLU DICARI, PERLU DIGALI DAN BUKANNYA DI NANTI. Dari firman di atas Allah mengatakan "Aku suka dikenali". Carilah dan kenalilah Dia (Allah).. Bila dah kenal, mudah-mudahan kamu mendapat RAHMAT Allah. Macam manusia lah, bila dah kenal, timbul rasa cinta, bila dah kenal, maka kasihlah dia. Sebenarnya percintaan antara manusia itu ada pengajaran di dalamnya. Jika kamu hanya memandang kepada cinta sesama makhluk dan terlalu mengejar untuk mendapatkannya, setakat itu sahajalah maksud cinta yg kamu faham. Setakat makhluk sahaja.
     Apalagi, Organ 6236 sudah diberi. Katakanlah "Ya.. Aku amat ingin mengenali Pencipta diriku". Maka, kamu kena lah cari jalannya. Aku pun nak cari.
 
Fungsi² asas Organ 6236 yg aku kaitkan dgn Al Quran adalah seperti berikut:

MATA (angka 6) :
Secara asasnya digunakan untuk MELIHAT ayat² Allah @ Kitab Al Quran.
HIDUNG (angka 2) :
Secara asasnya digunakan untuk menyedut udara (oksigen) dan menghembuskannya (karbon dioksida) ketika membaca ayat² Allah @ Kitab Al Quran. Dan dengan udara yg dibekalkan kepada tubuh manusia, manusia dapat HIDUPKAN (AMALKAN) ayat² Allah pada dirinya sendiri. Mudah-mudahan dari apa yg diamalkan, darjat manusia di sisi Allah ditinggikan.
MULUT (angka 3) :
Secara asasnya digunakan untuk MEMBACA ayat² Allah @ Kitab Al Quran.
TELINGA (angka 6) :
Secara asasnya digunakan untuk MENDENGAR ayat² Allah @ Kitab Al Quran.

     Begitulah asas²nya. Aku kongsi apa yg aku lihat sepanjang perjalanan hidup ini. Manusia² yg aku jumpa ini, ada di kedai motor, kedai makan, di bukit, di gunung, di masjid, di surau dan byk tempat lagi tetapi ilmu penuh di dada. Hormatlah apabila berjumpa dgn manusia kerana kita tidak tahu siapa mereka yg sebenarnya. Bagi org yg BENAR² memahami dan mengamalkan ayat² Al-Quran dengan SEBENAR-BENARNYA DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH, banyak kelebihan² yg ada pada diri mereka. Dari pemerhatian aku, kelebihan² itu adakalanya disembunyikan, ada juga yg tidak disembunyikan (untuk membantu orang lain) dan adakalanya juga ditunjukkan pada manusia² yg terpilih untuk melihatnya. Pernah tak dengar orang berkata "Orang² arif itu hanya tersenyum apabila bertemu dengan orang² fasik". Ingat, jaga sangkaan kamu. Tiada apa-apa kelebihan pun pada diri aku, aku sekadar berkongsi cerita.

Berkenaan dengan anggota 6236 tadi, aku petik sebuah hadis Qudsi ini:

Allah s.w.t berfirman : "Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya. HambaKu tidak mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang paling Aku sukai daripada sesuatu yang Aku fardhukan atasnya. HambaKu senantiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnat² sampai Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku menjadi pendengaran yang untuk mendengarnya, penglihatan yang untuk melihatnya, tangan yang untuk menamparnya dan kaki yang untuk berjalan olehnya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar² memberinya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar² melindunginya. Dan Aku tidak bimbang terhadap sesuatu yang Aku lakukan seperti kebimbanganKu terhadap jiwa hambaKu yang beriman yang mana ia tidak senang mati sedang Aku tidak senang berbuat buruk terhadapnya" – Hadis Qudsi

Perhatikan perkataan biru yang aku cerahkan tu. Itulah yg aku kaitkan dgn Organ 6236. Singkatan "M","H","M","D" - Melihat, Hidup, Membaca, Dengar. Dan ingat lagi, di dalam Organ 6236 ada lagi organ yg lebih penting. Singkatan "A","L","L","H" - Anak mata, Lubang Hidung, Lidah, Halwa. Bagi yg mengikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan ayat² Allah dgn sebenar-benarnya, pasti ada di antara mereka yg dapat anugerah seperti yg dinyatakan di dalam Hadis Qudsi di atas. Apakah maksudnya? Maksudnya begini. Jika dia melihat sesuatu itu, apa yg dia lihat itu adalah dgn kehendak Allah jua. Jika dia mendengar sesuatu itu, apa yg dia dengar adalah dgn kehendak Allah jua dan sebagainya. Maknanya di sini, DIRI DIA SENTIASA DI BAWAH PELIHARAAN ALLAH. Jangan dengki. Jangan hasad. Itu semua anugerah dariNya. Pada mereka ada RAHSIA TUHAN. "RAHSIA TUHAN ADA PADA MAKHLUKNYA". Firman Allah:

Ayat ke 906 dari 6236 [QS6:117]:
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang² yang mendapat petunjuk.

Harus diingat, TIADA LAGI NABI SELEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W. Buat orang yg tak tahu, bila ada orang mengaku Nabi, terus dipercayai. Tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad s.aw., wali² Allah memang ada. Itulah. AKU BANYAK TAK TAHU. Bukanlah aku ini belajar dalam bidang agama. AKU BERKONGSI SAHAJA DARI APA YANG AKU DENGAR. Rasanya dah nak tamat apa yg aku taip ini. Cuba fikir sekejap. Soalannya:
  • Mampukah kamu untuk mendengar sesuatu yg jaraknya jauh dari kamu? (TELINGA)
  • Mampukah kamu untuk melihat sesuatu yg terhalang dari pandangan mata kamu? (MATA)
  • Berbisakah mulut kamu? Apabila diucapkan sesuatu itu terus jadi? (MULUT)
  • Mampukah kamu untuk menghidu sesuatu yg diluar jangkaan kamu? (HIDUNG) Misalnya, "aku dah dapat hidu dah niat kamu". Niat pun ada bau? Dahsyatkan?

Tercatat dalam sejarah:
Dalam Perang Uhud pula, menjelang akhir hayatnya, Saad ibnu Rabi’ berkata kepada Zaid bin Thabit, “Sampaikan salam aku kepada Rasulullah s.a.w. Katakanlah kepadanya sesungguhnya aku dapat menghidu bau syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.”

Nah... "menghidu bau syurga". Bagaimana tu? Logik ke? Logiklah... orang yg merasainya pastilah yakin. Yg tidak dapat menghidunya, pasti terfikir-fikir bagaimanakah baunya sebab tidak mengalaminya dan merasai. Nak hidu bau syurga bukannya seperti menghidu bau minyak wangi. Bayangkanlah... Ok. Aku berkongsi cerita. Begitulah juga bagi orang yg sudah merasai akan sesuatu itu, pasti mereka telah yakin.

Jawapan untuk semua persoalan di atas adalah tidak mustahil bagi Allah untuk memberikan kelebihan itu kepada manusia yg hendak diberikan oleh-Nya sebagai tanda kekuasaan-Nya ke atas diri manusia yang dikehendakiNya. Yang tidak menerima kelebihan itu, tidaklah dapat merasainya, tidaklah dapat mengalaminya dan tidaklah dapat memahaminya. Apabila hati sudah bergantung penuh kepada Allah dan keyakinan kepada Allah begitu tinggi, maka.... Insya Allah.

BUKANKAH ALLAH HANYA MELIHAT KEPADA AMALAN DAN HATI KAMU???

Begitulah perkongsian cerita tentang keluarbiasaan fungsi Organ 6236...

6. Kerisauan melanda pada diri
Rahsia Tersembunyi Di Dalam Kegelapan
     Dalam dunia, ada banyak cerita, banyak kisah, ada banyak risau. Kerisauan aku adalah apakah kamu sempat mengenal Allah sebelum kamu meninggalkan dunia ini? Setiap manusia ada. Mesti tanya ada apa? Ada pengalaman, ada apa yg dia ada. Kamu ada apa yg kamu ada tetapi hakikatnya, apakah yg kamu ada itu adalah milik kamu? Cuba periksa apa yg kamu ada? Tanya semula pada diri, "milik aku kah?" Siapa yg beri semuanya ini??? KAMU HANYA MENGGUNAKAN DAN MENJAGANYA SAHAJA. Maka, JAGALAH DIRI KAMU.
     APABILA DIKONGSI PENGALAMANNYA, MAKA JADILAH IA CERITA, TIDAK DIKONGSI, MAKA JADILAH IA RAHSIA. Tidak semua pengalaman hendak diceritakan kerana rahsia tetap rahsia. Yg dikongsi, dapatlah kita tahu. Yg tidak dikongsi, tak dapatlah nak tahu, tak sampailah berita atau cerita. Tak usahlah dikorek rahsianya, selagi mulut tertutup, tak terbuka ceritanya. Ok, rasa sudah datang, nampaknya di sinilah hentiannya...
     Pergunakanlah Organ 6236 untuk melihat Al Quran (MATA), membaca Al Quran (MULUT), mengamalkan ayat² Al Quran (HIDUP [HATI]) dan mendengar ayat² Al Quran (TELINGA). Semoga ianya mendatangkan PAHALA kpd diri kamu.. Kepada yg belum kawen, bila lagi? Bila lagi apa? Bila lagi nak kahwen? Kihkihkih...... Ada juga soalan ini.. Tiada kaitan.

Periksa diri kamu. Janganlah kamu jadi seperti orang² yg di dalam ayat ini, yg telah diberikan Organ 6236 tetapi...... Firman Allah:

Ayat ke 1133 dari 6236 [QS7:179]:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat² Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda² kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat² Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang² yang lalai."

Lihat "mereka mempunyai hati". Jin pun ada hati. Patutlah ada Jin Islam dan Jin Kafir. Di awal artikel aku ada taip "Allah berikan hati kepada manusia". Lagi, dalam ayat di atas, Allah kata "mereka itu seperti BINATANG TERNAK". Pasal "seperti binatang ternak" ni, nanti aku kongsikan dalam artikel yg lain (sekiranya nyawa aku masih ada). Semoga diri aku, diri kamu dan diri mereka tidak sia-siakan pemberian Organ 6236 ini... Ameen.

Aku akan sambung sikit lagi dalam artikel 'Wajah 6236 - 4 of 4'. Pastu tamatlah pasal 6236 ni..

Penaip artikel ini berkata:
Bila baca artikel ini, janganlah terasa hati dengannya sebab perkataan "kamu" adalah ditujukan kepada "diri penaip sendiri" dan "aku" yg dibaca adalah "penasihat kepada penaip". Penaip nak bermusafir lagi.. Penaip yg menaip ini bukanlah seorang yg kuat. Lemah..... Semoga berjumpa lagi di sini. Nanti dia jumpa lagi, dia kongsi lagi... Hati ke hati. (......) Ameen. Wallahhua'lam.

PERINGATAN : Ayat 667 dari 6236 [Al An'aam, QS6:104]

(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan² (dalil² dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".

Perjalanan Kun Musafir Maya dan Sahabat² akan berhenti suatu tika nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar