Sunday, June 9, 2013

Wajah 6236 - 1 of 4


     Hari ini 9 Jun 2013, hari yg ke 12,964 aku dihidupkan. Berapa hari lagi aku akan dihidupkan? Tak tahu. Berdebar sentiasa. Sepupu aku baru sahaja meninggal dunia (umur 15 tahun) akibat kemalangan jalanraya pada 7 Jun 2013. Terlebih dahulu aku memohon maaf atas apa yg bakal aku tulis ini. Ini adalah hanya kaitan semata-mata. Aku juga risau untuk berkongsi apa yg aku fikir, namun hasrat untuk menyampaikan, aku teruskan. Terserah kepada Allah untuk menghukum aku kelak. Kepada kalian yg membaca, sila tegur jika ada salah dan silap yg aku buat.
     Kembali kpd tajuk artikel ini 'WAJAH 6236' dan sudah tentu akan ada kaitan yg akan aku sampaikan untuk direnungi bersama sekiranya tuan/puan ada masa untuk merenung. Jika tiada, tidak mengapa. Jumlah ayat Al-Qur'an adalah berjumlah 6236 ayat (yang aku kira sendiri). Setiap sesuatu itu pasti ada cerita disebaliknya. Cuma samada kita tahu atau tidak sahaja dan lagi, sesudah kita tahu, cuma samada ianya benar atau tidak sahaja. Mari kita lihat apa yg ada di sebalik turutan angka '6236' ini. Ok, aku teruskan. Kepada yang bukan beragama Islam, dipersilakan untuk membacanya.

Untuk difikirkan
     Syukur Alhamdullillah, sehingga hari ini mata aku masih dapat melihat. Kalian juga begitu kan? Masih dapat melihat. Berapa kalikah dalam sehari kita gunakan mata untuk melihat tanda² kebesaran Allah? Apakah yang telah kita pandang pada hari ini? Takpe, jawapan ada pada diri masing². Cuba bayangkan sekiranya mata yg diberikan Allah kepada kita ditarik semula akan penglihatannya? Apakah jawapan yg ada pada anda sekarang? Ada mata yg melihat dapatlah kita melihat tanda² kebesaran dan kekuasaan Allah.
     Sekali lagi, "Alhamdullillah Ya Allah kerana berikan aku penglihatan". Selepas ini, selagi mata kita berfungsi, gunalah sebaik-baiknya terutamanya untuk membaca Kitab Al Quran. Sekali lagi, cuba bayangkan sekiranya kemudahan melihat yang diberikan kepada kita oleh Allah ditarik semula oleh-Nya? Bagaimanakah anda? Aku takde jawapan. Takut pun ada. Cuba terangkan pertanyaan Allah ini:


Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?". Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga).
■ [QS6:46]

     Boleh terangkan bagaimana sekiranya Allah mencabut penglihatan kita? Aku tak boleh nak terangkan bagaimana. Dalam ayat di atas, ada diperintahkan PERHATIKANLAH BAGAIMANA ALLAH MEMPERLIHATKAN TANDA² KEBESARAN-NYA. Maka, begitulah secara ringkasnya. Perhatikanlah dan berfikirlah. Samalah juga dgn anggota² tubuh badan yg lain.

Mata

Angka '6' pada Mata
Jumlah ayat Al Quran yg diketahui adalah sebanyak 6236 ayat. Angka 6 aku kaitkan dengan bentuk Mata. Dalam mata ada angka 6. Angka lain pun ada, tapi aku kaitkan dgn angka 6 sahaja. Nampakkan bentuknya dalam gambar tu?


Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata, lidah dan dua buah bibir.
■ [QS90:8-9] ■

Hidung
Selepas angka 6, angka 2 pula. Angka 2, aku kaitkan dengan bentuk Hidung tetapi lukisan hidung aku pusing ke atas, baru nampak bentuk angka 2. Cuba lihat gambar di bawah. Nampakkan? Ok. Kenapa manusia ada hidung? Allah Yang Mencipta manusia, Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia. Apapun, Alhamdullillah, kerana kita ada hidung.
Angka 2 pada Hidung

Bibir (Mulut)
     Angka 6 yg pertama sudah. Angka 2 pun sudah. Sekarang ni angka 3 pula. Angka 3 ni aku kaitkan dengan bibir manusia. Kenapa manusia ada bibir? Allah Yang Mencipta manusia, Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia. Apapun, bersyukurlah, Alhamdullillah kerana kita ada bibir.

Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata, lidah dan dua buah bibir.
■ [QS90:8-9] ■

Angka 3 pada Bibir

Telinga
Angka 6 boleh juga dikaitkan dengan bentuk telinga seperti mana yg aku ilustrasikan dalam gambar di bawah.
Begitulah secara ringkasnya, kaitan bentuk angka '6236' dengan mata, hidung, bibir dan telinga. Angka '6236' di dalam artikel ini adalah jumlah ayat² Al Quran.

Wajah 6236
Dari angka² tadi, aku perhatikan ianya terdapat pada wajah manusia dan telah aku lukiskan seperti gambar di bawah.


Angka 6236 pada wajah manusia


Reaksi Wajah 6236
Oleh kerana angka 6236 ini aku kaitkan dgn ayat² Al Quran, maka reaksi wajah aku ilustrasikan di bawah. Bagi yg membaca ayat² Al Quran, mereka faham, mereka amalkan, sudah pasti reaksi wajah mereka adalah seperti di bawah kelak. Insya Allah.


Dan bagi yg tidak membaca Al Quran, tidak mengamalkan ayat² Allah, wajahnya aku ilustrasikan seperti di bawah.



Itu sahaja yg aku nak sampaikan. Begitulah kaitan angka 6236 dgn wajah manusia secara ringkas. Aku sebenarnya, risau dan takut untuk tulis artikel ini, sebab itu artikel ini pendek sahaja. Ditambah pula aku ini seorang yg banyak tidak tahu. Sekadar berkongsi apa yg difikirkan. Sebenarnya banyak lagi yg aku kaitkan dgn angka 6236 tetapi ianya terhenti di sini. Mungkin aku akan sambung di lain hari berkenaan '6236' lagi. Maafkan segala kekurangan. Bacalah ayat² Al Quran, fahamilah dan amalkanlah. Semoga RAHMAT Allah terlimpah ke atas diri kita semua.


PERINGATAN : Ayat 859 dari 6236 [Al An'aam, QS6:70]
Dan tinggalkanlah orang² yang menjadikan agama mereka sebagai main² dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing² diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak (pula) pemberi syafaat selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang² yang dijerumuskan ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
/* kun tambah radar